Thursday, April 30, 2009
Bahan Bukti...
Tapi kadang2 terlampau mengumpul bukti pun susah jugak. Sebab kebenarannya hanya Allah SWT sahaja yang tahu. Ambil contoh kes Saiful Bukhari. Bukti yang tidak kukuh. Lalu bersumpah laknat. Kebenarannya? Allah SWT sahaja yang tahu.
Tapi zaman sekarang nie masih relevan ker nak pakai sumpah-sumpah nie? Relevan juga satu perkara yang penting. Di zaman sekarang nie dimana orang sanggup berbuat apa2 sahaja untuk membuktikan dirinya benar. Lalu bagi saya sumpah itu sudah tidak relevan. Bukti? apa sahaja boleh dimanipulasikan daripada bukti.
Sedangkan sistem kehakiman di Malaysia nie sudah goyah..lalu relevankah untuk bercakap soal kekukuhan bukti?
Lalu semuanya kembali kepada Allah SWT.
Senang untuk saya bicarakan dalam blog ini, saya seorangyang relevan. Sangat fleksibel. Lalu isu2 yang tidak relevan saya tidak ambil pusing. Perkara inilah yang memakan diri sendiri.
Tapi tidak mengapa..kerana saya juga punya bahan bukti...
p/s: dah habes baca dah?hehehe...baca lagi blog aku...nape?nak artikel yang tak releven tu ker?nanti aku postkan balik..takde hal la..erm..jgn lupe print besar2 bukti kau tu..teringin jugak nak tgk...
Gambar ku suda ilang...
bayak pix2 aku yangdah ilang(dlm erti kata lain..misplace)...aku kan nyayut. Jadi lupe taruk mana dah. agak2 dalam laptop. Takpe..esok LABOUR DAY!...hurey...maksudnya seharianla aku di depan laptop mengupdate blog ku...hahahahaha
Owh..before dat, subuh2 abe dzul mahu pergi memancing...so afetr dat pergi carik mesin basuh...
then lepas tu...pergi hantar burung tekukur kat sg buluh....pastu pergi tgk rumah untuk abg cik..pastu....baru boleh on9?...uhuhuhuhuhu,...
mencik abe dzul..kerana telah mencuri cuti ku yang best itu....
Accident....
Lepas tu semalam masa nak keluar gi makan, dekat simpang rumah tu, aku nampak lagi accident motor..dzul suruh jalan terus, aku paksa dzul gi tolong budak tu. India, kecik lagi..tulah, ko kecik2 dah bawak motor, lesen takde, helmet tak pakai. Ini pun kes langgar lari. Dia nak masuk simpang, ade satu Myvi langgar die dari belakang. Motor tu jatuh, jatuh plak kat satu kereta Kenari Hitam. yang drive tu perempuan.
Myvi tu terus cabut, yang Kenari tu berhenti. terkial2 dia angkat budak tu..masa die tgh angkat tu la aku tiba di tempat kejadian. Dzul kalihkan motor budak tu sebab dah terentang tengah jalan.
Budak tu nampak shock..yelah, witness ckp budak tu terpelanting tinggi, terhentak kat jalan. Then aku offer hantar gi klinik, dzul plak cuit2...tak kasik la tu...Pastu tanya die duk mana, bapak mana?... die kata bapak da takde..alamak..lagi la aku kesian...
Pastu die kata duk Jalan Cempaka(jalan yang dzul duduk la)...dzul terus sergah
Pastu budak yang kecik yang jatuh terlentang tu mintak air...kesian aku tgk die...tulah,..ikut lagi abg2 ko naik motor ke hulu-kehilir..nilah padahnya..
Lari jap gi &-Eleven beli air mineral..balik2 situ dah takde dah budak tu. Rupa2nya, just after aku gi beli air, budak tu dah blah dgn abg2 die..hurm...
Dalam kereta dzul cerita lah, masa die tunggu aku bersiap, budak2 tu rupanya dah bawak macam hantu, padanlah semua tak tolong ape pun...die buat willy la...wikang la...ram(betul ke eja nie?) kuat2....pastu bawak laju2...dari tadi rupenye org kg dah marah...
erm...tulah die...cukup 40 org doa die jatuh la tu..betul2 ko jatuh...dan aku tetap rasa Myvi tu bersalah sebab tak berhenti. Tak patutla...walaupun bukan salah die 100%..berhentila..tgk mcm kereta Kenari tu, berhenti..walaupun bukan salah die...
and walaupun kereta die remuk teruk, tapi die terus blah...buat report kemudian la...yelah, nak heret budak tu ke balai pun tak guna..cerita jadi panjang....
Hari nie pagi2 dah tengok kereta xcident...tak terul...masuk longkang...hahahahaha...depan petak parking tu ade longkang. Longkang dalam gak la...900mm dalam..
Nie mesti salah tekan atau pun salah budget....hurm...nasib baik aku tak kene...
Wednesday, April 29, 2009
Alhamdulillah
Cuma minor thing jer belum selesai. Ape boleh buat. Biasalah tu...
Semalam dah settle kan Photographer, Baju kahwin pun da tempah...esok dah boleh amik...jomat nak gi beli manik lagi tambah2...hari nie my glitter sampai dari sabah...bestnyer...
kad kawin pun dah confirm..tunggu hantar gi print jer...
Catering pun da confirm..
Hiasan bunga pun da settle...beratus2 habis bunga jer..tapi takpe..biar puas hati...
My side alhamdulillah almost siap. Bahan untuk buat pelamin sikit lagi nak settle...base my dad dah carikan..cuma nak cari covernyer saje...so lagi 2week abe dzul dah boleh datang sepang siapkan pelamin kami...hehehehhe
on dzul side
June nie balik kelantan untuk kawin bancik...hurm..hopefuly tak lupe nak apply cuti. Pastu cik ajak gi kedai songket cari songket kelantan. Cik tak bagi beli songket biasa2...cik suruh beli songket kelantan..erm..ok la tu..cantik sikit...Hopefully jumpe yang kitorang nak tu..
