Friday, February 26, 2010

Yang wajib pun semput...

Pak Pak Bum Bum..... Pak pak Bum bum ...pak pak Bum Bum.....

Selamat Pengantin Baru...Semoga Kekal Abadi
Bahgia ke anak cucu
Semoga Murah rezeki
~Lalalalalalalalalla~


Suka tau dengar lagu Allayarham Saloma ni. Terus tergedik-gedik berjoget.
Sayangnya masa saya kahwin yang dipasang cuma lagu patah hati, patah jiwa. Nasib baik saya control ayu sahaja.. Senyum walaupun rasa nak hempuk DJ tu dengan kerusi pengantin... Ekekeke... Itu cerita disebelah rumah mak mertua saya. Kenangan.....

Di sebelah rumah saya? Biasa-biasa sahaja. Buat yang wajib. Tiada muzik. Kompang pun terpaksa ambil budak sekolah rendah sebab yang sekolah menengah sibuk nak exam. Yang selalu main kompang masa orang kahwin di kawasan itu budak-budak sekolah menengah sahaja. Nasib baiklah cikgunya baik hati nak tolong. Kalu tak lagilah sunyi sepi.

Saya kahwin takde pelamin-pelamin. Ada pelamin mini sahaja. Itupun buat sendiri. Saya buat sendiri dari A - Z... tapi alhamdulillah, ramai yang berkenan, ramai yang puji. Maklumlah, budget saya sedikit. Suami saya pulak kerja biasa-biasa. Mana nak cekau duit untuk belanja kahwin lagi, hantaran lagi, mas kahwin lagi, khemas, katering. Nasiblah ada mak ayah saya yang membantu. Itupun pinjam duit ayah tak pulang lagi. Saya ingat nak buat-buat lupa sahaja...ekekekekkek......

Berlangsunglah majlis kelam kabut tu. Sederhana. Jemputan tak semua datang, tapi makanan cukup-cukup sahaja. Nasib baik. Tuhan tu Maha Adil kan... terpeliharalah maruah kedua ibu bapa saya. Membazir pun tidak.

Tapi yelah. Sedih sebab saya tak dapat jemput semua kawan-kawan. Keutamaan pada rakan-akan kedua ibu bapa saya. Tak apa lah. Saya boleh jemput kawan-kawan saya di waktu lain. Masa house warming ke, masa open house ke.

Ada yang nampak gambar update di facebook, di blog..maka keluarlah dialog seperti di bawah:

"La...kawen tak jemput pun.."
"Ala..saya buat biasa-biasa je. Buat simple-simple..Jemput orang-orang taman sahaja"
"Owh..tak apalah...semoga kekal bahagia"
"Terima kasih, bila-bila jemput ke rumah, saya belanja nasi minyak beli kat kedai..boleh kan...."

Saya okay sahaja kalau mereka berkata begitu. Sebab? Saya sedar bahawa saya kurang mampu nak menyediakan makanan untuk ribuan orang yang hadir. Kawan saya ramai tau! Walaupun saya bukan jenis yang rapat sangat dengan orang..tapi kawan saya ramai. Dengan makcik cleaner pun saya kawan.

Kadang-kadang saya cemburu tengok orang buat majlis grand2. Mesti banyak dia berhabis. Siap boleh jemput kawan-kawan blog. Siap boleh buat majlis dekat dewan ade air cond. Siap ade sampai 10 photographer. Saya ada satu je. Tapi tak apa, saya puas hati.

Eh...Tapi itulah, rumah dah siap, pahat masih berbunyi.

"La...kawen tak jemput pun.."
"Ala..saya buat biasa-biasa je. Buat simple-simple..Jemput orang-orang taman sahaja"
"Owh..tak apalah...dah lupa kawan-kawan"
"Bukan lupa, saya buat biasa-biasa sahaja. Budget pun rendah sahaja"
"Kenapa tak beritahu pun?"
"Saya ada maklumkan dalam facebook, dalam blog" (dia mana ada akaun facebook aku, baca blog pn tak..cane nak tau)
"Yela..sampai hati tak jemput, macam nielah kawan2, semua lupa"
".............."


Eh...pernah dengar tak kes jemput sikit punya ramai, sekali makanan tak cukup. Pernah dengar? Ha...itu namanya budget cukup-cukup asal ada, tapi nak bagitahu satu dunia macam hidangan tu mencukupi untuk semua. Kononnya majlis dialah paling GRAND..paling hebat..semua orang mesti dijemput..tidak boleh tidak. Alih-alih makanan tak cukup...takpun tepaksa berhutang piutang sebab nak bayar katering yang cekik darah sampai RM13 satu kepala... Saya TAK NAK jadi macam tu. Biarlah kawan-kawan sedih sedikit sebab saya tak jemput, asalkan mak ayah saya tak sedih sebab maruah mereka tercalar tak cukup duit nak tampung tetamu yang ramai.

Saya bukan buat besar-besaran. Baju pun pakai ikut dan. Asalkan saya dah penuhi yang wajib, dan yang lain-lain tu saya ikut kemampuan. Bukan tak ada langsung, tapi berpada-pada. Saya jemput kawan-kawan kelas di Politeknik. Saya jemput kawan-kawan satu dorm di Sekolah Teknik. Dan saya jemput beberapa rakan rapat masa saya sekolah menengah di Jalan Bukit. Itu pun pilih-pilih. Yang rapat sahaja dan yang saya ada contact number dan masih berhubung. Pastu kawan office. Dah.. Itu sahaja. Lain-lain saya takut nak pandai-pandai jemput. Saya tahu saya tak mampu. Saya tahu limit saya. Tapi dalam hati ni, Tuhan saja tahu betapa saya meronta-ronta nak jemput semua meraikan hari bahagia saya. Bayangkan, masa saya kahwin, berapa kerat sahaja kawan saya yang ada datang bersalaman dengan saya... Yang lain semua kawan-kawan mak ayah saya.

Ingat tak sedih ke?

Tapi kiat ni hidup biar besederhana. Buat ikut mampu. Jangan jadikan majlis yang sepatutnya Sunat, dapat pahala tiba-tiba menjadi haram..dapat dosa.. Sebab? Pembaziran, Riak, Hutang lagi, bila hutang ade Riba...

