Monday, October 17, 2011

Susu Ibu bukan barang dagangan..sekurang2nya itu yang saya pertahankan...

 Hari Jumaat lepas..di Berita Harian..keluar satu artikel yang menyentuh tentang penyusuan susu ibu, ibu susuan dan pendermaan susu ibu.

Ini link untuk lebih memahami..

pertama, baca link ini

BERITA HARIAN 1

Kemudian baca full article di sini

BERITA HARIAN SCAN

Dan baca ini pula dari pemilik pages yang di tunjukkan dalam sisipan Ratu Berita Harian

HUMAN MILK 4 HUMAN BABY - MALAYSIA




Mungkin ada penjualan susu ibu di luar negara.  Tetapi bukan di pages HUMAN MILK 4 HUMAN BABY...  
Dan Ibu2 ini mengepam susu untuk anak mereka..  Dan didermakan dengan rela hati..  Bagi non muslim..ianya adalah tanggung jawab sesama manusia.. Bagi memastikan anak2 mendapat khasiat susu ibu.  Manakala bagi Muslim, dah diberi FAQ untuk mereka rujuk tentang hukum menyusukan (bayi susuan)...


Saya kesal dengan apa yang berlaku..  saya dah full article dan saya sangat2 kecewa..  Banyak informasi yang tidak betul dalam tu dimuatkan..
 Terlampau banyak.

Contohnya :-
1) EBM = Extra Brest Milk..
Sedangkan yang sebetulnya Expressed Breast Milk

2) Ibu menggunakan pam elektrik menyebabkan ibu tak dapat control jumlah susu yang keluar dan diperlukan bayi, dimana sepatutnya ibu menggunakan tangan (KAEDAH INI DIPANGGIL MARMET) atau menggunakan pump manual dimana ibu dapat mengawal jumlah susu yang keluar.
memang kaedah Marmet yang terbaik.  tetapi pump2 ini dicipta bagi memudahkan ibu2 yang bekerjaya untuk mengepam..  Saya sendiri menggunakan pump dimana ia lebih mudah.  Tak perlu ruang yang tertutup pun..kat work station pun boleh..  tapi tetap marmet yang terbaik.  Walaubagaimanapun, ibu digalakkan mengepam susu sehingga payudara kosong supaya bayi dapat khasiat susu akhir (hindmilk) yang mengandungi lemak dan dapat mengenyangkan bayi.  Bila susu di pam sehingga habis..isyarat ke otak di hantar bahawa susu perlu dikeluarkan lebih banyak lagi untuk bayi.  Pam tetap perlu pam supaya susu tidak kering (konsep supply on demand..lagi banyak diperlukan..lagi banyak susu keuar)..  Kalau berhenti mengepam dikhuatiri susu akan kering lama kelamaan dan usaha utk menyusukan bayi dengan susu ibu selama 2 tahun akan terbantut.  Contoh mcm nik.,..  Sufiyyah menyusu hanya sekitar 10oz - 15oz sehari (9am~8pm)..  tapi setiap hari nik bawa pulang EBM 20oz...masih ada lebihan 5oz yang akan disimpan sebagai frozen EBM... Ini dalam keadaan nik mengepam 2 sesi sahaja di office.  5oz ini semakin hari semakin bertambah dan akhirnya terpaksa di buang samada expired atau pun kerana kekurangan ruang/...  Nak tak nak memang kene pump sampai payu dara kosong.  Kalau tak Sufiyyah takkan dapat kebaikan HINDMILK..  itupun mula2 nik mengalami bengkak susu yang teruk..  baju sentiasa basah...  sebab nik terpaksa tahan agar dapat kurangkan sesi mengepam..  Kalau Nik ikutkan payudara nik..memang nik dapat hasilkan 50oz satu hari.. 


3) Susu ibu yang di pam keluar (EBM) dikatakan tidak mengenyangkan dan cair sebab tu baby mudah lapar....  
Sebab tu perlu mengepam hingga payu dara kosong...  Baru baby dapat Hindmilk..  hindmilk mengandungi lemak yang dapat mengenyangkan bayi.  Dan bayi yang menyusu susu ibu lebih cepat lapar sbeab susu ibu mudah dihadam. Jadi bayi tak perlukan masa yang lama utk menghadam susu.  Berbanding formula milk.  usus bayi yang lemah tu terpaksa bekerja keras utk menghadam susu.  Sebab tu bayi penat dan tidur lebih lama..


