Plain porridge atau bubur kosong mempunyai rasa yang seakan-akan dengan susu ibu.
Tekstur yang berbeza, tapi rasa yang seakaan2 akan membantu bayi untuk menerima makanan pejal pertama mereka.
Kalau mak saya, dia kata air kanji. Atau air nasi. Air nasi tu adalah air kita masak nasi waktu menggelegak, ambil sedikit utk diberi pada bayi. Tapi saya tak pulak bagi air kanji. Saya terus je dengan plain porridge.
Porridge boleh dihasilkan dari bermacam-macam jenis beras. Ada beras perang, beras merah, beras wangi, beras putih biasa.
Terpulang pada ibu untuk beri anak mereka yang bagaimana
Macam saya, saya gunakan campuran beras perang dan beras putih biasa.
(50% beras putih + 50% beras perang)
Sebab saya ada terbaca dalam petikan di majalah Pa&Ma, makanan yang terlampau berserat (high in fiber) akan menyebabkan usus bayi tidak dapat menerima/absorb lain-lain vitamin dan minerals (wallahualam).. jadi saya campurkan keduanya.
Cara memasak plain porridge: (+-30minit)
1) Satu cup beras + 3 cup air
2) Masak atas api yang perlahan
3) Kacau sentiasa supaya 'pecah perut ' nasi tu akan jadi pecah2.tidaklah berbutir2.
Cara bagi ibu bekerjaya:
BUAT STOK
1) Beras dicampur bersama (putih dan perang)
2) Toskan atas napkin dapur sampai tiada lagi titisan air
3) Sangai (goreng kering tanpa minyak) sampai terasa beras kembali 'ringan' dan kering
4) Blend halus menggunakan blender kering
5) Boleh simpan dalam bekas kedap udara dan disimpan dalam peti sejuk utk tahan lebih lama
MASAK (+-15minit)
1) Satu sudu makan beras yang sudah di blend halus + 1cawan air
2) Masak api sederhana, kacau jarang2 supaya tak berketul dan berkerak
3) Bila dah pekat, boleh tutup api dan angkat
Tujuan Sangai
- Supaya beras yang hendak disimpan dalam keadaan betul2 kering. Jadi tidak ada kulat yang akan tumbuh. Malah, apabila diblend, ianya akan cantik halus. Tidak bergumpal2 kemudian.
- Ada yang mengatakan beras seakan separa masak. Jadi tempoh memasak lebih pendek.
Tujuan blend
- lebih banyak permukaan yang terdedah pada air panas / api..lebih mudah masak.
- Tidak perlu blend setiap kali hendak dihidangkan. Boleh terus hidang.
~Dalam tupperware bentuk oval di bawah kiri adalah beras yang sudah siap di proses (basuh,sangai,blend)~
~Sufiyyah dengan plain porridgenya yang pertama~
Harap membantu ibu2 lain.. =)
Dari cadangan Blogger Cik Bedah laser
agar saya mengcompile kan menu Sufiyyah
sebagai rujukan saya
dan rujukan akan datang
Tapi takkan nak compile menu.. sebab menu saya simple lagi buat masa ni.. campuran biasa je..
Saya mulakan dengan benda2 simple.. manalah tahu besok2 lupe..sekarang lah letak.
Entry ini adalah sebahagian misi saya utk SAY NO TO SUGAR, SODIUM AND PRESERVATIVES until Sufiyyah reach 1 year old.. =)
11 comments:
good nik...sila share bermcm2 resepi
tapi mmg detail tau cara nik share menu dan resipi nih. even org yg takde anak mcm kite ni pun terangguk2 masa baca.
dan of course lah bila dah ada anak nanti kite akan refer sini.
terbaiklah nik. untung sufiyyah!
dah start makan ye sufiyyah, dah besardah dia. haa betul tu nik, say no to garam and gulasampai umur setahun.
wah bagus umi sufiyyah ni =)
:) teringat masa amani mula2 perkenalkan demi solid food dulu :)
kemain rajin buat sendiri.kalau blh x nak anak mkn yg ready made punya lah.
apa pun bagus info nih untuk mommies yg lain.
good mehhh :)
saya pon tak tahu maksud sangkai tu sebelun nih..hehee
Makanan yang terbaek adalah terhasil drpd tangan kita sendiri...
alhamdulillah....
rajin mama dia...
moga sufiyyah cepat besar...
dah mula makan makanan mengenyangkan ni
tahniah puan atas usaha puan :) dan terima kasih kerana berkongsi di sini..
baru tgk arini... good job nik... nti klu ade anak.. aku refer ko nye blog.. tenkiu tenkiu tenkiu....
Post a Comment