Thursday, January 6, 2011

Sawan Tarik..apa itu sawan tarik dan cara mengatasinya...

Semalam pergi rumah sepupu saya di Flora Damansara..  Mak cik dari Perak datang sini dan buat laksa..Siap jemput datang makan...So wajibla kan pergi sana melawat makcik..ate..duk jauhtak pergi kan..dekat pun tak pergi..derhaka sungguh!..hehehhehe

Masa sampai tu..anak kak cah tidur je..demam katanya...pegang kaki sejuk..tapi kepala panas..  sian die...

Lepas makan tu adam dah bangun...siap gelak2 sikit..  Pastu layan main game dgn ayah die dalam bilik..  Kitorang ni duk berborak la kat luar....  Tiba2 dengar Adam menangis....Eekkk..sikit je..pastu terus senyap...ingatkan jatuh tilam ke ape kan..Tiba2 dengar ayah die panggil kak cah dengan panggilan cemas...

Adam kene sawan tarik..

Memang masa tu panik..  Ketuk rumah pengasuh adam (depan rumah je)...

dan die suruh bukak baju adam..pastu siram dengan air..mas atu memang dah siram air sebotol dah...pastu laki pengasuh die datang urut2 kaki adam..pastu adam nangis..  Tapi tetap saya galakkan ke hospital..sebab rupa2nya ni kali kedua adam kene sawan tarik..  Masa tu yabang dah turun bawah siap2..bawak kereta ke lobi lif... 

And yabang bawak kereta macam orang gila...saya yakin time saya panik nak beranak nanti rela ku panggil ambulan je..huhu..ngeri siot..  berkejar ke hospital sungai buloh.... Terus ke bahagian kecemasan... 

Masa dah masukkan adam ke bahagian kecemasan..masa duk menunggu kat luar tu...duk pandang Yabang..and cakap..

"kita tak pernah ambil tahu pasal sawan ni..mcam mana cara nak mengatasinya dengan betul..dari segi doa mahupun perubatan moden"

yela..kami juga bakal menimang anak...kalau tak prepare dari sekarang..pasti sangat panik masa benda tu berlaku kan...

Sini nik attachkan petikan dari froum  tentang apa itu sawan tarik..harap membantu ibu-ibu di luar sana..

DEMAM SAWAN

Selalunya orang akan berasa takut melihat seseorang anak dalam keadaan sawan. Seorang bayi yang sawan tidak sedarkan diri, matanya selalu berpusing keatas dan seluruh badan serta kaki dan tangannya terasa keras dan seolah -olah menggilgil . Keadaan ini juga biasa dikenali sebagai tarik . Ramai di antara ibu bapa yang telah melihat bayi mereka mengalami tarik menyatakan yang mereka fikir bayi mereka hampir putus nyawanya .


Punca sawan di kalangan kanak -kanak yang kerap sekali terdapat ialah demam panas . Adalah dianggarkan yang sekurang -kurangnya satu peratus dari kanak - kanak mengalami demam sawan . Demam sawan juga merupakan satu sebab utama bagi ramai kanak - kanak masuk wad .


Sawan biasanya berlaku pada peringkat umur tiga bulan hingga tiga tahun . Walaupun demam sawan boleh juga berlaku dikalangan mereka itu . Sawan yang berlaku dikalangan bayi - bayi yang berusia kurang dari tiga bulan lebih besar kemungkinannya disebabkan oleh punca - punca lain yang lebih serius seperti penyakit meningitis . Demam sawan biasanya berlaku apabila suhu badan meningkat dengan tingginya . Sawan dikalangan bayi yang tidak ada kena mengena dengan demam merupakan sawan yang mungkin disebabkan oleh kerosakan otak , dan punca - punca metabolik seperti kekurangan glukos atau kalsium .


Biasanya bayi - bayi yang mendapat demam sawan hanya mengalami sekali sahaja dalam seumur hidupnya. Tetapi ada juga bayi - bayi yang masih terus mendapat demam sawan berkali - kali sehingga usianya tiga tahun terutamanya jika dia tidak diberi ubat - ubat yang boleh mencegah sawan .


