Friday, February 19, 2010

Honeymoon to Bali Island - Day Four

Hari ke empat, kami cuma ambil half day tour. Melepak-lepak di Hotel sahaja. Kata Honeymoon. Nak bercengkerama kat pantai, segan. Kat Swimming pool hotel, sorang itik sorang memerang. Dua-dua pantang nampak air.

Cuma semasa menunggu Pak Isme tiba, kami berjalan-jalan di Pantai Legian... Cuci mata...


Cengkerang ni cantik-cantik....kalau ada akuarium/almari hiasan kat rumah, dah lama beli


Ini ke mentibang laut?Badan lembut macam takde cengkerang, kaki belakang macam katak, ade ekor macam belangkas...serius,sampai sekarang tak tahu apa nama haiwan ini..



Kami jumpa di batang kayu yang terdampar di tepi pantai. Sangat banyak dan sihat-sihat. Dan sangat susah nak cabut dari batang kayu itu.


Tengok, pantainya masih belum dibersihkan walaupun sudah hampir jam 12 tengahari..



Cengkerang ini ada keluar bunyi...ekekek...dah macam tarzan laut daaa



Panorama biasa di bali...Hubby buat la dosa kering


BUKTINYA!!!!!
Kantoi dah..ekekkeke...jangan marah ya! Ini cuma efek kamera sahaja...ekekkeke
See..se..saya baik..masih nak backup hubby...sila belanja saya eskrem



Lawan..lawan..sepak mata dia, cabut ekor dia..yeah..yeah..


Pergi pantai mana-mana pun duk sibuk kejar ketam...



Ini dah nak balik baru terserempak dengan pekerja yang membersihkan pantai...Ala..pakai berus tu bila nak siap...Pelancong dah ramai...Kurang berkesan sistem ini.



Half day tour, Pak Isme datang menjemput dengan MPV Suzukinya jam 12. Sebelum Pak Isme sampai, kami cuma jalan-jalan di Pantai Kuta. Hari ni kami check out dari Legian Village Hotel. Sob-sob... Tak tahulah malam nanti kemana nak membawa diri. Ini semua gara-gara tersalah booking bilik hotel. Tak cukup satu malam. Nak tidur masjid pun, di Bali ada satu sahaja masjid. Itupun jauh.


Jangan merepek-repek nikhakimah... Haiz.. Hari itu kami cuma dibawa ke tempat shopping yang murah di Bali. Krishna Ole-Ole khas Bali. Okay..tak banyak gambar. Cuma banyak aktiviti membeli dan membelah poket sahaja. Di Krishna, sebaik sahaja kita turun dari kenderaan, sebelum memasuki premis ini, kita akan dipasangkan dengan tag yang berwarna. Warna merah untuk pelancong dari kenderaan persendirian (kami memakai tag berwarna merah). Warna biru untuk pelancong yang datang dalam kumpulan besar seperti bas. Nampak, ada beza tau! Tak tahulah harganya ada beza atau tidak.




Di Krishna, kita boleh beli berbagai variasi T-shirt dengan range harga dari Rp12,000 hingga Rp 30,000. Memang murah. Berbaloi-baloi.
Sila sediakan list nak beli T-shirt berapa banyak, FM berapa banyak sebab dalam Krishna memang ramai sangat orang. Air-cond pulak tak ada, jadi saya memang berpeluh-peluh. dengan segala macam bau. Tapi selepas sahaja rombongan cik Kiah yang menaiki bas pulang, memang lega sebab boleh shopping puas-puas. Dari baju budak, baju orang dewasa, T-Shirt, Makanan...macam-macam lah. Macam blouse-blouse wanita tu agak mahal, bermula dengan harga Rp38,000 hingga boleh mencecah Rp100,000. Macam Blouse dengan sulaman Bali agak mahal. Jadi saya tak membeli nya kerana sulaman Bandung lebih cantik.


Saya tenggelam dalam lautan manusia, masa ni tengah belek baju untuk kanak-kanak di Malaysia


Nampak saya tak?ekekkeke


Mata dah berpinar..sempat buat peace


Nak membeli T-Shirt juga bermasalah walaupun murah. Sebab? Kebanyakannya adalah bercorak Barongan, Tuhan Hindu tu. Jadi kita sebagai orang Islam tak boleh beli tau!. Di sini, nak beli painting pun murah-murah. kami cuma telan liur sahaja, nak beli takut tak kena dengan rumah tu pula (patutnya beli jerkan..). Memang murah-murah. Ada beberapa rombongan dari China dan Jakarta memborong lukisan-lukisan tu. kami beli juga, tapi yang kecil sahaja. Sebagai tanda mata.

Settle membeli beberapa souvenior, time untuk isi perut. Isi perut pula di food court sebelah Krishna. Harga agak murah dari makan di Plengkung. Makan nasi Padang. Tapi memang pedas Ya Rabbi. Memang tak tahan...Hubby yang makan pedas tu pun berpinar-pinar mata.


