Wednesday, August 19, 2009

Akaun Savings yang Kontang


Tadi blog walking..dah lama tak singgah blog Faisal Admar.
Baca entry die about claim....[click here for the entry]

Masa baca entry die, macam kesian la kat die...sebab kene tekan kan....Yela..akalu aku pun tensen kalau kerja asyik org rush jer kan...

But bile baca dekat komen, dekat entry die on certain part..rasa sedih dan hiba sangat..

"It’s weird as you know, to be financial freedom you must at least save 3 months of your salary in the bank in case anything emergency happen. Not that couple of hundreds of your ugly claim can solve your financial problem."

Bile baca macam nie..rasa sebak..sorry faisal..I bukan bermaksud nak hentam entry you....
But apa yang u tulis..membuat kan I rasa sedih.
Kenapa?
Sebab masa I dekat company lama dulu I takde pun 3 bulan gaji dalam savings I.. Dan kalau I kene buat kerja company yang pakai duit macam bayar fees semua... Beli borang, buat carian yang berharga RM100 ke atas, memang I akan kehabisan duit bulan tu. Sampaikan terpaksa meminjam dengan kawan untuk makan sahaja. Bukan makan yang mewah, tapi yang basic. Kadang2 nasi dengan kuah dan sambil bilis.
Sedih sangat...Terpaksalah menunggu gaji bulan hadapan ataupun claim yang dua tiga bulan baru dapat.

Lepas pada tu, kat company baru, barulah dapat menyimpan. Berjimat2 lagi, barulah dapat simpan. Kalau bulan tu beli baju ker, menggantikan baju yang dah lusuh, takdelah simpanan.
Masa tu pulak baru beli kereta. Beli tu pun terpaksa. Sebab kene pergi site, pergi Authorities dan company tak provide kereta. Nak beli motor ayah dan mak tak izinkan. Belilah kereta walaupun duit dalam akaun bank kering kontang lepas bayar down payment kereta.

Alhamdulillah..berkat berjimat2, doa dari mak ayah, dapatlah merasa ade simpanan. Itupun kadang2 bulan tu tak bagi mak duit belanja. Sebab duit dah masuk savings. Paling banyak dapat simpan pun RM500. Itulah paling banyak saya merasa dapat savings.. Kalau tak tu..RM50...Itupun nasib2...

Bukan tak nak menyimpan, tapi tiada duit untukdisimpan. Dapat sahaja gaji bulanan, saya bayar sewa rumah, kereta, api air, bil2. Berbakilah RM300 utk makan sepanjang bulan. Saya tak nak berhutang...saya takut dengan pernyataan2 seperti dibawah nie...



"Yea..that’s true..my financial policy..no matter what at least u should save 5 months of my salary in my bank...i know what kind of people are they...SHOW OFF even their wallet is empty...that’s y they never ever have enough money dude..."


"they don't think about the future.
what about if something bad happen to them or their family?
what if they need money for emergency?
these kind of peoples usually end up borrow the money from ah long. "


"This is not having a vast salary or not..this is about awareness...if u know your salary is so-so...so you should spend it wisely la...just spend to needed things...simple can...if we think that we had a hard life...be realistic..Lot of people out there more suffered than ours...right? But they still can live what? They dun rely on claim? They rely on their effort"




On third comment, pun same menyakitkan.... buat saya terfikir balik..adakah saya boros? Adakah saya berlebih2?..tidak....makan tengahari pun jarang..bukan sebab nak diet perut..tapi nak diet poket....

Baru nak stabil..kene kahwin pulak. Bank tak dapat nak bantu, mak ayah pun takde duit nak bagi. Keluar lagi savings yang tak berapa ada.

Sedih tau. (ini pun dah bergenang air mata).

Pernah, saya sakit, tapi saya sanggup tak pergi klinik. Sanggup tahan jer sakit tu. Sebab takde duit nak pergi klinik. Masa tu antara dua jer. Samada tubuh badan sihat dapat gi kerja. Atau mati terus. Takde istilah sakit. Sebab takde duit buat biaya sakit.


"For now, the best way to deal with these morons are to laugh sarcastically whenever they shout and ask stupid questions like “When do you think I will get my cheque?”. Babe, it’s not me who print out your cheque. Plus, who are you to ask so?"



