Monday, March 31, 2014

Laman

Ini gambar hari sabtu lepas.

Pagi tu mendung je tak panas.  Tapi tak pula mcm nak hujan




Taman belum ada konsep.  Asal hijau kami tanam.

Asalnya tanah depan ni memang kering garing.  Apa pun x ada.  Adalah serumpun dua rumput liar (betul ke kata bilangan ni) masa awal-awal dulu.  Dan kebetulan tanah di bahagian depan ni macam agak hitam.  Bukan la tanah liat macam di belakang.  Macam campur-campur gitu.


Jadi masa pindah tu kan musim kemarau.  Panas sangat.  Hari-hari pun yabang siram rumput seconet tu.  Plan juga nak tanam rumput mcm rumput mutiara ke..  Tapi duk tangguh sebab panaskan.

Ni tengok dah hijau cantik ni mcm sayang pula nak ganti dengan rumput lain.  Elok pula dah penuh satu laman.  kami cuma trim je waktu hujung minggu.  Dulu secenonet sekarang dah penuh.  Memang sayang nak buang.


Kemudian tanam pula pokok Kemboja di tengah2 laman tu.  Kemboja merah.
Kawannya kemboja pink di belah depan luar pagar.
Ambil di rumah abang ipar di Kajang.  Cucuk je katanya.
Terinspirasi dari laman kak Eynda.
Harap nanti dah besar teduh lah sikit depan ni.




Kami ni bab mencantik2kan tu bukan reti.   Saje suka2 tanam.

Sekarang tengah projek belakang rumah.  Buat kebun mini.
Hujung minggu memang habis masa berkebun.  Seronok pulak..
Harap hiduplah ye pokok-pokoknya.


Owh ya..  nampak benda dalam sangkar tu?

Itulah pet baru sufiyyah.
Macam biasa..  tukang jaganya yabang la..  haha..
Tuan die cuma tahu main ja.
Nak ajar pegang pun takut terlepas.
Along nya yang bagi.
serindit.
Kalau berkicau tu terasa duduk di chalet peranginan..  ecewaahhh..  alasan bangun pagi lewat kann..  haha





Saturday, March 29, 2014

Antara TOYS dan BOOKS

Kat office saya sekarang ada buat wholesale clearance Toys.

Memang murah2.  siapa yang memang pembeli, pengumpul, peminat mainan Barbie, WWF, Thomas n friends, Fisher Price, Hot wheels dan Polly Pocket bolehlah ke The School, Jaya One, petaling Jaya.

Last hari ini tau.  sampai pukul 6 sahaja.



Saya dah pergi on first day lagi..

Tak usah cakap la..  Memang teruja tengok mainan dijual dengan harga serendah RM20 utk patung barbie.  usual almost 100 la jugak kan..

Thomas n Friends serendah RM30.  Hot Wheels set tu serendah RM50 je.

Tali pinggang WWF cuma RM30..  kalau tak silap tahun lepas kot, anak sedara saya dapat hadiah dari ayahnya tali pinggang yang sama. Harga RM100 lebih di Toys R Us



Mula lah gatal nak belikan untuk sufiyyah. Tapi terasa ralat sangat.  entah kenapa



kami fikir2 balik.  Apekah ilmiah nya mainan ini?

Kami tak pernah dedahkan sufiyyah dengan semua brand2 tu.  mainan tu.

Sufiyyah tau barbie, tapi dia tak tau adanya patung barbie.
Die tau thomas n friends.  dia ada buku pun.  Tapi die tak tau adanya set keretapi tu sendiri.
Polly pocket?  lagilah..

Jadi kenapa nak beli?  Untuk anak atau untuk kepuasan ummi dan ayah?

Paling kuat pun kami bawak sufiyyah ke pasar malam dan biarkan dia bermain dengan mainan-mainan yang ada di pasar malam.  Dah puas dia main, ok..  mari pulang.  Tiada tawaran untuk membeli mainan tersebut.
Kalau ada pun, kami beli dan bawa pulang.  Beli di kedai tersebut dan bawa pulang depan mata anak, rasanya sangat tipis.  Jarang sekali.  Itu syarat oleh Yabang.
Kadang tu saya yang tumpang buat muka kesian pada yabang mohon luluskan beli satu barang utk anak.  Kesian kadang nampak dia terkulat2 hendak tapi minta tak reti.


