Wednesday, February 29, 2012

Monday, February 27, 2012

Dihargai dalam kesedihan

Saya sukakan somethingyang puitis.
dan kadang kala ianya begitu spontan
lancar mengalir

Minggu sudah,  hati saya begitu sayu dengan pemergian Adik FARIS...(Klik sini utk kisah adik FARIS)
betapa dia bertarung nyawa di saat2 akhirnya dengan segala tiub..
Hati ibu ini memang tak sanggup melihat penderitaan dia...
Dan akhirnya dia pergi selama-lamanya

Di blog Mazidul saya tinggalkan komen
seikhlashati saya buat adik Faris..buat keluarga adik Faris
Sesungguhnya sahammereka di akhirat itu pasti
dan kesedihan yang harus di tempuh itu juga pasti

tapi tak sangka
komen saya itu
menarik hati seseorang
untuk di nukilkan di dalam lama FLICKR nya..Klik sini utk ke laman beliau (beliau menjual karya seninya di sana..menarik2 juga.. gambarnya pun cantik2.. )

Begini email yang dihantar pada saya


dan ini adlaah komen yang saya nukilkan buat adik FARIS di blog MAZIDUL

Saya izinkan beliau menggunakan komen saya..tiada masalah...  cuma saya minta dikreditkan ke blog saya...  =)
sekadar suka2 menukar link sesama pengguna internet..  =)


Dan inilah nukilan saya buat adik faris



perginya sebutir permata...
tiada galang gantinya
walau sebanyak mana air mata
walau warnanya semerah darah

tidak mengapa wahai ibu
tidak mengapa wahai ayah
faris menantimu disyurga
dengan tangan kecil yang setia
menanti mu kelak
dengan senyum dan tawa


innalillahiwainnailaihirojiun

ya Allah...terima kasih kerana mengurangkan penderitaan Faris ya Allah
kau tempatkanlah Faris di sisimu ya Allah...
sebagai kekasih kecilmu
dan kau tabahkanlah hati kedua ibu danbapanya
dan kau teguhkanlah iman mereka.
Semoga dugaan maha hebat ini
dapat mereka tempuh
bersama


salam takziah buat keluarga allahyarham faris.
perginya sebutir permata


Maaf..saya tak mampu nak buat entry lanjut tentang adik Faris..  sejak 2 menjak ini..hati saya bagai tersentap..disentap..  melihat anak2 kecil ini..kesakitan..kesusahan..  rasa pilu..rasa pedih...
Mereka cuma insan kecil..yang lemah..dan mengharapkan kasih sayang kita untuk melindungi mereka..
Tapi siapa kita..  untuk melawan kuasa yang MAHA ESA?

Friday, February 24, 2012

Hairband Sufiyyah kini lebih meriah



Masih ingat dengan entry saya pasal DIY hairband tu? KLIK SINI ....
ok..  memula kan saya cuba dengan satu je bunga...  lepas tu adalah window2 shopping barang2 baby..  nampak sekarang pesen buat serangkai..ada 3 kuntum.. jadi masa pergi wedding office mate baru2 ni..saya cuba la aplikasikan buat bunga serangkai ni...waah..lebih meriah...




Kebetulan pulak masa pergi pasar malam semalam nampak satu geraibarubukak..jual brooch2 semua..murah2..dansaya jumpe lagi pin comel ni..  ada yang lagi comel..tapisaya ambil yang ni dulu.. minggu depan kalau dah gaji boleh la beli yang lagi comel dan lagi besar tu..  =p

Lepas ni makin variasi lah hairband sufiyyah..  =p  seyes..comel gile..dulu beli 4pcs/rm10 kan... ni saya jumpe 3pcs/rm5..  waaa...kiranya rm10 dapat 6..waaa...lagi murah..  =p

seyes..next week nak beli lagi banyak2...