Baju sepersalinan lagi tgh order...hopefully tak banyak kene alter....
Photographer plak maybe jumpe dalam next week...tapi aku rasa nak bazirkan duit sikit amik photographer sama macam on my side...die amik gmbr cantek..aku nak gmbr kawin kami secantek gmbr kawen sultan brunei...huhuhuhuhuhu....
tapi tak pastilah...sebab yang second nie pun cantek jugak....lagi plak kecik ati member tak amik die..hehehehehe......
Yan ke Bandung this June, can order persalinan kebaya Bandung...cantek seyh..hehehehe....maybe yang tu buat untuk dalam studio jer..
Makan kenduri on dzul side also settle...
hurm..pe lagi...hantaran semua dah siap beli....
Owh ye..tinggal beli emas jer..
my mum suruh tunggu dulu...mana tahu emas nak turun harga lagi...
So rasa makin lega...banyak yang da settle...malam nie nak gi cari mesin basuh....
Of course yang fully auto...hehehehehe..pemalas.....
Pastu kalau sempat nak gi beli kasut kahwin...hehehehe..kasik membazir duit sikit...
Pertimbangan yang sewajarnya
Kerana hati dia dah keras macam batu.
Tuesday, April 28, 2009
Hidup Ini Aman dan Bahagia
Alhamdulillah..syukur ke hadrat Ilahi kerana dikurniakan aku ketabahan dan kekuatan jiwa menghadapi "manusia yang bertopengkan syaitan".
Walaupun aku sudah pun menjauhkan diri, dzul sudah dipulau, "manusia bertopeng ini" masih rajin melawat blog aku ini. Mungkin dia rasakan dia perlu menghapuskan aku sepenuhnya. Atau mungkin mentalnya terganggu. Atau mungkin yang paling tepat hatinya sudah busuk. Memenuhkan jiwanya dengan kebencian. MasyaAllah, kebencian itulah racun dalam diri. Alhamdulillah, Allah masih sayangkan aku. Kebencian itu diluputkan tatkala aku bangkit dari tidur. Walaubagaimanapun, terima kasih aku ucapkan. Kerana sudi menjenguk blog yang hina ini. Yang busuk, yang kau anggap berlagak alim. Terima kasih sekali lagi.
Tapi pelik juga, kalau tak suka kenapa nak singgah lagi. Takut aku mengata kau? Tidaklah. Aku tak simpan pun hasad dengki. Aku pun tak pasti kenapa pembetulan yang pernah aku buat robek kembali. Mungkin syaitan itu belum berhenti bekerja... Lalu memenuhkan halwa telinga mu dengan hasutan2 dari neraka... Aku kasihan melihatmu...pasti hatimu sentiasa gundah. Kerana berprasangka. Sudahlah... pergi lah jauh2.... tak payahla tengok blog ni lagi..empunya blog ni hidup dgn aman bahagia. Ko datang jer terus porak peranda...pergi jauh2 ye...jgn buat tak paham bahasa...pergi sekolah k!
Blogwalking day!
Dan banyak blog yang saya lawati ade menyatakan isu yang sama
iaitu :
TIKAMAN DARI BELAKANG!
rupa2nya ramai lagi yang senasib dengan saya. Konsepnya semua sama:
1)Copy paste blog orang
2)Menggunakan isi blog kita untuk menghentam empunya blog balik
3)Menggunakan pengenalan anonymous lalu meninggalkan jerejak2 yang *&%$^
4)Melewati blog kita dan menghentamnya secara senyap2 dgn cerita 2 yang tidak benar.
Saya bersimpati dengan nasib kawan2 blog saya. Pendapat saya konsep blog nie senang jer..ko tak suka ko tak payah baca... Mereka2 nie boleh kita kategorikan sebagai penjenayah siber. Menggunakan untuk kepentingan sendiri.
Yang kelakarnya..mereka takde isu apa2 pun. Tapi create isu tu berdasarkan isi blog kita semua. Entahlah...semoga tuhan tunjukkan jalan kebenaran kat orang2 macam nie...aminnnn...
hahaha...dzul ckp cuma PENGECUT jer yangtidakmenampilkan dirinya dan bermegah2 dgn apa yang dicuri.hihihihihi...betul jugakkan...
To All Bloggers...terus kan dunia blog anda...saya menyokong penuh!
Blogwalking experience..
Dan banyak blog yang saya lawati ade menyatakan isu yang sama
iaitu :
rupa2nya ramai lagi yang senasib dengan saya. Konsepnya semua sama:
1)Copy paste blog orang
2)Menggunakan isi blog kita untuk menghentam kita balik
3)Menggunakan pengenalan anonymous lalu meninggalkan jerejak2 yang *&%$^
4)Melewati blog kita dan menghentamnya secara senyap2 dgn cerita 2 yang tidak benar.
Saya bersimpati dengan nasib kawan2 blog saya. Pendapat saya konsep blog nie senang jer..ko tak suka ko tak payah baca... Bukan urusan kau.
Tapi ramai yang buta kayu..buta hati..gelap hati...lalu menyebabkan dunia huru hara
Kepada si sial yang rupe2nye minat giler baca blog aku ini...aku boleh trace ko masuk blog nie...tak payah pura2.. Ko boleh berambus..aku pun tak hingin nak bersahabat dgn golongan NIMAMAH macam ko nie...kalau ko rasa ko tu dah best..blah la..apsal duk sini lagi?sebab ko rasa ko tu hebat sangatla...mencipta sengketa..org tu adalah ko!
Kalau dah betul sangat ko tu..mehla face to face....aku CABAR ko!...tunjukkan bukti la...
Renungan untuk kaum NAMIMAH!
