Monday, February 27, 2012

Dihargai dalam kesedihan

Saya sukakan somethingyang puitis.
dan kadang kala ianya begitu spontan
lancar mengalir

Minggu sudah,  hati saya begitu sayu dengan pemergian Adik FARIS...(Klik sini utk kisah adik FARIS)
betapa dia bertarung nyawa di saat2 akhirnya dengan segala tiub..
Hati ibu ini memang tak sanggup melihat penderitaan dia...
Dan akhirnya dia pergi selama-lamanya

Di blog Mazidul saya tinggalkan komen
seikhlashati saya buat adik Faris..buat keluarga adik Faris
Sesungguhnya sahammereka di akhirat itu pasti
dan kesedihan yang harus di tempuh itu juga pasti

tapi tak sangka
komen saya itu
menarik hati seseorang
untuk di nukilkan di dalam lama FLICKR nya..Klik sini utk ke laman beliau (beliau menjual karya seninya di sana..menarik2 juga.. gambarnya pun cantik2.. )

Begini email yang dihantar pada saya


dan ini adlaah komen yang saya nukilkan buat adik FARIS di blog MAZIDUL

Saya izinkan beliau menggunakan komen saya..tiada masalah...  cuma saya minta dikreditkan ke blog saya...  =)
sekadar suka2 menukar link sesama pengguna internet..  =)


Dan inilah nukilan saya buat adik faris



perginya sebutir permata...
tiada galang gantinya
walau sebanyak mana air mata
walau warnanya semerah darah

tidak mengapa wahai ibu
tidak mengapa wahai ayah
faris menantimu disyurga
dengan tangan kecil yang setia
menanti mu kelak
dengan senyum dan tawa


innalillahiwainnailaihirojiun

ya Allah...terima kasih kerana mengurangkan penderitaan Faris ya Allah
kau tempatkanlah Faris di sisimu ya Allah...
sebagai kekasih kecilmu
dan kau tabahkanlah hati kedua ibu danbapanya
dan kau teguhkanlah iman mereka.
Semoga dugaan maha hebat ini
dapat mereka tempuh
bersama


salam takziah buat keluarga allahyarham faris.
perginya sebutir permata


Maaf..saya tak mampu nak buat entry lanjut tentang adik Faris..  sejak 2 menjak ini..hati saya bagai tersentap..disentap..  melihat anak2 kecil ini..kesakitan..kesusahan..  rasa pilu..rasa pedih...
Mereka cuma insan kecil..yang lemah..dan mengharapkan kasih sayang kita untuk melindungi mereka..
Tapi siapa kita..  untuk melawan kuasa yang MAHA ESA?

11 comments:

cheqna said...

sedih..tu je...
kita yang tak de kena mengena ni pun leh menitis airmata
apatah lagi ibu bapa dan keluarga allahyarham..
alfatihah

gadisBunga said...

saya baca komen mek kat blog mazidul tu. rasa terharu sebab saya mmg tak mampu nak gubah apa2 je nis kata-kata pun.

cuma yg saya nampak dalam hal ini kan, setiap perkara kalau kita buat dengan ikhlas dan dari hati, pasti ada yang nampak...

~ana~ said...

sedih kan nik..
al fatihah..

Bitt (double IS) said...

sahdu dengar nik...as parent apa terjadi kat anak kawan tetap terasa..

Mama Ema said...

cerita arwah adik faris memang sangat menyedihkan... syurga telah dijanjikan tempatnya..

Ati Masrif said...

bagi wanita dan lebih2 lagi
bila punya anak akan merasa sayu
dan sedih bila membaca atau melihat
kes2 yg berkaitan dgn anak2 kecik

Naza said...

adik faris adalah anak kepada rakan saya. jadi saya memang mengikuti perkembangan beliau secara langsung dan tidak langsung (blog, facebook, dll). bila membaca komen ummi suffiyah di blog mazidul amat menusuk dan mendalam sekali dan saya teringat pada sekeping gambar dari karambunai sabah jadi saya terus post ke flickr. terima kasih sekali lagi..

Naza said...

nice blog anyway.. keep on blogging..

Dee said...

a good one..k dee menitiskan airmata membaca puisi nik utk arwah faris..takziah buat keluarga allahyarham..dan bertabahlah..

Hanis MY said...

puitis sgt..terharu baca... innalillah dan al fatihah... baru tahu pasal kisah ni...

dela said...

sedih.. terharu baca..

Related Posts with Thumbnails