Next year kalau trend ni masih jadiikutan..ingat nak buat utk anak2 buah perempuan..si Kaisara dengan si Alisya...  ate..cucu perempuan ada 3 je..  =p

TapiSufiyyah sekarang dah pandai bukak..tak taulah nanti2 die nak pakai ke tak..hahha...  yang ni pun jenuh pujuk...


Terinspirasi dari hairband ini lah
sumber gambar yang satu atas ini dari SINI

Thursday, February 23, 2012

Oreo Cheese Cake

Tengok pidah buat..macam senang..MACAM jela..  boleh tahan payah..dengan Sufiyyah yang sibuk nak attentionjugak..

Dengan tak cukup kemudahan...  tapi akhirnya siap..haha

Puas hati dapat buat sendiri..
Tak tau la sama ke tak dengan orang lain punya..tak pernah rasa...

Maaf.gambar2 bahan2 tak ada ....ada orang dah terlebih rajin tolong DELETE kan gambar tu...  jadinya cuma ada gambar end result je....terima kasih pada cik bedah laser atas resipi ringkas dan mudah ini

Bahan2
1)200ml whipped milk
2) Gula 3 sudu besar
3) Cream cheese 250ml
4) 2 pek Oreo (buang filling)


Kaedahnya :
1) Pukul whipped milk tu dengan gula sampai kembang
2) Masukkan cream cheese..pukul lagi sampai kembang
3) Oreo dipecah2kan kemudia letak tepi...
4) Saya gunakan detachable mould..senang nak balik kan/keluarkan..
5) Tuang sedikit cream cheese yang dah dipukul tadi..rata2kan..  kemudian lapiskan dengan oreo
6) Ulang lagi masukkan cream cheese...lepas tu tekan2kan lagi lebihan oreo...
7) Masukkan dalampeti sejuk danbiar beku.
8) Bila dah beku masukkan, keluarkan dan terbalikkan mould...  angkat penutup mould dan bolehlah hiaskandengan menaburkan milo di atasnya dan cucukkan oreo lagi sebagai hiasan.

dah boleh potong dan hidang...
=)

sedap makan sejuk2..

nak hasil yang tak berapa jadi..saya cuma guna 1 pek oreo..tak cukup nak buat base..hahahhahha


Wednesday, February 22, 2012

Ganjaran yang lebih bernilai dari kereta BMW

8 Ganjaran Buat Isteri Yang Solehah

1) “Sekali suami minum air yang disediakan... oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.

2) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”

3) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.

4) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.

5) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.

6) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.

7) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)

8) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.

Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum di dalam suatu perkataan iaitu "TAAT"...

(Hadis riwayat Anas Bin Malik)


 Jadi marilah kita semua sama2 jadi isteri solehah..amiinn

Tuesday, February 21, 2012

Sudu kalau harga puluh2 pun tak guna

No wonder kalau saya suap Sufiyyah pakai sudu KFC tu..lebih nampak semangat dia makan..Kalau sudu dia tu bukan tak semangat..cuma tak sesemangat sudu KFC...dan ada beza antara sudu orange dgn sudu putih (both ada different ketebalan)...


gambar ambil dari group Solid and Semi Solid food di Facebook

Monday, February 20, 2012

Baby reject food?

Baby tak nak makan?

samada belum sampai masanya untuk baby makan...(baby belum menunjukkan tanda2 nak makan)

Atau baby tidak gemar dengan tekstur makanan tu.

Atau mungkin tastebud baby belum boleh menerima makanan tersebut

Bayi yang menyusu badan selalunya lebih choosy dalam pemakanan..  Sebab?..sebab dari menyusu lagi dia dah boleh merasa pelbagai jenis rasa susu yang berbeza.  Of course dia dah kenal mana sedap mana tidak..  =p

Contoh campuran bubur nasi + carrot yang sufiyyah tak suka.  Cuma habis waktu try kali pertama..lepas tu Sufiyyah reject portion carrot yang banyak macam ni..kena kurangkan sikit..then ok..mungkin rasa muak dgn rasa carrot yang kuat


Saya pernah cerita masa dalam entry lepas..pasal sawi..Saya pilih sawi pak choy yang kurang bitter..  Still Sufiyyah reject kalau sawiterlampau banyak.  Jadi saya racik2 kan..  walaupun banyak masih habis.  Kalau agak2 Sufiyyah tak berapa nak makan..cuma campur kismis dan kurma (puree)..dah ok..  mungkin kerana rasa manis dari kurma dan kismis...