Kalau ghibah dalam Islam disebut sebagai suatu dosa, maka ada suatu perbuatan yang lebih berat lagi, iaitu mengadu domba (namimah). Iaitu memindahkan omongan seseorang kepada orang yang dibicarakan itu dengan suatu tujuan untuk menimbulkan permusuhan antara sesama manusia, mengotori kejernihan pergaulan dan atau menambahkan keruhnya pergaulan.
Al-Quran menurunkan ayat yang mencela perbuatan hina ini sejak permulaan masa Mekah. Firman Allah:-
Dan jangan kamu tunduk kepada orang yang suka sumpah yang hina, yang suka mencela orang, yang berjalan ke sana ke mari dengan mengadu domba.-- Quran 10-11
Dan sabda Rasulullah saw
Tidak masuk syurga orang-orang yang suka mengadu domba HR BUKHARI DAN MUSLIM
QATTAT kadang-kadang disebut juga NAMMAM, iaitu seorang berkumpul bersama orang banyak yang sedang, membicarakan suatu perbicaraan, kemudian dia menghasut mereka.
Dan QATTAT itu sendiri, iaitu seseorang yang memperdengarkan sesuatu kepada orang banyak padahal mereka tidak mengetahuinya, kemudian dia menghasut mereka itu.
Rasulullah saw pernah bersabda:-
Sejelek-jelek hamba Allah iaitu orang-orang berjalan ke sana ke mari dengan mengadu domba, yang memecah belah antara kekasih, yang suka mencari-cari cacat orang-orang yang baik. - HR Ahmad
Islam dalam rangka memadamkan pertengkaran dan mendamaikan pertentangan, membolehkan kepada juru pendamai itu untuk merahasiakan omongan tidak baik yang dia ketahui dari omongan baik yang tidak di dengarnya. Seperti yang dikatakan Nabi dalam hadisnya:-
Tidak termasuk dusta orang yang mendamaikan omongan jelek, kemudian cepat-cepat memindahkan omongan itu dengan menambah-nambah untuk memperdayakan atau kerana senag adanya kehancuran dan kerusakan.
Islam sangat membenci orang-orang yang suka mendengarkan omongan jelek, kemudian cepat-cepat memindahkan omongan itu dengan menambahkan-nambahkan untuk memperdayakan atau kerana senang adanya kehancuran dan kerusakan.
Manusia semacam ini tidak mau membatasi diri sampai kepada apa yang didengar itu saja, sebab keinginan untuk menghancurkan itulah yang mendorongnya menambahkan omongan yang mereka dengar. Dan jika mereka tidak mendengar, mereka berdusta.
Sumber : http://www.geocities.com/soid_my/mengadu_domba.htm
MasyaAllah..semoga aku tidak tergolong dalam golongan di atas. Bak kata Mahaguru58 "the truth must be told no matter what; so that justice can live". Semoga dosa2 ku diampunkan. Dan semoga hapuslah kaum2 dan orang2 yang bersifat NAMIMAH.
Ya Allah Rabbul 'Izzati.....
Hamba Mu yang lalai ini memohon, dengan penuh pengharapan, dengan merendah diri. Kau ampunkanlah dosa kedua ibu bapa ku. Ampunkanlah dosa sahabat2 ku, ampunkanlah dosa pasangan hidupku, ampunkanlah dosa kedua ibu bapanya, ampunkanlah dosa ku, ampunkanlah dosa muslimin dan muslimah yang lainnya.
Ya Allah Tuhan yang Maha Pengampun
Ya Allah,
Padamu aku memohon, murahkanlah rezeki ku. Berikanlah aku laluan ke arah mencari rezeki yang halal. Dalam mencari keredhaanMu. Agar aku sentiasa tunduk dan bertafakur, menyembahkan seluruh jiwa raga ku pada Mu Ya Allah. Kau permudahkanlah segala urusanku. Letakkanlah aku bersama orang2 yang beriman. Sesungguhnya kaulah yang mengatur alam ini, Tuhan Yang Maha Esa, Pemilik Segala Isi Dunia
Ya Allah,
Kurniakanlah aku kesihatan yang baik. Kurniakanlah aku akhlak yang terpuji. Jauhi lah aku dan keturunan ku dari sikap keji dan mungkar. Semoga aku sentiasa dibawah lindungan kasih dan sayang Mu.
Ya Allah tuhan yang RAHMAN....
To All My Blog Visitor/Reader
Ini adalah kerana kewujudan hanya satu atau dua orang, tapi telah mengganggu keamanan hidup saya. namun saya bersyukur kerana saya masih mempunyai orang2 disekeliling saya. Tidak kiralah membenci saya atau menyayangi saya. Parasit2 inilah saya tujukan n3-n3 berbau masam tengik itu. Hahahahaha..... Kadang2 bukan sakit hati sangat pun. Tapi dah perangai saya suka menjadi cermin. Mencerminkan apa yang orang buat pada saya. Malah kadang2 tu saya gelak sorang2 sebab terkenangkan betapa kurang cerdiknya saya melayan ke OIN-OIN an mereka itu.
Selagi lagi..TERIMA KASIH
Monday, April 27, 2009
Parasit itu
Sekarang nie, sikit jer salah die aku dah membengkak hati. Entahla..rasa zalim..tak patut.. Tapi itu perasaan yangtak boleh ditahan2. Nak beli beras sebutir pun aku terkenangkan die..Adakah dia akan terus dengan sikap parasit itu atau die sudah berubah?
Semalam balik dari Sepang, juice ku cuma tinggal kotak..
Aduhai...berani kau..ciss!!!....Lipas yang meminum juice ku sampai licin itu harus diberi pengajaran. Aku nak taruk JULAP...kasik kau cirbir....
Nanti mesin basuh aku taruk dalam bilik aku...jgn harap ko dapat guna!
HP ku di rumah
huhuhuhuhu...
dimana dia Hp cumel saya
Hp cumel saya ada di rumah saya
di mana dia buah hati saya
buah hati saya ade di opis saja...
tedaaakkkkkkkkkk....apalah erti hidupku tanpa hp cumel saya..
