TERIMA KASIH banyak2 kerana telah menyokong blog ini. Especially to Kak Emy yang tak putus2 bagi nasihat dari jauh. Dan Juga Pencinta_Wanita. Saya menghargai kalian semua. Walaupun ramai lagi yang menyokong blog ini tanpa saya sedar (yan, fairuz, etot, suezen, bla..bla..bla..bla..ramai bebenor), saya tetap menghargai kalian semua. Rata2 yang membaca blog ini pasti terusik rasa hati membaca n3-n3 yang pedas2. Kata2 yang jahat dan berbau kezaliman tahap dewa...(hehehehe..jahat betul), saya memohon maaf(pada pembaca blog saya yangsetia la..bukan pada parasit2 serta setan2 itu..). Walaupun ini bukan hari raya samada raya haji atau raya puasa, tapi saya tetap nak memohon maaf.
Ini adalah kerana kewujudan hanya satu atau dua orang, tapi telah mengganggu keamanan hidup saya. namun saya bersyukur kerana saya masih mempunyai orang2 disekeliling saya. Tidak kiralah membenci saya atau menyayangi saya. Parasit2 inilah saya tujukan n3-n3 berbau masam tengik itu. Hahahahaha..... Kadang2 bukan sakit hati sangat pun. Tapi dah perangai saya suka menjadi cermin. Mencerminkan apa yang orang buat pada saya. Malah kadang2 tu saya gelak sorang2 sebab terkenangkan betapa kurang cerdiknya saya melayan ke OIN-OIN an mereka itu.
Selagi lagi..TERIMA KASIH
1 comment:
same2, kasih mu diterima dan parasit tu perlu di pupuskan dan di hilangkan
Post a Comment