Friday, August 28, 2009

Perjalanan paling lama untuk pulang ke rumah



Semalam hujan lebat. Ribut

Hari ini masih hujan.

Semalam terpaksa tunggu hujan sedikit reda,

masa menginjak dari pukul 5

5.30

6.00

6.30

hujan masih belum reda.

Sejuk menikam tulang sum-sum...nasib baik aku bawak sweater.

Lalu aku nekad, redah.

Berjalan kaki merentasi bazaar ramadhan yang memang mencabar kelaparan

mendekati bulatan rothman

meniti pedestrian di SS2 yang licin. Maklumlah, kasut ku dah tiada tapak. Dah setahun ku lenjan.

Hujan masih turun.

Alhamdulillah ada deretan kedai, boleh menumpang lalu tanpa dibasahi lagi oleh hujan.

Ketika menuruni 3 anak tangga untuk cross ke bangunan bersebelahan,

GEDEBAB, aku jatuh terlentang di anak tangga paling bawah. Menghentak jalan tar

Cepat2 bangun,tulang belakang aku terhentak. Sakit.

Untuk 5 minit aku tak rasa apa2. Kebas. Bimbang ada implikasi lain.

Jalan lagi, merentasi LDP, menyusuri Stesen minyak.

Lalu melalui jalan gelap di tepi sekolah.

Sepanjang jalan membaca ayat kursi. Mintak dijauhkan dari sebarang bencana.

Merentasi Atria, kemudian Sekolah. Kami sudah kebas. Aku sudah tidak dapat mengawal langkah ku.

MasyaAllah, kuatkan hatiku...Sedikit lagi akan sampai.

Menyusuri Lebuhraya Sprint, berhati2 mengatur langkah dibalik hoarding.

takut, tapi takkan nak lalu kat tengah2 highway..

Merentasi jejambat motor,

Sudah hampir sampai.

Hujan masih turun.

"nak ke masjid ke dik"....owner proton saga

"tidak pakcik.."

Vrooom.....

Berjalan lagi.

Sampai akhirnya.

Terduduk di muka pintu rumah.

Satu Jam 30 minit Berjalan kaki tanpa henti.

Teresak2 di depan muka pintu.

Tanggalkan kasut, kaki sudah putih kecut.

Mandi, masak nasi, panaskan lauk.

Makan, rehat sekejap dan terus tidur.






ps:

Jangan ditanya kenapa aku pulang dari opis dengan berjalan kaki.......... Jangan ditanya...

Dulu masa kau naik train, aku akan fetch kau, walaupun penat. Walaupun tengah memasak. Aku takkan tanya "adakah kau nak aku ambil kau.."....atau "aku ambil kau ya?"...atau "macam mana nie?".....Perlu ke bertanya soalan begitu?
Kalau waktu bercinta kalau dah dihantar akan di hantar juga pulang....Tapi bila tiada lagi cinta.............aku tak sanggup menyambung ayat itu....
Aku bukan jenis yang akan menyusahkan orang. Tidak sesekali.


Benar kata sesetengah orang, sekarang, bila seorang perempuan itu berkahwin, janganlah kau mengharapkan ada tgn yang gagah akan menjaga kau, melindungi kau, menyayangi kau, menanggung hidup kau. Kau berkahwin hanyalah untuk melampias nafsu tgn gagah itu, utk menghamba abdikan diri kau padanya. Berkhidmat sepenuh masa sambil mengharapkan keredhaan Allah......


4 comments:

Beauty Touch said...

babe..are u ocay..tapi kan beb..kata2 kat bawah tu sangat betul..sedeh dah nie
beb...u ok tak..i risauuuuuuuuuuuu

Queen said...

i ok la feen..masih boleh tulis blog walaupun keje banyak...wakkakakaka

sis_nita said...

erk! jatuh..? huhu! ciannyerr.. urmm.. take care dear.. thanks sbb selalu masuk blog akak.. akak amik link kamu yerr..!

Queen said...

ur welcome.....blog best..mesti mau baca hari2....

ok jer....hihihi

thank amik berat.....caaaaaayang semua

Related Posts with Thumbnails