Monday, October 19, 2009

Gelatin HALAL dan logo JAKIM





Hari Jumaat lepas, balik dari opis terus ke Pandan, gi open house rumah kak Yantie (officemate Dzul). Makesih kak, mee rebus itu..sate itu..SUPERB sedap! . Sebelum tu singgah dulu kat kedai borong di KL untuk beli gula2... sekali satu troli aku angkut..

maaf ya..nan ado gambar.... aku skang malas betul nak tangkap gambar...


Masa nak pilih gula2 tu la aku jadi konpius...

Ada dua jenis je yang sedap. Yang lain tu macam hampess sikit kan....
Antara dua jenis tu....

Yang jenama A
-tidak mengandungi gelatin.... Tapi tidak mempunyai logo halal dari JAKIM

Yang jenama B
-mengandungi gelatin halal DAN mempunyai logo halal dari JAKIM...

ini lah ke konpiusan yang aku alami..


Bagi jenama B itu...........
Since my family sangat2 mementingkan pemakanan nie... Malah dikhuatiri gelatin halal yang dikatakan dari lembu itu sebenarnya berkemungkinan tidak halal. Berkemungkinan kerana persoalan yang timbul adalah......

" Adakah lembu iu disembelih mengikut cara Islam? "....

Kemudian bagi jenama A itu...
dikhuatiri pewarna yang digunakan adalah dari sumber B*b*.....
my mum kerja di bahagian Teknologi Makanan MARDI. Beliau menyatakan, pewarna itu memang permitted..tapi bila digunakan dalam bentuk cecair, cecair tu yang dikhuatiri tahap 'halal' nya....


Haaaa.......semput nak menerangkan.... Jadi masa beli tu dah teragak..nie kalau beli nie kang kene ceramah 7 bulan 7 hari 7 malam nie...
Jadi telipon mak dulu untuk tanya.... Nak beli yang ada gelatin halal dan mempunyai logo halal ATAU nak beli yang tiada gelatin tetapi TIADA logo halal...... Sudahnya diminta buat keputusan sendiri. My mum kata, .........

" mah buat la pertimbangan sendiri "

Jadinya saya memilih yang ada gelatin halal beserta logo halal dari JAKIM. Kerana saya menaruh kepercayaan kepada badan pemantau itu dalam menentukan perkara subahah dalam pemakanan saya dan family.

" biarlah JAKIM tanggung dosa sekiranya terdapat penyelewengan. Kita dah berusaha....."

itu kata2 kawan saya.....

akhirnya...saya cuma mampu mengeluh dan bertawakal...

Sedih juga...sebab saya akan menimbulkan kekeliruan kepada dua adik kesayangan saya tu.
Mereka sudah dididik oleh kedua ibu bapa saya agar tidakmengambil sebarang makanan yang mengandungi gelatin walaupun gelatin halal (ini kerana konspirasi dalaman dlm mengeluarkan logo halal dan kesahihannya yang diragui). Mereka di ajar untuk membaca isi kandungan makanan dan mengingati beberapa kod pengawet yang mengandungi enzim babi.
Malah mereka yang kadang2 mengingatkan aku

" Kakak, yang nie tak boleh makan..tgk..ade sekian..sekian..sekian....."
ataupun
" Kakak, ini barangan ISRAEL... kalau kita beli umpama kita bunuh orang Palestin..jadi pembunuh "..


Akhirnya..aku mengeluh sahaja....






p/s :
ini entry bukan nak memfitnah JAKIM...tetapi terdapat ura-ura bahawa terdapat campur tangan 'politikus' dalam mengeluarkan logo HALAL dari JAKIM.... Bila ada keraguan..timbul rasa was-was...... Semoga konspirasi itu tidak benar2 berlaku. Kalau tidak..payah juga kita nie..gelap hati..gelap perut kerana kegelapan mata beberapa org mengaut keuntungan...

Wallahualam...

Saya tidak menyokong mana2 parti politik hokeh!..ini entry tiada kaitan dgn agenda politik..jgn letakkan saya dalam ISA......

4 comments:

Fatt Chin Choy said...

errr... ko ajar le kami kod2 tu

Queen said...

haa...

boleh check dekat entry nafham nie..die penah buat entry pasal emulsifier nie...wink!....

http://nafham.blogspot.com/2009/10/code-makananproduk-yg-ada-babi.html


sorry nafham..aku pemalas betul..aku bg link ko jerlah eh!mintak izin tuan...

sis_nita said...

tu laa dik..

laa ni halal haram dah jadikk satu permainan dah..

hurmmm..

kita ni yg kena berhati2 k..

gud info..

:)

Queen said...

betul kak..sekarang nak makan apa2 pun seram tau!...

itulah org kata...rasuah nie penyakit yang berbahaya.
Boleh efek semuanya...

Wallahualam la kan...

Related Posts with Thumbnails