Friday, April 17, 2009

Akhirnya ianya terlerai...

Sabarlah sayang...
kini benarlah dia menolakmu
dan semua mendiamkan diri...
menjauhkan diri...
tak mahu terlibat..
Tapi aku akan sentiasa disisimu...
Aku sentiasa menyokong mu...

Aku tahu harapan mu itu tak pernah padam.
Aku juga begitu
Tapi kau ditinggalkan begitu sahaja..
Tiada penjelasan
Aku sentiasa di sisi mu

Ya, aku tahu sukar bagimu..
Tapi aku yakin..
Semakin jauh kita pergi..semakin tenang hati kita..
Jangan menangis sayang
Kerna aku akan sentiasa disisimu...

Tidak mengapa
Andai mereka membuang kau dari hidup mereka..
Lipatan sejarah tetap menitipkan kisah hidup mu
Lalu biarkan saja apa yang ingin mereka lakukan
Aku akan menemanimu...
Walau kemana sahaja..

Marilah ku pimpin tangamu
Kita susuri pantai ini kehujungnya
dan disitulah kita tinggal
diam
dan jangan berpaling lagi...

Seperti kau selalu titipkan pada ku..
Mereka pasti tahu dimana hendak mencari mu...

No comments:

Related Posts with Thumbnails