Punca demam sawan


Kebanyakkan demam sawan yang berlaku adalah disebabkan oleh demam virus dan tanda - tanda yang didapati termasuklah selsema , batuk dan kurang minat menyusu . Tetapi ada sahaja penyakit yang boleh menaikkan suhu badan bayi - bayi atau kanak - kanak boleh membawa kepada demam sawan seperti penyakit lebam paru - paru ( pneumonia ) .


Untuk mengelakkan sawan , suhu badan bayi - bayi dan kanak - kanak mestilah diturunkan . Lazimnya seseorang bayi atau kanak - kanak yang demam mungkin tidak berminat untuk meminum air atau susu tetapi dia mestilah digalakkan juga untuk meminum seberapa banyak yang bolh . Baju yang dipakai mestilah nipis . Baju yang tebal akan menaikkan suhu badan . Ubat -ubatan untuk mengurangkan demam seperti panadol bolehlah diberi sementara mendapat penilaian dari doktor -doktor.


Aspirin adalah sangat berkesan untuk menurunkan suhu badan tetapi tidak digemari oleh kebanyakan pakar kanak -kanak kerana ada pendapat mengatakan bahawa penggunaan ubat ini boleh meninggikan risiko untuk seseorang bayi atau kanak -kanak itu mendapat penyakit yang dipanggil ' Reye' Syndrome ' . Penyakit ini biasanya bermula dengan batuk selsema dan demam walaupun tidak tinggi . Adakalanya penyakit ini bermula dengan muntah dan cirit . Setelah beberapa hari tanda -tanda ini mungkin surut tetapi biasanya dengan tiba -tiba keadaan berubah menjadi lebih tenat dimana kanak -kanak itu mengantuk atau tidak sedarkan diri dan mungkin mengalami sawan walaupun suhu badannya tidak tinggi . Penyakit ini boleh membawa maut dan bagi mereka yang dapat diselamatkan ada yang mengalami masalah -masalah perkembangan seperti kecacatan fizikal dan kecacatan akal . Saya ingin menegaskan bagaimana pentingnya ibu bapa tidak memberi Aspirin kepada anak -anak kecil .


Adakah demam sawan itu merbahaya ?


Demam sawan selalunya berlaku apabila suhu badan terlalu tinggi dan biasanya berlaku untuk beberapa minit sahaja , jarang sekali lebih dari 15 minit. Tetapi para doktor berasa khuatir kalau demam sawan berlanjutan sehingga lebih dari 20 minit kerana ini mungkin membawa kesan yang tidak baik kepada perkembangan intelek kanak -kanak itu . Ada penyelidikan yang menunjukkan bahawa sejenis penyakit sawan ( temporal lobe epilepsy ) boleh berlaku kepada sebahagian kecil kanak -kanak yang demam sawan . Dalam keadaan ini kanak -kanak tidak sedarkan diri , menepuk -nepuk pipinya ,bermain -main lidahnya serta menunjukan kelakuan yang agak aneh sepanjang sawan itu berlaku .


Sawan boleh menjejaskan perkembangan intelek dan juga prestasi persekolahan kanak -kanak itu . Kanak -kanak yang mendapat demam sawan yang lama , iaitu lebih dari 30 minit , ketar -ketar disebelah badan sahaja dan mereka yang mempunyai saudara mara dekat yang menghidap penyakit sawan di anggap mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat penyakit sawan atau Epilepsy .


Langkah -langkah yang perlu diambil apabila bayi demam sawan


Jika demam sawan berlaku ibu bapa perlulah bertenang dan yakin bahawa keadaan ini akan berlalu selepas beberapa minit . Mereka dinasihatkan untuk membaringkan bayi disebelah badan supaya tidak mudah cecair dari mulut dan tekak masuk ke dalam paru -paru , lalu membawa kepada penyakit ' pneumonia ' . Tuala yang direndam dengan air suam bolehlah disapukan kemuka serta tubuh badan yang telah ditelanjangkan . Jika demam sawan tidak reda selepas beberapa minit bayi itu hendaklah dibawa keklinik yang berdekatan supaya sawannya diberhentikan dengan  suntikan seperti valium atau paraldehyde yang akan diberi oleh doktor .