Friday, April 24, 2009
Journey to the South
Masa nie kami pergi kenduri HEBAT di Muar..ape lagi..jalan2 la kat sana. Pergi tempat2 faveret masa study dulu...kebetulan abe dzul dapat payment..die belanja kesuakaan saya..MAKAN!..
Sebelum tu kitorang gi tgk monyet...sangat ramai umatnyer...sangat ramai...
Awal2 abe dzul dah pesan, jgn dekat2 sangat sebab monyet nie tetap liar mcm2 mana pun..cuma die dah terbiasa tgk manusia..sebab tu tak takut..tapi still liar...
But as usual..saya bukan penakut dan saya sangat degil...hahahahhaa
Masa pergi Tanjung Emas kebetulan ade wat pertandingan drift..so melalut-lalut tengok drift..
Pastu kitorang jln2 kat Umbai..amik angin...romantik2 sikit..chewah...
Then..MAKAN TIME....sangat best...
Kitorang makan sampai nak termuntah...and as usual, kami akan tapau lebih makan..kalau makan seafood mesti amik lebih2..sampai tapau bawak balik....hehehehe
Kepala ikan jenahak abe dzul bawak balik...saya bawak balik ketam sahaja..hehehehe
yang lain licin...so enjoy the pic...
Tanjung Emas, Muar - Habitat Monyet.
Photo Caption :
1)Monyet tu cantek jer berehat
2)Abe dzul yang takot monyet gigit die..hehehe
Photo Caption:
1)Berdiri jauh2...
2)Berehat sebentar bersama Kit-Kat
3)Baby monyet
Umbai Melaka - Kedai Parameswara
Photo Caption:
1)Sunset walk...sangat romantic masa ni
2)Trofi kemenangan kunun..wakakakakaka
Our heaven..lalalalala
Photo Caption:
1)Sotong sambal...dah licin hahahaha..tak sempat amik gambar...faveret dzul la katakan..
2)ketam black pepper..yummy!
3)Butter prawn.....my faveret...tapi kali nie sedap sangat kot, sebab tu dzul makan extra sekor..siot betol..
Burrp....alhamdulillah
Photo Caption:
1)Jenahak Steam...erm..sangat sedap....
2)Nasi saya..hahahaha
3)abe dzul melahap..hahahahha
Semoga hubungan kami berkekalan...dan dapat dimurahkan rezeki..amin.....
Hari yang PANAS
Kesimpulannya..dzul marah sebabkan tak makan, angin tu naik ke kepala. Ape lagi..migrain ler..Jadi tadi pagi sudah janji nak pergi makan tgh hari..
Walaupun tadi panas terik yang amat, ku gagahkan jua. Dan sebab panas itu aku mensnap dua tiga gmbr saje nak test buat HDR...hehehehe
ini lah hasilnya....
Setahun Sudah berlalu - Alleycats
Lagu nie dzul cukup suka nyanyikan untuk I masa hubungan kami genap setahun tahun lepas. I cakap kat dzul, after this kita sambut anniversary kita sebagai kekasih yang terakhir. Sebulan lepas tu kitrorang da nak kawin. Semoga dipermudahkan segala2nya. Amin... And then lepas tu bolehlah kitorangsambut annivesary yang lain pulak..hhehehehe
Gurindam dan irama
Tidak lagi ku hiraukan
Setelah api cinta terpadam
Apa yang tinggal kini
Hanya sisa kesal kelmarin
Menjadi simfoni mendayu
Pada setiap malam minggu
Setahun sudah berlalu
Februari muncul kembali
Dengan kehangatan semalam
Tanpa ku sedari
Ku petik mawar merah
Ku tulis sekuntum puisi
Tapi sayang pada siapa kan ku beri
Kesepian memaksa
Ku lihat wajah di cermin
Terpandang aprut di muka ku
Bekas cinta yang lama
Apakah tidakkan hilang
Kesan cinta yang terus mendatang
Bermain di jiwa ini
Aku Stacy....
Lidahku kelu dan mindaku membeku
Semangatku hilang entah ke mana
Dari pagi sehingga malam datang menjelma
Congak posisi diri
Macam-macam cara tuk kulepaskan raga
Dari berterusan ku disakiti
Engkau yang belagak bagai raja di istana
Jadikanku sang abdi
Mau saja..
Aku melepaskan diri dan terus berlari
Boleh saja..
Kata hati yang berbisik meracuni
Boleh saja..
Ku turutkan kata hati yang ingin mencuba
Gagal lagi..
Kamarku sedia terkunci
Difikir-fikir mengapa harus takut
Sedang asalnya ku yang berkuasa
Biarpun aku Stacy bukannya permaisuri
Harga diriku tinggi
Engkau sekadar datang menumpang saja
Telah terbongkar sifatmu pendusta
Engkau yang belagak bagai raja di istana
Jadikan ku sang abdi
Mau saja..
Aku melepaskan diri dan terus berlari
Boleh saja..
Kata hati yang berbisik meracuni
Boleh saja..
Ku turutkan kata hati yang ingin mencuba
Gagal lagi..
Kamar kusedia terkunci
Umpama perang
Umpan perlu dikorbakan
Demi mencapai maksud dan tujuan oh..
Perasaanku terpaksa menjadi taruhan
Akhir nanti engkau akan pasti aku tawani
Thursday, April 23, 2009
Scandal terbaru...
Pengalaman Tiada
Gaji RM4k++...erm....
jawatan secretary
So then I dan kwn2 membuat rumusan bahawa dia ade scandal dgn bos die..hahahaha
dunno...itu hanya gossip..
Siap bos belikan baju..bagi tambang teksi..erm..pelik sangat..well..I yang dah keje dua tahun...nie..erm..gaji tak sampaipun 4k..
best nyer kalau ade skandal dato2 macam die..
diela idola ku..punya scandal yang kaya dan mendatangkan keuntungan...hahahahaha
org kata nasib org tu lain2..
