Monday, October 3, 2011

Ahli Syurga...doakan aku juga bersama mu di dalam syurga kelak....

Ahli syurga...
  orang nampak dia serabai
rambut dreadlock
kuku panjang
hitam di celah-celah jemari
leher hitam berdaki
berkerak bagaikan wujud sejak azali

Kesana kemari
memandang langit dan berbicara sendiri
dunianya penuh fantasi
ketawa
hiba
segalanya dihimpun bersama-sama

Dia Ahli syurga
Dijanjikan Allah tempatnya di sana
yang kekal abadi
bermain bersama puteri putera kayangan
bidadari cantik jelita
bidadara tampan menawan
walau hidup di dunia sementara
dicaci di hina...
barangkali itu sebabnya dia sentiasa ketawa
sambil mendongak ke langit
Ada bidadari yang melambai mengusik

Dan kadangkala dia tunduk ke bumi
menangis hiba
Barangkali azab akhirat terpampang dimata
lalu dia menangis hiba

Siapalah kita jika diletakkan disebelah dia..
Dia ahli syurga
Kita cuma manusia biasa
Tiada apa yang menjanjikan tempat kita disana
Panas seksa
Atau nyaman bahagia...


Dia Ahli Syurga...doakan aku bersama
Bermain bersendaloka
Di syurga








ppssttt.....  kalau ahli syurga betul2...ambil lah dia..mandikan dia...potongkan kukunya..gosokkkan dakinya...  mudah2an kita mendapat tempias nikmatnya seorang ahli syurga..
tappiiiiiiii....tak boleh bayangkan kalau ada yang sanggup berlakon jadi ahli syurga.. puas dah kami semua ketawa...cuba membayangkan manusia normal berlakon jadi ahli syurga...  hanya sebab tugas...  kalau benarlah begitu...  malangnya nasib dia...  ahli syurga camno kalau tapak tangan bersih..  gigi putih...  baju bertukar setiap hari..rokok beli sendiri..makan beli sendiri...  tak ambil apa2 yang dihulur orang...  tidur berselimut....leher bersih tak berkerak.....  hihihihi...apela nasib....demi tugas ye baangg..  =p


3 comments:

cheqna said...

erm...cuba memahami maksud yang cuba disampaikan

gadisBunga said...

aiya....u know that i am blur kan...???

Ati Masrif said...

apa yang tersirat
rasanya nik saje yg lebih tahu :)

Related Posts with Thumbnails