Saturday, March 29, 2014

Antara TOYS dan BOOKS

Kat office saya sekarang ada buat wholesale clearance Toys.

Memang murah2.  siapa yang memang pembeli, pengumpul, peminat mainan Barbie, WWF, Thomas n friends, Fisher Price, Hot wheels dan Polly Pocket bolehlah ke The School, Jaya One, petaling Jaya.

Last hari ini tau.  sampai pukul 6 sahaja.



Saya dah pergi on first day lagi..

Tak usah cakap la..  Memang teruja tengok mainan dijual dengan harga serendah RM20 utk patung barbie.  usual almost 100 la jugak kan..

Thomas n Friends serendah RM30.  Hot Wheels set tu serendah RM50 je.

Tali pinggang WWF cuma RM30..  kalau tak silap tahun lepas kot, anak sedara saya dapat hadiah dari ayahnya tali pinggang yang sama. Harga RM100 lebih di Toys R Us



Mula lah gatal nak belikan untuk sufiyyah. Tapi terasa ralat sangat.  entah kenapa



kami fikir2 balik.  Apekah ilmiah nya mainan ini?

Kami tak pernah dedahkan sufiyyah dengan semua brand2 tu.  mainan tu.

Sufiyyah tau barbie, tapi dia tak tau adanya patung barbie.
Die tau thomas n friends.  dia ada buku pun.  Tapi die tak tau adanya set keretapi tu sendiri.
Polly pocket?  lagilah..

Jadi kenapa nak beli?  Untuk anak atau untuk kepuasan ummi dan ayah?

Paling kuat pun kami bawak sufiyyah ke pasar malam dan biarkan dia bermain dengan mainan-mainan yang ada di pasar malam.  Dah puas dia main, ok..  mari pulang.  Tiada tawaran untuk membeli mainan tersebut.
Kalau ada pun, kami beli dan bawa pulang.  Beli di kedai tersebut dan bawa pulang depan mata anak, rasanya sangat tipis.  Jarang sekali.  Itu syarat oleh Yabang.
Kadang tu saya yang tumpang buat muka kesian pada yabang mohon luluskan beli satu barang utk anak.  Kesian kadang nampak dia terkulat2 hendak tapi minta tak reti.


Kalau ada pun yang dia tak nak lepaskan, bila bawak ke chow Kit, di deretan kedai kereta berbateri, itu susah sikit nak ajak pulang.  Semua pun dia nak main macam playground pula.


Tapi, belum lagi dengar sufiyyah minta kami belikan mainan itu ini sampai meraung2. (ya..  selalu je jumpa budak meraung sampai guling2 atas lantai sebab nakkan mainan tak dapat)

Berlainan dengan buku.
saya tak rasa ralat berhabis ratusan di Big Bad Wolf.  Di kedai buku adalah sikit sebab tahu di big bad wolf lagi murah..hahha..

kalau sufiyyah mintak buku, takpe..  ummi belikan..

Terasa lain berhabisan duit pada mainan dan pada buku.
Buku. kita tau ada manfaat ilmu.
Mainan..  ada je choices yang lebih murah. Walaupun takde brand


siapa yang tak nak beri yang terbaik buat anak2.
Dari hujungrambut sampai hujung kaki

Tapi nampaknya sufiyyah kena belajar, Ummi dan ayahnya bukan orang senang.


sebab tu orang kata


Anak-anak ni ibarat kain putih, ibu bapalah yang mencorakkan mereka.


dan ibu bapa pula kena tahu, pena di tangan mereka..  pandai2lah nak lukis apa.  Kalau tak pandai tahan nafsu.  rosaklah anak2.






sekian entry tahan nafsu nak belikan sufiyyah anak patung barbie. dan set hotwheels utk umar....  hahhahhaha

ada barbie mariposa punya collection kot..  aa..  geram2





Selepas entry ni ditulis...  pergi teman opis mate borong hotwheels angry bird.. dari rm5 markdown sampai rm1 je......  beli lah sorang satu utk anak2 buah..  pastu terjebak juga beli kan polypockets utk sufiyyah 2 set..  markdown price..  rm10 je..  mau tak geram...

tapi yelah..  mcm biasa.. anak2 jgn ditunjuk..  tau2 dah ada je..

ok./..  dah tak bernapsu sangat sebab berjaya jugak membazir..  itu yabang tak tahu.. sila diam2..  nnti kalau die tau mesti kena ceramah...  hahhaha


1 comment:

suezen said...

sekali sekala babe....:)

Related Posts with Thumbnails