Thursday, May 28, 2009

Aku sakit...

penyakit M nie dah datang balik dah.....dan kali nie berjangkit2 kene kat dzul plak...malah dzul mengalami simptom2 penyakit nie lebih teruk dari aku..... Adakah kerana gaji sudah nak masuk untuk melangsaikan surat cinta ku dgn bank?atau sebab aku dah memang dijangkiti penyakit M ini sepenuhnya?...hurm...

Penyakit MALAS aku ...

MALAS nak berblogging
MALAS nak keluar
MALAS nak layan dzul nyer ngada2
MALAS nak bangun
MALAS nak beriadah
MALAS nak kerja
MALAS nak makan
MALAS nak pikir
MALAS nak tido
MALAS nak jumpe kekasih hati (bank la..) sampai takde cash tau...tinggal sen2 jer..
MALAS nak mandi
MALAS nak main facebook
MALAS nak ber YM
MALAS nak cakap dgn org
MALAS nak senyum kat dzul..(sian dia)
MALAS segala2nya..

Penyakit MALAS dzul...

MALAS nak keluar
MALAS nak layan aku nyer ngada2
MALAS nak bangun
MALAS nak beriadah
MALAS nak kerja
MALAS nak pikir
MALAS nak mandi

tapi

RAJIN nak main Age of Empires (wei, tuan dia pun tak rasmi lagi tau!)
RAJIN nak melepek jer kat aku
RAJIN nak makan
RAJIN nak tgk tv
RAJIN nak tido..(faveret die nieh)
RAJIN nak berdating dgn Aru....

ok sikit la pada aku kan...hahahahhaa

Huhuhuhuu...kalau penyakit M nie dah melanda..ape ubat pun takde...
kali nie paling teruk sebab nak tidur pun malas....
Sampaikan semalam dzul tanya secara bertubi2 (bukan marah okay...) ape kene dgn aku..nak explain kat dia pun MALAS....

Aku perlukan suntikan ker?...suntikan ape?
aaarrrgggghhhhhh...nak pikir pun MALAS..

dan aku pun MALAS dah nak tulis ini blog...
jadi aku akan bercuti panjang....(hehehehehe..tgkla berapa panjang...2 minit pun panjang kan..)
adios blogger!

Wednesday, May 27, 2009

Kehilangan mu ditangisi.....

Hari ini aku terlampau terbawa-bawa dengan perasaan. Rasa bersalah kerana jarang bertanya khabar dengan teman2. Ingin saya bercerita dua kisah sedih. Tentang dua sahabat aku yang jauh kehilangan insan yang dikasihi.

Cerita 1
Boy Nazrin aku kenal masa sama2 praktikal di Melaka. Hisyam Design Pelukis Pelan. Dia pelajar Kejuruteraan Awam di Politeknik Kota, Melaka manakala aku di Politeknik Merlimau Melaka. Seorang yang periang, yang sempoi. Kami berkawan baik. Selepas habis praktikal, kami sudah jarang berhubung. Kadang2 sahaja bila terasa rindu dengan kenakalan masing2. Kali terkahir aku berjumpa dengan Boy masa dia datang bersama kawan perempuannya untuk temuduga di menara Vads. Menumpang tidur kawannya manakala dia sendiri tidur di rumah Dzul tunangku. Kami cuma sempat makan malam bersama dan kemudian dia kembali ke Melaka. Sedikit terkilan..tapi tak mengapalah, nanti aku ketemu lagi dgn dia.
Awal tahun aku ada singgah di Melaka sewaktu perjalanan balik dari Muar, kenduri kahwin Hebat. Tapi aku tak bagitau dekat BOy akan kehadiran ku. Malang sekali kerana masa itulah sebenarnya Boy dan keluarga ditimpa musibah.

Rumah Boy kebakaran. Tiada apa yang dapat diselamatkan. Dua buah kereta, empat biji motorsikal, smeuanya hangus dalam kebakaran. Sudah jatuh ditimpa tangga, bapanya meninggal dunia dua minggu kemudian kerana serangan jantung.

Aku cuma tahu berita kematian bapanya dalam friendster dan semasa aku telefon Boy, suara dia kedengaran sebak. Malah aku juga tanpa dapat ku tahan menitiskan air mata. Boy, maaf kan aku kerana tak berada disamping mu tatkala kau memerlukan sokongan dan teman. Maafkan aku....

Semoga kau dan kelaurga tabah menghadapi dugaan yang maha hebat ini Boy. Sesungguhnya Allah menyayangi hambanya yang sabar dan dugaan yang maha hebat ini hanya diturunkan oleh Allah untuk hamba2nya yang beriman. Semoga kalian berda dikalangan orang2 yang soleh....
Al Fatihah....



Cerita 2
Malam tadi aku tidur nyenyak. Apa pun tak sedar. Pagi tadi tersedar dari tidur, tengok handphone banyak sangat missed call dan SMS. Rupa2nya ayah sahabtaku saudara Farid Faquan telah meninggal dunia. Terkilan aku...terkedu. Mahu sahaja aku ke rumahnya menjenguk keadaannya. Tapi hari ni aku punya site visit. Nak telefon pun tentu dia sangat sibuk masa2 ini. Sabarlah nik...petang atau malam nanti masih boleh menalifon Farid.

Tahun lepas lagi bapa dia dah sakit. Kanser. Waktu tu, ajak kawan2 pergi jenguk ayah farid. Tapi masing2 terikat dengan komitmen kerja, cerita melawat ayah Farid tenggelam luput ditelan masa. Tiba2 sahaja mendapat berita kematian bapanya.