Kalau ada pun yang dia tak nak lepaskan, bila bawak ke chow Kit, di deretan kedai kereta berbateri, itu susah sikit nak ajak pulang.  Semua pun dia nak main macam playground pula.


Tapi, belum lagi dengar sufiyyah minta kami belikan mainan itu ini sampai meraung2. (ya..  selalu je jumpa budak meraung sampai guling2 atas lantai sebab nakkan mainan tak dapat)

Berlainan dengan buku.
saya tak rasa ralat berhabis ratusan di Big Bad Wolf.  Di kedai buku adalah sikit sebab tahu di big bad wolf lagi murah..hahha..

kalau sufiyyah mintak buku, takpe..  ummi belikan..

Terasa lain berhabisan duit pada mainan dan pada buku.
Buku. kita tau ada manfaat ilmu.
Mainan..  ada je choices yang lebih murah. Walaupun takde brand


siapa yang tak nak beri yang terbaik buat anak2.
Dari hujungrambut sampai hujung kaki

Tapi nampaknya sufiyyah kena belajar, Ummi dan ayahnya bukan orang senang.


sebab tu orang kata


Anak-anak ni ibarat kain putih, ibu bapalah yang mencorakkan mereka.


dan ibu bapa pula kena tahu, pena di tangan mereka..  pandai2lah nak lukis apa.  Kalau tak pandai tahan nafsu.  rosaklah anak2.






sekian entry tahan nafsu nak belikan sufiyyah anak patung barbie. dan set hotwheels utk umar....  hahhahhaha

ada barbie mariposa punya collection kot..  aa..  geram2





Selepas entry ni ditulis...  pergi teman opis mate borong hotwheels angry bird.. dari rm5 markdown sampai rm1 je......  beli lah sorang satu utk anak2 buah..  pastu terjebak juga beli kan polypockets utk sufiyyah 2 set..  markdown price..  rm10 je..  mau tak geram...

tapi yelah..  mcm biasa.. anak2 jgn ditunjuk..  tau2 dah ada je..

ok./..  dah tak bernapsu sangat sebab berjaya jugak membazir..  itu yabang tak tahu.. sila diam2..  nnti kalau die tau mesti kena ceramah...  hahhaha


Friday, March 28, 2014

Berkelah di Taman tasik Titiwangsa

 Another throwback entry..  haha..  ini mmg lama betul ni.

Memory cardnya hilang ntah kemana..

Ini adalah aktiviti mereka sementara tunggu ummi settle makeupkan pengantin.  Ada 2 pengantin makeup that day.  Jadi dari awal pagi dah tercongok mereka disitu.
Sufiyyah teman Ateh jogging.  Ateh training sebab next 2 weeks tu ada marathon.  Suke sangat atehnya join marathon2 ni.

Cuaca sangat cantik.  Tak panas sangat.  tak mendung.

Ummi siap goreng meehun, buat sambal sardine.
Berkelah lah disitu.





masa ni sufiyyah ada KUTU..  ni sessi cari kutu la ni.  mesti dihapuskan segera ke akar umbi

asal ada luang..  sampai sufiyyah tak nak bagi dah orang kelebet kepala dia.. katanya "kepala iya dah kotong ni..kotong.. (kosong)"



Group pic..  owh..  this time sufiyyah dapat ipod mak teh nya, umar plak dah tido..  sekian la kaannn



Thursday, March 27, 2014

Birthday Atuk

Its a throwback entry (elok sikit nama dari entry peram..haha)


celebrate Birthday atuk Nasar yang ke 70.  =)

this while stuck in traffic jam..  kat kota damansara..  terasalah bahagia sangat pindah pinggir bandar..  inilah sebab dulu kitorang hujung minggu menyampah nak masuk area curve or One Utama..  walaupun belakang rumah je..  JAMMED!



sekarang kalau dah dapat phone ummi..  selamat..  haih



Atuk dah masuk 70.  Masih nampak muda dan bergaya..  haha

Sufiyyah and Umar soo  excited
Sufiyyah orang paling depan. Beria menyanyi. Dia suka betul la birthday2 ni sambil feeling2 die punya birthday


tengok..  hidung tu tetap tak lari.  hidung atuk juga.. 



thats the end..  makan lepas tu pulang.

