Thursday, February 11, 2010

Dramatic yesterday...

Barangkali waktu-waktu begini mainkan lagu Yesterday pun seronok juga kan. Layan blues kata orang.
Mengenangkan kembali apa yang berlaku semalam. Macam-macam hal.

Sebaik sahaja hubby kata dah beli tiket untuk tengok wayang malam tadi, tepat jam 6.05 pm saya dah tercegat di receptionist untuk isi buku kedatangan. Mesti pantas dan tangkas. Macam biasalah, jalan sesak di atas bukit untuk keluar ke Sprint Highway. Lepas sahaja traffic light di atas bukit tu, saya di himpit oleh satu van bodoh ini. saya masih tulis ingat nombor pendaftarannya, BKL 9361. Van Syarikat V*****... Main himpit je orang. Signal pun tak bagi. Terus rasa tekanan dan kemurungan. Bayangkan, besesak untuk turun ke Highway Sprint sahaj sudah 20 minit. Itu pun belum masuk ke Highway Sprint lagi. Dari traffic light itu sahaja nak ke susur masuk ke highway lagi 10 minit. Jam dah semakin dekat ke pukul 6.40.. Argh...takut tak sempat sahaja nak mengejarkan wayang.

Lantas saya ambil tindakan kurang ajar dengan ambil jalan singkat. Tak patut sebab semua orang beratur. tapi saya janji, kali ini sahaja saya ambil jalan singkat itu. lain kali dah tak buat dah. Dan saya pun tak pasti adakah semua org tahu ada jalan singkat di situ.

Sampai rumah, siap-siap terus pergi tengok wayang. Kami sampai di pertengahan cerita. Haiz...
Owh..Semalam tengok cerita Legion.

Kesimpulannya :
Sound effect best. Plot ok tapi isi nya kurang. Banyak yang kosong. Tak seperti yang diharapkan. Dan sila kuatkan iman anda kerana ianya memang cerita Kristian. Tentang fahaman mereka. Hero pun tak hensem...heroin pun tak cun mana....So-so sahajalah.


Kemudian, sementara tunggu hubby melabur dalam amanah saham, saya terpegun tengok dekorasi di One Utama untuk CNY.


dekorasi di lantai tu nampak macam tanglung...comel



Simple yet nice. Masa Krismas hari tu lagi grand


Kucing tu memang berbulu tau. Bulu tu yang saya dan hubby geramkan tu.
Hubby kata buat karpet pun best





Kemudian terpesona pulak dengan SALE - SALE yang ada. Parkson SALE, JUSCO SALE, Padini SALE, Vincci SALE, Nose SALE. Nasib baik poket tak berapa nak SALE. Minggu lepas ada ternampak SALE di Jusco yang menarik hati. Jadi cadangnya nak lewat ke sana melihat-lihat lagi.

Semacam ada daya tarikan di Rject Shop, berhenti singgah sekejap. Hubby berkenan dengan sleuar Codroy. Cuma RM49.90... Tapi saya tak suka tengok lelaki pakai seluar Codroy. Sudahnya belikan Jeans sahaja. RM59.90. Ingatkan takde less rupanya ada 20% less. Jadila RM47.92 sahaja. Murah-murah. Cantik pun cantik. Tak payah berhabis beli di Levi's ke hapa kan. Jimat duit. Kualiti pun tiptop.



Next ke Jusco. Waaah....Sempena CNY, dilanjutkan waktu operasi ke pukul 12.30 malam. Hubby dah angkat kening, eh, saya pun apalagi, cepat jer tembak

"memang lah dah expand time, boleh shopping puas-puas, tapi duit dalam poket tak expand"

Sudahnya sales girl tu pun tergelak. Belek-belek tali pinggang dan wallet. Sale sampai 70%. Murah tau!. Belikan hubby wallet kulit, Jenama Polo sebab nampak old skul dan stylo. Tak sampai RM40 wallet tu. See....berbaloi2 kan...Masa nak bayar ingat nak beli apa-apa ntuk anak buah, tapi tuelah, smeua macam besar-besar dan kami kesuntukan masa sebab nak balik cepat. Belum dinner. jadi tak grab apa-apa. Baju perempuan tak murah sangat. Banyak yang mahal. beli baju kurung di Jalan TAR lagi bagus. Itu alamatnya tunggu raya lah...

masa balik jalan jammed merata-rata. Semua orang berpusu-pusu keluar dari One Utama. Semalam memang saya sangat stress. Huhuhu.... Abis lampu merah pun saya langgar. Jangan saman saya ya abag polis...ekekeke

Singgah dinner di Nasi Lemak Abu Bakar. Pergh..tetap sedap. Cuma rendangnya kali ini kurang kick. Tapi tetap sedap sama macam sebelum kahwin dulu.
Balik, mandi, layan TV plak.

Suka betul dapat wallet baru...selayaknya ganti wallet lama tuh...yang lama tu pun ex-gf dia yang hadiahkan..siap kad matrix ex-gf dia dulu pun ada lagi dalam tu..huhu..terjeles la kejap kan..Sentap!


Ini aksi 'saya tidak bersalah' la nie...Haiz


Dalam mamai-mamai, macam ternampak ada pelakon dalam TV berapa entah pakai dress sama macam yang saya jual harituh.. See..artis pun pakai dress sebijik macam saya tu tau. Ada lagi beberapa helai kalau ada sesiapa yang nak beli.


7 comments:

eynda said...

Cantiknyer deco kat OU tu...hannah mesti suka sebab ada cat :-)

Dee said...

kasi bakar itu kad matriks..hahaha..

camana nk shopping tgh2 bulan ni..huhuhu..

TiNiE said...

cantikla itu dresss...
badan slim seperti kamu cunlaa..
kalau akak yg menggomok ni pakai..bagaimanaaaalah..heh

Queen said...

kak eynda, bolehla bawak hannah jalan2 kat sana cuti CNY nie..mesti lagi meriah...

kak dee: dia dah buang sebelum saya sempat amik gambar utk upload dalam blog..laju betul menyembunyikan jejak...takde shopping mana pun..jeles tgk wallet dia, dgn sakit mata tgk dia duk ulang sehelai jeands..haiz

kak tini : memang cantik...sangat flawless, die free size la..setakat kak tinie tu, lagi cun pakai....

Ah Fatt said...

apa ko buat kat kad matrik tu? haha

Diarihatiku1976 said...

wahhh.. seksinya ur hubby... aaauuuwmmmm... kat ne nak tgk gress tu ekk...

Queen said...

ah fatt : aku nak selongkar bali ashtray dia..kot2 dia tak bakar lagi kad matriks tu...

diari hatiku : owh..sila jangan puji dia lebih2..nanti dia kembang setaman..ekekkeke....boleh tengok kat previous entry saya..ini link nya

http://desirequeen.blogspot.com/2010/01/maxi-dress-fast-sale.html

Related Posts with Thumbnails