Friday, February 5, 2010

Honeymoon to Bali Island - Day Two part 1

Hari kedua, bangun awal. Pukul 6.30 dah terjaga dengar bunyi alarm. Selak je langsir, tengok dah cerah. Kelam kabut kejutkan hubby bangun. Sudahnya Subuh Gajah kami hari tu. Di Bali, Subuh masuk pukul 4 pagi lagi. Zohor jam 12 tengah hari. Tapi yang lain-lainnya sama waktu seperti di Malaysia.

Tengok la muka budak baru bangun...ekekeke


Selepas bersiap-siap, kami tunggu Pak Isme di lobi hotel jam 8 pagi. Mulanya ingat nak makan di cafe hotel sebab bilik yang ditempah datang bersama dengan breakfast, tapi sebab dah tertengok dalam menu cafe tu ada dihidangkan khinzir, terus kami batalkan niat nak makan di situ. Rasa loya tekak. Walaupun breakfast nya tidak dihidangkan khinzir, tapi kan datang dari dapur yang sama. Sudahnya beli Yakult sahaja di kedai K-Mart di depan hotel.

Sempat bergambar di garden Hotel


Ini adalah salah satu identiti Bali. Pintu kecil yang berukir dengan Barongan. Tiap unit bangunan pun ada



Ini patung tuhan hindu. Dan bekas-bekas yang ada macam-macam tu macam sembahan mereka pada tuhan mereka




Tempat pertama kunjungan kami adalah ke rumah Pelukis di daerah Ubud. Masuk percuma. Rumah pelukis ni adlaah rumah yang di diami pelukis. Dalam rumah tu ada 7 orang adik beradik dan kesemuanya adalah pelukis. Lukisan mereka memang sangat cantik dan halus. Samada kocek terisi atau tidak sahajalah. Memang sampai sekarang termimpi-mipi lukisan senja di pantai Kuta yang dipamer dalam galeri lukisan tu. Lukisan tu tak mahal sangat. Lebih kurang Rp 500,000 untuk lukisan besaiz 1.2 meter x 1.2 meter oil painting..... tapi sebab kekurangan cash, kami lupakan sahaja hasrat tu.


Nak masuk bergambar dulu


Gambar budak gedik ni yang ada, gambar entrance dah hilang pulak


Hubby dgn tuan rumah


Sempat juga bertanya tentang seni bina di Bali pada pelukis tu dan kam diterangkan secara ringkas. Dah namanya aliran seni bina, pergi mana-mana pun lebih tertarik pada unsur seni binanya.

Ini rumah tengah. Segala upacara keramaian dilakukan di sini. Salah satu yang menariknya ialah upacara mengikis gigi. Apabila sampai satu masa(umur), remaja lelaki Bali akan dikikis taringnya supaya rata.



Ini Family Temple. Temple kecil. Setiap rumah yang berkemampuan pasti ada Family Temple seperti ini. Setiap pagi mereka cuma sembah Tuhan Matahari (yang ditengah2). Dan mereka yang tidak ada ruang untuk membuat family temple seperti ini, pasti sekurang-kurangnya mempunyai tuhan matahari di hadapan pintu masuk dan mengadap matahari naik.


Aku di pintu masuk ke Family Temple



Kemudian, kami menuju ke Kintamani Volcano.

Dalam perjalanan tu kami singgah di salah satu tempat penanaman padi bukit. Tak sebesar di Jatiluwih. Lupa pulak apa nama tempatnya, tapi memang di tepi jalan sahaja. Memang cantik. Ketika ini, padi belum ditanam lagi. Padi di Bali tidak bermusim. Di sini padi baru nak di tanam, di tempat lain ada padi yang sudah menguning, ada yang baru di tanam. Kata Pak Isme, jika ke Jatiluwih, padi-padi di sana baru sahaja ditanam. Cantik kerana penuh menghijau.

Control Macho (sila abaikan color yang tak balance tu ya!)