Adalah dinasihatkan supaya bayi -bayi dan kanak -kanak yang mendapat demam sawan untuk pertama kalinya dibawa berjumpa doktor kerana jika ada perasaan khuatir yang mereka mungkin menghidap penyakit meningitis doktor akan mengambil air dari bahagian tulang belakang untuk diperiksa . Ini adalah penting untuk mengenalpastikan dengan awal penyakit meningitis , dan untuk membolehkan doktor memulakan rawatan . Penyakit ini adalah serius dan boleh membawa kepada kecacatan fizikal , mental dan kerosakan deria -deria seperti penglihatan dan pendengaran atau juga maut . anggapan -anggapan yang salah seperti bayi itu akan lumpuh setelah air tulang belakangnya di ambil ( lumbar puncture ) terlalu menyebabkan ibu bapa tidak membenarkan doktor- doktor  menjalankan  proseder ini untuk menentukan atau mengenepikan penyakit meningitis . Yang merungsingkan ialah adakalanya kanak -kanak itu menunjukan tanda -tanda awal penyakit meningitis dan perasaan ini boleh membantu pengenalpasti dengan lebih awal penyakit ini . Jika ibu bapa membantah ini akan merumitkan perawatan dan akan membawa akibat yang buruk bagi kanak -kanak yang memang menunjukkan kemungkinan menghidap penyakit meningitis .


Kanak -kanak yang mula mendapat penyakit demam sawan dibawah usia setahun selalu didapati mudah mendapat sawan berulang lagi kalau dibandingkan dengan kanak -kanak yang mendapat sawan pada pertama kalinya bila berusia lebih dari dua tahun . Ada doktor -doktor yang menyarankan supaya ubat seperti phenobarbitone digunakan pada setiap hari untuk mengurangkan kemungkinan kanak -kanak itu mendapat demam sawan sekali lagi . Adalah disarankan supaya phenobarbitone diberi pada setiap malam hingga usia kanak -kanak itu lebih dari tiga tahun kerana selepas usia ini risiko untuknya mendapat demam sawan adalah rendah .


Ubat jenis lain yang boleh digunakan ialah ' Diapezam ' ( Valium ) yang diberi dengan cara ' suppository ' iaitu dijolokkan kedalam bahagian dubur setiap kali kanak -kanak ini mendapat demam yang tinggi dan ini akan mencegah demam sawan berlaku . Kesan -kesan sampingan bagi ibu seperti phenobarbitone jika digunakan adalah sedikit Umpamanya , ia boleh menyebabkan kanak -kanak itu sukar menumpukan perhatian kepada sesuatu perbuatan ( hyperactivity ) atau kanak -kanak itu berasa mengantuk terutamanya jika ubat ini terlalu banyak dimakan .


Apabila ubat diberi untuk jangka masa yang lama ( seperti phenobarbitone )selalu didapati ibu bapa gagal memberi anak mereka ubat setiap hari . Adakalanya berbulan -bulan kanak -kanak itu tidak menerima ubat yang dibekalkan oleh doktor itu . Akibatnya ialah apabila kanak -kanak itu mendapat demam yang tinggi suhunya dia boleh mendapat demam sawan walaupun ubat phenobarbitone dimulakan semula . Ubat phenobarbitone perlu diberi setiap hari untuk sekurang -kurangnya tujuh hari sebelum tahap ubat didalam darah cukup untuk mencegah sawan .


Ada juga doktor -doktor yang menggunakan ubat sodium valproate sebanyak dua hingga tiga kali dalam sehari sehingga anak itu sudah berumur sekurang -kurangnya tiga tahun . Walaupun ubat ini berkesan adakalanya kanak -kanak itu boleh mendapat kesan sampingan yang melibatkan hati atau ' liver ' dan oleh kerana itu ramai pakar kanak -kanak lebih gemar menggunakan phenobarbitone kerana ia dianggap lebih selamat .