Selamat Hari Ulang tahun ke 70 Atuk.  Moga atuk beroleh kesihatan dan kesejahteraan dalam hidup.
We LOVE Atuk..  hug and kisses  =)



Since ada yang tak suka saya bercerita about me n family in law.  then i limit the entry.  But this one too cute to be miss =)

Wednesday, March 26, 2014

happy 6 months old Umar Mukhtar

Hoh..  dah 6 bulan..  cepat betul waktu berlalu pergi

Kejap je dah 6 bulan

actually.  ummi dah lewat 2 days lah..
Masa 24/3 haritu ummi busy dengan submission untuk projek di Port Dickson
Sampai lupa..huhu.  sorry sayang


Umar Mukhtar
Dah 6 bulan dah kamu
Dah tak boleh lepa tinggal berseorangan
Dah tak boleh lepa letak atas katil berseorangan
Memang kejap aje kamu ke 'bawah'
Memang kejap je dah sampai 'border'
Dah pandai bergurau dengan kakak
Dah pandai pilih2 nak berdukung dengan siapa
Dah mula stand atas lutut, nak merangkak
Dah pandai capai segala benda atas meja
Dah pandai masukkan segala tok nenek benda  dalam mulut
Dah pandai perasan handsome bila tengok cermin
Dah pandai mandi dalam besen
Dah pandai berkepak2 bila nak diangkat
Dah pandai nak menegur orang kiri dan kanan

Umar Mukhtar
Terpaksa akhirnya ummi masukkan kamu dalam walker walaupun ummi tak setuju sepenuhnya
Sebab kamu sentiasa nak mengutip
Sebab kamu sentiasa pergi tempat bahaya
Dan cepat aje kamu adapt dengan walker tu
Baru naik 2 hari dah sampai dapur dah punggah tong sampah
Baru naik 2 hari kamu dah pandai berebut walker tu dengan kakak sufiyyah yang masih perasan tu walker dia
Sekarang Ummi rasa nak simpan je balik walker tu.


Umar Mukhtar
Sepertimana niat ummi sebelum ni
Ummi nak lewatkan pemberian makanan pejal pada kamu
Sebolehnya hingga 2 tahun penyusuan susu ibu secara esklusif.

Dan pada 2 hari yang lepas, Ummi berjaya 'merangkul segulung diploma'
dalam penyusuan susu ibu.
Alhamdulillah.  Allah berikan Ummi rezeki untuk menyusukan anak2 ummi
Allah berikan ummi jalan untuk korek ilmu tentang penyusuan susu ibu
Maka dapatlah Ummi tempuh halangan demi halangan dengan cara berilmu.

Umar Mukhtar
Kamu, ummi serahkan pada Allah
Keselamatan mu
Masa depan mu
Dan ummi cuma mampu menyuluh laluannya
Agar kamu menjadi mukmin sejati

Jadi anak yang soleh sayang
Yang hormat orang tua
Yang kasih pada yang muda
Yang sentiasa memberi dan memberi dan memberi

Umar Mukhtar
segagah nama mu
Ummi harap kelak kamu
berjuang demi Islam
Ingatlah di bahumu tergalas tanggung jawab
Agama mu
Ibu bapa mu
saudara perempuan mu
lindungilah mereka
pimpinlah mereka
kasihanilah mereka
Sepertimana ummi mengasihani mu sayang


Terima Kasih ya Allah
kerana menitipkan aku seorang anak lelaki
yang akan melindungi ku kelak di kala tua
yang akan menjadi pemimpin
jadikan dia orang yang akan sentiasa berjuang di jalan mu ya allah



amin








umar mukhtar
Ummi, ayah dan kakak sufiyyah menyayangi mu setulus hati





Tuesday, March 25, 2014

Ucapan hari jadi terakhir






Saya nak jadi orang terakhir memberi ucapan Selamat Hari Ulang Tahun Kelahiran pada Uncle Gedek.. 

hehe..
Selamat hari lahir uncle..
Semoga mencapai apa yang dihajati. Di rahmati Allah..





Uncle Gedek bagi saya seorang yang sangat kreatif.  Pertama kali saya singgah ke blog beliau saya mulanya tak faham sangat konsepnya.
Tapi kali kedua singgah.  Saya rasa blog uncle gedek sangat AWESOME!..
Kreatif
die ber'selfie' dengan begitu konfiden.  Dengan t-shirt hitam kegemarannya. (Sampai Yabang cakap die photoshop mula2 tu tau..  haha..)
Dengan rambut panjangnya
Dengan sifat yang rendah diri dan sempoinya.