Kalau ada kawan yang tak menjemput saya ke majlis mereka, sekadar upload gambar dalam facebook, paling kuat pun saya cuma kata

"Ala,...kenapa tak bgtau..takpe2..semoga kekal bahagia...bla..bla..bla..yadda..yadda..yadda..."

Kena fahamlah. Samada dia tak sempat nak jemput semua orang, atau dia tak sempat nak kumpul duit nak jemput semua orang. Doakan kebahagiaan dia. Itu yang penting. Doa kita tu. Serius, saya tak berkecil hati. Tak mengapa, orang jemput saya pergi. Orang tak jemput, saya tumpang gembira sahaja bagi pihak dia. Ingat! Jangan sekali-kali nak kata

"Ala...aku bukan nak makan sangat pun...aku nak tengok ko naik pelamin je"

Tapi kejap lagi elok je sinsing lengan kutip segala souveniour, ayam ambil sampai 2 3 ketul, air sirap 4 5 balang. Dah sampai kena makan. Ada ke orang datang kenduri kahwin langsung tak makan? Dalam seribu orang tu adalah dalam 10 orang sahaja...

Jadi pada pasangan di luar sana, yang rasa nak kahwin tu. Cepat-cepat kumpul duit. Buat mana yang mampu. Abaikan la mulut-mulut yang mengata tu. Awak nak kejar Redha Allah. Bukan nye redha kawan-kawan kepochi dan makcik-makcik anyam ketupat..


Sekian entry emosi





p/s : dua tiga menjak nie entry asal boleh je emosi. Haiz...nie kesan Fullmoon la nieyh

Thursday, February 25, 2010

Isteri bukan KULI!!!!!

Isteri bukan KULI...isteri untuk di sayangi..

Peringatan ini untuk suami saya, suami kawan saya, suami mak saya, suami kakak2 ipar saya, suami-suami semua wanita di luar sana. Ini serius ya!!..

Bukan menuding jari mengatakan kamu menganiaya isteri kamu. Tidak....
Tetapi hendaklah di ingat bahawa muhasabah diri ke arah kebaikan itu kan bagus..

Rata-rata kini suami dan isteri bekerja. Keluar rumah seawal pagi. Balik sama waktu sewaktu matahari sudah terbenam. Sampai di rumah isteri bersilat di dapur..tetapi suami? Rileks terbaring tengok televisyen. Siap order air kopi, air teh, kuih muih sedangkan si isteri, buka pakaian kerja pun tak sempat. Dah masak, mana nak tengokkan kerja sekolah anak-anak, nak lipat kain baju...Suami? Masih di depan televisyen. Pagi-pagi dah bangun siapkan sarapan pagi. Bekal lagi, jemur kain baju lagi. Suami? Sibuk bertanya mana stokin mana seluar. Haaaa.... jangan cuba menafikan ya.. Saya banyak kali pernah mendengar cerita-cerita sebegini dari mereka yang dah berkahwin.

Kesian tau! Apa salahnya suami sedikit sebanyak membantu isteri. BUKAN KEWAJIPAN ISTERI MEMASAK, MENGEMAS RUMAH, MEMBASUH BAJU... Isteri kena taat pada suami sahaja. Saya banyak kali menekankan pada kawan-kawan saya tentang isu ini. Tetapi ditolak mentah-mentah. Semacam satu budaya iaitu isteri tugasnya memasak, mengemas rumah, membasuh baju, melipat kain dan segala macam kerja. Budaya tak tau datang dari mana dan dijadikan hukum hakam agama pulak.... Kalau suri rumah sepenuh masa, ya memang patut. Suami pergi mencari nafkah, isteri membantu suami menguruskan rumah tangga. Tapi kalau sama-sama bekerja? Isteri membantu ekonomi keluarga tapi suami? Sedikit pertolongan pun tak ada. Kot-kotlah nak tolong sidai baju. Nak tolong buang sampah. Nak tolong sapu sampah. Nak tolong kopek bawang. nak tolong cuci periuk.

Tuan-tuan, encik-encik..Kami para Isteri ini bukan mesin yang bekerja 24 jam! Kami ini dicipta cuma SEBAHAGIAN dari tulang rusuk kamu. Kami tak kuat. Apa yang membuatkan kami kuat? Kasih sayang kepada suami, kepada anak-anak dan pengharapan kepada redha Allah. Nak masuk syurga tau!.

Tapi kalau dah sampai kami ini dilayan seperti kuli..seperti pembantu rumah cum pencuci rumah cum pengasuh anak-anak cum pelayan malam-malam...... Tak ada gunanya kami berkahwin. Malah seperti menyerahkan leher untuk di sembelih oleh para suami. Untuk di kerah tenaga 24 jam.

Eh3..entry kali ini dah semacam satu luahan hati. Ianya sebenarnya mewakili ribuan wanita di luar sana yang mengalami nasib yang serupa. Saya masih di awal perkahwinan, jadi saya lebih suka meletakkan diri saya dalam kedudukan 'atas pagar'. Maklumlah..baru-baru berkahwin..segalanya Indah. Ketiak masam suami saya pun saya bau wangi. Stokin hapak dia pun saya kutip cium... Tapi saya harap, kelak, saya tidak menerima nasib seperti wanita-wanita yang kurang bernasib baik...

tapi yelah, saya bukan ustazah. Malah hujah saya pun tidak beserta hadis. Jadi saya ingin kongsi satu artikel ini dari Blog Puan Suzana Ghazali, dia seorang Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie .



Pagi tadi, semasa sama-sama makan pagi dengan rakan sepejabat, seorang rakan yang baru sahaja sebulan lebih bernama isteri menceritakan kisah kerjasamanya ketika menguruskan rumahtangga. Rakan lain yang mendengar, meluahkan rasa gembira dan bertuahnya rakan tersebut kerana mempunyai suami yang sanggup membantu. Ada juga yang sempat menyelitkan peringatan: jangan awal-awal ni jer nak tolong dah ler. Peringatan tersebut segera saya balas: Kalau daripada awal kita sendiri tak terlalu manjakan suami, insyaAllah suami akan setia membantu kita.