Begitu juga apple..  Sufiyyah makan apple..at last..  setelah saya campurkan puree apple dengan pisang yang dilenyek.


Cauliflower..  kalau blend sufiyyah tak suka..kene racik halus2 dan masukkan dalam bubur nasi Sufiyyah.

Kalau agak2 baby tak dapat terima rasa makanan yang DIPERKENALKAN...cuba campur sedikit dgn susu..samada susu formula atau EBM (Expressed Breast Milk)..kerana susu adlaah makanan UTAMA bayi sepanjang 6 bulan..  =)

Kombinasi makanan yang dicampur kene tepat...itu lah Sufiyyah Humairah..
Ayah dia kata..sebijik perangai saya..hahah...

Jadi kalau baby reject makanan yang anda sediakan, jangan cepat putus asa.  Mungkin kombinasi anda baby tak gemar.

Mungkin tekstur makanan anda..

Mungkin terlebih bahan2.

Saya ada jumpa ada orang complaint anak dia tak suka makan puree broccoli.    Means tak de campur apa2..cuma broccoli yang di steam dan diblend halus..  Err..  kalau kita pun kata / tengok tak sedap..  Budak pun tau merasa tau.
Be moderate.  Mas ani nak ajar anak kenal dansuka sayuran dan buah2an.  Tapi jangan sampai mereka trauma kerana ibu bapa yang terlampau obses nak memberi 'khasiat' pada anak2..



=)




Friday, February 17, 2012

Semi solid food - Puree

memetik dari Wikipedia

Purée

From Wikipedia, the free encyclopedia
Purée and (more rarely) mash are general terms for cooked food, usually vegetables or legumes, that have been ground, pressed, blended, and/or sieved to the consistency of a soft creamy paste or thick liquid.[1] Purées of specific foods are often known by specific names, e.g., mashed potatoes or apple sauce. The term is of French origin, where it meant in Old French (13th century): purified or refined.

So paham ye anak2...  haha
kadang saya confused bila orang sebut puree apple dan apple sauce benda berbeza.  Jadi kene rujuk pada cara mereka membuat dua benda tersebut...oo..ada beza dari segi added ingredients...

Ok..semalam dah cerita pasal Plain porridge  Hari ni pasal Puree pulak

Nak perkenalkan pada baby food pertama mereka.. Pilihlah makanan yang kurang berisiko dari segi alahan.
Saya ada baca (maaf tak dapat recall dekat mana), semakin lambat kita memperkenalkan makanan yang mempunyai risiko allergik, semakin kurang risiko anak akan mengalami allergik pada bahan tersebut.  Jadi kalau anda atau suami atau ahli keluarga ada allergik pada satu2 makanan, cuba bagi selewat mungkin..  Kalau boleh bertahan sampai 2 tahun or 3 tahun..  lagi bagus.  Sebab kita makan utk khasiatnya.  Asalkan ada yang dapat menggantikan khasiat tersebut dah ok...  (eh dah melalut..kaan..kannnn)


Ada bermacam buah boleh bagi pada baby semasa 6 bulan.  Antaranya :
Pear
Apple
Kurma
Kismis
Prunes
Mango (yang dah masak betul akan manis. Saya bagi Mangga lemak manis)
Avocado
Banana
Papaya (berhati2 dgn kuantiti yang diberi kerana papaya merupakan pelawas yang baik)

Dan antara sayuranyang boleh diperkenalkan
Sawi
Sweet potato (keledek oren)
Pumpkin
Squash nut (adik beradik pumpkin) - yang ni belum cuba..incoming insyaAllah..


