Wednesday, April 8, 2009

Persahabatan itu terlerai...

zaman hingusan itu kamu lalui bersama
dia, menemani kau
mendampingi kau
sama-sama nakal
merentasi keindahan
zaman hingusan itu.

Lalu masa berkayuh
membawa kamu menempuh alam remaja
tinta hidup dia tersimpan
dalam kocek kau
erat kau dakap lipatan itu
agar ia tidak terlerai
aku mengerti

berdirinya patung2 lain itu
kau memandang dia hidup
kau memuji dia tidak jemu
aku kagum
inilah sahabat mu...

Namun masa itu cukup cemburu
Sejak zaman dahulu kala
Dan Syaitan itu tetap beragenda
Sejak Nabi Adam membuka mata

Aku terkesima
Suratan hidup yang tersimpan kemas di kocekmu kini terlerai
Memburaikan harta mu
menerbangkan daun kenangan
dan meninggalkanmu sendirian..
persahabatan itu
mungkinkah akan kekal.

Aku terkesima
mengapa kerana satu perkataan
Lalu persahabatan yang terjalin itu
Kamu ungkaikan.
Tahukah kau bahawa dia terluka

Aku sendiri tidak bisa mengungkainya
Aku sendiri tidak bisa menjadi puncanya
Namun kini ianyanya terjadi

Lalu perlukah aku peduli?

Persahabatan itu rapuh.
Kerana racun yang kau sangka kau kenal
Yang kau sangka kau sayang
Tapi aku hanya melihat
Racun itu menghakis
Isi kocek itu..
dan meleraikannya
menjadi debu

Sahabat...
aku bukan, dia sahabat
Lalu mengapa kerana yang racun itu
Kau berubah?

Atau ini adalah kerana racun
yang ingin melihat isi kocek itu bertaburan

Dan aku melihat
dua anak kecil
Bermain sumpit-sumpitan
menghilang dan kabur..
kerana racun berbisa

4 comments:

Faisal Admar said...

you should send this to any local newspaper! i bet they will pay you :)

a nice one!

Queen said...

hehehe...thanks faisal..
hins..hinsf...
gegegege

fazemy said...

Makna yang mendalam nih..

Queen said...

@fazemy : makna yang mendalam pun kalau tak nak paham tak guna kak. Yang bukan2 dipirnyer..

Related Posts with Thumbnails