Kata-kata saya tika itu bukan sekadar nak sedapkan hati pengantin baru. Sebaliknya, memang terlalu banyak kes yang pernah saya kendalikan berkisar tentang kata-kata tersebut. Bukan tak boleh manjakan suami. Manjakanlah dan memang fitrah suami memang suka dimanjakan. Cuma nasihat saya, jangan terlalu manjakan suami hingga suami terlupa diri dan menganiayai diri anda sendiri di kemudian hari.

Rata-rata kes sebegini melibatkan isteri yang terlalu memanjakan suami di awal perkahwinan dan bila keadaan bukan lagi seperti masa-masa manis tersebut, memang sukar untuk terus memanjakan suami malah boleh mengundang tekanan perasaan.

Ada kes; sejak awal perkahwinan, isteri yang memakai dan menanggalkan sarung kaki suami ketika pergi dan balik dari bekerja. Isteri juga biasa menghulurkan cawan air kepada suami. Bila telah ada seorang cahayamata, rutin tersebut agak sukar untuk isteri lakukan memandangkan isteri perlu juga berikan perhatian kepada si anak. Malah, isteri bukanlah surirumah sepenuh masa sebaliknya turut sama bekerja, pergi dan balik sama masanya dengan suami.

Kes lain; seorang suami sering meminta wang daripada isteri. Alasan suami, pinjam nanti bayar balik. Mulanya sikit kemudian dalam jumlah yang banyak. Janji nak bayar, hanya tinggal janji. Bukan saja selalu mintak wang malah segala keperluan isteri tidak pernah ditunaikan. Macam-macam alasan diberikan: tidak mampu, banyak hutang, kena tolong keluarga dan macam-macam lagi.

Itu cuma dua kes berkaitan, memadai untuk saya jadikan contoh dalam perbincangan kali ini. Bukan cerita rekaan ye tetapi kes yang benar-benar berlaku dan saya dengar daripada pengadu sendiri. Sebulan dua atau setahun dua, mungkin isteri sanggup bersabar tapi kalau dah lama-lama? Bila dah cakap elok-elok dengan suami tapi suami masih dengan sikap yang sama. Malah boleh pula dengan nada angkuh menuduh isteri lalai tanggungjawab atau punya orang lain. Bila keadaan makin rumit, jalan dipilih ialah keluar daripada perkahwinan sedangkan hakikatnya, perceraian boleh dielakkan jika isteri bertegas terhadap suami.

Siapa kata isteri tidak boleh bertegas? Ya! Syurga isteri terletak pada keredhaan suami terhadap isteri. Itu kata hukum dan jelas. Tapi jangan lupa, hukum juga menyebut bahawa perkahwinan adalah berteraskan mawaddah iaitu kasih sayang dan rahmah. Rahmah hanya akan diperolehi apabila masing-masing pihak menjalankan tanggungjawab dan kewajipan yang ditetapkan oleh syarak bagi menunaikan hak pasangan.

Di dalam Islam, tanggungjawab isteri yang utama adalah patuh dan taat kepada suami namun kepatuhan pula mestilah tidak melanggar kehendak syarak. Kepatuhan juga bukan bererti hingga perlu menjadi hamba kepada suami sendiri. Wanita mendapat tempat yang mulia di sisi Islam. Kaum lelaki dipertanggungjawabkan untuk menjaga, memelihara, membelai, menyayangi dan mengasihi wanita. Jika suami yang telah memegang janji untuk menjaga, memelihara, membelai, menyayangi dan mengasihi anda gagal berbuat demikian maka anda berhak bertegas untuk mendapatkan hak-hak itu.

Bertegas juga bermaksud anda tidak membiarkan suami anda mengabaikan tanggungjawabnya. Mungkin ada tikanya suami betul-betul di dalam kesusahan tetapi membiasakan membantu suami akan menyebabkan suami jadi lebih ‘liat’, tidak berusaha menyelesaikan masalah sebaliknya mengharapkan bantuan isteri semata-mata.

Sama juga dalam urusan rumahtangga. Ingat!! Bukan tugas wajib isteri untuk mengemas rumah atau memasak untuk anda sebaliknya semua tugas itu adalah bonus atas nama mawaddah wa rahmah. Sewajarnya sebagai suami, anda membantu isteri menguruskan rumahtangga dan anak-anak. Kalau isteri yang bekerja, memang wajiblah anda membantu sebabnya isteri anda membantu anda mendapatkan perbelanjaan untuk kehidupan sempurna rumahtangga anda. Jika isteri anda suri rumah sepenuh masa pun, wajar juga anda bantu sebab melakukan kerja-kerja rumah tidak sama seperti melakukan kerja-kerja pejabat.

Malah, bekerjasama melakukan tanggungjawab anda adalah sebaik-baiknya. Kenapa nak berkira? Sekiranya benar anda menyayangi dan mengasihi pasangan anda, pasti anda inginkan dia hidup bahagia, betul? Bahagia takkan dapat dicapai jika hanya sebelah pihak yang sedia berkorban sebaliknya kebahagiaan akan diperolehi bila kedua-dua pihak bersedia berkorban bagai matahari, teguh mencurah haba dan cahaya dan masih mampu tegak berdiri.



Jadi kalau ada yang rasa saya salah, boleh berdiskusi secara terus dengan Puan Suzana ni. Yang rasa tak puas hati, yang rasa nak berhujah. Sebab saya sendiri dah malas nak bertekak. Nanti saya dikatakan isteri tak kenang budi pulak kan...


Bukanlah saya menidakkan tugas saya menyediakan keperluan suami. Tidak. Malah saya melakukannya dengan harapan suami saya kenyang, suami saya selesa, suami saya hensem. Dan bukanlah entry saya ini adalah untuk mengatakan saya tak mahu membuat kerja-kerja rumah lagi. Tidak. Tapi apa salahnya wanita di bantu seperti mana mereka membantu suami dalam segala macam hal?