Bile Faisal tulis gini..lagilah saya sedih..dulu sampaila sekarang. Sebab dah terbiasa dengan kewangan yang memang hujung nyawa, saya akan bertanya masa hantar borang claim, bile agaknya saya boleh dapat claim saya.....
Bila baca apa yang faisal tulis, hati saya terguris. Pada saya, apelah salahnya menjawab seadanya. Pernahkah terfikir yang orang yangmengahrapkan claim itu seperti saya?
Pernahkah terfikir org yang bertanya itu sebenarnya nak merancang perbelajaan utk bulan itu dengan wang yang cuma berbaki RM50 dalam kocek?
Maaf kan saya Faisal..saya bukan nak menghentam entry kamu. Saya pun faham, dalam keadaan tertekan, kamu boleh bercakap apa sahaja. Saya jugak tak marah pada kamu. tapi inilah yang saya rasa bila mana saya dijawab dengan ayat2 diatas.

Kadang2 orang boleh berkata apa sahaja. Tapi yang merasa susahnya hidup ini adalah org yang bertanya bila claim dia boleh dapat. Supaya dapat mengisi perutnya dengan sesuap nasi. Supaya dapat ditenangkan hatinya yang sedih dan gundah.

Alhamdulillah, buat masa in rezeki Allah cukup untuk saya teruskan hidup. Tapi besok lusa hanya Tuhan yang tahu kemana saya akan terdampar. Kalau ade sesuatu yang diluar perbelanjaan sara hidup macam bayaran fees itula..inila..untuk company plak tu....Memang akan mengganggu gugat duit yang ada dalam bank untuk makan......

Sekali lagi Faisal....saya memohon maaf. Bukan nak hentam entry kamu. Tidak sekali2.. Tapi membaca beberapa komen dan pernyataan yang pedas2 tu, buat saya sedih...

Saya memohon maaf. Bukan niat nak lawan balik... Tapi saya mengulas dari pandangan saya melalui kaca mata saya di blog saya...
Maafkan saya Faisal kerana meng'copy' paste isi kandungan blog kamu...
Maaf....

8 comments:

fazemy said...

Hemmm...duit smpai bila pun takkan cukup. Good entry Nik. Sabarlah Nik..pelan2 kayuh...insyaAllah satu hari nnti kita akn stabil jugak. Duit klw dikejar smpai bila pun tak kan sudah. Yang penting jgn berhutang sudahla..

suezen said...

hurm..makin byk duit..mkn x cukuplah duit tuh....kengkadang terpikir...dulu waktu belajar..camne kan duit yg 300 tuh bleh cukup mkn....then biler dh keje...duit byk camne pun x cukup...iskkk

Queen said...

tuela kak emy..bukan semua org bernasib baik..insyaAllah, nak lepaskan tahap genting nie dulu..lepas tu mula susun balik kewangan diri. Biar besok mati, takdelah kene berhutang utk beli kain kapan sendiri.

Faisal Admar said...

lama juga saya tak singgah di sini. saya suka dengan cara penulisan saudari yang ikhlas dan jujur serta tak lupa juga dengan warna font yang begitu menarik untuk dipadankan dengan background hitam.

saya faham masalah saudari. saya juga bermula dengan gaji RM1096 di mana saya menggunakan kereta Satria GTI dan memerlukan saya membayar bulanan sebanyak RM615 sebulan. sebelum saya bekerja dengan syarikat separa kerajaan ini, saya bekerja dengan syarikat swasta di mana gaji saya mencecah RM2000 sebagai permulaan tidak termasuk elaun. saya agak struggle dengan duit minyak lagi ditambah pula ketika saya baru masuk kerja di syarikat yang saya kerja sehingga kini, ayah saya dimasukkan ke dalam hospital selama 3 bulan akibat diabetes yang teruk dan ibu jari kaki kiri nya dipotong kerana serangan gangren. kita orang Melayu tak suka beli insurans. hanya GH saja lah yang mampu. tu pun tak mengcukupi. banyak lagi perbelanjaan yang perlu ditanggung dan pada masa kesusahan macam tu, saudara mara pun tak akan angkat telefon untuk menjawab panggilan kita. faham kan kenapa?