Sekali lagi aku terkilan. Awal2 pagi tadi Et, Daus dan Ajip dah bertolak melawat ayah Farid. Aku cuma mampu menitipkan salam dan mendoakan kesejahteraan allayarham di 'sana'.

Farid, semoga kau tabah mengahdapi dugaan Alllah. Allah sayangkan ayahmu lalu dibawanya bersama ke dunia kekal abadi. Semoga allayarham ditempatkan dikalangan orang2 yang soleh dan diampunkan segala dosa2nya. Amin.....




Khas untuk sahabat ku Boy Nzrin dan Farid Faquan......bersabarlah menghadapi dugaan ini. Sesungguhnya telah tersedia tempat yang terbaik buat mereka yang bergelar BAPA kepada anak2 yang soleh.....

Salam takziah dari Dzul dan Nik.

Tuesday, May 26, 2009

Hoorey! Portfolio photoshoot siap siaga

Alhamdulillah..idea my lovely friend Fiena dah berjaya ku laksanakan peringkat awal... Skang nie tgh tunggu siap alteration baju jer..

Model - anak Kak Ana dan Abg Man....yang sweet cumel gitew.. DONE!
Photographer - Enche amin yang hensem bergaya..... DONE!... (thanks to my baby sebab memberanikan diri tanya bos die yang macho itu..hahaha)
Make up Artist - My lovely friend and also my wedding make up gurl.. FIENA...thanks baby... DONE!

So nanti kalau dah siap, bolehla kitorang post besar2 dalam blog Queen Deco....tak sabarnya..
lagi pulak dah ade dua wedding gown..satu yang muslimah..satu yang gojes....pastu tgh tunggu siap lagi satu baju kebaya songket...mesti sangat cumel itu budak....hehehhehehe
Cant wait to see the result

Monday, May 25, 2009

Mimpi yang tak best...

Last 3 days..(erm..yela kot..lupe dah..)...

Dah beberapa malam suhu panas. Kipas angin tu dah macam takbefungsi. Sangat panas. Kalau tido mesti berpeluh2. Tapi usually aku tido mati tanpa mimpi.... But this time aku mimpi something yang tak best.

Erm..jangan tanya keseluruhan cerita..aku tak ingat...hohoho..mimpi tu kan macam cantuman beribu2 gambar.....hurm... tapi kisahnya tu yang tak best..

Aku nie..dari tadi tak best,...tak best..citer tak jugak..heheheh


Aku mimpi, cincin tunang aku ade kat lantai..kene minyak petrol dan terbakar. then bila aku angkat cincin t, semua batu permata yang terletak kat cincin tu patah dan tercaut. Macam terbakar, hangus dan hilang gitu... Yang tinggal hanya kerangka emas sahaja. erm...
ada sesiapa nak tolong tafsirkan mimpi nieyh?

Sangat takot...mintaklah tuhan jauhkan benda2 buruk dari aku. Sayang dzul sangat2..but masa tu sentiasa berlalu dgn pantas. Kita tak tau sampai bila hubungan nie akan bertahan.... Dengan situasi sekarang nie..rasa segalanya goyah.. adakah dia akan tingalkan aku selepas menghadapi dugaan yang berat nie?....

Aku takuttttt.....


Weekend yang rilex....

Selepas beberapa minggu terkejar2 mencari vail dan kasut...Weekend yang lepas aku and dzul decide untuk melepaksahaja dirumah. Even keluar makan pun tidak. Memang masak je apa yang ada. Sangat malas nka keluar. Owh ya..kitorang cuma keluar jap petang ahad tu untuk gi mancing. Lain takde.... Kat rumah seharian aku mop lantai..berperang dgn 'Encik Li', dan melayan mengada2 dzul...hohoho

Weekend yang tenang...................

~la~la~la~la~


Friday, May 22, 2009

Launching my new banner for Queen Decoration

Hari nie launch new banner for Queen Decoration. Before this menumpang Desirequeen punya blog banner sahaja...but this time i got a new one. Doakan semoga dengan kelahiran banner baru, my bussiness getting well, better and better. Sekarang tgh sangat busy siapkan satu proposal report untuk pelabur modal. InsyaAllah, kalau proposal bagus, butik Queen Deco akan dimulakan secara rasmi. So, pada sape2 yang berniat nak rental baju dengan Queen Deco, boleh lah booking sekarang. Menyokong ke arah pembukaan butik pengantin baru yang membantu golongan sederhana menempuh hari bahagia dengan lebih sempurna.


Thursday, May 21, 2009

Pasang Surut dalam berniaga

Hentahlah..n3 kali ni sampai termimpi2...terbawa2 dalam tidur. Betul ke dalam ber biznes kita mesti menipu..mesti pandai bermain muslihat, mesti pandai menyimpan rahsia?
Susah nak mengabaikan prinsip hidup kita selama ni semata2 nak berjaya dalam bisness. Buat itu salah, buat ini salah. Kita dgn niat nak bantu kawan2...tapi hasilnya kita ditindas. Kita jujur bagitahu apa yang kita ada, tapi hasilnya, kita dipintas. Kita ikhlas membantu bila mereka kesusahan, tapi akhirnya, bila mereka senang, kita ditekan. Aku semalam meluahkan pada dzul. dia lebih berpengalaman, lebih dulu makan garam. Sudahnya dia minta aku tinggalkan integriti aku untuk berjaya. Perlu ke?