Apa salahnya menjadi suami mithali. Yang pagi-pagi tolong isteri menjemur kain baju. Membantu isteri mengasuh anak-anak semasa isteri memasak. Membantu isteri menukar lampin anak. Membantu isteri menyapu sampah. Bukankah secara automatik semua isteri-isteri yang lain akan rasa...

"Wow, beruntung nya dia mempunyai seorang suami yang rajin dan ringan tulang"..

Saham siapa yang naik? Saham kamu juga...

Jadi renung-renungkanlah.. Dimanakah kedudukan anda berada.... Sebagai suami yangtidak bertanggung jawab membiarkan isterinya seorang diri menanggung segala urusan harian? Atau suami yang bertanggung jawab menguruskan rumah tangganya sambil dibantu oleh isteri?

Semoga berjaya menjadi suami mithali


p/s : ini bukan entry luahan hati saya dan suami ya..ini general entry....rahsia rumah tangga tak boleh cerita dekat orang..ekekekeke...

Wednesday, February 24, 2010

Hari ini Mood dibuka bercampu-campur

Bila tengok tajuk entry di atas, teringat pada entry seorang blogger semalam (tapi lupa dah yang mana satu...nyang-nyuk betoi). Dia buat entry dah macam laporan bursa saham..ekekeke..

Semalam Dzul kene stay back. Drawing nak kena keluar hari ini. Semalam juga hujan lebat. Saya cuma boleh keluar dari office jam 6.40 pm... Singgah beli jagung di pasar (kebetulan memang lalu di gerai jagung untuk sampai ke kereta).

Dzul sampai, SUPRISE!!!!!! dia belikan saya Jelly Kelapa...Hoorey!!!!!!....
Jadi rasanya wish list makan-makan saya sebelum saya hilang selera ni sudah hampir tercapai.

TAUHU BAKAR - Done!!
credit to owner


CHAR KUE TIAW -Done!!




JELLY KEPALA - Done!!
credit to owner


Coconut Milkshake - not yet....(sabar-sabar)
credit to owner




Semalam lepas makan terus tidur. Sangat mengantuk. Tidur tak lena. Pukul 4.30 pagi terjaga, hujan turun lebat. Tapi sebenarnya terjaga sebab kepanasan. Tekak pun kering.


Pagi tadi hampir-hampir sahaja bangun lewat. Bangun terus tangkas rebus jagung, buat sandwich sardin, kopi, teh untuk Dzul dan slice mangga sebelum dia membusuk atas microwave tu...


credit to owner



Alhamdulillah, semua licin. Dzul hari ni tak pergi site. Cuma memerap di office siapkan drawing. Jadi dia terima apa sahaja yang saya bekalkan. Siap kira ketulan jagung tu..

"Satu untuk dia, satu untuk encik Jamil, satu untuk Mohsin........Yayang, tak cukup satu untuk Amin" "Owh..tak cukup ye, takpela, ambil sayang punya satu. Sayang tak lapar sangat hari ini" "Ok..terima kasih..."


Ingatkan nak bawak taufoofah...Tapi terlupa nak ambil dalam peti sejuk. Sampai office, buka blog. Tengok entry semalam cuma kak Dee yang komen.. Alahai..terus mood down..Kemanalah rakan-rakan ku menghilang. Mungkin entry semalam tak best untuk di komen...

Tengok pula entry Ole-Ole Bali Contest....Pun tiada sambutan..belum lagi kot...Sedapkan hati... Tapi kalau kekal tiada, nampaknya hadiah yang beli banyak-banyak tu beri sahajalah pada siapa-siapa...

Haiz..tiba-tiba mood down...
Walaupun jam baru pukul 10 pagi, tapi saya dah kepanasan nak pulang. Panas terasa office ni.

Kejap okay, kejap tidak. Mood ni mengada-ngada betul

Tuesday, February 23, 2010

Baghal Menang pertandingan Masak memasak

Ada satu orang. Kerjanya hanya tau melalak-lalak di rumah pak mertua saya. Satu hari, dia ini melalak dengan cukup kuat. Entah apa yang dia tak puas hati dengan Parti Oh Bulan Sabit. Saya tidak kisah kalau dia masuk Parti Tin Kosong pun. Masuklah. Tapi tak perlu nak melalak-lalak di rumah pak mertua saya. Mengejutkan saya dari tidur sahaja. Membuatkan saya sakit kepala kerana kebisingannya. Tapi yela, apalah dia tahu tentang adab dan sopan kan. Sebut pasal dia, saya teingat tentang kisah seekor baghal yang memasuki pertandingan memasak.

Hari ini, saya ingin bercerita tentang Baghal ini. Tajuk cerita saya ialah :

Baghal penipu Menang pertandingan Masak memasak di Istana Pasir berdengung...


Al kisah...

Seekor baghal baru sahaja menghabiskan sesi ceramah di Istana Panglima. Oleh kerana semua isi rumah istana panglima akan keluar kota untuk berhoyeah-hoyeah, si baghal ini agaknya tidak tahu kemana hendak pergi. Cuma di Istana Panglima sahaja yang hendak mendengar cerita dongengnya. Lalu, dia berjalan-jalan hinggalah ke negara Pasir berdengung.

Nasib menyebelahi baghal ini kerana Negara Pasir Berdengung ketika itu menganjurkan satu pertandingan masak memasak yang memerlukan skil-skil memasak seorang chef untuk di angkat menjadi tukang masak Istana Pasir Berdengung. Lalu si Baghal ini dengan menyandang bungkal kainnya, masuk ke dalam Istana. Di Istana, sudah ramai chef-chef terkemuka dari seluruh Negara Pasir Berdengung yang siap berpakaian seperti Chef... Tapi si Baghal ini tak gentar. Dia yang cuma memakai sehelai kulit nipis yang hapak diam-diam mengisi borang. Ketika dia meminta borang untuk di isi, pegawai istana itu bertanya apakah pencapaian si Baghal untuk menyertai pertandingan ini. Mana mungkin si bodoh yang hina itu tahu memasak sedangkan yang akan memasak ini adalah chef-chef terbaik yang dikumpulkan dari seluruh negara Pasir Berdengung, manakala jurinya adalah chef-chef mat salleh yang berkulit cerah dan di terbangkan khas dari ober-de-sea... Pegawai Istana memandang sinis si Baghal. Dengan bersuara gegak gempita (maklumlah, dia kan penceramah bebas di Istana Panglima)...