Cuma harap perangai die tu berubah..lain aku tak amek port...
You all percaya ker kalau die dapat gaji gini?
YM yang semalam
maklumlah..internet di ofis sangat slow. lagi pulak banyak kerja yang perlu aku bereskan. Habis semua orang aku stealthkan. Hahahahaha.... Kawan2 jgn marah...
Dan aku tahu ape perbezaan 'stealth setting' tu dgn 'appear invisible'....
erm..takdelah bagus sangat stealth nie sebab kita tak boleh menyorok habis...
Erm..bahaya untuk digunakan di opis...hahahahaha
Pagi tadi baru mencuba2 lagi. Hurm..pasni tau la nak menyorok dari dzul kalau die tibe2 wat spotcheck...
hahahaha
Antara Kejujuran dan jawapan yang nak didengar
Tapi ada sesetengah orang yang memaksa pendirian kita diubah dan jadi sepertinya. Adil ke?
Pernah tak bila kita bertanya pada seseorang tentang pendapatnya dan kemudian dia membalas begini:
Ramai orang bila ditanyakan soalan itu dia akan kata mahu jawapan yang jujur. Tapi bila jawapan yang jujur diberi, dia seakan tidak berpuas hati. Lalu bagaimana? Sejauh mana kejujuran itu perlu diungkapkan?
Mungkin bagi yang tidak mengenali siapa aku lalu dia akan mengatakan aku kejam, zalim dan tidak berlapik kata2ku. Tapi bagi aku aku jujur menyatakan kebenaran(pada tempatnya). Lalu kalau anda mahukan jawapan yang enak2 untuk halwa teling mu, nyatakan seawalnya. Maka aku bisa berbicara manis untuk membuatkan hatimu lebih tenang. Aku bukan zalim... Cuma aku nyatakan yang benarnya.
Tapi jangan paksa aku berbohong. Jangan sesekali mengubah pendirian ku atau minta akuberbohong dengan pendirian ku. Kesannya amat teruk kerana aku tidak bisa berbohong. Lalu akan terpancar jelas protes yang berpanjangan.
A lesson
"Can I also sit like you and do nothing all day long?"
The crow answered: "Sure, why not."
So, the rabbit sat on the ground below the crow, and rested.
All of a sudden, a fox appeared, jumped on the rabbit and ate it.
Antara Aku, Kau, Kami dan Mereka
Aku mengerti
Kau milik siapa
Sejak mendengar keluhan hatimu
Ku mengerti
Jiwamu pada siapa
Lalu siapa Aku disisimu?
Mereka keutamaan yang agung
Tiada cacat dan celanya
Tiada kurang dan lebihnya
Mereka Sempurna
Kami Aku ketepikan
Demi Mereka
Yang telah menginjak batang tubuh mu
Melempar maruahmu
Ke lumpur hitam penuh noda
Aku mengangkat mu
Membersihkan sisa yang jijik
Agar kau tetap dipuncak
Agar tiada lumpur yang terpalit
Pada maruah dan ego mu
Membiarkan tangan ku penuh palitan lumpur
Aku punya Kami
Lalu kini kau rasa kau hebat
Kau rasa kau gagah
Aku diinjak
Prinsip ku digoyang
Lalu luruh
Menuruni pipi ku yang berkerut
dan hitam dimamah lumpur itu
Menitiskan mutiara yang membawa lumpur
Jatuh ke dada
Inikah balasan
Pada tangan yang mengangkat kau
membelai kau
dan membersihkan kau?
Dan Kau tetap mencari mereka
Walau kau tahu
Lumpur itu lebih dulu tiba
Mata kosong ini mengiringi langkah aku
yang kian perlahan
nerapuh meniti
Cinta yang berlumpur
Tuesday, April 21, 2009
pemilihan Unit AMK Subang...
And also congratz to Najmi (Ketua AMK Subang)
dan juga congratz to Abg Ayie (Timbalan Ketua AMK Subang)..
ape lagi..kasik sate ker..penat jer supporter nie berpanas kat luar..
Mereka nie semua menang tanpa bertanding. Sebab semuanya menyokong penuh mereka..TABIK...
nie antara pix yang ada dalam handset kesayangan saya...lain2 gmbr tunggu hisyam(AJK) bagi sebab haritu saya selaku wartawan bebas gunakan kamera die.hehehehe
Akibat bertangguh...
nie semua sebab bz prepare hari bahagia la nie.
skang gmbr beterabur..n3 banyak yang draft jer...
mlm nie by hook or by crook aku nak susun semua and esok post banyak2...hahahahaha
Cerita memancing...
dah lama sangat tak gi mancing..dzul nak try rapala yang die baru beli..
then tgh leka melayan kocakan ikan2 besar itu....(best woo...)..
bulu roma remang2...
dgr bunyi desir2 jer kat belakang aku..dalam hati mencarut2 kat hantu tu..potong stim betul la..
pastu betul2 jer kat belakang aku....terus ajak dzul balik...
Masa dzul gulung joran yang kat hujung tu(my joran la..)...dzul cakap bulu roma die pun meremang...terus packing barang..terus cabot..hahahahha...
dalam kereta dua2 senyap sunyi...
Dah jauh sikit baru share...Dzul cakap gaya hantu tu macam langsuir...huhuhuhuhu.
Padan muka..mancing sampai kul 2 pagi..mana tak nyer..agaknyer kalau hantu tu tak kaco..mesti melalut sampai subuh..hahahaha
Tapi ini semua tidak akan mematahkan semangat kami untuk memancing...
weekend nie ingat nak gi mancing lagi..dzul tak habeh lagi gian die la tu...hahahahah
Bile la nak gi Kenyir ker...nak gi yang extreme sikit....
Tapi takpe..tu bile dah kawen...