Dan kadang2 saya nampak uncle ni (atau saya panggil pokcik gedek) rupa ada iras2 macam suami kak Di Green Apple..  hahahaha..  Encik Wan tuelah..


Semoga Uncle lebih lama di laman blog..  memaparkan idea2 kreatif setiap hari..


Selamat Hari Lahir Unlce Gedek!  =)

jom lawat blog uncle GEDEK  http://www.blogbeginsatforty.com/


Sekian entry pendek dari saya buat uncle gedek =p



nampak status uncle di FB..  sebab saya ni dah jarang sangat melawat blog uncle..  jadi saya buat entry terus..  demi menebusnya.. wahahhaa..  =P




Short update

Sekarang tengah busy benar nak keluarkan drawing.

Masa ni lah ada last minute changes.
Plan dengan 3D tak sama..


Dengan problem yang dulu tu comeback (i know it'll come back soon)
Tapi sebab this time i'm not INTO it..  so rileks jah.
Let Allah show us the best to settle up this.
And makes people yang dulu kata aib aku pekung aku apa bagai datang sujud kat kaki aku balik (ecewahh...ayat dramatic..  no lah..xsekejam tu..  biar allah tunjuk ke kebenaran.. more than enuf)



Dengan menahan perangai orang suka mengipas2 ni.  Alahai.  tak payah nak jek2..  ko practise dah more than 10 years..   Tapi ko buat tak macam pun 10year xp..  tau cakap je.
lempang kang.


Dengan sekarang dah ada ahli keluarga baru..  Alhamdulillah..  =)



Dan Umar pun dah selamat naik walker (oh myyyyy... i know its not good)
But i need it.  Macam masa nak berkebun kat luar..  Umar nak main sekali.
Takkan nak meniarap atas simen kot la komando sangat
So last2 ummi take out Sufiyyah punya walker.
Dah berebut Umar dengan kakak.
Kakak Sufiyyah pun sama naik melenjan walker tu..  hoih.  azab sangat dah tgk seatnya..
Walhal kecik-kecik dulu sampai paksa2 BS naikkan dalam walker.




and then malam tadi tgk news MH370 found at Lautan Hindi.  At last.
Tapi tuelah..hope for the miracle if there is any survivor..
Harap keluarga yang ditinggalkan ni bertabah.  Allah knows best..
Malam tadi pun tak bukak cerita princess ke apa.  Ummi nak tgk news about MH370






soo busy now..

Semalam pulak ada orang kereta rosak kat highway sungai buloh subang tu..
Jem berkilo2 kebelakang
we stuck there more than 1 hour.
Sampai rumah pukul 9 lebih.

Pukul 10 lebih baru boleh makan...




ok..  got to go..
sambung buat kerojee

bekorjeee lah kite..  sekueknyooo...






Sesiapa nak tempah makeup..  still available..
Few seat taken....
RM175 je..
whatsap eh 0123857747

Saturday, March 22, 2014

MONOPOD

Sekarang saya tengok monopod ni jaditrend dah..
Semua bermonopod..

Sebab mmg good gadget.  Membantu sangat2 la..  during travel especially.. tak payah susah2 mintak orang ambikkan gambar..



Tapi..saya tak la terkejut sangat dgn monopod ni.
Sbb kalau mcm yabang.. dia ada tripod..  dan monopod.  Dah lama dah la monopod ni bagi pengguna DSLR.

Cuma tak la se 'convenient' mcm monopod yang tgh trend ni.. ringan..  sesuai utk phone camera..  atau maybe compact camera...

Satunya sebab lebih bulky. besar..
Sesuai lah dengan benda yang nak ditampungnya yang sampai berkilo tu..  belum lagi masuk battery extension, lens dan bermacam aksesori.

Kalau pakai monopod tu hold dslr untukl ber'selfie'..  mmg boleh patah bahu saya rasa...   hahaha ..  not sure la model lain.  tapi for d90 tu..  boleh tahan la berat.

Jadi mmg the best is tripod.  Buat masa ni last travel dengan tripod gabak tu adalah just before sufiyyah lahir..  ke Kuching.

Lepas tu..  sekian...  kamera sahaja sudah cukup berat nak bawa..
Nak bersilat dengan anak2 lagi..
Tu yang less picture..


Jadi lepas ni nak pertimbangkan la beli monopod.  or any 'stick' yang boleh hold my Compact camera....


any suggestion?



Friday, March 21, 2014

Kids Outing : Zoo Negara

Another throwback entry,.