"aku sudah memasak selama 25 tahun di Istana Eden, dana ku lah tukang masak terbaik.. Kau tak layak mempertikaikan kebolehan aku...Malah kangaru juga..bla..bla...bla...bla..."

Kerana tidak tahan mendengar gegak gempita dan huru-hara yang dicetuskan oleh si baghal ini, lalu pegawai istana membiarkan sahaj dia memasuki pertandingan masak memasak itu (itupun selepas puas menahan telinga dari berdarah)...

Di tepi kolam, si Baghal membersihkan diri dan menyarung baju tukang masak yang di simpan 25 tahun dulu (pelik ya, saiznya tak berubah kah?). Dan dia pun berdiri sama rendah duduk sama tinggi dengan tukang-tukang masak yang lain. Semua tukang masak mahupun chef yang hadir terkejut melihat kehadiran si Baghal (kalau aku pun terkejut tgk baghal jadi tukang masak..ekekekek)

Gong dibunyikan....DOOOONGGGGG....

Pertandingan memasak pun dimulakan... dengan segala kemahiran yang ada, si baghal memasak..dan memasak. Tak tahu apa masakannya..tapi dia memasak..

Selepas berpeluh ketiak dan kelangkang memasak, maka sampailah masa pengumuman...

dan si Baghal memenangi tempat ke..............................

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
...LIMA....

Waahh..semua hadirin bertepuk tangan. Pemenang ke lima menerima satu sijil penyertaan... dan satu set pisau chef beserta begnya sekali. Waah..set pisau itu sangat mahal.


credit to owner

Tapi si Baghal tidak tamak..dia dengan bangga telah melangkah pergi bersama sijilnya sahaja. Manakala set pisaunya telah di tinggalkan di Istana sebagai kenang-kenangan.


Arakianlah cerita dongeng yang diceritakan oleh si Baghal kepada Pegawai Istana ke dua Istana Panglima kepada Pegawai Istana ke empat dan isterinya. Maka terloponglah keduanya mendengar cerita si Baghal yang hebat itu...


Ok..dah cukup berfantasi.. Sekarang kita kembali ke alam nyata..
Realitinya...

1) Baghal mana reti memasak. Nak uruskan diri sendiri pun tak pandai.. Menipu betul cerita ni
2) Ada ke patut menang set pisau yang mahal tu tak nak bawak balik..Menipu betul cerita ni
3) Betul ke masuk pertandingan dan menang?..Ke sijil penyertaan je tu
4) Iye ke ade pertandingan memasak tu..saya tanya encik Google tak ada pun.....Menipu betul cerita ni

Eh..dah cukupla empat..Karang lebih-lebih dah nama cerita betul..inikan cerita dongeng..Banyakla yang menipu. Atau rumusan pendeknya, Si Baghal memang MENIPU....dan kita semua dah kena tipu....


credit to owner

Monday, February 22, 2010

Honeymoon to Bali Island - Day Five (last day)

Tiba-tiba sahaja dah last day di Bali. Owh...sangat tekanan sewaktu pack barang-barang. Rasa tak puas berjalan. Rasa banyak lagi tempat yang saya tak pergi.. Tapi apakan daya, duit dah tak ada...Ahahhaha...

Disebabkan semalam sampai dah lewat di Bali Sandat Inn, ini gambar bilik saya. Yang paling hujung sekali. Yang bersidai baju-baju di luar tu.


Actually landscape Bali sandat Inn ini dah okay. Maybe sebab bilik paling hujung dsb. Pak Isme akan mengambil kami dalam jam 12 tengah hari. jadi, sebelum check out, kami berjalan-jalan berhampiran kawasan Kuta. Owh ya, Bali Sandat Inn (...ooops kejap iklan,hubby tgh nyanyi lagu p ramli,hehehe....)....

Bali Sandat Inn ini memang berada di jalan utama Kuta. Sangat mudah dan dekat untuk ke pekan Kuta. Cuma jalan lebih kurang 20 meter dah sampai ke jalan utama Kuta. Sekali lagi kami menziarah ke tempat pengeboman. Masih banyak kedai yang belum di buka di Kuta jam 11 pagi. Jadi tak banyak yang dapat kami lawati.

Semasa kami melewati beberapa blok kedai, ada sekumpulan pemandu teksi menawarkan khidmat teksi ke Kintamani, Bedugul, Ubud dan sebagainya. Ini fenomena biasa di Bali. Jadi, kita cuma perlu tolak dengan baik dan sedikit senyuman. Dan kebanyakan mereka biasanya memulakan soalan dengan bertanya tempat asal kita. Dan kami selalu menjawab dengan bangganya, MALAYSIA....

Tak tahulah..mungkin sebab kami menolak pelawaan mereka untuk servis teksi mereka, maka terjadilah peristiwa seperti di bawah :

Si A : Pak, Teksi Pak..Kintamani, Bedugul, Tanah Lot, Uluwatu...
Hubby : Tak apa ya...terima kasih...sudah ada....
Si A : Murah pak, murah...
Hubby : (dengan isyarat tangan menolak pelawaan)..
Si B : dari mana Pak?
Hubby : Malaysia....
Si B : Owh...MALINGSIA....inilah...steal other people culture...(isu tarian pendet)

Saya berjalan agak terkebelakang dari hubby dan boleh dengar dengan jelas apa yang dikatanya. Lepas beberapa langkah ke depan saya berhenti dan menjeling ke belakang. darah dah menyirap rasa nak bagi dia makan penampar. Tapi akal waras ni menahan. Sabar, saya di tempat orang....Sabar..Sabar...

Si B : Inilah..orang MALINGSIA...bla..bla..bla...bla
Si C : owh...bla..bla..bla..bla..bla...

