Friday, August 16, 2013

1 Syawal hanya gambar ini sahaja

Kami sampai sedang2 elok nak berbuka.

Lepas berbuka masing2 dah bedal rendang, lemang bagai..
punyelah tak menyabar masing2..
Saya buat pulut kuning 2 pot..  licin malam itu juga

Akibatnya..  balik damansara sambung masak lagi 3 pot..  pastu makan 2 orang
pastu asyik komplen ngantuk la hape..  haha




Esoknya tu di pagi raya
kejutkan Sufiyyah se awal 7pagi (menyebabkan die cranky sepanjang pagi tu)
bersiap2..yabang sempat makan ambil sunat makan pagi aidilfitri.  Saya sempat jamah sate je satu cucuk.  pukul 8.15 ke masjid berdekatan untuk solat sunat aidilfitri.

Masjid PENUH gila.
Nampak sangat anak rantau semua pulang beraya.
Tapi kami dapatla solat dalam hall. Ate datang awal kan..
Bersempit2

Sufiyyah pula maybe panik sbb ramai sangat orang.
Jadi dia dah nangis tak nak solat
Siap suruh Ummi bukak telekung semua ..  ajak keluar.

Nasib baik ada che cik nya..  puntak nak solat juga.
Maybe dah rasa kurang selesa sebab ramai sangat orang + takde ruang dah..
Jadi che ciknya bawa sufiyyah jalan di luar.
Sempatlah saya solat sunat Aidilfitri.
Sempat juga dengar khutbah raya sekejap sebelum dengar tangisan sufiyyah cari umminya..
Ummi pula semangat tahun ni nak juga solat raya.
Ini pengalaman pertama solat raya dengan mengandung bagai..  hohohoho..


Tunggu ayah keluar dari masjid
Kemudian terus ke rumah mak SIL saya yang cuma few meter dari masjid tu.
Di jamu nasi dagang dan roti jala
Menambah2 masing2 tak moh bangun dari kerusi.

Balik rumah sambung bergambar dan makan lagi
Lepas tu masing2 terdampar kepenatan.
Terus sampai petang


Sempatlah ambil gambar dgn family..  tak berapa lengkap.

Sebab abang saya yang no.2 tu dapat call dari hospital cakap ada emergency case tunggu dia untuk operation..  accident katanya (bancik adlaah doktor bahagian ortopedik di hospital kota bharu)


Tahun ni gambar masih kurang semenggah
Kalau tahun lepas sufiyyah baru dapat skil melasak

Tahun ni sibuk dgn ipod.
Besok keluar adiknya
Tak taulah apa gaya gambar family yg ado..

Gambar formal pagi raya

tengok sufiyyah dgn ipodnya..  sigh

makhencik2 dan anak2 jagaan.  faruqi takde dalam gambar sbb tgh memerap dgn ibunya




dengan sportcar rebutan ramai.  inilah yang direbutkan 2 hari pertama kat sini

cubaan buat peace masih belum menjadi




Tapi xpe..  sebab setiap gambar pun ada cerita tersendiri.
Nanti bila buh gambar raya tu kat frigde..  nampak la flow nya..
kenangan  =)











Petang tu tak kemana pun..
Sibuk membungkus doorgift utk majlis hari lusanya.


Pakai baju raya pun rasa sekejaaaap sangat
alahai
tak puas pula..


Gambar2 ni je yang ada dalam kamera saya..
yang lain2 banyak dalam kemara adik2 jela..
tak larat dah mak buyung dgn ayah nak angkut perut lagi (ayah pun ada perut juga..hikhik)
nak melantak lagi
nak handle sufiyyah lagi
makin lama makin redho je dengan kuantiti gambar lening



Sambung cerita 2 syawal di entry lain

2 comments:

Softtouch [Hanim] said...

So sweet gambar nik sekeluarga....comey suffiyah pakai tudung...o s

Mimy Hamid said...

sweet family...unik sekali yabang pakai baju kotak kotak...

Related Posts with Thumbnails