Friday, July 3, 2009

Cerita Manohara yang berpusing2 buat aku pening


Perkahwinan Manohara Odelia Pinot dengan Tengku Temenggong Kelantan berlangsung tanpa persediaan teratur pihaknya kerana beliau "diajar supaya selalu berkata ya" kepada Sultan Kelantan.

"Sebelum berjumpa dengan keluarga diraja, saya diajar cara berjalan dan bercakap dengan mereka. Mereka beritahu, saya tidak boleh berkata 'tidak' kepada keluarga diraja kerana ia dianggap sebagai menghina.

"Saya diajar selalu berkata, 'ya Tuanku (Sultan)' dan 'ya, Raja (Perempuan)'," kata ibu bekas model muda itu Daisy Fajarina dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini.

"Jadi, selepas berjumpa dengan Raja (Perempuan), saya tinggalkan bilik dan bertemu adindanya, Tengku Anisah, Datuk Wan Hassan dan Tengku (Muhammad Fakhry Petra).

"Saya beritahu mereka, Raja mahu Manohara berkahwin dengan Tengku.

"Saya kata kepada mereka, dengan segala hormatnya, saya ibunya, bagi pihak keluarga Manohara, saya jemput keluarga Tengku datang ke Jakarta untuk membicarakan masalah perkahwinan."

manohara odelia pinot malaysiakini interview 290609 06Daisy, 44, menceritakan dilemanya menguruskan perkahwinan Manohara, yang menurutnya, tidak mendapat kebenaran pejabat urusan agama Indonesia dan tanpa persetujuan ayah kandung di Amerika Syarikat.

Ditemui di Jakarta baru-baru ini, Daisy mengakui tidak dapat menolak permohonan istana kerana segala persediaan perkahwinan pada 26 Ogos tahun lalu telah dijalankan.

Mereka juga tidak dibenarkan pulang dari Kelantan sehingga selesai walimatul urus itu, tambahnya.

Wanita kelahiran Sulawesi Selatan itu ditemui di sebuah hotel di Jakarta sewaktu menunggu Manohara menjalani penggambaran bagi drama bersiri pertamanya – diadaptasi daripada perjalanan hidupnya – yang sedang dalam pembikinan.

Menceritakan versinya mengenai konflik anaknya yang mendakwa didera putera Sultan Kelantan itu, Daisy mendakwa keluarganya tidak diberikan wang hantaran seperti kelazimannya.

"Tetapi menjelang perkahwinan, mereka berikan Manohara mas kahwin bernilai RM15,000 dan barang kemas," katanya, dan mengakui Manohara masih menyimpannya.

Beliau sebelum ini mendakwa anaknya didera Tengku Muhammad Fakhry secara emosi, mental dan seksual sepanjang sembilan bulan perkahwinan mereka.

Dengan pertolongan kedutaan-kedutaan Indonesia dan Amerika Syarikat, Manohara melarikan diri ke Jakarta dari Singapura sewaktu menziarahi Sultan Kelantan yang sedang gering di republik itu.


Rujukan dari malaysiakini


komen aku :

1)Rujuk tulisan pink......- hurm....hal tolak menolak permintaan raja nie memang aku tak leh kata apa lah... Tapi aku sebagai rakyat biasa nie rasalah kan...kalau betul2 Manohara tak mo, die boleh cakap personally dan di luar majlis yang rasmi. Raja sekarang bukan macam raja dulu dah....Lagipun die sendiri ajak kerabat kelantan nie datang Indonesia utk bincang.....hurm....ape ko bondo tu? ade sape2 boleh explain dekat aku?

2) Sila rujuk tulisan bold merah.... - memang lah, kat kelantan adatnya memang takde hantaran. Cuma diberi mas kahwin..kalau aku, aku mestilah nak mas kahwin...sebab jadi hak aku sorang2 wakakakakakaka.....si Daisy nie main cakap aje..setahu aku kat Indonesia pun takde hantaran..tapi tak pastilah..ade sape2 yang tau?

3) Sila rujuk tulisan ungu....- alah, kita pun tgk cerita Princess Diaries tu..memang la ko akan di ajar tentang adab dan tatasusila istana...apelaaaaa....bongok.......itu kan dalam majlis rasmi.....Tengok Sultan Pahang ker..Agong ker...dalam majlis tak rasmi..pakai t-Shirt biasa jer..pastu cakap pun dengan rakyat biasa2 jer...hurm...pening aku...

6 comments:

suezensuzanna said...

ku x brape phm entry ini

ain said...

akak tak follow sgt cerita ni. tak tahu hujung pangkal. cuma ada terbaca dlm paper yg di buat bungkus sayur tu hari.hehe

DuRiAn rUnTuH said...

hoho..nampk sgt nazirah tak bace berita..nape nazirah tidak tahu sume inih!!~~hhuhu..tq queen,memnceritekan

Queen said...

cerita nie sangat famous la...dah lama dah..tapi yang nie kenyataan daisy yang paling kelakar la....

fazemy said...

Kes ni jd punca bila keluarga kelantan tu putuskan hbgn mak ngn anak tu kan. ENtah..akak pun tak ambik tahu sgt,. baca cenggitu2 je. Alah tak rugi pun..sekurg2nya monahara ni dh pemes..pastu ada harta skit. Mak dia wat hal sbb nk pemes jugak n sbb harta tak dpt kat dia jugak. Agaknya lah. haha. TP akak rasa monahara ni betul la..jeng jeng jeng

Queen said...

hahaha..akak nie...tak tau la cerita dalam kain tu macam mana. hal rumah tangga org.lagi2 kerabat diraja..biasalah tu kan...
tapi si daisy tu keluarkan kenyataan yang tak masuk akal tu yang saya bengang....cakap ntah hape2..nampak sangat nak publisiti murahan.

Pasal manohara didera tu wallahualam. Cerita dalam kain...takkan kita nak selak lebih2 lak..kain plak kain raja..kang kene tulah plak...hahahhaha

Related Posts with Thumbnails