Ok..kenapa buah atas berkaler2?  yang warna pink tu adalah yang sesuai dibuat puree dengan proses yang agak banyak.
Yang warna coklat tu kurang sikit proses
yang warna hijau tu paling sedikit. Kira paling senang la. dan tak payah dibuat puree...


CARA MEMBUAT PUREE (yang berwarna pink)
1) Basuh bersih-bersih
2) Buang kulit
3) potong dadu (lebih kecil lebih cepat masak..terlalu kecil susah nak handle..moderate)
4) Stim sampai betul-betul lembut.
5) Blend tanpa air.
6) Boleh masukkan dalam bekas ais (seperti gambar di bawah)
~contoh di atas adalah puree kismis+kurma~

7) Bekukan dan boleh simpan dalam plastic kedap udara (ziplock) utk menjimatkan ruang penyimpanan.
8) Bila nak makan cuma perlu ambil satu cube, campurkan dgn cube2 lain yang dikehendaki dan panas kan (jika perlu)



untuk kurma - lalukan pada air..
buang kulit (kulit ini akan melekat2 pada lelangit anak)

untuk kismis dan prunes - lalukan pada air
tak payah buang kulit..terus je stim

kurma dan kismis masa nak blend kena campur sedikit air..boleh je gunakan air stim tadi.
Saya dah 3 kali buat..Puree ni je yag tak beku2... masih misteri.  Jadi kalau baby dah boleh dengan  makanan yang bertekstur, boleh racik2 halus (guna gunting) masukkan dalam food dia.. 
Sufiyyah suka betul kalau ada 3 benda ni..kismis..kurma..prunes..kismis kurma tu faveret die la tu


Puree Apple

Contoh Sweet potao/keledek oren





CARA MEMASAK/MENYEDIAKAN (yang berwarna coklat)

Mango - Mango yang dah masak, basuh, buang kulit, potong dadu, blend dengan sedikit air, simpan dalam cubes.

Sawi - Mula2 saya bagi Sufiyyah saya blend sekali dgn nasi.  Tapi Sufiyyah tak suka...  So caranya saya racik halus2 mcm buat bunga rampai..  lepas tu masa masak nasi saya campurkan sekali dan biar dia masak bersama2 dengan nasi.  Alhamdulillah...  Sufiyyah manage untuk gunakan gusi depannya mengunyah food yang bertekstur seperti itu.




CARA MENGHIDANGKAN (yang berwarnahijau)
Avocado, pisang, papaya..  antara makanan yang mudahuntuk didapati dan senang untuk dihidangkan..berhenti RnR pun ada je orang jual betik, pisang.

Cuma perlu lenyek..dan tambah dengan EBM/Susu formula.

Pisang pun antara faveret Sufiyyah..  =)


Avocado saya cuma bagi 2 kali..  Mahal kot..sebiji sampai RM5..  tapi terpulang pada parent la kan..  Sebab khasiat dia banyak. Cuma tak larat la..lagipun bukan buah tempatan..  Ummi ayah pun tak pernah makan..haha..  Rasa avocado?..  plain..tawar..  berlemak...  dats all..


Thursday, February 16, 2012

Semi solid food - Plain porridge

Saya ada terbaca (maaf tak dapat recall dari mana)
Plain porridge atau bubur kosong mempunyai rasa yang seakan-akan dengan susu ibu.
Tekstur yang berbeza, tapi rasa yang seakaan2 akan membantu bayi untuk menerima makanan pejal pertama mereka.

Kalau mak saya, dia kata air kanji.  Atau air nasi.  Air nasi tu adalah air kita masak nasi waktu menggelegak, ambil sedikit utk diberi pada bayi.  Tapi saya tak pulak bagi air kanji.  Saya terus je dengan plain porridge.