Selama ni harga2 yang aku offer walau pada sesiapa pun, masih sama. Masih serupa. Niat aku cuma nak membantu. Kalau ada pun aku menaikkan harga adalah kerana aku sudah tidak berupaya mencari harga yang terendah untuk aku berkhidmat buat semua customer ku..Tapi kenapa harga2 mereka berubah2? Kalau kata aku menyumbang sebahagian besar pada mereka, kenapa tak dilakukan dengan adil? Dzul suruh aku mintak percent keuntungan dari keseluruhan. Entahlah...aku tak nak melakukan begitu. Bagi aku, aku dah cakap A, aku takkan ubah menjadi B. Hanya kerana mengejarkan keuntungan berlipat ganda, atas hasil menekan dan menindas org lain. Aku percaya dan akan terus percaya bahawa segala pahit maung, ombak badai yang aku harungi sekarang akan membuatkan aku matang. Dan berhati2. Menetapkan had dan sempadan dimana biznes is biznes. Tiada unsur kawan2 lagi dah. Tiada langsung!

Pada kawan2 yang lain tu, aku minta maaf. Aku terpaksa menghilangkan sifat tolak ansur ku. Cukuplah suda berjuta kali aku ditindas, ditipu, diperkotak-katikkan. Semalam akan jadi yang terakhir kalinya. Aku akan merayu pada yang perlu. Dan jangan harap aku akan melayan kau seperti dahulu. Cukup sudah berpura2 tidak mendengar panggilan ku. Kelak Tuhan tarik balik pendengaran mu baru kau sedar langit itu tinggi dan rendah.

Semoga Tuhan sentiasa bersama2 ku mencari rezeki yang halal.

Pada yang berminat, cookies dibuka untuk tempahan. Nak sample sila hubungi saya. Saya akan hantar sample(dalam kawasan servis jela..tapi memang cookies tu sedap..hehe). Untuk rental vail, kasut, wedding gown, wedding dress....masih dibuka. Sekarang dah ada koleksi vail warna PUTIH, MERAH dan GOLD BROWN (notes: semua vail kainnya warna krim, tapi beads dia warna warni...)

Wednesday, May 20, 2009

Ini lah kehidupan

Lirik lagu ni sangat menyentuh jiwa. Masa aku menghayati lirik ini, banyak yang dapat aku lihat. Senario ini masih tidak berubah dari zaman P Ramlee hingalah sekarang. Dari segi kehidupan seharian, dari segi prinsip hidup, dari segi kerjaya dan berniaga.... Banyak pengajaran yang dapat di ambil. Jadi pada yang berkenaan, hentikanlah. Ianya menjelekkan, malah mengundang sengketa. tapi inilah kehidupan. Penuh dengan dugaan. Kalau kita jujur, kita ikhlas, kita akan ditindas, dipandang hina, dipandang kolot. Kalau kita bersifat keji, kita menipu, kejayaan itu datang dengan segera....


Sabar
P Ramlee

Beginikah derita hai orang yang sabar
Dituduh berdusta walaupun bercakap benar
Nama ku dicenar mana ku pergi orang tak gemar
Iman ku takkan bertukar dari menipu biar terlantar

Mengapa dunia hai penuh tipu daya
Dosa dan maksiat itulah yang diutama
Si jujur menjadi mangsa pandai menipu lekas berharta
Biarlah aku merana aku tak rela hidup berdusta

Dimana keadilan yang aku harap-harapkan
Mengapa kezaliman menjadi balasan
Yang lemah ditekan yang berharta jadi sanjungan
Padamu oh tuhan aku serahkan tetapkan iman

Feel so sorry to my mentor....

Rasa sangat bersalah pada mentor saya... kak emy kerana tersalah menghantar iklan padanya..hihihi...yela..org tu dah kawin ade ke aku gi offer rent baju kahwin..sudahnya kene marah...(tapi kak emy kalau pakai untuk raya pun ok per..hihihi).....
okeh..sudah, jangan main2kan mentor saya itu ok!..saya sangat mengagumi cara penulisan blognya...
masih banyak yang perlu dipelajari. Jadi untuk kak emy, saya terimalah hadiah ini tanda maaf....
Ampunkan hamba penunggu gua..ampun kan hamba...hehehehe

Sorry la kak emy..jgn marah eh..nanti dah tak santek....

Sunday, May 17, 2009

Happy Teachers Day!


Entry kali ini khas untuk my beloved housemate (actually dah jadi ex-housemate dah pun...huhuhuhuhuhu).......

Teacher Siti Fairus...
Dzul and me wish you....




widgets




Saturday, May 16, 2009

Bila janji tak dipenuhi

Pernah rasa teraniaya bila janji tak dipenuhi? Aku tengah rasa la nie. Kali nie kes si Tukang Jahit yang terjun dgn labu2 nya.

Aku nie hantar lah satu baju dekat satu Tukang Jahit ni. Alkisah, aku ni berbaik dan tersangatlah berbunga2 hati, lalu memberitahu si Tukang Jahit aku pakai baju yang dijahitnya ni hujung tahun nanti. Tapi aku kene siapkan cepat supaya aku dapt tambah segala jenis batu2 kilat dan kristal dari Sabah itu....

Jadi aku pun tanyalah dengan sopan santun lemah gemalainya bila boleh siap persalinan aku yang indah itu. Kata si Tukang Jahit, sepurnama dari tarikh aku menghantar nya. Lalu aku setujulah, sambil mengangguk2 bagaikan belatuk.

