Wednesday, March 26, 2014

happy 6 months old Umar Mukhtar

Hoh..  dah 6 bulan..  cepat betul waktu berlalu pergi

Kejap je dah 6 bulan

actually.  ummi dah lewat 2 days lah..
Masa 24/3 haritu ummi busy dengan submission untuk projek di Port Dickson
Sampai lupa..huhu.  sorry sayang


Umar Mukhtar
Dah 6 bulan dah kamu
Dah tak boleh lepa tinggal berseorangan
Dah tak boleh lepa letak atas katil berseorangan
Memang kejap aje kamu ke 'bawah'
Memang kejap je dah sampai 'border'
Dah pandai bergurau dengan kakak
Dah pandai pilih2 nak berdukung dengan siapa
Dah mula stand atas lutut, nak merangkak
Dah pandai capai segala benda atas meja
Dah pandai masukkan segala tok nenek benda  dalam mulut
Dah pandai perasan handsome bila tengok cermin
Dah pandai mandi dalam besen
Dah pandai berkepak2 bila nak diangkat
Dah pandai nak menegur orang kiri dan kanan

Umar Mukhtar
Terpaksa akhirnya ummi masukkan kamu dalam walker walaupun ummi tak setuju sepenuhnya
Sebab kamu sentiasa nak mengutip
Sebab kamu sentiasa pergi tempat bahaya
Dan cepat aje kamu adapt dengan walker tu
Baru naik 2 hari dah sampai dapur dah punggah tong sampah
Baru naik 2 hari kamu dah pandai berebut walker tu dengan kakak sufiyyah yang masih perasan tu walker dia
Sekarang Ummi rasa nak simpan je balik walker tu.


Umar Mukhtar
Sepertimana niat ummi sebelum ni
Ummi nak lewatkan pemberian makanan pejal pada kamu
Sebolehnya hingga 2 tahun penyusuan susu ibu secara esklusif.

Dan pada 2 hari yang lepas, Ummi berjaya 'merangkul segulung diploma'
dalam penyusuan susu ibu.
Alhamdulillah.  Allah berikan Ummi rezeki untuk menyusukan anak2 ummi
Allah berikan ummi jalan untuk korek ilmu tentang penyusuan susu ibu
Maka dapatlah Ummi tempuh halangan demi halangan dengan cara berilmu.

Umar Mukhtar
Kamu, ummi serahkan pada Allah
Keselamatan mu
Masa depan mu
Dan ummi cuma mampu menyuluh laluannya
Agar kamu menjadi mukmin sejati

Jadi anak yang soleh sayang
Yang hormat orang tua
Yang kasih pada yang muda
Yang sentiasa memberi dan memberi dan memberi

Umar Mukhtar
segagah nama mu
Ummi harap kelak kamu
berjuang demi Islam
Ingatlah di bahumu tergalas tanggung jawab
Agama mu
Ibu bapa mu
saudara perempuan mu
lindungilah mereka
pimpinlah mereka
kasihanilah mereka
Sepertimana ummi mengasihani mu sayang


Terima Kasih ya Allah
kerana menitipkan aku seorang anak lelaki
yang akan melindungi ku kelak di kala tua
yang akan menjadi pemimpin
jadikan dia orang yang akan sentiasa berjuang di jalan mu ya allah



amin








umar mukhtar
Ummi, ayah dan kakak sufiyyah menyayangi mu setulus hati





3 comments:

MOMMYLIN said...

happy 6month umar...

suezen said...

6 bulan dh umar...pergh...yg sufiyah pun i x pernh jumpe lg..ni kan pula umar...insyaAllah...1 day..teringin sgt nk jumpe budak 2 org ni:)

~ana~ said...

comel.....happy 6 months umar...

Related Posts with Thumbnails