Thursday, February 18, 2010

Honeymoon to Bali Island - Day Three

Hari ketiga di Bali....Free and Easy.

Kami tak ambil Pak Isme. Kami berniat nak jalan-jalan sekitar Kuta sendiri.
Jadinya pagi itu sarapan Meggi sahaja. Bermalas-malasan di bilik Hotel. Kemudian memulakan perjalanan dengan melalui jalan pesisir pantai. Ya, kami berjalan kaki. Ada juga disediakan perkhidmatan sewa motor atau sewa kereta. Bagi saya sewa kereta tak praktikal kerana kami susah hendak melalui jalan-jalan kecil, dan susah nak berhenti parkir kereta. Pujuk hubby untuk sewa motor, tetapi melihatkan mat saleh di sana bawa motor seperti orang gila, laju-laju dia menggeleng tanda tak setuju. Harap maaf la, suami saya memang skema. jadi redha jela berjalan kaki. Alahai, dulu masa bercinta jalan kaki 10 km rileks sahaja. Malah tak terasa. Dah kahwin mengada-ngada. Ekekekekke





Mereka sedang menganyam bekas untuk upacara sembahyang pada sebelah malamnya




Pantai di Kuta tak secantik di Malaysia. Port Dickson jauh lebih cantik rasanya. Kemudahannya kurang. Kerusi-kerusi yang berpayung di sana berbayar. Duduk sahaja, terus kena bayar. Kalau di Malaysia, ada kerusi duduklah. Tidaklah datang meminta bayaran. Cuma jaga adab dan sopan sahaja. Dan di sana ramai pembuat Tatoo. Samada permanent Tatoo atau temporary Tattoo (menggunakan inai). Saya dan hubby menolak keduanya dengan baik. Sedangkan ukiran di tangan menggunakan inai semasa kahwin pun saya tak buat sebab menyerupai Tatoo dan dibantah keras oleh ibu dan bakal suami saya. Inikan pulak dah tentu ditawarkan buat Tattoo... Pantai Bali ni bestnya cuma banyak minah salleh yang boleh dikatakan bogel. Pilih sahaja yang kurus, sihat berisi, geleber, atau cantik bergetah. Semua ada. Kenyang hubby buat dosa kering. Ekekekeke...


Kemudian dah penant berjalan di pantai, kami menelusuri jalan-jalan kecil di tepi pantai. Jalan-jalan kecil ini boleh bersambung hingga ke jalan besar di pekan Kuta. Sesiapa yang suka menilik-nilik kedai kraf digalakkan menelusuri jalan-jalan kecil ini. Memang banyak. Tapi harganya kalau tak kena gaya boleh kering poket. Ekekeke.... Saya berkenan dengan kelambu Bali itu, tetapi harganya mencecah sehingga Rp250,000 untuk yang kecil. Fikir-fikir balik, erm, tak usah lah. Saya sudah ada satu. Lain kali sahaja.





Jalan kecil yang kami lalui itu tembus di kawasan tempat pengeboman tempoh hari. Di situ di buat memorial dan di atas jalan tersebut, di tempat kereta berisi bom itu dibuat bentuk bintang sebagai tanda memperingati dan dibiarkan kosong. Cuma ada hoarding yang menutup kawasan tersebut. Tapi sememangnya di kiri dan kanan tempat bom itu adalah Pub dan Disko. Selayaknya di Bom..ekekekek.....memandai jer kan..
Sempat juga membaca nama-nama yang tercatit di memorial tu, dan kebanyakannya adalah orang Australia. Orang Malaysia tiada. Alhamdulillah....

bergambar bersama rakyat Bali, ada yang peramah seperti mereka. Mereka berpakaian putih bagi menghadiri upacara keagaamaan.



