Hentahlah..n3 kali ni sampai termimpi2...terbawa2 dalam tidur. Betul ke dalam ber biznes kita mesti menipu..mesti pandai bermain muslihat, mesti pandai menyimpan rahsia?
Susah nak mengabaikan prinsip hidup kita selama ni semata2 nak berjaya dalam bisness. Buat itu salah, buat ini salah. Kita dgn niat nak bantu kawan2...tapi hasilnya kita ditindas. Kita jujur bagitahu apa yang kita ada, tapi hasilnya, kita dipintas. Kita ikhlas membantu bila mereka kesusahan, tapi akhirnya, bila mereka senang, kita ditekan. Aku semalam meluahkan pada dzul. dia lebih berpengalaman, lebih dulu makan garam. Sudahnya dia minta aku tinggalkan integriti aku untuk berjaya. Perlu ke?
Selama ni harga2 yang aku offer walau pada sesiapa pun, masih sama. Masih serupa. Niat aku cuma nak membantu. Kalau ada pun aku menaikkan harga adalah kerana aku sudah tidak berupaya mencari harga yang terendah untuk aku berkhidmat buat semua customer ku..Tapi kenapa harga2 mereka berubah2? Kalau kata aku menyumbang sebahagian besar pada mereka, kenapa tak dilakukan dengan adil? Dzul suruh aku mintak percent keuntungan dari keseluruhan. Entahlah...aku tak nak melakukan begitu. Bagi aku, aku dah cakap A, aku takkan ubah menjadi B. Hanya kerana mengejarkan keuntungan berlipat ganda, atas hasil menekan dan menindas org lain. Aku percaya dan akan terus percaya bahawa segala pahit maung, ombak badai yang aku harungi sekarang akan membuatkan aku matang. Dan berhati2. Menetapkan had dan sempadan dimana biznes is biznes. Tiada unsur kawan2 lagi dah. Tiada langsung!
Pada kawan2 yang lain tu, aku minta maaf. Aku terpaksa menghilangkan sifat tolak ansur ku. Cukuplah suda berjuta kali aku ditindas, ditipu, diperkotak-katikkan. Semalam akan jadi yang terakhir kalinya. Aku akan merayu pada yang perlu. Dan jangan harap aku akan melayan kau seperti dahulu. Cukup sudah berpura2 tidak mendengar panggilan ku. Kelak Tuhan tarik balik pendengaran mu baru kau sedar langit itu tinggi dan rendah.
Semoga Tuhan sentiasa bersama2 ku mencari rezeki yang halal.
Pada yang berminat, cookies dibuka untuk tempahan. Nak sample sila hubungi saya. Saya akan hantar sample(dalam kawasan servis jela..tapi memang cookies tu sedap..hehe). Untuk rental vail, kasut, wedding gown, wedding dress....masih dibuka. Sekarang dah ada koleksi vail warna PUTIH, MERAH dan GOLD BROWN (notes: semua vail kainnya warna krim, tapi beads dia warna warni...)
No comments:
Post a Comment