Setelah sepurnama berlalu, aku dgn penuh pengharapan melangkah lah ke kedai si Tukang Jahit, alangkah terperanjatnya aku kerana ketika itu dia masih tidak menyiapkan lagi persalinan aku. Malah ianya tersepuk dipenjuru bilik. Tapi aku urut dada, sabar...jgn marah, mungkin dia sangat sibuk.. Si tUkang Jahit dengan berwajah tidak bersalah berkata bahawa masih banyak tempahan lain yang masih perlu disiapkan. sekali lagi aku berlembut. Tak mengapalah. Lalu aku lewatkan lagi seminggu. Selepas eminggu aku ke kedainya lagi, tapi masih tidak di siapkan lagi. Hendak harapkan siap, potong pun tidak. Lalu aku tetapkan lagi seminggu, hati dah panas, tgn dah ringan, kaki dah gigil. Sabar lah empunya badan, sabar..........

Dua tiga hari sebelum tarikh mengambil persalinan ku, sahabat2 ku mendesak aku menghubungi si Tukang Jahit menggunakan satelit (hahahaha..pengaruh star trek ape..). Untu mendapatkan kepastian dan mengingatkan si Tukang Jahit, akupun menghubungi si Tukang Jahit....

Tau apa jawapan aku dapat?

Baju tidak siap lagi.....
HAMPEH!...terus aku tekankan...aku tak kira, baju tu aku nak jugak minggu nie, pagi2 aku datang amik. geram sungguh. Tadi pagi aku telefon lagi, untuk mengingatkan si Tukang Jahit nie, die boleh sound aku balik...

"kata nak pakai hujung tahun, kenapa nak baju cepat2"
eh, sukati aku lah bila aku nak....dah tentu aku nak pergi jahit manik ape semua, org manik tu dah bising2..sebab die takut tak sempat..nanti bertembung raya....

"kan hari tu saya dah cakap dgn akak saya nak awal, saya nak hantar org jahit manik, org jahit manik tu avaiilable sampai bulan 6 jer..."

"tapi kan nak pakai hujung tahun...."

"yelah, tapi harituh akak yang cakap sebulan cukup nak siapkan baju tu, sekarangakak kata saya nak pakai hujung tahun la..apela.."
sopan lagi nieyh...sabar2...

"kalau bagi masa lagi 2 3 hari sempatla...nie cakap tiba2 nak cepat"
masyaAllah...dah tentunya 3 kali aku delay....seminggu plak tu....

"kan saya dah bagi masa, dah 2 kali dah tangguh...seminggu tau saya bagi masa"

"takdelah..akak bukan nak marahlah..tapi awak nak cepat sangat...ini pun bukan org biasa yang jahit"..
dengan rasa sebu dan benci nya aku rasa sangat bengang...

"takpelah kak, akak siapkan jer baju tu, sabtu saya datang amik..


Sekian....


saya sangat sakit hati.. Mula2 mas pergi hantar baju tu, saya memang tanya, akak, baju nie memang nak cepat. Pastu akak tu yang cakap bagi masa 2 minnggu...tu pun aku baik hati..aku kata sebulanlah kak...akak buat lah slow2...betul2 slow die buat...pastu lepas dah sebualn 2 kali aku tangguhkan....
itu pun die kata aku salah...entahlh..aku tak tau nak cakap bahasa apa dah...bahasa melayu tak paham gaknyer akak nie...

Baru ingat nak tempah baju lagi satu kat die..nampaknya kene cari tukang jahit lain la gamaknyer...dah tentu nya si Tukang Jahit nie ckp belit2.....

ps:...semua manusia gini ker...belit2 cakapnyer bile dah salah...aduyai.... sape tau kat ner nak tempah baju yang murah dan ok jahitannya. please contact me ASAP!

Wednesday, May 13, 2009

Journey to N9

Masih ingat n3 Journey to the N9?...hehehe..tiba2 tgn gatal nak mengedit gmbr.....
masa edit gmbr aku dgn dzul, try varies filtration. So ini lah come out nya...



BEFORE EDITTING

FILTER 1

FILTER 2

FILTER 3

FILTER 4



BEFORE EDITTING

AFTER EDITTING




Hidup lebih Aman Damai....

Remember all my last post about the "pedas2" thing?..
Sekarang dah tiada.. Senyap sunyi dan sepi. Kenapa? Sebab 'dia' kene berkelakuan baik sepanjang masa....her scandal is here. Hahahaha...sorry lah bro, i know you change a lot. You are better now!..Congratz...

Masih dengan rasa bersyukur...kerana tanpa dia hidup ku lebih aman damai dan tenteram. Aku dan dzul makin bahagia. Our love stronger than ever.

Last night I make final decision. Untuk men'delete' nya dari YM list. Before this masih teragak2 untuk berbuat demikian. Yelah, nanti adelah lagi satu point dia untuk kononnya melihatkan aku jahat (sedangkan dia yang rasa aku nie jahat, die yang add aku..so then dah tak suka delete jela kan..but i know she won't..aku tau dia takkan happy selagi tak tgk maruah org lain menyembah kaki busuk nye tu...tapi aku takkan jadi begitu..selagi namaku NIK HAKIMAH.....). Cara kau yang keji takkan ke mana2....buat cerita pasal org, hasut org sana sini.