sejak dari peristiwa itu, saya sangat pentingkan saving. sampaikan saya pakai baju dan seluar serta kasut selama 5 tahun saya berkhidmat di sini. saya tak pernah tukar. saya perlu jimat. kawan-kawan gelar saya kedekut. saya tak kisah.

bukankah saudari boleh minta wang pendahuluan diri dari jabatan saudari bekerja?

bukan tidak boleh tanya bila saudari akan dapat claim tersebut. di jabatan saya, saya hanya membuat calculation claim tersebut sahaja dan seterusnya process cheque adalah bidang account department. saya hanya di peringkat finance department. bila pertanyaan seperti itu diajukan di mana saudari telah membuat overtime sehingga larut malam serta bawa pulang ke rumah untuk tujuan mempercepatkan claim staff saudari tetapi diajukan soalan seperti itu, ia sedikit sebanyak boleh menimbulkan kesedihan. terasa seperti diri tidak dihargai dan dianggap sebagai lembap.

saya perlu proses sekurang-kurangnya 200 claims sebulan di mana saya hanya ada masa 10 hari untuk selesaikan claim tersebut dan hanya claim yang ada query akan dibuat selepas 10hb. bayangkan? pengarah pula nak kan zero mistake. mileage claim tak semudah yang disangka. tekanan betul life bila keadaan seperti ini berlaku.

gaji saya pun sekadar cukup makan. tapi apa yang saya buat adalah hanya menambahkan sediikit kreativiti di dalam life saya. saya mencari extra income. saya menjual acar, jersey bola, cyber cafe dan juga baju baby. mungkin saudari juga boleh menggunakan idea tersebut untuk menambahkan pendapatan?

maaf jika kata-kata saya menyinggung perasaan saudari.

post tersebut ditulis apabila beberapa officers tanya dalam keadaan marah dan sombong dan ada yang mempertikaikan query dengan menggunakan andaian semata bukan dari pekeliling mahupun perintah am.

maaf sekali lagi.

Queen said...

saudara faisal.....
saya mengamal kan semua yang saudara katakan..
kalau kerja dgn swatsa, most of them tak provide wang pendahuluan.
Memang kene guna duit kita.

Takpelah, maybe u tak paham ape yang saya cuba sampaikan.
entry ni ditulis atas dasar kesedaran bahawa memang penting savings nie...
Atas dasar saya turut sedih kerana tak dapat menyimpan sampai 3 bulan gaji...Belum dapat lagi..

InsyaAllah berdikit2...
tapi bila membaca ayat2 yang bertukar kaler tu kat blog u, terasa macam ditempek kat muka.
Moron, pinjam ah long la..apela...
Walaupun u tak cakap macam tu kat i, tapi timbul kesedaran.

Agaknya..ginnilah yang orang kata kat aku...
And i think dats call muhasabah diri.
Takpe..i paham..org pressure macam tu memang tensen.
Takpe2...

Sharif John said...

Salam... entry yg membuka minda kita... bg saya, money is the real proble dalam dunia zaman sekarang... lebih2 lg dlm education...
Im a full time student... and money is a problem but a REAL problem.. plus my actities involve a great amount of money... as i stated in my blog entry earlier, Im just an activist... and activist usually don sees profit very often.. wkaka... But... I believe... I believe rezeki tu datang dr Allah... Then, sy jalan ats muka bumi ni bergantung pada kemampuan sy... instead of moto, i walk saja... and i enjoy it... just as when im running...

And owh... jgn risau... kamu di jemput utk ke Cameron... xde hal... comfirm ngn saya ya

Anonymous said...

jimt cermt je jawabnya kalau nak save duit kan..hehehe
salam kenal ya

Queen said...

@john iverson : betul2...rezeki tu datang dari Allah, walaupun ade duit berjuta dalam savings, tapi belum tentu dapat menanggung dugaan dari Allah...jadi besederhanalah kita dalam segalanya....
waaaaaaaaaahhhh...cameron...bestnyer...insyaAllah, aklau jadi pergi, then it'll be our first honeymoon...wakkakakakka

salam kenal ayin...

Related Posts with Thumbnails