Wednesday, December 2, 2009

Auction House



Kelmarin dapat info pasal auction kat kawasan yang memang aku aim nak beli. Kebetulan harga memang ngam santek. Memang dalam kemampuan la nak beli. Walaupun leasehold, tapi pajakan dia masih berbaki 90 tahun. Dan kawasan tu memang senang dapat penyewa (incase takmoh duk situ kan..)

Tapi takde la plak aku nie pengalaman dalam auction2 nie... Sape2 tahu tentang auction? Apa yang perlu kita search selain dari maklumat cukai tanah, cukai pintu dan juga segala bill?...macam mana nak dapat semua info2 tu? (selain dari menapak ke PBT dan Land Office)
Bank Loan boleh approve ke? Berapa pulak kita kena bayar pada agent? Maklumlah, sen ngam2 je. Kang kalau kene bayar sampai ribu raban dekat agent, alahai..mana lah nak cekau duit lagi kan...




p/s :
Hurm...harap sangat dapat rumah ni. Sementara duit belanja hantaran dan mas kahwin haritu tak terusik lagi. Boleh guna buat tampung beli rumah...


No comments:

Related Posts with Thumbnails