Tapi semalam entah kenapa, mungkin sebab dua tiga hari ini aku rasa sangat baik dengan ketiadaannya. Jadi aku dah delete. Senang jer.. Aku tahu nanti dia akan kata aku lari lah..apelah... Tapi bagi aku senang jer.. Aku masih di sini. Di rumah lama. Tak lama nanti aku sudah di rumah mentua ku.. Dia juga tahu dimana...Jadi aku tidak lari. Malah lama jugak aku tunggu dia tanya kedudukan sebenar. tapi dia tidak. Dia terus dgn omongan kosongnya.. masih lagi dgn isu scandal (dah tak relevan, tapi sebab nampak die suka bebenor guna isu skandal tu, aku lagi suka lah nak menyakat....aku tak kesah ko nak berskandal la....tak heran pun..itu hal peribadi, tapi kalau dah libatkan kwn2, agak2la...itu jer....BODOH!), masih dgn perangai lama meng'create' group. Masih dgn perangai lama yang menjengkelkan kawan2. Tau ape yang membuatkan keadaan jadi macam nie? Sebab perangai kau yang bermuka2, perangai kau yang menghasut dan perangai kau yang menjatuhkan org lain.... Kau bukan melindungi diri kau..tapi kau gunakan point org lain untuk menampakkan kau innocent dan kau mangsa keadaan. Then bile org dah kesian kau hasut cukup2. Perangai macam BABI! Dan sekarang lebih best..guna kan hal peribadi orang untuk hentam gila2.
Nak tau dia guna ape? meh aku bagitau..aku tak salah jadi aku tak perlu la nak takut..

She said
"apa?kena tangkap?tangkap basah ke tangkap kering?ups"
.....then die boleh kata....
"takut la tu sebab aku dah tau rahsia kau..."

(Ko skang or lepas nie mesti cakap," eh, perasanlah....sape suruh ko perasan.." aku dah tau dah..aku simpan bukti2nya..setiap kali aku tukar status...ko pun tukar jugak...tak sampai berapa minit...and keep changing selari dgn pertukaran post aku...)

Kawan2 sekalian, boleh check dgn JAIS, nama kami tiada dalam senarai tangkapan. Kene ketuk?semua rumah kene ketuk...orang nak masuk ketuk pintu dulu...bukan macam ko, masuk rumah tak ketuk pintu, tau2 nak marah2 org...konon best sangat la tue....ko dapat maklumat dah salah lah..So tak payah rasa macam hebat sangat. Sebab aku tak heran. Dan ade haritu ade die kata aku sakit hati sebab die gunakan isu yang konon hebat gile nie.... Hey Sengal, aku tak heran..ulang balik..aku tak heran...tak terusik pun....tak marah pun..dalam hati aku...

"kesian budak bangang nie...takde angin, takde ribut tiba2 guna isu yang ntah hape2 nie..."

malah aku tak sakit hatipun sebab aku tak salah..nak sakit hati buat ape..nampak sangat ko dah terhabis point tanpa ko sedar..sampaikan gunakan point itu itu buat org sakit hati...hahahaha...kesian ko...dah la bangang...lagi buat perangai H1N1..hahaha..lawak macam sial..

Dan aku pelik kenapa ko heran sangat isu skandal tu...bukan mengata kau depan2 pun...Lupe nak tanya, ape yang ko takutkan dgn perkataan skandal tu?Skandal 'one night stand' ke atau skandal kwn2 LAMA..? Apsal? BF ko dah tau pasal ko dan skandal ko?...erm..lepas nie mungkin dah tak bleh gelar gitu..sebab dia berterus terang dgn awek die...ko plak main sembunyi2...sampai sudah..bak kata orang..kantoi busuk...DGN AWEK DIE PLAK TU...aku tak campur...hahahaha....jgn risau..aku takkan gi cakap kat BF kau..sebab aku bukannya jenis buat group...or nak pulaukan ko....dan yang penting sekali AKU BUKAN MACAM KO...aku nie kan ustazah celup yang hebat. So gaya mesti ada ok...hahahahah


Entahlah..aku bukan kawan kau, dan aku bukan dikalangan kalian. Tapi yang peliknya aku masih tahu..mesti kebusukan kau tu dah tersangat busuk sampai aku yang duk jauh dari korang nie pun dapat bau....

Oh lagi satu...jangan cuba nak meng 'eksploitasikan' n3 ini....Aku dah atur langkah untuk tunjukkan betapa BODOH nya kau! Sila refer akta komunikasi la BODOH!..atau aku hantarkan lawyer untuk terangkan akta tu kat ko..

Gadget ku yang terbaru..

Masih ingat ade satu n3 sebelum nie pasal mesin basuh yang kami angkat sendiri....Tadaaaaa....ini lah die....mesin kesayangan ku...skang nak basuh baju pun da rajin...hehehehe



Dzul pesan :
Sape2 yang nak kawin lepas nieyh sila jangan beli mesin basuh macam nieyh eh...nanti tak malu ke kalau serupa plak....hahaha....belilah Turbo ker...yang buleh dry clean ker......hahahaha

Bile Che Abe dzul Merajuk...

Selalunya kita dengar perempuan jer merajuk. Kalau merajuk main tarik2 muka. Main muncung2..jangan main2...skang lelaki pun merajuk tau. muncung die lagi panjang. Hahahahaha
Gambar nie masa abe dzul tengah merajuk. Actually tak puas hati, sebab aku tau jalan kat Shah Alam. (ala..aku tgk kat signboard ade roundbaout kat depan..aku usik la..aku cakap..kat depan nie ade roundabout kan...sudahnya kene soal selidik..bila jawapn diterima tak memenuhi jiwa, mula la muncung...hahahaha...maklumlah..aku nie buta jalan..)