Boleh buat cover album ni


Lihat betapa contrast nya warna baju saya..ekekekke..merahnya mak ngah uda




Siap ada restoran di teres-teres padi tu


Tapi ingat!, disini ramai peniaga yang akan terus menyerbu anda sebaik turun dari kereta. Awas!. Jangan sesekali tawar menawar mahupun melayan mereka walau apa jua keadaan seandainya anda tak mahu membelinya. Kalau tidak, anda terpaksa membayar harga yang mahal (di tipu).
Lepas selesai semua sesi bergambar sakan, kami teruskan perjalanan ke puncak gunung Kintamani.

Di puncak gunung Kintamani, kami berhenti makan tengahari jamak sekali dengan makan pagi.
Di sana kami makan secara Bufet. Mahal. Makanan yang tak sedap mana pun kalau dibandingkan dengan harganya. Rp85,000 seorang. Dua orang dah Rp170,000. Tapi makanannya tak sedap. Mungkin tak kena dengan selera kami. Cuma Sate Bali yang aku rasa sedap. Isi daging ayam yang hancur di campur bersama rempah dan kelapa parut, dan dikepal-kepal pada batang buluh. Kemudian di bakar macam sate biasa. Tapi pemandangan di sini memang sangat cantik. Kami ambil pondok yang paling hujung. Macam tengok TV National Geography sahaja. Memang cantik.


Kintamani Volcano. Disebelahnya tasik Batur



View dari pondok kami



Bila kabus memenuhi pemandangan, aksi otromen la pula yang jadi bahan santapan mata...ekekekekke...
(sorrylah sayang, setakat ungkapan please takkan menahan i dari upload gambar ni. unless ada coconut shake..ekekekek)



Cepat-cepat ambil gambar bila kabus semakin menghilang

Agaknya kalau stay Bali lagi 10 hari, mahunya 2 hari saja lepak di sini. Seronok!


Lepas siap makan, siap bergambar sakan, dan siap menempuhi umat penjaja yang memaksa beli barangan mereka (bak kata hubby, asal barang jadi duit), kami teruskan perjalanan untuk menikmati kopi Bali.



sempat lagi berfoto gedik sebelum naik MPV...ekekeke



Bersambung ke entry berikutnya...harap maaf...ekekeke




p/s : sian korang ne baca entry ang panjang berjela... Maklumlah..yang ini full day tour..ekekeke..ini baru separuh

7 comments:

Ms AiReEn MoHd said...

tu dia best nya p bali..aku pun nak p gak macam tempat ang pg ni wehhh

puterikurekure said...

my oh my! kenyang tgk gambar2 kat sini. ngee~

fazemy said...

Cantik2 pemandangan dia. Bestnya Nik. ni smngt akak nak g Bali ni. lg lg cerita lg. nak tahu. hehehe.

Yang pakej dgn pak isme tu kan unt 350k rupiah tu dia bawak jln dlm sehari ke byk hari Nik?

Queen said...

aireen : nie pun kitorang selected sebab nak jimat masa...

puteri kura2 : kenyang ke..tunggu next2 entry..lagi kenyang..ekekke

kak emy : sane pemandangan cantik..actually kat malysia pun cantik2..tp kat sana simething new la...pakej pak isme tu...Rp350k tu satu hari 24 jam..

fazemy said...

Oooo...yelah Msia pun cantik jgk. Tp sbb dh slalu tgk jd tak heran. Bila tgk tempat org ni Batak la skit. hehe.

Dee said...

wow bali...bestnya..ntah bila nk smpi..

Watierman, rmanbkr said...

Alhamdulillah...Dik bila ada dugaan melanda...ingat saat indah dan manis...ni...jangan biarkan Iblis & Syaitan...mempengaruhi jiwa kita yg lemah....

Dari gambar2.....kamu bertuah....

Dia sgt menyayangi kamu Dik....!

& Kamu juga bertuah...dapat melancung ke tempat indah ciptaan Allah ....semua dengan izinnya!

Looking forward to see all the happy moments...spent in Bali!

Related Posts with Thumbnails