Terus mood saya berubah.... rasa benci nak stay di Bali lebih lama. Ekonomi kamu, rakyat kamu, di beri EHSAN oleh rakyat MALAYSIA!... Seyes...Saya sangat sakit hati. Tapi di tahan.. Tak guna menjadi sebahagian dari mereka. Mereka-mereka ini akan kekal begitu kerana kebodohan dan sifat egois mereka.
Walaupun telah dijelaskan oleh pihak dari Malaysia. Dan saya sendiri rasa geli nak mengaku tarian mereka itu sebagai tarian kita. Tapi mereka memang jenis ekstremis. Membabi buta percaya apa sahaja yang disogokkan kepada mereka. Dan tak hairan jika ada pelajar kita yang takut di ugut dan dikecam. Sebenarnya oleh orang-orang macam ini lah. Kebencian mereka pada kita rakyat Malaysia sangat menebal. Perkataan MALINGSIA itu telah lama wujud sebelum isu tarian pendet itu lagi. Jadi memang sepatutnya mereka-mereka ini dikeluarkan dari tanah Malaysia. (saya sangat emosi secara tiba-tiba)...


Terus cuit hubby, balik ke hotel.









Sila abaikan muka masam ini ya!...Cuaca sangat panas..Masa ni, hati pun panas...ekeke





Di Bali, mereka dengan selamba bermotosikal tanpa memakai helmet..bahaya!

Di Hotel, Pak Isme dah menunggu, terus check out dan menuju ke Nusa Dua. Hari ini nak pergi snorkeling..yeay!...
Sebelum tu, singgah di satu gerai menjual Bakso... Pak Isme belanja makan Bakso... Waaaahhh..sedaaapp....bebola dagingnya besar...sebesar penumbuk.... Memang puas hati dapat makan... Itulah pertama kali saya makan Bakso. Hubby dah biasa... Tapi saya agak geli nak mencuba di warung-warung yang menjual bakso di Kg Sg Kayu Ara. Tengok pada kadar kebersihannya itu. Adeh..geli rasanya...
Tapi bila tengok gerai di Bali ini bersih, teringin pulaj tekak ni nak mencuba nya...

Maaf ya, tiada gambar..terlampau excited nak makan Bakso...Lupa nak mabil gambar..









Kemudian kami ke Nusa Dua.. Snorkelling dan trip ke Pulau Penyu.
Harganya Rp 600,000.... Tawar punya tawar punya tawar dapatlah Rp 520,000.. Terus salin baju, dan naik bot....
Di lantai bot itu dibuat transparent. Jadi boleh tengok dasar laut jika takut untuk snorkelling.

Antara aktiviti di Nusa Dua, kalau banyak duit dan banyak masa, maybe kami dah cuba semua kativiti ni..Best...






Life Jacket nya tak berapa selamat...Nipis je..Nasib baik hubby tak lemas.....Kesian dia...



Malang bagi kami sebab bateri kamera habis sebelum sampai ke pulau penyu. Jadi tak banyak gambar daoat di ambil. nasib baik hand phone saya masih berbaki baterinya. Jadi ambil gambar seadanya.

Ini turtle paling ringan dan muda dalam kolam ini. Bayangkan turtle yang paling tua. Tak terlarat ank angkat. Yang paling tua berusia lebih 70 tahun...



Ini baby turtle..Baru berusia setahun....Ini ditempatkan di kolam berasingan dari turtle dewasa


Ular, yang ini yang kecil..yang besar tengah bersalin kulit...Jadi tak dapat ambil gambar..



Burung hornbill...


Settle di Pulau Penyu, kami bersiap, mandi bersih-bersih (di sana ada kemudahan untuk mandi dan salin pakaian)... Kemudian saya sekali lagi ke Krishna untuk beli beberapa barangan tambahan. Souvenier. Tapi sebab bateri kamera macam hampes... Sekeping sahajalah yang ada.





Dan ini sementara menunggu flight.....




Daaaaaaa....sekian sahaja cerita saya dari Bali...




p/s : sila refer beberapa Blog Indonesia yang menjelaskan dengan terperinci apa itu Malingsia....

Saturday, February 20, 2010

Semasa saya tidur..

semalam saya tidur dengan nyenyak. Walaupun cuaca panas. Walaupun rumah tak berkemas. Tapi saya tidur nyenyak. Saya demam selsema dan sakit tekak... Biar pun guruh berdentum, kilat memancar di luar, saya langsung tak sedar. Penangan demam ini benar-benar membuatkan badan saya menolak apa jua pekerjaan.

Tapi ada sesuatu yang terjadi waktu saya tidur. Apa dia?



Tengoklah unique visitor saya.....45 visitor... MasyaAllah...Memang saya terkejut.... Tak pernah saya dapat seramai itu....Memang syukur banyak-banyak.

Dan kali ini sekali lagi kak eynda menjuarai untuk referrer yang memberi unique visitor tertinggi. 78 tu.... waaahhh...sangat seronok....




Walaupun saya tahu, ramai lagi rakan-rakan yang memberikan link saya kepada kawan-kawan, yang menempel link saya yang tak seberapa ini di blog masing-masing. Tapi penangan kak eynda memang cukup hebat. Carta ke dua itu membuktikannya...

Tapi saya yakin dan pasti, sebenarnya dalam hidup berblogging ini, semuanya adalah sokongan dari kawan-kawan. Dari pembaca. Walaupun mereka ini mungkin tergolong dalam golongan orang yang selalu menjengah dan tinggalkan komen. Ada juga yang datang menjengah tapi tiada komen. Ada yang jarang-jarang menjengah, ada yang jadi follower, ada yang letakkan link di blog masing-masing, ada yang tak follow, tak letak link tapi selalu mengikuti perkembangan blog....


Saya,
DESIRE QUEEN
mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua.
Saya sangat terharu di atas sokongan anda semua
ikhlas dan tulus dari hati ini...
Terima Kasih Blogger!!!