Makin pujuk makin panjang muncungnya...hahahaha...mampos tak layan..hahaha..
Comel sangat sebenarnya...





Dalam Air Terbayang Wajah

Dalam Air Terbayang Wajah
P Ramlee

Dalam air ku terpandang wajah
Adikku yang ku puja
Tenteram semula hati gundah
Dapat mambang indah

di ingatan ku terlukis wajah
Abang ku yang gagah
Baik budi serta ramah tamah
Handsome macam gajah
Rasa di hati masam-masam manis
Rindu asmara

kanda ku jangan nangis
Hilang rupa lawa
Timbul rupa naga

Kalau hidup tak bergurau senda
Hilang nikmat cinta
Bila rindu mendebarkan dada
Tahan nafas saja

Kalau hidup tak bergurau senda
Hilang nikmat cinta
Bila rindu mendebarkan dada
Sembunyi bawah tangga

Lagu nie abe dzul nyanyikan masa awal2 couple. Dating kat Taman Tasik Titiwangsa. hehehhe

Malam bulan di pagar bintang

Malam Bulan Di Pagar Bintang
P Ramlee

Malam bulan di pagar bintang
Makin indah jika dipandang
Bagai gadis beri senyuman
Pada bujang idaman


Duhai kasih ingin dimanja

Dengan cumbuan mesra

Untuk penglipur lara

Penawar dik asmara


Malam bulan dipagar bintang

Tambah seri cuaca malam

Murni sungguh ciptaan Tuhan

Bulan bintang lampu alam


Andai kata bintang menyepi

bulan tidak berseri
Malam menjadi sunyi

Tidak berseri lagi


Lagu nie dzul nyanyikan ade satu malam tu. Bulan penuh. rasanya dalam minggu lepas...sangat romantik..hehehhe

Sedangkan Lidah Lagi Tergigit

Sedangkan Lidah Lagi Tergigit
P Ramlee

Sedangkan lidah lagi tergigit
Apa pula suami isteri

Buang yang keruh ambil yang jernih
Baru teguh peribadi

Apa guna kita bertengkar
Suami isteri harus bersabar

Kasih sayang rukun dan damai
Hidup seperti dalam mahligai
Maaf hamba wahai dinda

Buang yang keruh ambil yang jernih
Baru teguh peribadi

Suami isteri mesti berpakat
Rumah tangga mendapat berkat

Apa guna selisih faham
Kalau kini aman tenteram
Pohon ampun wahai kanda

Buang yang keruh ambil yang jernih
Baru teguh peribadi


Tadi abe dzul dedicate lagu nieyh kat saya...hehehe...depan die cemuh cakap tak best..tapi sebenarnya hati bunga2. yelah...nie kes pujuk kita lah nieh...hahahhaha...ok2..mengaku lah...pujukan awak tu menjadi.....

(Kadang2 tu nak tegur atau nak pujuk tak semestinya melutut bagai...dan dia sangat romantik...siap nyanyi lagi..hehehe



Tuesday, May 12, 2009

Percubaan Puding Roti Pertama

Ini kes terliur habis tgk blog sape entah. tak ingat nama..die buat puding roti..alahai..sangatlah sedap.. Tengok resipi yang ade dalam internet macam tak susah. Balik kononnya nak buatlah. Pastu boleh plak tertinggal resipi. Pastu berlagak konon dah terer la. Dan Puding Roti ku jadi sangat kelakar. Nasib baik sedap. terlajak taruk butter...hahahahha..sanagt muak..tapi sedapla..rupa tak payah cakap la...hampeh..takpe2...nanti cuba lagi. Okla kan..at least licin loyang tu(licin ke?hahahah)






Dimana Kan Ku Cari Ganti

Hendak ku nangis
Tiada berair mata
Hendak ku senyum
Tiada siapa nak teman
Kalaulah nasib
Sudah tersurat
Begini hebat
Apa nak buat

Di mana kan ku cari ganti
Serupa dengan mu
Tak sanggup ku berpisah
Dan perhati patah, hidup gelisah

Alangkah pedih rasa hati
Selama kau pergi
Tinggalkan sendirian
Tiada berteman dalam kesepian

Dunia terang menjadi gelita
Cahaya indah tiada bergema
Keluhan hatiku membawa derita
Kini kau jua tak kunjung jelma

Di mana kan ku cari ganti
Mungkinkah di syurga
Untuk kawan berduka
Menangis bersama, selama-lamanya

Dimana Kan Ku Cari Ganti
Dendangan P Ramlee


Kenal lirik lagu di atas?... ya, inilah lagu Allayarham P. Ramlee, seniman negara kita.

kenapa post lirik lagu ni?

1)sebab baru lepas tengok cerita P Ramlee..
2)sebab internet di opis ku tiada lagi.huhuhuhu.....jadi tiadalah lagi aku dapat mengupdat blog ku...mahupun berjalan2 ke blog org lain, mahupun membuka facebook ku, waima friendster ku. malahan email ku jua....
Tidak..hidup ku gelap gulita tanpa internet......


Sunday, May 10, 2009

Bachelorette DAY!

Hari Sabtu (09 May 2009).....

