Wednesday, November 30, 2011

Resipi Telur tak bernama

Resipi ni Cik suka buat masa kitorang kecik2 dulu..ingat lagi..kalau cik masak menu ni..memang setengah tin kacang peas tu kitorang la hantu meratahnya...sampai kene sorok2...

Menu ni memang simple..sedap..dan mudah..  Kalau bawak pi berkelah ni memang sesuai sangat la.. Isi dalamnya boleh ubah suai ikut sedap tekak..mcm saya, saya suka lebih lada hitam..  Kalau tak nak berminyak sangat kurangkan penggunaan minyak sapi...  

Cik memang suka masakan yang simple2 mcm ni..nnti saya share mcm mana nak buat mee kuah pulak..  pun senang..  Tapi meh kita tengok acane nak masak..

Yang saya punya ni hangus sikit...sbb sibuk melayan sufiyyah nanes2 masa tu


1 labu Bawang Holland (potong dadu)
1 sudu besar lada hitam (tumbuk separa kasar)
2 biji tomato (potong dadu)
1/2 tin kacang peas (tin kecil)
5 biji telur
2 sudu besar minyak sapi
Seidkit air
Garam dan Gula secukup rasa


Kaedah2nya :
  1. Panaskan Kuali, masukkan minyak sapi
  2. Tumis bawang sampai naik wangi
  3. Masukkan telur, tak payah pukul terlebih dahulu..lebur je dalam kuali dan kacau2 supaya tak masak setampuk.  Masa yang sama, masukkan lada hitam, tomato, kacang peas, air dan garam serta gula.
  4. Sentiasa kacau supaya tak hangus.  Kacau sampai mendidih / masak
  5. Ok..dah boleh angkat..boleh hidangkan dengan roti..mkana panas2..sedaaappp

7 comments:

~ana~ said...

simple dan nmpak sedap...boleh cuba nih..:)

gadisBunga said...

makanan yg sesuweyyy untuk diet nih. tapi minyak sapi tu kene ganti dgn minyak zaitun. perrrrrrfect!

rATu kEBaYA said...

simplelah... balik ni nak try lah...

Mimy Hamid said...

simple..suka menu telur..tq queen

Ati Masrif said...

yammmiii..boleh cuba

kak ati nak sgt tahu masak
kari klate..sedaplah lain..dari yg lain

ajar skit nik :)

Bitt (double IS) said...

perghhhh resepi telur...kegemaran double IS nehh

Along Ayu said...

sedapnye...sejuk2 ni lapaaaaa

Related Posts with Thumbnails