Porridge boleh dihasilkan dari bermacam-macam jenis beras.  Ada beras perang, beras merah, beras wangi, beras putih biasa.
Terpulang pada ibu untuk beri anak mereka yang bagaimana

Macam saya, saya gunakan campuran beras perang dan beras putih biasa.
(50% beras putih + 50% beras perang)
Sebab saya ada terbaca dalam petikan di majalah Pa&Ma, makanan yang terlampau berserat (high in fiber) akan menyebabkan usus bayi tidak dapat menerima/absorb lain-lain vitamin dan minerals (wallahualam)..  jadi saya campurkan keduanya.

Cara memasak plain porridge: (+-30minit)
1) Satu cup beras + 3 cup air
2) Masak atas api yang perlahan
3) Kacau sentiasa supaya 'pecah perut '  nasi tu akan jadi pecah2.tidaklah berbutir2.

Cara bagi ibu bekerjaya:
BUAT STOK
1) Beras dicampur bersama (putih dan perang)
2) Toskan atas napkin dapur sampai tiada lagi titisan air
3) Sangai (goreng kering tanpa minyak) sampai terasa beras kembali 'ringan' dan kering
4) Blend halus menggunakan blender kering
5) Boleh simpan dalam bekas kedap udara dan disimpan dalam peti sejuk utk tahan lebih lama
MASAK (+-15minit)
1) Satu sudu makan beras yang sudah di blend halus + 1cawan air
2) Masak api sederhana, kacau jarang2 supaya tak berketul dan berkerak
3) Bila dah pekat, boleh tutup api dan angkat




Tujuan Sangai
- Supaya beras yang hendak disimpan dalam keadaan betul2 kering.  Jadi tidak ada kulat yang akan tumbuh.  Malah, apabila diblend, ianya akan cantik halus.  Tidak bergumpal2 kemudian.
- Ada yang mengatakan beras seakan separa masak.  Jadi tempoh memasak lebih pendek.

Tujuan blend
- lebih banyak permukaan yang terdedah pada air panas / api..lebih mudah masak.
- Tidak perlu blend setiap kali hendak dihidangkan.  Boleh terus hidang.


~Dalam tupperware bentuk oval di bawah kiri adalah beras yang sudah siap di proses (basuh,sangai,blend)~

~Sufiyyah dengan plain porridgenya yang pertama~




Harap membantu ibu2 lain..  =)





Dari cadangan Blogger Cik Bedah laser
agar saya mengcompile kan menu Sufiyyah
sebagai rujukan saya
dan rujukan akan datang

Tapi takkan nak compile menu..  sebab menu saya simple lagi buat masa ni..  campuran biasa je..
Saya mulakan dengan benda2 simple..  manalah tahu besok2 lupe..sekarang lah letak.

Entry ini adalah sebahagian misi saya utk SAY NO TO SUGAR, SODIUM AND PRESERVATIVES until Sufiyyah reach 1 year old..  =)

Wednesday, February 15, 2012

graf mendatar

Lately takda apa sangat yang nak dishare kan

Graf hidup mendatar
Bangun pagi
Buat makan sufiyyah
Gosok baju
Siap baju Sufiyyah
masak air
label botol
golek2 kejap dgn sufiyyah
mandikan sufiyyah
siap2
hantar sufiyyah rumah pengasuh
singgah beli nasi lemak makcik
sampai office
bukak internet
buat kerja
tengahari berhenti lunch
sambung buat kerja
petang balik
ambik sufiyyah
(kadang kene tunggu kejap kalau dia tido)
balik masak
mandi
kemas beg
basuh botol
layan sufiyyah main
layan sufiyyah memerap
penat layan memerap dia
bawak masuk tido
dengan kita2 tertido

esok ulaaaaang lagi


tak banyak yang berubah

Sufiyyah makin manja
yabang pun sama
tido sebelah pegang sufiyyah
sebelah pegang yabang
sorang merengek
sorang merajuk paling badan

Esok Ulaaaaaaang lagi

Graf yang mendatar
itupun tak dapat buat dengan perfect
sufiyyah memang memerap dengan saya sepanjang malam
I dont know why
Tapi memang tak tau dah apa nak buat

Kadang2 kalau saya termiss waktu tidur..
dah mata terbuntang

Project nak jahit baju pun terbengkalai
Project nak buat itu ini semua terbengkalai