Pagi2 dah bangun...lebih awal dari nak gi keje...dzul pun same jers...menyampah aku ..kalau hari kerja tu susah bebenor nak bangun...tapi ok la..takdela susah2 ne kejut.
Bangun awal, iron baju, sambil borak2 dgn tehah.

Kul 9 mandi, siap pakai tshirt sama jeans jer. Dengan semangat nya ke Post Office nak amik bungkusan baju. Lupe plak Wesak Day..so, post office tutup. nak balik sesat pulak..berpusing2 kat situ sampaila jumpe jalan keluar..hehehehe...without dzul i'm nothing, nak balik pun boleh sesat...memalukan..hahahaha

Amik dzul kat umah die. salam mama, salam kak zah, terus blah. Pastu ingerus sat nak gi amik baju dzul kat kedai depan masjid tu, pun tutup jugak. Masa tu dah pukul 10 lebih dah. Aku try call Kak Jah, also tak dapat. Macam *&%$$%((.....huhuhuu
Balik terus siap2, makeup sikit. Pastu yan call..gi sarapan sama2 kat Syed Abu..
(panjang pulak summary nieh..hahaha)

Kat syed abu, order teh tarik sama roti sardin...serius..roti sardin die yang terbaek..sedap...


Photo Caption :
1)Abe dzul baca paper...
2)Yan menung per tuh...


Pastu bertolak ke Nogori Sembilan...
Folow yan jer.


Sampai kenduri awal gakla. Makan laju2..penanggah die punyer service sangat teruk..Kitorang nieyh dah tercekik tunggu air. Air cuci tangan pun takde, cawan pun takde..sian kat Tuan Rumahla..yang malunyer die.
Katering gini memang susahlah..tak memahami.


Photo Caption:
1)Abe dzul macho ke kenduri

Sempat jugak amik gambar kenangan tuh. Yelah, sama2 bujang semuanya. lepas nieyh agaknyer jumpe balik masing2 dah kawin..


Photo caption:
1)Full House
2)Abe dzul dan saya...hehehehe
3)Yan and zul no.2....


Fairus dah tak sabar2 nak pergi Ulu Bendul..Tak tunggu dah, terus pergi..heheheh
Mandi sungai...hoorey!
Lalu ikut bukit Putus..MasyaAllah..mencabar giler....rasa berdebar jer. Maklumlah, selekoh die..ya rabbi...pastu lori2 yang lalu situ sikit punyer laju lagi kat selekoh tu...mentang2 la aku nie kecik..



Sampai situ terus berendam. Memang best..air die sangat sejuk.. Tempat pun bersih. Fairus yang tadi beria2 nak mandi sungai mandi kejap, ngantuk terus tido...hahahhaa....siotnyer fairus.


Photo Caption:
1)Hutan Simpan Angsi...we reach there finally
2)Fairus dah tertido...syiok giler...

Pastu seperti biasa dzul mesti nak main api...hie...tak paham aku..sempat buat unggun api. Rupa2nya Yan ada bakat terpendam, menghidupkan unggun api..kalah dzul...hehehhee..nasib la..


photo Caption:
1)unggun api baru nak menyala...(sorry lupe nak rotate)

yan mandi sampai cramp kaki...sian die...


Photo Caption:
1)Yan and zul, rehat jap selepas kaki masing2 cramp...
2)dzul buat iklan majalah playboy...hahahhahaha
3)Sayalah hantu telur.....

Kul 6 baru nak balik..dan seperti biasa..aku la orang paling last naik..hehehe...suka betul air2 nie..Ne panggil 5 6 kali baru nak naik..


Photo caption:
1)Dah siap tukar baju...
2)Dzul packing barang while aku lari2 lompat2 dan amik gambar..syioknyer....hehehhehe

Lepas tu kitorang singgah makan kat Muslim Chinese Food. Sedapla jugak.. Tak pasti faktor penyebab aku kata sedap. Samada betul2 sedap or kitorangnie dah kebulur.



Photo Caption :
1)Yan and Zul No.2, happy Couple
2)Abe dzul saya
3)Happy fwenz....satu hari sebagai pasangan chenta....hahahhaa
4)kuey Teow Kungfoo...best giler....gmbr mknn lain tak sempat nak amik dah selamat masuk perut..hahahaha

Lepas maghrib bertolak balik. yan hantar Fairus dekat PD, aku and dzul balik umah cik kat sepang.

Kul 11.30 malam sampai damansara. Boleh plak lepak dgn Rahmat same Lan. Pastu tak lama lepas tu Ema dgn Bai sampai.. Sambung lagi lepak sampai kul 3 pagi.. Gile babi la..semua bisness nyer citer. dan bisnes ketawa si Rahmat...hahahaha

kul 3 aku dah tahap cipannyer ngantuk. ajak dzul balik. Barulah semua bersurai. Hurm...kalau tak sampai cerahlah duk borak lagik..

This Post credit for my beloved housemate yang sporting dan very open minded....YAN & ZUL, FAIRUS & DIN,....also dekat kawan fairus yang sumel itu..AIN..dan juga yang saya cayang hari2..MR DZULIKRAM...heheheh...sengih la tu....
Credit jugak untuk BAI, EMA, RAHMAT dan kekasihnya...LAN....hahahahha.....skandal beb....tak boleh blah..hahahha...dating dalam kereta....hahahhahaha...


Semoga kita semua ketemu lagi....Adios...aku mengantuk gilew nieyh...

