Thursday, February 11, 2010

Alahai Fafau

Ini antara benda yang aku nak tulis dalam blog..tapi aku boleh lupa pasal apa aku nak tulis...Aku cuma ingat yang aku ada benda nak share pendapat dalam blog.. Tadi masa jalan-jalan kat Google (nampak sangat dah takde mood nak buat kerja..ekekek..hampun kan saya boss), nampak Farah Fauzana a.k.a Fafau. Baru teringat apa yang saya nak tulis.


Saya ni memang peminat Farah Fauzana. Suka dengar celoteh dia dengan Faizal Ismail a.k.a FBI pagi-pagi. Kalu FBI sorang pun tak best, kalau Fafau sorang pun tak menyengat. Kalau dua-dua ada baru best. Ada orang yang tak suka Fafu, katanya tergedik-gedik. Tapi bagi saya setiap orang ada caranya. Lagipun saya nampak Farah Fauzana sama style macam saya. Sempoi je. Dia pun duduk dekat Kondo sebelah flat saya tu. Pernah la terserempak 2 3 kali dekat kedai mamak depan rumah tu. Takdelah terlampau menjaga imej ke apa. Takpelah, setiap orang ada point of view masing-masing kan..




Tapi ahad lepas buat saya kecewa dengan Fafau. Kesnya : Punyalah bersemangat nak tengok rancangan terbaru Fafau "alahai Fafau".... Pasti best dan ceria macam dia. Saya tengah bayangkan Fafau buat satu Talk Show macam Oprah ke. Since dia nampak sangat polos dan ceria. Pasti dia sehebat Oprah menegndalikan rancangan dari perspektif seorang wanita yang ceria.

Tapi harapan saya hancur berkecai sebab rancangan tu juga hampas. Kosong. Entah hape hape. Satu lagi rancangan bodoh yang terbit di kaca TV. Serius saya rasa kecewa. Malah pertama kali saya tengok, saya dah tahu, rancangan ni takkan kemana-mana. Hayatnya hanya smeentara. (Pandailah menilik nasib orang kan...macamlah saya ni tukang tilik...ekekekek). Sekiranya Fafau tak ubah penampilan rancangan ini, ianya kana terkubur bersam-sama dengan personaliti dan prestasi Fafau yang baik.

Saya sebagai peminat melontarkan buah fikiran yang ikhlas (macamlah Fafau baca blog saya ni kan..ekekek). Saya nak tengok orang berbakat dan berpersonaliti bersih macam Fafau terus cemerlang. Bukan merudum macam ni. Sangat kecewa. Rancangan tu jadi lebih teruk bila Sherry Gebu datang. MasyaAllah. Rasa meloya seperti mana saya loya tengok Senario sekarang dan meloya tengok Raja Lawak musim terbaru ni.


Mungkin Fafau patut tengok macam mana Aznil Haji Nawawi buat Talk show dia. Atau lebih bagus, jadikan Oprah sebagai panduan. Biar orang tengok personaliti Fafau berdasarkan apa yang Fafau bawakan, bukan apa yang Fafau lakonkan kembali.



p/s : makin pening kepala tengok rancangan TV sekarang, baik mengadap blog dan facebook. Takpun National Geography, lagi berfaedah..

4 comments:

daela said...

betul2...sy setuju...skrg tb ni mengarut2 rancangan nya...

puterikurekure said...

tak pernah tgk lagi show ni.
nanti kite dah tengok, kite wat komen k?
:)

eynda said...

Terlepas la tengok show dia....tadi pun ada ulangan kan...lupa jugak...nik stay kat shah alam ke?

Queen said...

kak eynda : dia hari ahad kan? nanti ahad nieyh bolehla kak eynda tgk...tapi tak patilah sama tak dgn last week...hope much more better...nik kat damansara kak eynda....

puteri kure2 : ok, nanti wat ntry khas tau!

daela : betul..macam lagi merosakkan minda kita

Related Posts with Thumbnails