Selesai di Krishna, kami meneruskan perjalanan ke Uluwatu Temple. Ianya terketak dalam kawasan Nusa Dua. Jauh di hujung selatan. Di sini pun terkenal dengan keindahan semula jadi. Cliff dia, memang subhanallah, cantik. Di Uluwatu Temple di jugak, terkenal dengan monyetnya yang takde adab sopan. Hati-hati dengan gelang anda, selipar, ikat rambut, spek, anting-anting, topi, kamera. Bila-bila masa sahaja peragut berspesis monyet ni datang meragut.




Untuk mengambil barangan yang telah di ambil oleh monyet itu, anda perlu membayar sejumlah wang kepada penjaga temple tersebut. Jadi kalau sekadar selipar harga RM10, spek harga RM15. tak berbaloi untuk diambil balik, redha kan sahajalah. Jika bernasib baik, monyet tersebut akan melemparkan kembali barangan anda setelah mendapati ianya bukan makanan.


Di Uluwatu Temple, Cliff nnya yang sangat menakjubkan itu yang menarik perhatian. Selain menyaksikan sunset ang sangat cantik. Menurut Pak Isme, Uluwatu Temple merupakan temple pertama yang dibina di Bali. Kedudukannya yang berada di Tanjung dan paling dekat dengan Tanah Besar Jawa merupakan antara faktor mengapa Temple ini dibina terlebih dahulu. Kita layan gambar sajalah...

















Masa nak balik tu, ada melalui sekumpulan monyet.. Dan selipar saya telah diragut dengan kasar..huhu..nasib baik tak tercabut, takda luka-luka. Nak sahaja saya tendang monyet tu, tapi penjaga kuil ada dan mereka menjaga kebajikan monyet-monyet ini. Itulah agaknya sebab monyet ni 'ketegaq' (degil, tak dengar kata)...Haiz

Malam itu kami akhiri dengan makan malam di Plengkung, kali ini, kami mencuba Nasi Gorengnya dan juga Sup Asparagus dan Telur Kepiting..Sangat sedap..



Owh lupa, kami tidur semalaman di Bali Sandat Inn.. Cuma Rp150,000. berhawa dingin tetapi tidak mempunyai TV. Keadaan bilik kurang memuaskan. Tapi berpada dengan harganya. Barangkali jika mereka meletakkan wangian bilik untuk menghilangkan bau hapak itu, kami akan tidur dengan kebih selesa. Malah, cadar mereka ada kesan-kesan kotor. Saya sangat tidak nyenyak tidur pada malam itu... Geli ...... hubby je tidur dengan nyenyak. Ala,..dia tu, campak dalam longkang pun boleh tidur... Haiz...





p/s : Mungkin kerana kami walk in di saat akhir, jika datang awal, boleh pilih bilik yang lebih selesa.

8 comments:

fazemy said...

La camne boleh silap booking date hotel tu. huhu. Takpe save baget last day kena tdo hotel murah. hehe. Cantikla Nik. Thumbs up unt entry2 ko ni. Wat akak smgt nak pergi Bali ni. Monyet tu kiut la. Rasa nak buat anak angkat. Makcik saleh yang laki ko tgk tu takleh blah. Lemak mengglebeh. Bad taste la Dzul tu. Hahaha. Just kidding.

Queen said...

memang die bad taste..akakkaa...buktinya, tengoklah saya yang keding nie pun die selera je..ekkekeke....ahahaha...kamera efek memang merbahaya...aahhaah

puterikurekure said...

hoih! sangat sarat aktiviti korang. baca aktiviti sehari je nak lelah. belom lagi join korang tu. hehehe~

seronok tgk orang lain pi jalan2 makan angin. teringinnya nak ke bali.

Dee said...

gambar yg sgt2 cantik..tp akak takut monyet..mau x kuar dr kereta..hahaha..alah queen..minah2 saleh tu gelebeh habis..x selera langsung..hahaha..

Jemari Seni said...

Dlm banyak-banyak gamba... Gambar monyet yg sekor tu jugak Hakak berkenan hehehhe.

Baik2 permaisuri! Hubby tiup cengkerang tu karang duyung yg mai...

cikbedahlaser said...

salam kenal...

waaaa bali... sy x berani nk ke bali..even org kata tpt tu cantik... sbb situ penuh dgn kuil2 hindu...

x sbr nk baca cerita pasal indon x suke msia...
ahaks... layan hal2 diplmatik negara adalah menarik...

Queen said...

cik bedah laser : salam kenal..lain kali mai lagi tau!..ekekek....pergi sana dan rasai sendiri pengalaman di tempat orang adalah yang terbaik. Kalau selamanya kita takut, siapa yang akan membawa khabar tentang di sana. Kalau semua takut, siapa yang dapat membawa sinar Islam di sana....
Wallahualam...

kak ogy : akak, bolehla wat wallpaper..ekekek..

kak dee : yang santek2 tu ada..tapi saya terjels nak tunjuk...ekekkekeke

puteri kure-kure : memang penat..nak upload dalam blog pun penat...but worth it!...ehehhe

Sarah Zulkefli said...

bestnyer gi baliiii

Related Posts with Thumbnails