25 Reasons You Owe Your Mother...

Something to laugh.....quite nice from jokeoftheday.com


1. My mother taught me TO APPRECIATE A JOB WELL DONE.
"If you're going to kill each other, do it outside. I just finished cleaning."

2. My mother taught me RELIGION.
"You better pray that will come out of the carpet."

3. My mother taught me about TIME TRAVEL.
"If you don't straighten up, I'm going to knock you into the middle of next week!"

4. My mother taught me LOGIC.
"Because I said so, that's why."

5. My mother taught me MORE LOGIC.
"If you fall out of that swing and break your neck, you're not going to the store with me."

6. My mother taught me FORESIGHT.
"Make sure you wear clean underwear, in case you're in an accident."

7. My mother taught me IRONY.
"Keep crying, and I'll give you something to cry about.."

8. My mother taught me about the science of OSMOSIS.
"Shut your mouth and eat your supper."

9. My mother taught me about CONTORTIONISM.
"Will you look at that dirt on the back of your neck!"

10. My mother taught me about STAMINA.
"You'll sit there until all that spinach is gone."

11. My mother taught me about WEATHER.
"This room of yours looks as if a tornado went through it."

12. My mother taught me about HYPOCRISY.
"If I told you once, I've told you a million times. Don't exaggerate!"

13. My mother taught me the CIRCLE OF LIFE.
"I brought you into this world, and I can take you out.."

14. My mother taught me about BEHAVIOR MODIFICATION.
"Stop acting like your father!"

15. My mother taught me about ENVY.
"There are millions of less fortunate children in this world who don't have wonderful parents like you do."

16. My mother taught me about ANTICIPATION.
"Just wait until we get home."

17. My mother taught me about RECEIVING.
"You are going to get it when you get home!"

18. My mother taught me MEDICAL SCIENCE.
"If you don't stop crossing your eyes, they are going to stay that way."

19. My mother taught me ESP.
"Put your sweater on; don't you think I know when you are cold?"

20. My mother taught me HUMOR.
"When that lawn mower cuts off your toes, don't come running to me."

21. My mother taught me HOW TO BECOME AN ADULT.
"If you don't eat your vegetables, you'll never grow up."

22. My mother taught me GENETICS.
"You're just like your father."

23. My mother taught me about my ROOTS.
"Shut that door behind you. Were you raised in a barn?"

24. My mother taught me WISDOM.
"When you get to be my age, you'll understand."

25. And my favorite:
My mother taught me about JUSTICE.
"One day you'll have kids, and I hope they turn out just like you."



Friday, May 8, 2009

Happy Mothers Day!


Selamat Hari Ibu saya ucapkan untuk seluruh ibu-ibu di dunia. Saya juga tidak sabar bergelar seorang ibu. Dimana saya punya zuriat dari kasih sayang saya dan suami untuk saya sayang hingga keakhirnya.

Saya sayang ibu saya. Bagi saya, dialah ibu yang terbaik. Walau banyak kali saya melawan dia, membenci dia... Tapi dia lebih banyak menyayangi saya. Setiap kali saya ditimpa kesedihan, dia hadir menghulurkan bantuan. Cuma dia tidak menzahirkannya seperti ibu2 lain. Dia sangat istimewa.

Saya sayang ibu saya.....

Award ini untuk semua ibu2 di seluruh dunia....

Thursday, May 7, 2009

What can u do with a piece of Candy?






Semalam pergi tgk cerita Wolverine. SAngat best. While waiting untuk masuk wayang, decide untuk pergi jalan2 tgk kasut kahwin.... Kali nie kene pukau lagi. Terus beli kasut tu tak belek, tak balik pikir...cess...selalu gitu. Best part..abe dzul belanja...hehehehe....
So untuk menunjukkan 'appreciation' saya belikan abe dzul this candy..selalu nampak, tapi tak beli sebab tak tau pe rasa(of course la ras agula2 kan..hahaha)....

Sementara menunggu puas lah possing dgn gula2 tu. Subjek baru..hahahha....

Seperti biasa, gmbr saya tiada...tak nak promote lebih2...haha...mak saya kata..saya dah berpunya, tak boleh jadi tayangan umum..


Wednesday, May 6, 2009

BBQ Chicken

Hari nie hari Special...pakai baju baru..and nak makan pun tempat baru....
So, hari ni try kat BBQ Chicken, Jaya One...


(Ice Lemon Tea...our faveret drinks...)


(Ape ntah nama die...wedges ape ntah..but nice. Berminyak sikit)


Jerk Chicken BBQ...marvellous. memang sedap. Rempah die best


Yummy...


Pose babeh...hahahaha


Korean ape ntah...lupe la nama die.
Choose to change fries dgn nasi.
Nasi die sikit jer, tai macam pulut, makan sikit dah muak giler.


Yummy

Comment:
Restaurant nie rasa makanan die best. Ice Lemon Tea die tak fresh. Agak mahal, Total semua dekat RM50.
Tapi service die masyaAllah...sangatlah lambat. Customer belakang kitorang sampaikan cancel order sebab lambat sangat. Pastu mula2 kitorang decide untuk makan kat luar, smoke area. Tapi tak dilayan pun....dah dekat 15minit diorang buat tak taw jer. Masuk dalam pun nak kene panggil baru nak datang. Terhegeh2...
Jerk Chicken BBQ die jer best giler..Memang two thumbs up untuk yang tu. Yang lain2 biasa jer.

Value fo rmoney?....NOPE!
total rating : 4 over 10.....
Related Posts with Thumbnails