Saya tak suka graf mendatar
Jarang2 ok la

Mcm sekarang ni masih enjoy dengan graf mendatar
Sebab baru lepas pulun job sana sini
Nanti2 kalau business dok sendu macam tu jugak
Kena lah do something

Adat meniaga
Time rancak tak menang tangan
Time sendu lalat pun taksudi singgah

Monday, February 13, 2012

Dont Talk to Strangers! (kempen kesedaran)

Sila baca dari kiri ke kanan....kebawah

Kempen kesedaran DONT TALK TO STRANGERS!


Gambar penuh ada dalam FB..tapi utk tatapan kawan2 blog...kecik je cukuplah.. =)

Besar2 segan pulak  =)


Aktiviti hujung minggu...
saya cuba Claymask dari Cosway..sekarang dah jadi ahli..sape2 ras anak beli barang..boleh guna no ahli saya..  =)

Kemudian saje nak ambil gambar..lepas berposing2 semua..masa nak upload dalam facebook, nakletak caption...terfikir jalan cerita ni..  =)



pssstt cheqna : saya memang lorat tadi..dah kena tinggal dgn officemate utk lunch


pssttttttttt : ada org di mall tegur..."waah..anak u so cutee..  ada tak orang offer utk advertising company?"..err..saya jawab takde..tak pernah terfikir sampai ke situ...hehe  =)



Friday, February 10, 2012

Sg Klah Hot Spring..Taman tema air panas yang sesuai buat seisi keluarga


Sejak tengok entry kak dee pergi Sg Klah hot spring ni..memang teringinnak pergi.

Tapi asyik tak kesampaian.

Baru2 ni masa cuti CNY dah ajak yabang pergi..  tapi dia buat tak tau je..sudahnya tak pergi..
Lepas tu cuti maulud Nabi dan Thaipusam.  Sekali lagi saya ajak..
Pun senyap je..sampai saya merajuk.

last2 pergi jugak..  tapi bertolak pergi pun dah pukul 2.30ptg..  Sabar jela...
Buat2 ceria jela..malas nak pikir2..kang jadi tak seronok.

Sepanjang perjalanan, Sufiyyah tido je..  berapa lama tu?..sejam setengah..vavavvaa..clap..clap..clap..
kalau tak tu..20minit dah bangun..nak dodoikan je dah setengah jam ..tido 20minit...  panas hati..haha  =p


Sambil2 layan gambar..boleh la layan menceceh saya ni...semua gambar diambil menggunakan kamera gedabak itu dengan 50mm lens... =p



Kalau ikut PLUS Highway...ikut arah nak ke Utara..
Kemudian Exit Sungkai..128 kalau tak salah
Keluar je dari rumah tol..akan jumpa traffic light mcm kat bawah ni, ambil ke kiri.  Ikut Signboard Homestay Sg Klah / Felda Sg Klah / Felda Residence Sg Klah



Sepanjang perjalanan akan nampakpemandangan menghijau, bukit bukau..memang layan dan relax sangat


Nampak langit tu?..  ha..itu yang buat saya a bit stress...

Bila dah sampai nampak la yang Felda Residence ni..  Tapi jangan masuk kanan..just go straight je lalu bawah gerbang Selamat Datang tu


Kami berhenti untuk lunch just before masuk Theme Park ni.  Sebelah kanan ada Clubhouse, villa..pe benda semua utk Felda Residence ni..Kalau bermalam bolehla ke sini.  Tak pasti rate berapa saya tak check pulak.  Dan sebelum masuk kawasan tu ada 2 3 gerai..bolehla singgah makan ke apa..tapi outside food not allowed dalam Theme park ni..kami bawakje..ala..kudap2an je..bukanlahheavy meal...
Masa ni around 4pm...sejam setengah perjalanan


Sampaije...MekSufiyyah pun bangun...  just nice...