Kami mengepam bukan sebab nak jual susu kami..  Malah dipersoalkan dari segi kebersihan..  Kami menyimpan susu itu utk anak kami. Kemudian ada sangat banyak lebih.. baru diberi pada yang memerlukan. Dah tentu kami memastikan susu utk anak kami tidak tercemar...bersih. 

Saya sendiri pernah benar2 berhasrat mencari anak susuan..  Tapi nampak gayanya ibu pada bayi tersebut tak berapa bersungguh..  Malah tak dalami pun hukum mahram saudara susuan..  jadi langsung saya tawar hati..  Sedangkan konsepnya mudah..  Sufiyyah tak boelh kawen dengan sesiapa sahaja yang saudara susuan die tak boleh kawen..dan saudara susuan die tak boleh kawen dengan sesiapa sahaja yang sufiyyah tak boelh kahwen..mudah bukan?..  Tak perlu beri nafkah pada anak susuan..  Tak de  dapat bahagian harta pusaka..  Malah ibu susuan boleh dpaat upah kerana menyusukan bayi (dari keluarga anak susuan)...  jadi apa yang payahnya?..wallahualam...  Apa yang kontroversinya sampai BH perlu menulis perkara itudari pandangan sebegitu rupa.....

Banyak lagi yang ditulis tu tak betul..dan mengguris hati saya.


Malah..tulisan itu dah menyebabkan ramai orang salah anggap..  Termasuklah Yabang dan MIL saya.

Masa MIL saya memberi komen (turut menyalahkan pendermaan susu ibu)..saya taktunggu lama..pantas je saya terangkan kembali

"Ma... nik pun ada letak iklan di internet tawarkan susu nik yang berlebihan (walaupun saya tak tawarkan pun)..  tapi bila ada yang respon..bukan nik terus bagi..  nik kawan dulu..  berkenalan dengan lebih rapat dulu...amik tau hal kebersihan..  hal kesihatan..kalau dah setuju..rasa ngam..baru bagi susu..bukan terus bagi je"..

Yabang pulak dah tiba2 banyak misconception..  jenuh la saya ni terangkan balik..

"Hak anak untuk mendapat susu ibu.  Dan Hak Isteri samada nak memberi susu badannya pada anak atau tidak.  Ayah mesti memenuhi Hak anaknya untuk mendapatkan susu ibu..jadi kalau isterinya enggan..maka siayah mesti mencari alternatif lain (ibu susuan)..  sedangkan Nabi Muhammad SAW pun ada ibu susuan.."

Yabang : "Yela..tapi benda ni semacam trend baru...jadi kita perlu beri pendedahan la"

Yayang: "ye..memang itulah yang pages HM4HB tu buat...  beri penerangan dan menyediakan platform..  Dan perlu ditekankan..  ini bukan trend...  Pmberian susu ibu bukan trend..ianya adalah sejak dari dulu..  Kita cuma mengembalikan keadaan pada asal..  pemberian susu Formula tuyang TREND.. Dimana khasiat susu ibu diketepikan dengan alasan susu Formula yang terbaik..  Sedangkan ianya adlaah sebaliknya.."

Dan banyak lagi la..  tertulis..dan tak terbaca kalau saya coretkan semuanya di sini..  Boleh baca sendiri komen2..dan baca sendiri notes2 dari OTAI2 penyusuan susu ibu..  Saya ni pun baru lagi..  Budak mentah lagi..  banyak lagi yang perlu dipelajari...

Semua yang di atas ni ditulis berdasarkan pemahaman saya..  kalau ada yang salah harap di beri tunjuk ajar..

Saya tak la mengatakan susu Formula tu tak bagus..  keji..hina..tak..  Tapi saya nak kata..SUsu Ibu tu Bagus..  dan setiap ibu bapa hendak memberikan anak2 mereka cuma yang TERBAIK...  Harap tiada yang tersinggung...


Saya dengan ini ingin menyatakan bahawa SAYA BANGGA MENJADI IBU YANG MENYUSUKAN BAYI SAYA... 

Sayalah manja Ummi yang sihat bergeyo dengan hanya minum susu Ummi..masyeh Ummi







4 comments:

Mimy Hamid said...

good info queen...i pun sangat berharap nak BF my baby..insya Allah amin...

gedek! said...

hehe...

ada tisu basah atas kepala...

Amy Syaquena said...

nice info tahnks for sharing , comel baby sis..

mrs.ecam said...

xpe nik yg pntg kt tau pe yg terbaik tuk ank kt....aku pong bf n ade ibu susuan tuk ank aku gak...smoga kt berjaya bg full BF kt ank kt smpi 2taun insyallah...

Related Posts with Thumbnails