Di Blog,
Kita bertukar cerita. Kita membina ikatan silaturrahim sesama kita.
Kita belajar pelbagai benda.
Lalu sama-sama kita mengukuhkan dan mengeratkannya.
Aku tidak mengenali engkau, engkau juga tidak mengenali aku
Aku tidak pernah melihat seraut wajahmu
Aku tidak pernah sempat menghulur salam
Namun kita mesra, kita rapat, kita saudara.
Aku,
Di kritik, di sayangi, di tegur menerusi ruangan yang sempit dan kecil ini.
Kita,
berkongsi segalanya di ruang sempit ini,
Aku,
Ingin melihat dunia dari sudut yang berbeza
dan ruangan sempit ini menjadi medium untuk aku menzahirkannya.
Kita,
memeterai sebuah ikatan persaudaraan
DI RUANG SEMPIT INI




p/s : thanks to kak eynda yang meng emailkan kepada saya print screen tersebut..thanks a lot kak!...Sila lah terima entry yang emo dan sedih dari budak demam ini...sob..sob..emo..emo..

Friday, February 19, 2010

Kak Eynda bagi arahan bertulis

Saya telah dita oleh kak eynda..hurm..best jugak sebenarnya jawap tag nieyh...dah lama tak kene tag... padahal baru je kene tag dengan kak na..ekekekek

okay..are you ready?


1)Where is your cell phone?
sekarang atas iron board...selalu tu ikut suka..but most of the time dalam handbag..sebab tu bila org call selalu tak dengar




2)Relationship??
Married and happy with my marriage life....


3)Your hair??
Pendek paras leher, brown black, as usual ikal, never straighten or curly it permanently...


4)Work??
Pemain facebook tegar.ekekeke....boleh tak jawapan ni?
Kerja dalam architecture field


5)Your sisters??
4 of them... Ain, Dikni, Hanim and Aisyah...semua adik..tak ada kakak...I'm the eldest sister


6)Your dream??
Duit banyak dan hidup tanpa masalah....Hidup bahagia hingga ke akhirnya. Owh satu lagi..dapat masuk syurga (ini buat amal ibadat malas..berangan je...haiz)



7)Your favourite thing??
Food!I'm food lover.
Travel!Memang kaki jalan.
Sleep!Also kaki tidur.


8)Your favourite drink??
Not sure, ikut sedap tekak..But of course kafein. Nescaffe, Coffee, Tea.....itu semua faveret. Kalau tak sihat, air buah, juice is the best...



9)Your dream car??
Right now? 4x4 Storm, Hilux pun look nice..but i think D-Max is the most affordable...


10)Your shoes??
selipar / kasut getah. Tak suka kasut tinggi-tinggi dah. Sakit kaki. And of course no specific brand....Skang kasut tinggi-tinggi tu buat hiasan dalam almari kasut je. Saya bukan kaki shopping kasut. Sleagi boleh pakai, pakai mana ada. Tak baik membazir



11)Your fears??
My mom and my dad...ahahhha....mereka maintain no 1 diikuti dengan hubby saya....



12)What do you want to be in 10 years??..
Manager KFC...ahahha..rahimi..boleh tak?..wakakkakakaka
I want to be happy, healthy and succesfull woman, mum and wife.....




13)Who did you hang out with last weekend??
Port Dickson dengan keluarga mertua.....




14)What are you not good at??
jahit baju...kemas rumah...masak kuih-muih atau kuih raya...failed..



15)One of your wish list items??
Having at least 5 figure savings in 1 year....



16)Where you grew up??
selangor..


17)Last thing you did??
edit pic and upload gambar utk entry Bali



18)What are you wearing??
Shorts and t-shirt


19)What aren't you wearing??
Baju seksi terbelah sana sini..


20)Your pet??
Semua dah mati..ahahhaha


21)Your computer??
Compaq Presario


22)Your life??..
Just nice....full of colour..


23)Missing??..
My husband..huhu



24)What are you thinking about right now?
Nak rehat..demam selsema ni teruk..huhu


25)Your car??.
Little Green froggy Viva




26)Your kitchen??.
Bersepah..tak larat nak kemas lagi..huhu



27)Your favourite colour??
Earth Colour but definitely not black...



28)Last time you laughed??
Semalam dengan hubby...ekekekek


29)Last time you cried??
pagi tadi...masa nak hantar hubby kat muka pintu..
Hubby : Ala sayang..abang pergi kerja...sekejap je...tak mo sedih-sedih ya..
Me : sob..sob..sob..


30)Love??
End up with married, and start a new fresh one..Much more LOVE......



31)Who wants to share their ONE'S?How about?.
Macam kak eynda jugak..tak paham...



Ngeh..ngeh..ngeh....
dengan ini, saya men'tag' entry ini kepada :

- LOL
- puteri kure-kure
-kak fazemy
- ah fatt
- kak ogy (jemari seni)
- eryn
- kak dee
- kak watie (watiermanlife)
- cik puan punyer
- m-i-o


ekekke..sila jawap ya!

Honeymoon to Bali Island - Day Four

Hari ke empat, kami cuma ambil half day tour. Melepak-lepak di Hotel sahaja. Kata Honeymoon. Nak bercengkerama kat pantai, segan. Kat Swimming pool hotel, sorang itik sorang memerang. Dua-dua pantang nampak air.

Cuma semasa menunggu Pak Isme tiba, kami berjalan-jalan di Pantai Legian... Cuci mata...


Cengkerang ni cantik-cantik....kalau ada akuarium/almari hiasan kat rumah, dah lama beli


Ini ke mentibang laut?Badan lembut macam takde cengkerang, kaki belakang macam katak, ade ekor macam belangkas...serius,sampai sekarang tak tahu apa nama haiwan ini..



Kami jumpa di batang kayu yang terdampar di tepi pantai. Sangat banyak dan sihat-sihat. Dan sangat susah nak cabut dari batang kayu itu.


Tengok, pantainya masih belum dibersihkan walaupun sudah hampir jam 12 tengahari..



Cengkerang ini ada keluar bunyi...ekekek...dah macam tarzan laut daaa



Panorama biasa di bali...Hubby buat la dosa kering


BUKTINYA!!!!!
Kantoi dah..ekekkeke...jangan marah ya! Ini cuma efek kamera sahaja...ekekkeke
See..se..saya baik..masih nak backup hubby...sila belanja saya eskrem



Lawan..lawan..sepak mata dia, cabut ekor dia..yeah..yeah..


Pergi pantai mana-mana pun duk sibuk kejar ketam...