di memorial pengeboman Bali


salah satu tempat sembahyang upacara mereka


Sampai di kawasan bandar Kuta, perut dah berkeroncong. Mencari-cari restoran Plengkung tempat kami makan malam tadi tapi tak berjumpa. Sedang berkira-kira nak makan KFC, ada seorang lelaki menawarkan bantuan ke Restoran Padang. Cuma beberapa Blok dari Plaza Matahari...Hubby yang gatal beria nak terima pertolongan orang tu walaupun saya dah pesan berkali-kali, jangan terima sebarang bantuan dari orang yang tidak dikenali. Kita ni ditempat orang. INGAT!, pertolongan yang diberi di Bali maksudnya harus ada bayaran. Semasa makan, orang yang membantu tu masih menunggu. Dia bercerita yang dia pernah tinggal di Malaysia. Di Tampin katanya. Lepas tu datang ke Bali bekerja di sini. Saya ajak dia makan bersama tetapi di tolak. Di hati terdetik ... "ini terkena aku kali ini, mesti ada yang kena tipu ni". Tak salah kan hubby, mungkin dia terlampau lapar. Jadi otaknya tak dapat berfikir secara waras. Lepas makan, di bawanya kami melawat kedainya. Makin kuat hati saya berkata... "memang sah kali ini aku kena"...

Ya..memang betul-betul terkena. Dia membawa kami ke kedainya....Ada beberapa barangan seperti -baju dijual. Dan kami 'dipaksa' membeli baju yang bernilai Rp500,000 sehelai (cik, jangan bagi tahu we ya...please..). GILA!!! Saya terus menolak dan mengajak hubby berlalu pergi. Tapi hubby menahan saya. Dia dah terkena, dengan saya pun nak diseret sama. Saya katakan pada hubby, saya menunggu di luar, tapi dia pulak tak paham ayat isyarat tu. Dah dia lama di dalam kedai. Lama menunggu, saya beri kata dua pada orang itu. Last Rp200,000 untuk 2 helai. Kalau dia tak nak ambil saya akan tarik tangan hubby beredar je. Alhamdulillah, kami terlepas selepas membeli 2 helai baju yang tidak berkualiti pada harga Rp200,000.

Jadi sesiapa yang nak kesana, tolong JANGAN terima sebarang pertolongan dari mereka yang tak dikenali especially Indonesian yang kat tepi-tepi jalan yang entah tak tau mana-mana. Mereka ni tak ikhlas pun membantu. Malah mereka BENCIKAN orang Malaysia. Itu akan saya ceritakan lanjut dalam entry hari terakhir. Kalau perlukan pertolongan, carilah mereka yang tidak mempunyai sebarang kepentingan ke atas kita contohnya pekerja di shopping complex, pekerja kedai ke, polis ke. Kalau orang biasa-biasa tepi jalan, pemandu teksi ke, tak payah. SILA BERHATI_HATI....


Matahari Square



Selepas dah down tu, saya sejukkan hati dengan makan McFlurry McDonald. Harga serupa sahaja dengan Malaysia. Kemudian kami sambung berjalan-jalan di Matahari. T-shirt murah-murah dengan harga cuma Rp39,000. Cantik dan materialnya pun bagus. tapi saya tak membeli apa-apa kerana dah down sangat.

anak-anak Bali bermain basikal di tengah Bandaraya





Kami sambung berjalan mencuci mata di sepanjang jalan Kuta-Legian melihat hasil kraf dan sebagainya. Singgah di kedai cenderamata Cinderella membeli Empat ekor Fridge Magnet Turtle yang cantik . Agak mahal tapi setanding dengan kualitinya. Total Rp30,000 dan hubby beli colok aroma theraphy dengan harga Rp18,000....



Rehat sekejap sambil membaca peta


Salah satu daya tarikan di Bali ialah SURFING!


Lepak di hard Rock Cafe merehatkan jari jemari


Kemudian kami teruskan perjalanan. Masa ni, kaki dah nak tercabut. Dalam kepala cuma ingat swimming pool hotel sahaja. Kami cepat-cepat jalan supaya sampai di hotel sebelum waktu dinner. Sampai sahaja, terus salin baju dan keceburrr.......Orang tiada. barangkali masing-masing menghabiskan suasana petang yang indah di pantai sahaja. Yang ada cuma pekerja hotel sedang sibuk siapkan meja untuk dinner.