This happens masa raya cina yang lepas..

Since takde sen sangat nak pergi bercuti jauh2 + semua pun rate mahal sbb CNY kan..
Jadi marilah ke Zoo Negara.


A bit stress... sebab..  sufiyyah tak nampak haiwannya kat mana
Besar sangat

Entrance fee is RM30 for dewasa with MyKad.
Kids below 3 years kot..  FREE..  so sufiyyah and umar free.
3-12 years RM10 with MyKid..
Buka dari jam 9hingga5pm

Umar in patapum SSC..  tak bawak RS this time sebab getready nak carry sufiyyah sekali. 

hoping to see Giant Panda. Tapi belum ada.. nnti dah ada dengarnya harga tix naiklagi.. pfftt

try to get some info here but still lost.. haha


Sila bawak air masak dan bekalan makanan yang mencukupi.
Stroller is a must. Kalau umar boleh carry.  Sufiyyah tak nak kecuali dgn Ummi..  So bawak stroller senang sikit la.. Sebab from one place to other jauh jugak.

Walaupun ada tramp..  Tapi naik tramp bayar ye..  RM4 if i'm not mistaken for one small round.
Kalau sewa VVIP Tramp.  RM300 for 2 hour mcm tu..
Ramaila pak pak arab sewa benda tu for themselves.. takde share2.
kalau amik yang rm4..  share...


first.. kitorang jalan je..
A bit confused.
Masuk2..  macam lost mana nak pergi first...
Pergi information counter
The staff buat tak tau je
Pastu bila kita tanya jawab endah tak endah
So malas nak tanya lagi
Map pun takde bagi free ke apa..
Tercengang2 la masuk


Kitorang decide ambil belah kanan dulu
Which is silap juga
Patut ambil jalan ke kiri dulu..  nanti lalu kawasan gajah.. giraffe..
Pastu baru haiwan kecik2 gitu.


So kalau lalu belah kanan akan jumpelah kawasan untuk kids.
haiwan yang tak merbahaya mcm ni.
Kuda kerdil.  Kambing pun ada.
Boleh lah pegang2 kalau yang mcm ni

cubaan pegang horse..  haha..  tu tarik tgn balik sambil terjerit2..  haha





budak belakang tu sibuk je..  org bagi makan die pun sibuk..  dua tiga kali kitorang panggil deer tu pastu die sibuk.. 

Umar 'projek'..  =p


with the siberian tiger..  

girrafe,.  jauh giraafe ni..  dah la panas..  sufiyyah pun tak nampak..  haha



kenapa ummi tgk umar dgn gajah dah nak sama je..  melayut2 pipi..haha

this time..  sufiyyah sebenarnya dah keletihan..  paw kiotrang punya 100+ sikit.. terus energetic mcm ni





ni dahtak larat..  surrender naik train..  nak pusing tgk apa2 kot tertinggal
Family Pic..  thanks pada yang tolong amikkan gambar ni..  =)


Summary :
Ok la..  so-so je
terasa kurang berbaloi dengan harga tiket yang mahal jugak.. RM30.  tramp nak naik kena bayar lagi
Makan minum dalam ni toksah cakap la.. mahal tak hengat.
Haiwan pun tua semacam
Tempat kot ye nak nature pun biarlah terjaga
Biarlah ada map dan direction yang lebih tepat.
Ni kitorang sampai dah tak larat nak cari tempat buat show haiwan tu.  Last2 tak nak lah cari dah.. penat
Masa  dah nak balik baru jumpa.  Tu pun sebab cari toilet.
Haiwan pun so-so je.
Kambing je sampai 2 3 kandang.  Pe jadahnya datang tengok kambing sampai 2 3 kandang.
So harap ada improvement la lepas ni.  Zoo Negara tapi kesian je tgk binatang2 dia..
antelope tu..  nak tengok kena pakai teropong..giraffe and zebras also..




Balik tu ingat nak singgah air terjun.  SInce tak penah pegi.
Sekali tgk.. alahai..  tak payah la sufiyyah
Terus ke UIA..  tumpang mandi hostel ateh je.
Lagi sejuk air nya.