Ini dah nak balik baru terserempak dengan pekerja yang membersihkan pantai...Ala..pakai berus tu bila nak siap...Pelancong dah ramai...Kurang berkesan sistem ini.



Half day tour, Pak Isme datang menjemput dengan MPV Suzukinya jam 12. Sebelum Pak Isme sampai, kami cuma jalan-jalan di Pantai Kuta. Hari ni kami check out dari Legian Village Hotel. Sob-sob... Tak tahulah malam nanti kemana nak membawa diri. Ini semua gara-gara tersalah booking bilik hotel. Tak cukup satu malam. Nak tidur masjid pun, di Bali ada satu sahaja masjid. Itupun jauh.


Jangan merepek-repek nikhakimah... Haiz.. Hari itu kami cuma dibawa ke tempat shopping yang murah di Bali. Krishna Ole-Ole khas Bali. Okay..tak banyak gambar. Cuma banyak aktiviti membeli dan membelah poket sahaja. Di Krishna, sebaik sahaja kita turun dari kenderaan, sebelum memasuki premis ini, kita akan dipasangkan dengan tag yang berwarna. Warna merah untuk pelancong dari kenderaan persendirian (kami memakai tag berwarna merah). Warna biru untuk pelancong yang datang dalam kumpulan besar seperti bas. Nampak, ada beza tau! Tak tahulah harganya ada beza atau tidak.




Di Krishna, kita boleh beli berbagai variasi T-shirt dengan range harga dari Rp12,000 hingga Rp 30,000. Memang murah. Berbaloi-baloi.
Sila sediakan list nak beli T-shirt berapa banyak, FM berapa banyak sebab dalam Krishna memang ramai sangat orang. Air-cond pulak tak ada, jadi saya memang berpeluh-peluh. dengan segala macam bau. Tapi selepas sahaja rombongan cik Kiah yang menaiki bas pulang, memang lega sebab boleh shopping puas-puas. Dari baju budak, baju orang dewasa, T-Shirt, Makanan...macam-macam lah. Macam blouse-blouse wanita tu agak mahal, bermula dengan harga Rp38,000 hingga boleh mencecah Rp100,000. Macam Blouse dengan sulaman Bali agak mahal. Jadi saya tak membeli nya kerana sulaman Bandung lebih cantik.


Saya tenggelam dalam lautan manusia, masa ni tengah belek baju untuk kanak-kanak di Malaysia


Nampak saya tak?ekekkeke


Mata dah berpinar..sempat buat peace


Nak membeli T-Shirt juga bermasalah walaupun murah. Sebab? Kebanyakannya adalah bercorak Barongan, Tuhan Hindu tu. Jadi kita sebagai orang Islam tak boleh beli tau!. Di sini, nak beli painting pun murah-murah. kami cuma telan liur sahaja, nak beli takut tak kena dengan rumah tu pula (patutnya beli jerkan..). Memang murah-murah. Ada beberapa rombongan dari China dan Jakarta memborong lukisan-lukisan tu. kami beli juga, tapi yang kecil sahaja. Sebagai tanda mata.

Settle membeli beberapa souvenior, time untuk isi perut. Isi perut pula di food court sebelah Krishna. Harga agak murah dari makan di Plengkung. Makan nasi Padang. Tapi memang pedas Ya Rabbi. Memang tak tahan...Hubby yang makan pedas tu pun berpinar-pinar mata.


Selesai di Krishna, kami meneruskan perjalanan ke Uluwatu Temple. Ianya terketak dalam kawasan Nusa Dua. Jauh di hujung selatan. Di sini pun terkenal dengan keindahan semula jadi. Cliff dia, memang subhanallah, cantik. Di Uluwatu Temple di jugak, terkenal dengan monyetnya yang takde adab sopan. Hati-hati dengan gelang anda, selipar, ikat rambut, spek, anting-anting, topi, kamera. Bila-bila masa sahaja peragut berspesis monyet ni datang meragut.




Untuk mengambil barangan yang telah di ambil oleh monyet itu, anda perlu membayar sejumlah wang kepada penjaga temple tersebut. Jadi kalau sekadar selipar harga RM10, spek harga RM15. tak berbaloi untuk diambil balik, redha kan sahajalah. Jika bernasib baik, monyet tersebut akan melemparkan kembali barangan anda setelah mendapati ianya bukan makanan.


Di Uluwatu Temple, Cliff nnya yang sangat menakjubkan itu yang menarik perhatian. Selain menyaksikan sunset ang sangat cantik. Menurut Pak Isme, Uluwatu Temple merupakan temple pertama yang dibina di Bali. Kedudukannya yang berada di Tanjung dan paling dekat dengan Tanah Besar Jawa merupakan antara faktor mengapa Temple ini dibina terlebih dahulu. Kita layan gambar sajalah...

















Masa nak balik tu, ada melalui sekumpulan monyet.. Dan selipar saya telah diragut dengan kasar..huhu..nasib baik tak tercabut, takda luka-luka. Nak sahaja saya tendang monyet tu, tapi penjaga kuil ada dan mereka menjaga kebajikan monyet-monyet ini. Itulah agaknya sebab monyet ni 'ketegaq' (degil, tak dengar kata)...Haiz

Malam itu kami akhiri dengan makan malam di Plengkung, kali ini, kami mencuba Nasi Gorengnya dan juga Sup Asparagus dan Telur Kepiting..Sangat sedap..



Owh lupa, kami tidur semalaman di Bali Sandat Inn.. Cuma Rp150,000. berhawa dingin tetapi tidak mempunyai TV. Keadaan bilik kurang memuaskan. Tapi berpada dengan harganya. Barangkali jika mereka meletakkan wangian bilik untuk menghilangkan bau hapak itu, kami akan tidur dengan kebih selesa. Malah, cadar mereka ada kesan-kesan kotor. Saya sangat tidak nyenyak tidur pada malam itu... Geli ...... hubby je tidur dengan nyenyak. Ala,..dia tu, campak dalam longkang pun boleh tidur... Haiz...





p/s : Mungkin kerana kami walk in di saat akhir, jika datang awal, boleh pilih bilik yang lebih selesa.
Related Posts with Thumbnails