Monday, February 8, 2010

Benda hijau dalam breakfast

Cuba kira, masa anda bersarapan, berapa banyak 'benda hijau' atau 'green monster' atau sayuran hijau dalam diet pagi anda? Kebanyakan tiada!

Mee goreng mamak, biasanya kosong. Berminyak, dan bertelur. Ada tauhu.

Nasi lemak, timun pun dah tak berapa hijau..ekekekke


So, target saya kali ni, menyediakan breakfast yang lebih sihat untuk suami.



Roti Bakar, Scramble Egg, Grilled Sausage dan Brocolli and Mayo.
Sila abaikan rupa yang kurang enak. Ini bekal saya. Hubby punya cantik sikit dan lebih banyak..ekekeek..saya punya dah tertonggeng-tonggeng dalam handbag..ekekeke



Ya..ada Brocolli untuk sarapan... Dulu hubby tak makan Brocolli. Satu hari tu saya buat menu brocolli yang saya suka dan paksa suruh hubby cuba. Alhamdulillah. Sejak tu, dia suka brocolli. Tapi kena masak macam ni lah.

Broccoli di celur, jgn lama, masuk terus angkat, kemudian siram dgn air sejuk untuk kekalkan kerangupannya. Kemudian gaulkan dengan mayonis. Fuuh..sedap..


Khasiat Broccoli:
Mengandungi Vitamin A, C dan K, asid folat serta zat besi.
Selain mengurangkan risiko kanser perut dan payudara, brokoli sangat baik untuk wanita hamil kerana fungsinya yang melindungi janin dan mencegah anemia. Bagi mereka yang berusia 35 tahun ke atas, disarankan untuk memakan brokoli dengan kerap bagi membantu meningkatkan daya kerja otak.

sumber dari : http://www.carigold.com/portal/forums/archive/index.php/t-70746.html




p/s : hari Jumaat yang lepas pun menu yang sama. Ada repeat request. Maksudnya sedap...ekekek..sukanya...

8 comments:

Watierman said...

Air tangan isteri...bawa berkat!

suezen said...

pergh!...suke giler kat brocoli!

fazemy said...

Akak tak suka makan sayur. sbb tu susah nak kurus. kekeke

Dee said...

i love brocolli..yummy!!

Queen said...

kak watie : yea..betul3..

suezen & kak dee : sedap kan.. rasa nak makan wat snack pun sedap..

kak emy : try la buat macam nik buat tu..sedap dan sihat

Intan and The Boys said...

dapnyeeeeee~~~~~~~~

eynda said...

Memang nampak sedap :-)

its me said...

vege bra-coli mmgsenantiasa ade dlm freezer akubabe..aku sukoo sayur tu....sgt sukoo..aku kadang rebus mkn ngan mayo jer

Related Posts with Thumbnails