Kesimpulan


Demam sawan jarang membawa maut tetapi boleh menimbulkan rasa cemas .  Ia jarang membawa kesan yang buruk kepada perkembangan kanak -kanak . Kadangkala episop ini merupai penyakit meningitis dan doktor mungkin perlu memeriksa air dalam tulang belakang ( melakukan lumbar puncture ) . Sekumpulan kanak -kanak yang menghidap demam sawan menghadapi risiko yang sangat tinggi sawan itu berulang . Doktor -doktor akan menyarankan supaya ubat yang tertentu dimakan setiap hari untuk mencegahnya ( prophylaxis ) .
Sumber dari SINI


dan ini ada petikan dalam forum susu ibu.com...(refer full forum here)

...doktor bukak Aircond kuat biar dia sejuk....doktor masukkan ubat punggung dgn ubat sawan....doctor kata dia kena sawan tarik..sbb demam terlampau panas...so..dia sarankan aku terus ke Hospital yang berhampiran...laki aku pun sampai......aku ingat nak bawak ke PUSRAWI..tapi doktor kata ubat ne boleh tahan hanya 1jam...so dia suruh aku pegi Hospital Sg. Buloh....

Sampai je kat sana, terus ke emergency..doktor ambil darah menagis anak aku..tapi aku berdoa moga semuanya selamat....doktor tahan dia masuk wad...doktor monitor aje supaya suhu bdn tak naik....demam sawan ne boleh boleh menyebabkan hilang upaya otak berfungsi...


Apa yg aku nak samapikan ne buat pengajaran pada korang semua...kalau anak demam jgn pandang sambil lewa...cepat2 lah kasi ubat....aku sejak peristiwa tu berlaku aku jadi takut...bila dia nagis mlm cepat aku cek suhu bdn....so....kalau terjadi mcm ne pada anak2 korang.....


1- mandikan dia dengan air paip....dari kaki dahulu baru ke kepala....

2- mandikan sampai dia sedar berulang kali....
3- jgn sesekali masukkan ubat punggung ketika dia tidak sedarkan diri...
4- jgn goncang kan dia, urut atau lambung ...sbb otak dia tak ada oksigen time tur
5- cpt2 lah bawak ke klinik....

kiranya lambat bertindak...akan menyebabkan anak cacat kekal spt kekejangan..dan anak jadi lembab...30% akan berlaku lagi kiranya demam pada suhu 37’C dan tidak dirawat...dan akan berlaku sehingga berusia 3 thn....




So dari pembacaan saya yang pendek ni....  saya membuat kesimpulan tentang beberapa langkah penjagaan yang perlu kita buat ketika anak kita DEMAM untuk mengelakkan terkena SAWAN TARIK....

1)Kalau anak demam...jangan pakaikan dia dengan baju tebal..biarkan die berlenggeng saja.(ini mcm petua kak yan umiabiqis)
2)Mandikan anak dari kaki hingga ke kepala supaya panas dalaman dapat keluar. (ini ayah selalu suruh amalkan bila demam)
3)Sentiasa pastikan ada termometer suhu tu di rumah untuk cek suhu badan anak..
4)Bagi ubat dari doktor untuk mengurangkan demam.
5)Tuam dengan air asam jawa / air biasa supaya suhu badan cepat turun.
6)Segera bawa anak berjumpa doktor apabila demam tidak kebah walaupun telah diberikan ubat..


Sekiranya terkena sawan tarik
1)Buka baju anak dan mandikan dia dengan segera.
2) JANGAN urut badan anak anda kerana masa ni oksigen tak sampai ke otak
3) SEGERA bawa ke HOSPITAL....  anak anda perlukan perhatian dari DOKTOR. 

Ini kerana..kebiasaannya...kanak2 yang sudahpun kena sawan tarik ni...Posibility untuk kena lagi adalah tinggi..



