Sunday, January 15, 2012

Azam tahun baru

Azam tahun baru..

Masih di bulan Januari..jadi kiranya belum terlewat la ya..

dalam bentuk point sahaja

1) saya berazam mengurangkan jumlah friends di Facebook.  Kadang kala lebih baik sedikit...tapi berkualiti....

2) Saya berazam kurangkan update status di FB.  Biarlah saya simpan sendiri.  Dari dibaca seluruhnya.  Kita tak tahu baik atau buruknya penerimaan pada yang membaca

3) Kurangkan bersosial.  Saya lihat tak ada faedahnya berkawan bagai nak rak.  Tapi pengisiannya kosong.  Lebih baik berkawan dengan pengisian berilmu.  Zaman sekarang, sangat sukar mendapat kawan yang benar-benar bergelar kawan.  Ramai yang berkawan hanya untuk mengaut keuntungan.  Ramai yang sekadar menjaga hati,  Persahabatan yang penuh kepura-puraan hanya membuatkan hati kita robek dan pedih.

4) Lebihkan amal ibadat untuk simpanan akhirat.  Umur makin meningkat.  Esok lusa belum tentu ada.  Saya perlu BERUBAH..

5) Lebihkan savings di bank.  Tak perlu berbelanja untuk kasut..baju..  lebih baik berbelanja untuk anak2..atau disimpan untuk hari mendatang. Kita tak tahu apa yang Tuhan cernakan untuk kita.  lebih baik bersedia.  Setahun yang lepas selalu culas menyimpan.  Target lari jauh dari sepatutnya.  Lagipun kembali pada point no.3...  bila kurang bersosial,...kuranglah berbelanja.

6) Kurangkan mendengar..apatah lagi bercakap.  Kurangkan mendengar cerita orang itu..orang ini..  Malah lari jauh2 jika di DENGARKAN sebarang cerita. Orang sekarang di depan ceritanya lain.  Dibelakang ceritanya berbeza.  Tiada lagi ketelusan.  Segalanya HIPOKRIT...  Kurangkan bercakap..  kerana apa yang di dengar belum tentu betul.  Maka dibimbangi apa yang dikatakan juga tidak betul. Lebih baik digelar katak bawah tempurung.  Atau ANTI SOSIAL...asalkan terselamat dari kepura-puraan dunia.  Kembali pada perangai asal...  Nik yang dikenali sebagai tiang kayu...Apa pun tak tahu.



Maaf..  makin saya bersosial..makin saya melangkah ke dunia luar..Makin saya jumpa ramai orang...makin saya takut.  Segala yang ibu bapa saya ajar sewaktu kecil..Segala pegangan dan prinsip saya...Smeuanya bagaikan berlawanan...  Saya di ajar utk telus.tidak hipokrit... Saya di ajar untuk menyatakan kebenaran walaupun pahit..  Tapi segalanya bagaikan mennentang...
  Malah saya juga tidak menjadikan diri saya lebih baik..itu yang saya paling takutkan...  Maka sebelum terlambat..  Lebih baik saya muhasabah diri...

sekarang ramai yang berbaik hanya untuk kepentingan diri sendiri..


Tahun ini tahun Naga bagi masyarakat China.   Tahun yang sesuai untuk saya memulakan langkah baru dengan penuh berani dan yakin.



  Dan saya perlu bersedia...  bersedia untuk berdiri teguh demi anak saya....  Dan menempuh segala cabaran yang melanda....  Jika kamu menjulang tinggi..ramai yang tumpang berpaut..  Jika kamu jatuh menyembah bumi..maka siapa yang peduli?




psstt.....tapi aktiviti blog masih seperti biasa...sebab rakan blog sajalah yang saya rasa yakin dan selamat utk bersosial.  Walaupun sekiranya ditakdirkan berjumpa di dunia nyata...saya lebih penyegan..  =p





7 comments:

Softtouch [Hanim] said...

akak harap azam nik utk tahun 2012 tercapai...

suka akak bc azam nik..sgt lain dr yg lain..

sama2 lah kita berubah utk kebaikan yer...

gadisBunga said...

memilih utk tidak mendengar cerita2 yg pelik2 tu adalah langkah bijak untuk menghindarkan cakap2 yg tak perlu, kan?

Bitt (double IS) said...

perghh ni mesti pasal fb kann...ape2 pon wish u all the best...saya mcm mana bzi pon mesti singgah dan baca sini jugak ;)

cheqna said...

no 2 cheqna suka..
sebab tu kat fb cheqna skang banyak cheqna upload video2 ceramah terutamanya dari ustaz azhar =)

~ana~ said...

moga azam 2012 nik tercapai...

Mimy Hamid said...

macam sy lak..fb ok lg tak jenguk..lg pun dah mls sikit tulis diri sendiri..baca just tengok fren nya status je..tp blog tetap di hati..

Along Ayu said...

ni la kehidupan ... kdg kita telus...ikhlas...org pulak amik kesempatan...itu la akak belajar juga selama ni. Tu pasal la hakak kau ni pon anti sosial gak hehehe..bialah org nak kata apa..yg penting, kita buat keje kita asal org suke dan kita tenang..moga dipermudahkan segalanya

Related Posts with Thumbnails