Sampai kawasan parking...  Boleh naik tramp ni untuk terus sampai ke Mountain Spring Park..  Air sejuk...
tapi tak sejuk mana pun..sejuk lagi air paip kat rumah time hujan..haha..
Kalau nak ke air panas dulu..boleh jalan je dari tempat beli tiket tu.... =)

Harga tiket
Dewasa RM12
Kanak2 RM6
warga emas RM7
OKU RM2
Baby free

Initramp yang kami naik tu..dotdot..comel sangat..haha

Ini antara seksyennya...
Ada taman terapi..
ada tempat rebus telur
ada Hot Spring pool (kolam air panas)
ada mountain spring pool (kolam air sejuk) - yang ni ada slide bagai

Kami ke Hot Spring pool dulu...Nasib la ada beli karpet ni..actually bawah die getah.atas die ada bulu2 sikit mcm karpet..nice utk bawa pergi berjalan..besar pulak tu..=)
Kalau mountain spring ..bolehmandi sampaipukul 7 je..  tapi mas abeli tiket orang kat kaunter tu kata bukak sampai pukul 9malam..jadi mungkin kat bahagian hot spring boleh mandi lama sikit..

Yang kat kolam ni air tak panas sangat..budak2 boleh duduk mandi manda sesuka hati..  kalau pergi belahd alam2 tu panas la jugak
Tapi kat tepi2 ok je..suam2 gitu..Sufiyyah suka betul..
Gambar atas ni..belum mandi dah basah..lencun berpeluh..haha.padahal bukan die berjalan pun


Nampak pelekat pink kat tangan Sufiyyah tu?..die tak tanggal pun benda tu..Masa semua orang pakai tag kat tangan die perati je..  so Auntie Zana pun lekatkan cebisan tag tu kat tangan dia..  Bukan main suka..langsung dia tak usik tag tu..  Sampai la terbukak sendiri masa kat Mountain Spring pool..

Sufiyyah sekarang dah boleh duduk tegak..belum boleh merangkak.....cuma meniarap dan reverse je..maju ke depan belum lg..kami sendiri  pun tak pasti bila die duk tegak macam ni..  tau2 je dah tegak duduknya..hoho..kalau gaya2 nak merangkak tu ada..tapi belum boleh merangkak lagi

Berhenti makan jap..  dalam pool ni tak boleh masuk pelampung..tapi budak2 lain elok je masukkan..cuma nik letakkan die dlaam ni supaya dapat suap die makan tanpa risau die terlentang

Pose istimewa dari Sufiyyah Humairah


Masa pergi ni kejap hujan..kejapberhenti..kurang syok sikit sebab kejap2 kena lari2 ambil payung....  Hujan tak lebat..tapi hujan kerap..

Tak lama di Hot Spring...  ummi tak puas tak dapat rendam Sufiyyah..so gerak ke Mountain Spring pool.
Sebelum tu singgah kat bahagian terapi kaki..saje try2 nak rendam kaki..


Dekat Mountain spring pool Sufiyyah memang seronok habis..
Tak takut air budak ni
Ayah try keluarkan dia dari pelampung..sibuk die nak terlentang dalam air..kita yang takut die slip..
Lidah tu asyik terjelir je..kesukaan mcm tu la..hahha




Ada water slide..  Yabang, Ummi n friends tak lepaskan peluang main slide..dah mcm budak kecik..  Tapi yang main slide tu pun bukan budak kecik dah pun..semua dah besar2 gajah..haha..



Air dia tak dalam pun..paling dalam paras pinggang dewasa....  So memang safe for children la..
Orang tua setakat nak basah2 main dgn anak2 memang best.. =)
Air pun tak sejuk.  Maybe sebab ramai ke apa tak tau la..tapi tak sejuk...

Mandi sampai pukul 6.45 pm je..

Lepas tu salinbaju...hujan pun turun selebat-lebatnya.  Tunggu hujan reda sikit...naik tramp..dan pulang...