Maaf ya, tiada gambar. Kalau dah dua-dua berdebur masuk, siapa nak tangkapkan gambar.

Kami cuma naik apabila orang mula ramai memenuhi Cafe untuk waktu makan malam.

Naik ke bilik dan berehat, malam, kami meneruskan perjalanan untuk jalan-jalan cari makan. Jumpa satu kedai masakan Padang yang agak sedap dan bersih. Total cuma Rp47,000. Tidak jauh dari persimpangan Jalan Legian dan Jalan Kuta-Legian. Siang hari mungkin kedai ini agak tak begitu menarik jika dibandingkan dengan kedai-kedai kraf yang bertebaran. Tetapi waktu malam kedai ini jelas kelihatan (dah tentu dia sahaja yang buka..ekekeke).

Ada life band, tapi nak amik gambar takut2.....ekekke



Selesai makan, tiada tempat untuk dituju. Cuma lepak melayan band di lobby hotel sambil melihat orang mabuk-mabuk hingga lebih kurang pukul 11 malam, mata dah mengantuk, baru naik danterus ZZZzzzzZZZZZzzz.......

Sekian sahaja laporan untuk hari ke-3. Oh sebelum terlupa. Di Bali, masa siangnya agak pendek. Kedai dibuka paling awal 10 pagi, dan kebanyakannya jam 12 tengah hari. dan pukul 8 malam kedai dah mula ditutup. Jam 9 malam dah lengang seperti jaln 12 di sini. Cuma di kawasan bandar Kuta sahaja yang masih meriah dengan segala mak nenek Pub dan Disko. Hubby ada mengajak tengok kawasan Kuta, tapi saya tak larat nak jalan dah. jauh tu. 1 jam berjalan masih tak sampai-sampai...huhuu




p/s : penatnya hari ke-3 meneroka Bali sama penatnya dengan saya yang menaip entry panjang ini, sama penatnya dengan kamu yang membacanya...Ekekekkekeke...terima kasih kerana sudi membaca dan mengikuti...maaf ya..gambar ada yang tak ikut turutan...

9 comments:

Jemari Seni said...

Wah! jadi viking ko kat sana yer dik! bertanduk bagai muuahahhahaha

fazemy said...

Last week ada gempa bumi kan kat Bali tu. Risau gak nak pergi pulau2 yang penduduknya ada kepercayaan songsang ni.

Queen said...

kak ogy : kat sana banyak helmet macam tu dijual..teringin jer nak beli..ekekekke

kak emy : entahla..dah lama tak tengok berita...kepercayaan mereka tak songsang..lebih teruk lagi di tempat lain di Indonesia rasanya...Cumanya di Bali, tak ada orang Islam..kalau ada pun tak ramai...dan di sana nilai2 islamik tu kurang sangat....

LotsOfLove-Pearls said...

Wah..
honeymoon lagi..
best..
sinar bahagia terpancar..

mmm, bahaya gak nak bercuti kat negara yang 'bencikan' org Malaysia nie. adakah...

Dee said...

type pjg2 pun xpe..sy sudi membaca..sbb ianya sgt menarik..x sabar nk tau napa mereka x suka org malaysia..

Queen said...

LOL : ini pdate honeymoon yang tak sudah2...

kak dee : ekekeke...tersipu jap...

Ah Fatt said...

menarik tp sayang kena tipu gak korang

ish3

Queen said...

ah fatt : takpela, mengutip pengalaman. Pengalaman macam tu amat memberi pengajaran berguna. At least dah ada experience. Sila bawa bekal mencukupi ya!..ekekke

Krishna Bali Tours said...

Sewa Kereta Murah Di Bali
Kami hadir menyediakan perkhidmatan Sewa Kereta Murah Di Bali pada kadar sewa yang bepatutan dan murah.
Telefone/WhatsApp : +62 811 387 010
Wechat ID : astawa-krishna
450k Sehari sudah termasuk petrol, bayaran letak kereta, pemandu, dan cukai.

Related Posts with Thumbnails