Lagi pulak kitorang tak rasmi lagi tempat baru jumpe..heheheheh.....
my new eyes...
Memalukan diri di Tesco!..
Pastu dah parking kat Teso..kenelah beli barang die baru dapat parking free..
So ingat nak beli roti ker ape ker...yang simple2...
Pastu makin lama makin penuh tgn. Maklumlah dah lama tak shopping. Pastu nampak satu troli kecik.. Kosong... Maybe dah kene tinggal.. So kitorang cepat2 kebas...
Hahahahahaha....Sepanjang nak ke kaunter tu macam2 reaksi org kami jumpe...sume pelik apekehalbudakdua ekor nie..sorang bawak troley kecik..sorang bergerak secara bergolek sambil ketawa terbahak2...hahahahaha
tapi okey per..bile bawak troley kecik for sure barang pun beli tak banyak. Salah satu cara berjimat. Lagipun dat day I cume beli beras dan beberapa keperluan asas...
Dzul beli sabun....wangiiii....i like...
Monday, April 20, 2009
Jgn jadi jakun....
hurm..benci betul..nape la die menyibuk dalam life aku?....kau sila berambus...
aku tak hengen melihat kau lagi..begitu juga dzul..
owh..kepura2-an ini semakin jelas..dan menjadi semakin jelek....
budget da cukup best la tu ....
muka macam pompuan tua!...
huh!...mencik kau..
New Lens....
best sangat ...
too excited sampai tinggalkan keje jap dan pakai lens tu kat toilet...
hehehe...p
Thank You to all DesireQueen readers and supporters
Walaupun usia blog nie masih setahun jagung, tapi cabarannya terasa. Ramai juga yang menghentam blog ini secara diam2...menyalahgunakan informasi dari blog ini... Tapi queen tak kesah. Itu adalah urusan anda dengan Tuhan.
Apa2pun..tanpa hentaman dari anda..tanpa sindiran dari anda..tanpa sokongan dan nasihat dari anda semua... Cik Queen tidak akan kuat berdiri seperti ini... Cik Queen takkan merasa dan mengerti erti dan nikmat kehidupan.
Terima Kasih buat semua. Award ini buat anda semua....
Friday, April 17, 2009
Teruja...........
wah3.....
erm....award nie dr kak emy : hidup ini indah
thanks kak emy..walaupun tedak diumumkan nama....tapi sebab terlist no.1....so saya sangat terperasan dan excited sebab dapat award..
yeay!
saya jugak mengikut sedikit2 syarat yang ada....(hahahaha...suka hati jer ubah syarat..takde law betulla..hehehe)...
3. Nominate at least 7 other blogs - saya dgn ini bagi award nie pada
drum roll....................KAK EMY(hari2 baca blog kak emy)
.....................................etot
.....................................suezen
.....................................faisal
.....................................pencinta_wanita
tak cukup 7..hehehehehhehehe....
Akhirnya ianya terlerai...
kini benarlah dia menolakmu
dan semua mendiamkan diri...
menjauhkan diri...
tak mahu terlibat..
Tapi aku akan sentiasa disisimu...
Aku sentiasa menyokong mu...
Aku tahu harapan mu itu tak pernah padam.
Aku juga begitu
Tapi kau ditinggalkan begitu sahaja..
Tiada penjelasan
Aku sentiasa di sisi mu
Ya, aku tahu sukar bagimu..
Tapi aku yakin..
Semakin jauh kita pergi..semakin tenang hati kita..
Jangan menangis sayang
Kerna aku akan sentiasa disisimu...
Tidak mengapa
Andai mereka membuang kau dari hidup mereka..
Lipatan sejarah tetap menitipkan kisah hidup mu
Lalu biarkan saja apa yang ingin mereka lakukan
Aku akan menemanimu...
Walau kemana sahaja..
Marilah ku pimpin tangamu
Kita susuri pantai ini kehujungnya
dan disitulah kita tinggal
diam
dan jangan berpaling lagi...
Seperti kau selalu titipkan pada ku..
Mereka pasti tahu dimana hendak mencari mu...
Hurm..lagi kusut....
pastu kata macam tu macam nie...hurm....so..mana akarnya?...
takpe2...slow2 pikir..
So bussy..........
takde masa rehat langsung...
2 harilepas cik col tanya bile nak balik...idup ke tak...hahahahaha....rock betul la mak aku nie...
cik..mah sangat bz..skang da nak start bznes...pastu nak buat persiapan kawin...
mah tak nak bebankan cik..mah nak semuanya dah tersedia macam masa tunang harituh....
mah kesian kat cik nak kene buat semua....
heheheheheh
macam la my mum baca blog nie...
papepun..
I LOVE YOU MOM!
Tuesday, April 14, 2009
Manusia terlampau cerdik = sukar berperasaan
pandai sangat ker?
sebab kamu itu org lain yang kena.
org lain yang terima balasan.
cakap orang sahaja....sedangkan kamoo bertindak lebih teruk dari sesiapa pun....
Monday, April 13, 2009
launching new blog!
hye all!..
i baru jer launch dua blog terbaru i dalam inisiatif meningkatkan lagi mutu perniagaan i iaitu:
QUEEN DECORATION
http://queendeco.blogspot.com/
--dapatkan dekorasi yang menarik yang memenuhi kehendak dan bajet anda untuk
apa jua majlis samada perkahwinan, hari lahir, graduasi dan sebagainya!
dan
QUEEN BUSINESS
http://queenbusiness.blogspot.com/
--kami membekalkan anda almond london yang terbaik dari dapur kami untuk anda.
--juga untuk peminat ikan laga...kami mebekalkan ikan laga berkualiti pada harga
SUPERB!!!
jangan berlengah lagi...lawati sekarang dan buatlah tempahan.