Makan..  dan pulang


=)


untuk zoo negara.. saya bagi 5 bintang from 10..
tunggu lah sampai sufiyyah dah besar ada anak.. baru pergi lagi gamaknya..  hahahhaha





Thursday, March 20, 2014

memanjat

Rasanya since nak pindah2 rumah haritu lagi
Sufiyyah dengan skil baru
memanjat


Masa pindah.. berenti la kejap

Ni dah mula balik
Selain memanjat.. Melompat.
Asal masuk bilik Ummi je lompat atas katil
Terhantuk kepala katil tu toksah ckpla
Banyak kali dah
Serik tak jugak


Halang lebih2.  budak tengah naik
Nak explore kan
So biarkan jela
sambil perati jangan bahaya




Ni bukti kegilaan baru sekarang
asal ada peluang....







Wednesday, March 19, 2014

ww: yang mahal itu mulut




rasa nak kunyah2 je mulut tu

Tuesday, March 18, 2014

O..oo..ooo balik kampung.. =)

Ini cerita lama #throwback la kekdah nya..


Nak balik.  Kebetulan che cik yang study di Penang balik kejap.  Eksiden denganmotor.  Langgar lari.
Jadi nak balik..Tapi kereta dah uzur sangat.  Tayar botok licin.  Pastu tak berservis. Ye..kami tak de duit nak servis kereta.  Pakai duit sangat banyak since baru pindah.  baru kenduri.  Lepastu awal tahun kan bayar insurans kereta.  bayar cukai pintu.  bayar itu ini.  Jadi tangguh servis kereta..... (ok.. tak nak pikir..  nnti sedih sangat..  too many sad things sampai saya sendiri terbantut nak tulis in blog)... Yabangpun dah janji dengan org workshop.  Jadi saya nekad..  nak balik dengan komuter.

Tapi tau dah yabang takkan allowed punya. Jadi komplot dengan ain (adik), paksa dia pun balik..  muahahhaaha...
hari sabtu haritu ada 2 kenduri.  Satu kenduri aqiqah baby aisha di TTDI.  satu lagi kenduri kesyukuran husna di kayu ara.  Settle terus yabang hantar ke Kelana Jaya.
Yabang teman naik train sampai KL SENTRAL.  disitu jumpa ain dan pulang bersama. kemudian naik bas sampai BBST.


Masa on the way balik ain teman balik. Cik hantar sampai stesen Nilai..  naik komuter. Sampai sungai buloh.
Masa kat Sentul berhenti sebab nak tukar pampers umar membuang pulak.
Di Sungai Buloh Yabang dah menanti..

Seronok sebenarnya naik train ni.
Penat sikit la sebab kena layan 2 orang budak kecikni.
Umar pula tak nak tidur dia sepanjang perjalanan.  Excited barangkali sebab ramai orang.. suasana baru kan.
habis semua orang dia tegur dalam tu. Gelak2 semua.

yang sufiyyah pulak melasak.  Naik kerusi ni.  Turun.  Naik kerusi sana..
Yang sana ni puas hadang takut die terus ke pintu je.

And feedback sufiyyah
"rumah tok we ni jauh la"..

hahaha..  maybe die terasa jauh sbb kalau dalam kereta ada movie..  lepas tu tak payah naik turun.. less movement..

lompat2

tengah cari akal nak keluar ke pintu


hello ayah.. dahnak sampai ni....

cubaan bercamwhore..  masa ni ain dah turun.  kami teruskan perjalanan dari klsentral sampai sungai buloh







Nampak la dia rindu pada ayah. pada movie dia.  pada bantal dalam car.
Jarang2 berjauhan dari kesenangan pun bagus.
Biar dia rasa hidup susah.
Mana tahu kami pergi lebih awal
Siapa nak me'manja'kan anak2 kami lagi.


Total kos
kelana jaya-klsentral = RM2.10 (putra)
klsentral-nilai = RM4.70 (komuter)
nilai-BBST = RM2(bas)

= RM8.80

sufiyyah dan umar free

masa balik cuma naik train tapi tak tahu berapa rm sebab sibuk dengan anak2 dan pakai touch n go..
tapi kalau tak salah dalam rm6 mcm tulah..


worth la..
kalau naik kereta.
tol pergi balik rm20
minyak rm30
=rm50..  sekiann..

tapi hasilnya..  lebih bernilai dari rm50.  sebab dapat jumpa cik dan we..
masa mereka hidup lah nak jumpa
nak borak2
hayat tak tahu sampai bila kan..
apalah sangat dengan rm50
cuma kalau duit dalam acc cuma ada rm50..  nak belanja rm50..  (ok..  xmo cerita..  bad things simpan peram dalam hati biar meledak sorang2)








Related Posts with Thumbnails