Sejak ada anak ni..Yabang memang kene pandai2.  Saya memang tak larat nak spotcheck satu2..  Tapi tuela..kalau tak di check jadilah gaya gini


Padahal mas apackingtu saya dah tanya dah..nak bawak ape lagi..dia cuma cakap jeans..  saya tak pikir panjang pun..  die kata semua dah ada..dah siap..so tak check la apa2..

Sekali spender tak bawak..  Baju salin tak bawak..
Dia bertuala dan berbaju lembab ni dari dalam..naik tramp..  sampai la ke kereta.
Saya kata nasibla..  orang tanya tak jawab elok2.. nak harap saya check satu2 tak la..dengan Sufiyyah yang tak boleh hilang kelibat Ummi...  nasib la kan..haha

Balik tu singgah Tanjung Malim..ambil exit tanjung malim ye..
Singgah makan pau.
Sorry tak boleh bgtau jalan mcm mana..Sebab saya pun Zahid (kawanYabang) yang bawak..follow kereta dia..  Jadi dia sudah jalanbelit2 sampai saya pening.hahah


Ingat nak makan malamkat situ je...sekali semua dah habis kecuali pau..  So beli pau frozen 5 peket..  dah siap masak 4 biji..
Punyelah sedap pau Yik Mun ni...  sampaikan saya duk ulang makan 2 3 kali dah..  sekarang tinggal sikit je..setengah peket je kalau tak salah..haha..  =p
Memang lembuuuttt sangat pau nya..

lepas makan malam dekat restoran thai berdekatan..  Kitorang pun pulang..sampai rumah dalam pukul 11lebih..

Puas hati...cuma rasa ralat sikit sebab cuaca yangkurang nice..penat berlari2 dari hujan..hohoho..

Thursday, February 9, 2012

Takut salah faham

Semalm tu bukan annivesary perkahwinan saya..

saya kahwin seven-eleven.....7/11....  haha
semalam tu tarikh saya bertunang.. =p

gambar berdua tu adalah satu2nya gambar kami berdua masa saya tunang harituh..
baru nak letak bontot dah kene sound..  terrruuusssss  padam...hahhahahha

bagus jugak..ada org tua yg memantau...alhamdulillah...

WW yang mula2 tu pulak..kami ke Sg Klah Hot Spring
Lepas tgk entry kak dee la..hahhaha

Esok insyaAllah saya keluarkan entry review pasal percutian pendek kami tu..

Next insyaAllah ***** ****** pulak....  Ayah Zahid berjaya yakinkan Yabang tempat tu best..
Yelah..kalau kawanbaik die tu..semua dia terima..  kalau say ani..dah berbuih pujuk..hareeemm..hahah
Tapi saya rasa syukur sangat..  Akhirnya mereka kembali rapat..
Saya tak hadap pun nak suruh semua kembali sedia ada..  Tak..

saya cuma berharap,,semua orang (termasuk saya) dapat memperbaiki diri dari apa yang berlaku.
Alhamdulillah..yang saya lihat..banyak benda positif yang berlaku
Hasil dari kejadian 3 tahun lepas.Semua cuba menjadi yang terbaik..untuk menang tempat terbaik...
Orang kata nak dapat yang manis.
Kenalah merasa yang pahit
Asalkan semua dapat benefit..syukur alhamdulillah
walaupun benefit tu berbeza bagi setiap orang..bergantung pada yang menilai

eh..melalut dah...ok..tu la semua jawpaan termasuk yang dalam2 kain..cerita basi 3 tahun lepas...

semua saya explained kat atas..  Moga terungkai..takut salah faham

Salah faham = not good.


=)


salam ceria khamis semua!

Wednesday, February 8, 2012

ww : dah 3 tahun... diikat



Dulu2..  amik gambar camni pun segan + kene sound...  tapi org leni..  amikgambor tuney je pun dah polok2..  dah baring2..dah landing2..  pe kes?.. =p  basi sudah

WW : Akhirnya dapat pergi bercuti...




Macam air mandi sufiyyah time ayah lalok je kan..tak panas sangat pun..  =p
Related Posts with Thumbnails