Sunday, April 12, 2009
Ini ke namanya bersatu???
damn good..
si kecik tu layan sampai baring2...puas kitorang ketawa..
inilah yang dinamakan kain putih..masih belum tercorak apa2...tak taw ape itu india ke..cina ker, melayu ker..ape ker..asal boleh die layan...
p/s :
@azam..ko jgn da besar jadi gini sudah...nie ajaran Uda ko la nie!
Friday, April 10, 2009
Masalah melanda lagi..
nak gi kerja masalah, nak balik kerja masalah, nak gi sekolah masalah, jadi student masalah, jadi bos pun masalah, jadi pekerja pun masalah
Asyik masaalah jer....
Tapi penyelesaian nya jarang2 jumpe...kadang2 tak jumpe teros...
Tapi kadang2 jumpe dengan senang...
Aku serabut....
p/s:
nampaknya plan nak kahwin bulan sebelas ini terpaksa la tangguh kot....
kewangan goyah sangat....
Office Wakenabeb!
And becoz of we too excited..we get caught by Mr Tan and be warning..huhuhuhu..
I ler tuh...
Bad luck huh!
(u need to wait half of video to hear it...and also..please let ur speaker at highest volume)
Boycott jugaklah...hehehe
List down 5 of the products from the list below that you are boycotting,
and then list down 5 of the products that you will try your best to boycott,
and finally list another 5 of the products that you find it hard to boycott,
and tag 5 others.
This tag is to get everyone to read the list below carefully and identify which products affects your life and the lives of the Palestinians most! You can also compare your list with your friends and see: if they can boycott one product that you haven't been boycotting, why can't you start to boycott the product too?
For the whole list of products to boykott, please click here.
5 products I'm boycotting
1. Carrefour&Tesco
2. Starbuck
3.McD & KFC
4. Shell (except emergency...but takde lagi la..)
5. Coke!...skang ice lemon tea jer...
5 products i will start to boycott:
1. Lady's Choice
2. Kenny Rogers
3. Johnson&johnson (try la mende lain plak...)
4. Loreal
5. Maggi..(pasni try lain plak...)
5 products that i find hard to boycott
1. Nescaffe (i'm the coffe lover.....)
2. Maggie mee
3. Kotex..(dunno nak pakai ape kalau bukan nie..)
4. Johnson&johnson....(produst lain ok ke?)
5. Nestle....(owh tedak...)
sorry suezen..i copy dari blog u..takpe eh...
lebih kurang plak tu..hehehehehe
Wednesday, April 8, 2009
Persahabatan itu terlerai...
dia, menemani kau
mendampingi kau
sama-sama nakal
merentasi keindahan
zaman hingusan itu.
Lalu masa berkayuh
membawa kamu menempuh alam remaja
tinta hidup dia tersimpan
dalam kocek kau
erat kau dakap lipatan itu
agar ia tidak terlerai
aku mengerti
berdirinya patung2 lain itu
kau memandang dia hidup
kau memuji dia tidak jemu
aku kagum
inilah sahabat mu...
Namun masa itu cukup cemburu
Sejak zaman dahulu kala
Dan Syaitan itu tetap beragenda
Sejak Nabi Adam membuka mata
Aku terkesima
Suratan hidup yang tersimpan kemas di kocekmu kini terlerai
Memburaikan harta mu
menerbangkan daun kenangan
dan meninggalkanmu sendirian..
persahabatan itu
mungkinkah akan kekal.
Aku terkesima
mengapa kerana satu perkataan
Lalu persahabatan yang terjalin itu
Kamu ungkaikan.
Tahukah kau bahawa dia terluka
Aku sendiri tidak bisa mengungkainya
Aku sendiri tidak bisa menjadi puncanya
Namun kini ianyanya terjadi
Lalu perlukah aku peduli?
Persahabatan itu rapuh.
Kerana racun yang kau sangka kau kenal
Yang kau sangka kau sayang
Tapi aku hanya melihat
Racun itu menghakis
Isi kocek itu..
dan meleraikannya
menjadi debu
Sahabat...
aku bukan, dia sahabat
Lalu mengapa kerana yang racun itu
Kau berubah?
Atau ini adalah kerana racun
yang ingin melihat isi kocek itu bertaburan
Dan aku melihat
dua anak kecil
Bermain sumpit-sumpitan
menghilang dan kabur..
kerana racun berbisa
Monday, April 6, 2009
Hati yang baik tak kira warna kulit...
tayar kereta yan pecah just before keluar highway.
then i bergegas ke sana. Bawak laju giler...risau
sampai sana yan cakap tayar spare die da ade mamat tu bawak gi pump..
cina... aku pun bodoh, pergi check tayar spare aku, kempis..cess...baru haritu aku pump..
ini tayar spare semua fake!
then mamat itu sampai tak lama kemudian, dia diseberang highway...
dalam hati aku..
OMG, jgn kata dia nak lintas highway itu...
pastu die lintas dan aku tutup mata..NGeri..
dia la yang tolong pasang and jack kereta..
masa tgh sebok2 pasanga tu barulah polis bantuan lebuhraya sampai...
lambat...(tapi dzul cakap tu dah kira cepat)
after dat yan hulur duit, buat upah die..and seperti yang kamik semua agak, die tolak..
then die laju je ke kereta die..
masa dielintas tu...selipar die tercabut, dan die hampir2 kene langgar kereta...
damn..takut giler aku...
pastu die boleh patah balik semata2 sebab yan mintak no tepon die..
hahahaha...yan...no tu still kat i.....(yan kelam kabut and pakai phone i untuk copy phone no. dia hehehe..yan..yan..)
rasa terharu pun ade jugak..sebab mamat itu sangat baik hati membayar tol dua tiga kali..tolong pergi pump kan..dan siap check lagi tayar tu bocor ke tak...
memang baik..dan seperti yang fairus katakan..mamat itu HENSEM...hehehehe...ade can nieh...
anyway...nama mamat itu adalah Alvin..thanks alvin for ur help...
hati yang baik tak kira warna kulit...tak kira bangsa..tak kira agama...
tapi kalau hati tu busuk...penuh prasangka...
muka cantik pun jadi busuk...!
hehehe....
