Purée
From Wikipedia, the free encyclopediaPurée and (more rarely) mash are general terms for cooked food, usually vegetables or legumes, that have been ground, pressed, blended, and/or sieved to the consistency of a soft creamy paste or thick liquid.[1] Purées of specific foods are often known by specific names, e.g., mashed potatoes or apple sauce. The term is of French origin, where it meant in Old French (13th century): purified or refined.
So paham ye anak2... haha
kadang saya confused bila orang sebut puree apple dan apple sauce benda berbeza. Jadi kene rujuk pada cara mereka membuat dua benda tersebut...oo..ada beza dari segi added ingredients...
Ok..semalam dah cerita pasal Plain porridge Hari ni pasal Puree pulak
Nak perkenalkan pada baby food pertama mereka.. Pilihlah makanan yang kurang berisiko dari segi alahan.
Saya ada baca (maaf tak dapat recall dekat mana), semakin lambat kita memperkenalkan makanan yang mempunyai risiko allergik, semakin kurang risiko anak akan mengalami allergik pada bahan tersebut. Jadi kalau anda atau suami atau ahli keluarga ada allergik pada satu2 makanan, cuba bagi selewat mungkin.. Kalau boleh bertahan sampai 2 tahun or 3 tahun.. lagi bagus. Sebab kita makan utk khasiatnya. Asalkan ada yang dapat menggantikan khasiat tersebut dah ok... (eh dah melalut..kaan..kannnn)
Ada bermacam buah boleh bagi pada baby semasa 6 bulan. Antaranya :
Pear
Apple
Kurma
Kismis
Prunes
Mango (yang dah masak betul akan manis. Saya bagi Mangga lemak manis)
Avocado
Banana
Papaya (berhati2 dgn kuantiti yang diberi kerana papaya merupakan pelawas yang baik)
Dan antara sayuranyang boleh diperkenalkan
Sawi
Sweet potato (keledek oren)
Pumpkin
Squash nut (adik beradik pumpkin) - yang ni belum cuba..incoming insyaAllah..Ok..kenapa buah atas berkaler2? yang warna pink tu adalah yang sesuai dibuat puree dengan proses yang agak banyak.
Yang warna coklat tu kurang sikit proses
yang warna hijau tu paling sedikit. Kira paling senang la. dan tak payah dibuat puree...
CARA MEMBUAT PUREE (yang berwarna pink)
1) Basuh bersih-bersih2) Buang kulit
3) potong dadu (lebih kecil lebih cepat masak..terlalu kecil susah nak handle..moderate)
4) Stim sampai betul-betul lembut.
5) Blend tanpa air.
6) Boleh masukkan dalam bekas ais (seperti gambar di bawah)
~contoh di atas adalah puree kismis+kurma~
7) Bekukan dan boleh simpan dalam plastic kedap udara (ziplock) utk menjimatkan ruang penyimpanan.
8) Bila nak makan cuma perlu ambil satu cube, campurkan dgn cube2 lain yang dikehendaki dan panas kan (jika perlu)
untuk kurma - lalukan pada air..
buang kulit (kulit ini akan melekat2 pada lelangit anak)
untuk kismis dan prunes - lalukan pada air
tak payah buang kulit..terus je stim
kurma dan kismis masa nak blend kena campur sedikit air..boleh je gunakan air stim tadi.
Saya dah 3 kali buat..Puree ni je yag tak beku2... masih misteri. Jadi kalau baby dah boleh dengan makanan yang bertekstur, boleh racik2 halus (guna gunting) masukkan dalam food dia..
Sufiyyah suka betul kalau ada 3 benda ni..kismis..kurma..prunes..kismis kurma tu faveret die la tu
Puree Apple |
Contoh Sweet potao/keledek oren |
CARA MEMASAK/MENYEDIAKAN (yang berwarna coklat)
Mango - Mango yang dah masak, basuh, buang kulit, potong dadu, blend dengan sedikit air, simpan dalam cubes.
Sawi - Mula2 saya bagi Sufiyyah saya blend sekali dgn nasi. Tapi Sufiyyah tak suka... So caranya saya racik halus2 mcm buat bunga rampai.. lepas tu masa masak nasi saya campurkan sekali dan biar dia masak bersama2 dengan nasi. Alhamdulillah... Sufiyyah manage untuk gunakan gusi depannya mengunyah food yang bertekstur seperti itu.
CARA MENGHIDANGKAN (yang berwarnahijau)
Avocado, pisang, papaya.. antara makanan yang mudahuntuk didapati dan senang untuk dihidangkan..berhenti RnR pun ada je orang jual betik, pisang.Cuma perlu lenyek..dan tambah dengan EBM/Susu formula.
Pisang pun antara faveret Sufiyyah.. =)
Avocado saya cuma bagi 2 kali.. Mahal kot..sebiji sampai RM5.. tapi terpulang pada parent la kan.. Sebab khasiat dia banyak. Cuma tak larat la..lagipun bukan buah tempatan.. Ummi ayah pun tak pernah makan..haha.. Rasa avocado?.. plain..tawar.. berlemak... dats all..
6 comments:
makin bijaklah sufiyyah comel
tu suka makan kismis dan kuram :)
wah..untung sufiyyah ada umi yang sentiasa berikan yg terbaik utk anaknya..
kekgi2 cheqna pun mesti gini gok ork??
hehehehe
anak-anak ema tak makan makanan sejenis puri begini..suka mkn bubur nasi
banyaknya info...benda ni nak kena rajin mencari maklumat..
wahh berdebarnyee nanti bile haris 6bulan
Puree kurma+kismis tu bole tambah susu ibu x?
Post a Comment