Harap2 info ni membantu..  Pheww..masih panik tgk adam semalam..  badan die kejang sepenuhnya..  Kalau anak nik yang jadi macam tu mesti kat situ jugak nik rebah tak tau nak buat ape...Kesian tgk budak tu mengeras kejung macam tu..macam dah nak putus nyawa..  Itu pun ada lagi yang kata dah takde pape dan tak payah bawak hospital..(tak nak la cakap sape..yg pastinya bukan ahli family)....  dan tolongla...perubatan alternatif cuma ALTERNATIF...bacaan doa dan sebagainya tu perlu..  Tapi bukan 100%...tetap perlu jumpa doktor...dan sila hilangkan kepercayaan karut tentang hantu dan sampuk semata2..  yes benda tu wujud...tapi dari segi perubatan moden tetap perlu dipertimbangkan...


Memang semalam tak putus2 baca ayat kursi dan doa...sepanjang perjalanan ke hospital adam dah tak sawan..tp as mommy...kak cah tak bagi die tidur..  suruh dia keep awake...walaupun die nangis...  kalau saya pun saya takut..  biarla die menangis..  dah sampai kat doktor..hang nak tidur..nak rest pun rest la..sebab pasti budak tu keletihan lepas kene sawan tu kan.. 

Harap baby adam cepat sembuh....  kalau masih di hospital lagi..nanti auntie imah datang k!..  love u baby adam..

22 comments:

CatlinaFly said...

e-ein dulu hampir2 kena sawan tarik..dah meracau2 dah tapi mujur takde sawan..dia cuma meracau je..

memang akak pon selalu standby ubat bontot /bullet( nama dia voren atau paracetamol )..kalau dah bg paracetamol kat bontot, jgn kasi minum paracetamol syrup lagi(dah cukup tu)..tapi voren leh kasi bersama paracetamol syrup..itu yg doktor akak bgtau ler..ape2 pun awk confirmkan dgn doktor lain keh..

dlm peti sejuk selalu ada selain voren, ada

1.ubat demam(syrup)
2.ubat selsema(syrup)
3.ubat gatal-krim-luor fridge(anak akak memang ada alergik)

peh tu sabun cetaphil(rm48 sebotoi!) adoii..utk kulit alergik...pernah akak tuko dgn sabun J & J pastu ruam dia dtg balik, terus kena balik semula ke cetaphil ni..huhu sorry off topic hehehe

memang tahun lepas anak akak tiap2 bulan demam..paling teruk time raya, masuk drip bagai..huhuhu

~mrs azmi~ said...

salah seorang anak buah saya kena sawan ni masih dalam pantang... umur 40 hari dah masuk wad berselirat wayar sana sini.. sedih betul tengok dia masa tu.. masing2 dah pasrah kalau Allah nak ambil dia..

tapi alhamdulillah semangat dia nak hidup kuat... sampai umur 5 tahun berulang ke hospital buat rwatan susulan

sekarang dah tingkatan 1 pun budak tu.. suma normal cuma agak lambat sikit nak dapat apa yang cikgu ajar.. kene extra attention sikit kat dia

Ati Masrif said...

sawan ni mmg bahaya
mesti ke hospital
boleh jadi cacat tau!

kak ati ingat selama ni
pic contest tu nik!
rupanya orgnya slim je..hihi

Dee said...

anak buah kak dee nama adam gak..dah 2 kali kena sawan tarik..first time mmg mama dia nangis..panik, tp dh bwk gi hospital..2nd time dh tau nak buat apa..tp tetap bwk gi hospital..kak dee mmg baca psl sawan tarik..sbg persediaan kalo jadi kt anak sendiri..dan kalo kitorang demam..mmg we oll akan mandikan anak2..mmg dari kaki kanan membawa ke kepala..dan mmg akan basahkan dia tuala dari kepala hingga ke kaki nak2 bahagian pelipat mcm ketiak, belakang lutut dgn tuala yg dibasahkan...air asam jawa dilumur di keseluruhan kepala..ubat demam yg cecair dan bontot tu selalu ada spare di rumah..in case emergency..

apa pun..thx to nik for sharing this info..it's a good one..

