Hari ini aku terlampau terbawa-bawa dengan perasaan. Rasa bersalah kerana jarang bertanya khabar dengan teman2. Ingin saya bercerita dua kisah sedih. Tentang dua sahabat aku yang jauh kehilangan insan yang dikasihi.
Cerita 1
Boy Nazrin aku kenal masa sama2 praktikal di Melaka. Hisyam Design Pelukis Pelan. Dia pelajar Kejuruteraan Awam di Politeknik Kota, Melaka manakala aku di Politeknik Merlimau Melaka. Seorang yang periang, yang sempoi. Kami berkawan baik. Selepas habis praktikal, kami sudah jarang berhubung. Kadang2 sahaja bila terasa rindu dengan kenakalan masing2. Kali terkahir aku berjumpa dengan Boy masa dia datang bersama kawan perempuannya untuk temuduga di menara Vads. Menumpang tidur kawannya manakala dia sendiri tidur di rumah Dzul tunangku. Kami cuma sempat makan malam bersama dan kemudian dia kembali ke Melaka. Sedikit terkilan..tapi tak mengapalah, nanti aku ketemu lagi dgn dia.
Awal tahun aku ada singgah di Melaka sewaktu perjalanan balik dari Muar, kenduri kahwin Hebat. Tapi aku tak bagitau dekat BOy akan kehadiran ku. Malang sekali kerana masa itulah sebenarnya Boy dan keluarga ditimpa musibah.
Rumah Boy kebakaran. Tiada apa yang dapat diselamatkan. Dua buah kereta, empat biji motorsikal, smeuanya hangus dalam kebakaran. Sudah jatuh ditimpa tangga, bapanya meninggal dunia dua minggu kemudian kerana serangan jantung.
Aku cuma tahu berita kematian bapanya dalam friendster dan semasa aku telefon Boy, suara dia kedengaran sebak. Malah aku juga tanpa dapat ku tahan menitiskan air mata. Boy, maaf kan aku kerana tak berada disamping mu tatkala kau memerlukan sokongan dan teman. Maafkan aku....
Semoga kau dan kelaurga tabah menghadapi dugaan yang maha hebat ini Boy. Sesungguhnya Allah menyayangi hambanya yang sabar dan dugaan yang maha hebat ini hanya diturunkan oleh Allah untuk hamba2nya yang beriman. Semoga kalian berda dikalangan orang2 yang soleh....
Al Fatihah....
Cerita 2
Malam tadi aku tidur nyenyak. Apa pun tak sedar. Pagi tadi tersedar dari tidur, tengok handphone banyak sangat missed call dan SMS. Rupa2nya ayah sahabtaku saudara Farid Faquan telah meninggal dunia. Terkilan aku...terkedu. Mahu sahaja aku ke rumahnya menjenguk keadaannya. Tapi hari ni aku punya site visit. Nak telefon pun tentu dia sangat sibuk masa2 ini. Sabarlah nik...petang atau malam nanti masih boleh menalifon Farid.
Tahun lepas lagi bapa dia dah sakit. Kanser. Waktu tu, ajak kawan2 pergi jenguk ayah farid. Tapi masing2 terikat dengan komitmen kerja, cerita melawat ayah Farid tenggelam luput ditelan masa. Tiba2 sahaja mendapat berita kematian bapanya.
Sekali lagi aku terkilan. Awal2 pagi tadi Et, Daus dan Ajip dah bertolak melawat ayah Farid. Aku cuma mampu menitipkan salam dan mendoakan kesejahteraan allayarham di 'sana'.
Farid, semoga kau tabah mengahdapi dugaan Alllah. Allah sayangkan ayahmu lalu dibawanya bersama ke dunia kekal abadi. Semoga allayarham ditempatkan dikalangan orang2 yang soleh dan diampunkan segala dosa2nya. Amin.....
Khas untuk sahabat ku Boy Nzrin dan Farid Faquan......bersabarlah menghadapi dugaan ini. Sesungguhnya telah tersedia tempat yang terbaik buat mereka yang bergelar BAPA kepada anak2 yang soleh.....
Salam takziah dari Dzul dan Nik.
No comments:
Post a Comment