Friday, April 3, 2009
apa itu skandal versi 1
i refer to this website
http://dictionary.reverso.net/english-synonyms/scandal
and found something new...
kesian minah2 itu..tak taw refer kamus ker? ade ke just amik negative side of everything. nampak sangat desperate. lagik teruk dari desperate housewive.
org mcm nie tak bermotivasi hidupnya.. atau jugak kebudak2kan...pikir negatip ajers...sian dia..
kelakar..
ok...
kita refer plak yang next
http://dictionary.reverso.net/english-cobuild/gossip
yela..bagi i scandal nie more pada gossip la kan.. kita bukan kat malaysia dimana sex tu merata2..asal skandal jer terus pikir atas katil..apela..bile org explain tak nak dgr..
"Dah tua2 pun BODOH!" (thanks ejat atas tagline itu..) ...tapi i takdelah kata u bodoh..i tau u pandai sebab u pandai english...dah baca novel english tebal2..takot aku dengar....tu la...hopefully die paham la kan..
hahahahaha
so..pikir2la..
benda kecik da jadi besar. ini explain pakai kamus..
tak paham jugak tak taw la..
saya tidak membentuk gang...saya bergerak solo..
group lawan satu org...
kalau satu org nie kalah pun tak heran la..
sebab lawan satu group yang baru sahaja dibentuk...
hahahahaha...
semoga aku di jalan yang benar and thanks to kak emy...
kerana selalu nasihatkan aku..walaupun tak kenal minah2 ini..
dan bak kata kak...jgn saya pun naik hantu macam mereka..
hahahahaha
selamat membalas dalam fwenster..semoga berjaya!
wah3...
nampaknya blog i nie makin panas...
hahahaha..
tanpa i sedar, ramai rupenyer yang baca dan akhirnya menembak2 kat fwenster..
lucky dzul bgtau..so then bolehla i post n3 nie..
erm..sedey jugak bile kenangkan diorang nie..bile nak membesar ntah..
kesian jugak eh..
so, demi menjaga air muka dzul, demi menghormati dzul as my future husband...
i pun tak layan..
hahaha...tapi layan pun sodap nie..nak tgk deme nak kata ape plak..
yela..dari satu perkataan yang tak disertai dgn apa2 makna..ianya menjadi panjang lebar selebar sungai nil....sebesar laut china selatan..atau lebih besar lagi kot..
erm..
n3-n3 lepas nie i nak post beberapa ilmu yang berguna untuk mereka2 sekalian...itu pun lepas die mengaku....hahahaahaa..
lawak betol!
Thursday, April 2, 2009
hari ini lebih baik
rasa kurang enak. rasa takkena.
tapi hari ini aku semakin ceria. tuhan masih sayang pada ku. DIA padamkan segala kekusutan itu dari hatiku. Sungguh, hari ini aku tidak lagi rasa sayu. Malah aku rasa semakin baik.
Bermakna aku dapat menghadapi dugaan ini.
Semalaman aku muhasabah diriku. Termenung sendirian sambil ditemani cerita matrix..hehehehe..
Aku amat yakin kali ini tindakan ku betul. Aku berada di pihak yang benar. Ya, tindakan aku untuk menjauhi mereka itu betul. Aku tidak bersalah dalam hal ini. AKu menjauhi mereka dan aku menjalani hidupku dengan lebih baik. Persetankan apa yang mereka kata tentang aku. Bukan aku tidak pernah dihina begini. AKu pernah dilemparkan segala macam hinaan
Lebih bisa dan lebih hina dari ini. tapi aku bisa bangkit. Aku KUAT.
Aku perlu kuat. Tuhan hanya meminjamkan dunia ini, jasad ini dan penghidupan ini pada ku
Tapi aku lah yang mencorakkannya. Aku perlu mengatakan apa yang benar dan apa yang salah.
Mereka tak nak terima? aku peduli apa.
Hahahahaha...
Aku hairan sekali. Sebelum ini aku diserang begini hati ini begitu gundah. Tapi kali ini diserang lebih hebat lagi, tapi aku tidak goyah. Ya, benar. Barangkali yang pertama itu dia mempertahankan dirinya. Tapi kedua itu kerana setan dalam kepalanya. Serta kesinisan dan keegoan dia. Lalu kenapa perlu aku bersedih. Dia memalukan dirinya. Malah aku simpan segala buktinya. Aku tidak bersalah. Dia yang patut malu. Meletakkan namanya sendiri di WALL OF SHAME ketika dia sendiri mengatakan org lain begitu.
Mual sekali. Tapi ketawa juga memenuhi bibir ku.
Seperti anak-anak kecil yang berbicara tentang kedewasaan.
Kalau dia bangga dgn kehebatannya yang tak seberapa itu, aku bangga dengan diriku. Dia memang perlu membanyakkan bacaan penulis kita seperti Othman Puteh. Atau barangkali membaca novel Warisan sepanjang 500++ laman. Atau barangkali juga membaca penulisan Hamka.
Kawan2...aku tidak akan gentar. Di sini aku bertapak memulakan segala, tidak perlu aku undur untuk diayang bermulut sinis dan memandang org lain penuh sinis. Meletakkan penuhkeraguan dan prasangka membiak dalam sarang dan lubuk hatinya.
Aku tidak hairan. Mencipta aktiviti tanpaku sesuatu kepoyoan. Terlampau menyerlah dibuat2. Aku cukup kelakar sekali.
Hurm...yang pasti aku bangga punya kekasih hati yang menyokong ku dari jauh. Memberikan aku kata semangat. Ya, aku perlu bingkas bangun demi dia.
Lepas ini aku nak selesaikan dgn sayangku. Supaya dia tidak terheret sama dalam kejalangan betina sinis itu.