Yan said...

demam sawan ape lg sawan tarik so far mmg tak berlaku lg pada anak2 akak..
tp setiap kali demam.. setiap kali tu akak akan panik.. tido malam tak menentu.. mcm bby dhuwa plak.. dia demam.. dia still aktif.. dia tak merengek.. time malam jek dia takleh nak tido pasal selsema.. klu kakak dia demam.. melepek jekla..

ape2pun bab demam anak2 ni jgnla buat main..

cik fiza said...

masa sy kecik mak citer sy penah kena.. tkejang sekejap.. doktor kata mujur cepat bw ke hospital sbb boleh datangkan kecacatan kekal.. tp effect ttp ada.. masa kanak-kanak sy mengalami juling air tp sebab latihan pada mata alhamdulillah dh besar dh ok..

♥ Che NamNam ♥ said...

Tq for info..memang naik juling den bacer..haha.

kalo pasal anak-anak sakit memang risaunyer lain macam..malam pon tak boleh tido..diyer nanges kiter pon kalut nak nanges gak..

yatiHanuni said...

bahaye tau sawan tarik ni.....tq for the info..
=)

gadisBunga™ said...

sawan ni kalau tak experienced nak handle mmg boleh buat panik. frankly kite tak penah berdepan dgn org yg kena sawan lagi so tips ni mmg membantu lah!

Ilyana said...

alhamdulillah kimi xpernah kena sawan. minta dijauhkan sangat2. sbb tu la kalo baby demam, jgn ambil mudah. i slalu geram kalo org kata "biasala baby demam.."

kalo kimi demam mmg tak tdo malam tggu suhu dia btl2 turun baru boleh tdo. lumurkan kepala dia ngan air asam jawa mmg mujarab. mmg dah tau psl sawan ni boleh jd kalo suhu bdn tinggi sgt. jd mmg buat mcm2 nak turunkan suhu bdn dia.

NM02 said...

erkk... tak sudi ke follow kita balik?

sahromnasrudin said...

trime kasih..mmg membantu tips nie..bagus blog ini

Softtouch [Hanim] said...

anak akak danish pernah kene..masatu dia kat klinik n dalam bilik doc, nasib baik..tetiba je dia diam n mata dah naik atas..doc terus bukak baju dia n basah2kan kain ...dia dah ok...

tu sbb ubat bontot n demam kene ada spare kat umah..termometer pun kene ada..mcm danish ni kalu dia demam panas sgt mmg akak sumbat je ubat bontot tu..doc kata ubat bontot tu x bahaya...

Bitt (double IS) said...

bab2 ni memang mengigil dengar...tu saya susukan ismeth dari kecik, jaga pemakanan masa preggy, tak berdiet masa susukan ismeth masa dia baby sampai 2 tahun baru la start berdiet...yg selebihnya tuhan jek yg tentukan...dia demam biasa dulu pon dah terketar2 dah dibuatnya...betul la petua2 yg nik share tu...yg penting...dari baby tu lahir(masa pantang) kite sentiasa berada disebelahnya maknanya kite sentiasa susukan dia baru kite perasan sama ada dia sakit ke demam ke flu ke...correct me if im wrong ;)

Admin said...

