Friday, February 12, 2010

Ada gunung dalam rumah

Ya..sekarang ada gunung dalam rumah. Gunung itulah penyeri alam rumah tangga kami. Membuktikan hubby dan saya ada komitmen untuk menjayakannya. Dari semalam gunung itu cantik terletak rapi. Indah mata memandang, tangan memegang...

Hinggalah pagi tadi.....
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Tengok...hubby cari seluar pendek dia tak jumpa..habis dia sepahkan gunung tu. Nampak tak? Kami memang ada komitmen yang perlu dijayakan. Melipat kain baju...ekekekke...cukup malas. Haiz....

Selalunya saya berjaya menimbunkan sedikit demi sedikit tanpa masalah. Pagi tadi entah kenapa lupa hari ini hubby ada gym. sudahnya di godek sendiri gunung itu untuk cari baju la, seluar pendek la. nasib baik saya cepat datang membantu. Kalu tak, gunung dah jadi lembah da.....


Pagi tadi hubby breakfast Mee Goreng.... See...See...Saya berjaya masak mee goreng, selain dari roti. eekekekeke.... Bertambah-tambah hubby makan sampai tak cukup. Last-last dia bagi bekal dia untuk saya sarapan..ekekeke...nasib baik, kalau tak, jadilah bini malang saya hari ini.


sekarang saya sedang enak mengadap Mee Goreng sedap, dan air kopi O...fuuuh...heaven...
Selamat Bersarapan pagi semua.....


Apa yang kamu makan hari ini untuk sarapan?





p/s : memang heaven dapat makan dan berblog di hari cuti di mana hubby kena pergi kerja..ekekekke

2 comments:

fazemy said...

oit ko cuti ke harini?bestnya. Aku pun dha 2 mggu tak lipat baju. kekeke. seb baik baju byk lg dlm lemari. klw dah hbs kena g beli baru. haha. giler malas klw bab lipat baju. Malam2 mmgla free...klw tgk TV ok lg smbil mata pndg TV tgn lipat2 baju..tp klw tiap2 malam pegang tikus camne baju tu nak terlipat. huahuahuahua.

Jemari Seni said...

Hhehehe.. meh hanta umah hakak! hakak suka lipat baju bole ralit dibuatnyer.
Ari ni sarap karipap sebiji...tu la menu tiap2 ari.

Related Posts with Thumbnails