Wednesday, August 26, 2009

Ramadhan ke-4


Ramadhan ke-4


Sahur macam biasalah, dzul kejap sampai 5 miscall, memang tak bangun punye. Tapi aku pelik, kalau mak aku kejut aku, confirm aku bangun..huhu...itulah namanya kuasa ibu.


Lapar? Takdelah lapar sangat. Sebab sekarang tengah sibuk. Buat dua kerja serentak. Satu advertising, satu lagi tu kerja budget hotel. Memang pening aku nak draw balik plan yang gini kan....huhu



Berbuka pula makan nasi lebih semalam, sama sambal belacan semalam, dan juga ikan singgang semalam. Tak lupa bubur lambuk yang dzul belikan semalam. Hehehe...tak baik membazir, lagipun sedap juga. Dua pinggan lesap masuk perut aku.
Bubur sahaja tak habis makan. Kurang menyengat lah bubur tu.

Dessert pula, aku makan Kuih Tepung pelita.
Manis sikit kuih tu. Tapi sebab sedap, ke lima-lima biji lesap masuk perut...Burpppp...Alhamdulillah.

Dan semalam gagahkan juga diri solat terawih.
Alhamdulillah...masih belum tinggal lagi solat terawih. Itu azam tahun ini. Harap-harapnya sukses!..

Doakan ya!

Lepas itu terlepek depan TV tak sedar pukul berapa terlelap. Sedar-sedar dzul kejutkan. Terus bangun tidur dalam bilik..ZZZZZZzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzZZZZZZZZZzzz sampai pagi.




p/s:
pagi tadi miss lagi sahur. Walaupun terjaga, tapi malas sangat nak bangun masak nasi, nak bangun makan. Lupa pula ade ayam percik dalam peti ais. Akhirnya mata tertutup sendiri...huhuhu..
Pagi tadi dzul kejutkan..dah lambat nak pergi kerja...
Nasib baik mood aku ceria hari ini...

1 comment:

suezensuzanna said...

isk isk....aku pg td..bgn dh..pastuh leh sambung kat ruang tamu..end up..aku g keje lambat 1 jam..adehh

Related Posts with Thumbnails