Thursday, February 11, 2010

Family Day Gathering

Sejak masing-masing dah berkeluarga ni (padahal baru 3 orang dah kahwin), susah nak berjumpa. Seorang sibuk dengan aktiviti sendiri. Dengan anak bujang nan satu. Seorang lagi doktor. Asyik on call, susah nak jumpa. Dapat jumpa nasib-nasib. Seorang lagi sibuk berpoya-poya dengan keluarga mertua. Maklumlah, anak perempuan...nak kena ikut suami alasan betul.. Yang sorang sibuk berpoya-poya dengan kawan-kawan. Asyik hilang je. Maklumlah, anak jantan baru nak naik. Yang sorang tu study. Memang la kerap balik, tapi 5 minit dah nak balik asrama dah. Betul ni, tak bohong. Berpeluh-peluh ketiak maka ayah saya ambil dan jemput dia balik asrama. Tapi kerana sayangkan anak, di ikutkan. Kesian dia, rindu kat family. Tapi sibuk dengan assignment. Student Law lah katakan. Takpela..asalakan kau berjaya, cemerlang. Jangan sia-siakan usaha kitorang mak ayah. Tinggal lah mak, ayah dan lagi 3 adik. Nampak? Walaupun adik beradik saya ramai, pengakhirannya, tetap lah yang bongsu sahaja yang masih di rumah. yang lain-lain meneruskan kelangsungan hidup.



Kadang tu kesian bila mana ibu saya masih bekerja lagi di kala umurnya selayaknya duduk dirumah goyang kaki. Masih banyak misi saya untuk membolehkan ibu syaa ke arah tu yang belum saya capai. Buat masa ini, saya nak mereka merasa kami semua berkumpul bersama bergelak ketawa bagaikan sebuah keluarga. Dan mak ayah saya cuma berehat. Jadi sempena cuti CNY ni, saya arrangekan satu Family Gathering untuk semua. Tak ada excuse. Semua kena join. Alhamdulillah..semuanya excited. Maklumlah, cuma dapat berkumpul bersama hanya pada Hari Raya. Itu pun belum tentu sementelahan sekarang saya terpaksa bergabung nyawa dan nasib dalam pertandingan lambung siling. Tahun ini pun belum pasti. Tapi sebab Raya Haji yang sudah beraya di rumah mertua, dan hubby pula gagal menunaikan janji pulang ke rumah mak saya sebaik habis sembahyang raya, jadinya pagi Hari Raya tahun ini di rumah mak saya.

Gambar masa Raya Haji yang lepas...tengok muka masam sebab kena paksa balik umah mak saya



Cuti CNY ini pun sebenarnya saya dah warning husband awal-awal, by hook or by crook saya nak spent time dengan family saya. Sebab tiap-tiap minggu dah dengan family dia. Siap tidur rumah MIL berhari-hari. Takkan lah sehari dua dengan family saya boleh berkudis ye tak? Tapi kasihan juga dengan keluarga mertua saya. Cuti CNY ni abang ipar saya yang selalu di rumah mertua hendak pergi bercuti panjang. Sudahnya, MIL dan PIL saya tinggal berdua sahaja. Risau juga. Haiz...sudah berbolak balik hati ini.



Panjang kan cerita? Ya, memang susah. Banyak yang perlu direncanakan untuk cuti CNY ini. Jadi, saya memohon maaf andai entry-entry berterabur di publish ikut suka. Ekekekek..padahal, alasan je semua tu..ekekeke


SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA
AAAAAUUUUUUMMMMMMMMM

2 comments:

puterikurekure said...

mentang2 tahun harimau. mengaum habis. hehehe.

fazemy said...

Huhu untung dok malaysia. Byk hari raya. Yahooo cuti2 msia lagi.

kdg cam sedih kan..sbb kita ada 2 mak. mak sini ckp asyik2 rumah mak sana..mak sana diam je. kita?serba salah dibuatnya. Baik mak sndiri..baik mak mertua..2 2 kena jaga hati mereka. Untung takde anak lg..kira kepulangan tdk dinanti. klw dah ada anak..bkn nak tggu kita..sebuk nak jmpa anak kita. huhuhu. Yes cuti cuti! bestnya.

Related Posts with Thumbnails