saya just nak share pengalaman sendiri…..terjadi pada anak perempuan saya dari lepas bersalin nurse pun pelik asyik menangis je sampai biru muka menangis...dia suruh bagi susu...sejak dari itu dia mmg kerap nangis sampai kadang-kadang 2 jam baru berenti nangis, mcm2 dah berikhtiar, mengurut le, jumpa bomoh le, nak tidur pun sampai kena tido dalam kete malam2, tu rutin harian pastu kena pasang surah yasin tiap2 malam..…macam2 dah buat dan selepas umurnya lebih kurang 6 bulan…..waktu tu lah….baru saya tahu apa itu penyakit sawan…..mata terbeliak nampak mata putih je…mulut berbuih….kaki kejang, terjadi di kampung….mmg taktahu nak wat mcmana….bawa lari ke klinik desa…bagi ubat yg masukkan ikut bontot pastu MD situ suruh cepat2 bawa pegi Hospital Jempol……kuar masuk hospital….dr kerajaan sampai swasta..ada sekali baru kuar dr hospital swasta, sampai rumah je…taksempat nak masuk rumah pun jadi lagi….bomoh ker..urut ke semua dah buat……kalau yg moden….anak saya doktor dah sarankan utk buat mri….dan amik ubat epilim….hari2 kena makan sampai umoq 2 tahun…..dan akhirnya ditemukan oleh seorang hamba Allah…iaitu Produk SNE…..mula2 mmg takpercaya jugak pasal produk2 ni….just nak cuba,yg penting waktu tu apa yg sy piki akan tetap akan berusaha cr penawar untuk anak saya…………dan hasilnya mmg buat saya puashati dgn kesannya….anak saya dah sembuh sepenuhnya…..ubat hospital sy hentikan sendiri….dan sekarang umor dia dah 2 tahun …mmg tak pernah kena lagi sampai sekarang……alhamdulillah….jadi kesempatan ini, saya nk syorkan kepada sesiapa sahaja yg ada masalah sawan ini…cuba produk ini….www.produksne.com.my…..insyaallah……..

Unknown said...

kalu tarik tp, badan bby xdemam mcm mana plak nk kira.. spital da bkali2 pg. rawatan tradisional usah dikira lah. naik poning palo den

zaty said...

Alhamdulillah...info yg bermanfaat..tq

zaty said...

Alhamdulillah...info yg bermanfaat..tq

Unknown said...

Salam

Waktu saya taip ni, tghari tadi anak saya kena sawan tarik masa dalam perjalanan ke klinik, badan dia terketar-ketar, mata pandang atas, bila sampai di klinik terus masuk bilik Dr. Staf klinik buka baju Azra dan lap dengan kain basah & baringkan dia secara mengiring, lepas tu Alhamdullilah Azra sedar balik lepas 10 minit

Dr. terus buat satu surat & terus admit Ampang Puteri, masa ni la saya baca perihal sawan tarik ni di google, risau punya pasal takut jadi balik, saya sentiasa check suhu badan Azra pakai termometer, bila panas je, saya akan panggil nurse yg standby & bgtau suhu badan azra naik balik, nurse akan masukkan obat buntut,

Alhamdullilah masa saya taip ni suhu dia dah turun sikit & dia tgh minum susu sambil nengok tv kat wad ni

Doakan anak saya Qaseh Azra Zaviera cepat sembuh ya, terima kasih kerana sudi kongsi ilmu bermanfaat ni, semoga Allah balas jasa anda

Unknown said...

Dulu time bayi pn pernah kene gak sawan tarik ni . Mak la cerite . Selalu jgk kene .yg saye heran , skrang sye dh 18 tahun . Last sye kene sawan 12 tahun . 2bulan sbelum upsr . N skrg ni sawan nye mcm kejap ad kejap tk de . Betul ke sawan tarik ni sampai umur 3tahun je ? Abes selama ni saye alami sakit ap ??

Unknown said...

hi unknown febrile fit@sawan demam sluny berlaku pd kanak2 dr 6bulan-6 tahun berpunca dr demam.. slu xperlu ubatan epilepsi just rawat demam.. klo umur lebih 6tahun dipgl sbg epilepsi dan perlu ambil ubatan elak epilepsi..

Xyz88 said...

Ada perbezaan antara sawan tarik (sawan demam) dan sawan epilepsi. Sawab demam biasa xperlukan ubat sawan seperti epilim (sodium valporate) atau phenobarbiton dan byak lg jenis2 ubat epilepsi tu. Bila anaknkerap sawan walaupun tanpa demam itu yg dikatogori sbgai pesakit epilepsi dan perlukan ubat utk mengawal serangan sawan tersebut

Related Posts with Thumbnails