Monday, March 31, 2014

Laman

Ini gambar hari sabtu lepas.

Pagi tu mendung je tak panas.  Tapi tak pula mcm nak hujan




Taman belum ada konsep.  Asal hijau kami tanam.

Asalnya tanah depan ni memang kering garing.  Apa pun x ada.  Adalah serumpun dua rumput liar (betul ke kata bilangan ni) masa awal-awal dulu.  Dan kebetulan tanah di bahagian depan ni macam agak hitam.  Bukan la tanah liat macam di belakang.  Macam campur-campur gitu.


Jadi masa pindah tu kan musim kemarau.  Panas sangat.  Hari-hari pun yabang siram rumput seconet tu.  Plan juga nak tanam rumput mcm rumput mutiara ke..  Tapi duk tangguh sebab panaskan.

Ni tengok dah hijau cantik ni mcm sayang pula nak ganti dengan rumput lain.  Elok pula dah penuh satu laman.  kami cuma trim je waktu hujung minggu.  Dulu secenonet sekarang dah penuh.  Memang sayang nak buang.


Kemudian tanam pula pokok Kemboja di tengah2 laman tu.  Kemboja merah.
Kawannya kemboja pink di belah depan luar pagar.
Ambil di rumah abang ipar di Kajang.  Cucuk je katanya.
Terinspirasi dari laman kak Eynda.
Harap nanti dah besar teduh lah sikit depan ni.




Kami ni bab mencantik2kan tu bukan reti.   Saje suka2 tanam.

Sekarang tengah projek belakang rumah.  Buat kebun mini.
Hujung minggu memang habis masa berkebun.  Seronok pulak..
Harap hiduplah ye pokok-pokoknya.


Owh ya..  nampak benda dalam sangkar tu?

Itulah pet baru sufiyyah.
Macam biasa..  tukang jaganya yabang la..  haha..
Tuan die cuma tahu main ja.
Nak ajar pegang pun takut terlepas.
Along nya yang bagi.
serindit.
Kalau berkicau tu terasa duduk di chalet peranginan..  ecewaahhh..  alasan bangun pagi lewat kann..  haha





3 comments:

suezen said...

unutnglaaa ade laman babe....jeles nyer

Allene said...

suka... manfaatkan tanah yang ada... tanam sayur pun macam best.

DrCat said...

salam singgah...

entah nik ingat sy ke tak hahaha

saya catlina, now i have a new blog..

tgk laman nik, teringat laman rumah belum mesin rumput huhuhuhu

Related Posts with Thumbnails