Monday, December 7, 2009

Penunggu rumah Mama



Sejak aku berkawan dengan suamiku, memang banyak kali dah aku dengar cerita, kawasan rumah mama (my MIL) berpenunggu. Ada yang menjaga. Ada kata pendekar. Ada kata nenek kebayan, ada kata Raja-raja. Tapi aku pun kurang pasti bab itu, sebab aku tak pernah jumpa dengan mata dan kepala aku sendiri.

Malah orang Indonesia di kawasan itu selalu pergi tarik harta karun di belakang rumah Mama. Ada yang kata ada keris, ade batu permata, ada peralatan istana silam. Tapi aku tak pernah jumpa.

Belakang rumah Mama memang luas. kawasan tepi pun sama. Dalam kawasan Damansara Utama yang membangun tu, kawasan rumah Mama aku rasa antara yang besar. Di keliling rumah sahaja ada 7 pokok rambutan yang kerap berbuah. Jalan terus ke belakang tanah adalah sungai Kayu Ara. Di tepi tebing itu jugaklah menginap 3 - 4 keluarga. Suamiku kata mereka dari kepulauan Bouyan, Indonesia. Dah lama menetap disitu. Sewa tapak dari Cik Kiah (adik mama). Di situlah Pak Ling tinggal, Pakcik Sapadi, Nek Aji dan anak beranak.

Dekat hujung tanah tu juga, Ada sepohon pokok Sukun.. Besar..paling tinggi dalam kawasan rumah tu. Hubby kata pokok tu keras. Berpenunggu. Pernah dulu ada orang cuba menumbangkan pokok tu, tapi tak berjaya. Chainsaw rosak. Traktor rosak. Pokok itu bukan sahaja tidak tumbang, malahan luka pun tidak. Kulitnya tidak lut.

Pernah satu hari, wau kesayangan Kimi (anak buah kami) tersangkut di pokok Sukun itu. Kimi sedih, itu wau terbaik dalam kawasan itu. Tapi tak seorang pun berani memanjat pokok sukun itu utk mengambil wau tu. Lalu wau tu di biarkan mereput sahaja. Kimi melongo melihatnya dengan mata terkelip-kelip.

Memang banyak cerita dan mitos yang aku dengar tentang kawasan rumah Mama. tapi aku kurang mempercayainya. Aku masih selamba berkemas di stor belakang pada waktu malam. Masih boleh menjemur karpet yang berhabuk di ampaian belakang di waktu senja.


Baru-baru ini, kami mengadakan kenduri kahwin. Kenduri kahwin aku sebetulnya. Lalu kawasan rumah Mama digunakna sepenuhnya hingga ke belakang rumah, hingga ke rumah Nek Aji, hingga ke rumah Pakcik Sapadi.
Majlis berlangsung meriah walaupun hujan gerimis melanda.

Selepas majlis gilang gemilang itu berlangsung, rupa-rupanya ada yang datang mengusik.

Seorang demi seorang orang kuat rumah itu demam. Seminggu demamnya. Tapi kami tidak mengesyaki apa-apa. Malah, ada satu malam, sebelum umat Islam menyambut Hari Raya Aidil Adha, aku berkemas di ruang depan. Ketika keluar menjemur karpet yang berhabuk di ampaian belakang, bulu roma aku meremang. Jantung aku berdegup laju dengan tiba-tiba. Aku rasakan ada nafas yangberhembus di sekelilingku. Ada mata yang memerhati aku dari setiap sudut. Di bawah pohon rambutan, di pondok rehat di tengah padang. Terasa dibelakang ku ada roh yang mengejar. Aku berjalan laju-laju. Namun aku tidak berlari. Aku tahu, aku tidak boleh kalah pada pa sahaja yang menggangu rohani aku. Namun, jatung aku makin kuat berdebar. Mulut ku tak putus-putus membaca ayat kursi. Aku rasa, bacaan ku tunggang langgang namun aku teruskan jua. Samapai sahaja di beranda rumah, aku gagahkan diri menoleh ke belakang. Kosong. Namun aku dapat rasakan seperti ada roh-roh yang bagaikan tersekat di hujung beranda. Tidak dapat memboloskan diri menaiki tangga beranda. Ayat kursi terus ku baca.

Kemudian nampak balam-balam suami aku muncul. Aku makin rasa selamat.


"Kenapa?"

"Ada benda mengikut.."
akumenjawab pendek.

"tak ada apa-apa lah.."

"Cuma risau kan anak kecil sahaja..."
kakak ipar aku baru sahaja bersalin, masih dalam pantang

"Baca ayat kursi banyak-banyak, masuk rumah secara membontot dengan padangan dihalakan keluar..."

Aku cuma mengikut... masuk sahaja ke dalam rumah, aku terus mencuci kaki dan muka. Kemudian duduk bertenang...

Itu cerita aku, tetapi lebih kasihan pada Abg Syam(abg ipar aku). Dia demam beserta sakit kepala yang teruk selama dua minggu. Puas berubat dengan doktor, tapi doktor tidak dapat mengesan penyakit Abg Syam. Hinggakan dia menjalani CT Scan bagi mengetahui punca penyakit. Namun, tiada tanda-tanda penyakit yang dihidapi. Lalu kami sekeluarga berpakat, mencuba perubatan alternatif.

Kebetulan, jiran sebelah rumah Mama merupakan pengamal perubatan alternatif ini. Rakyat Malaysia rasanya lebih mengenali mereka dengan gelaran bomoh. Pak Katam jarang-jarang berada di rumah, namun rezeki Abg. Syam, beliau dan ayah bertembung di pagar rumah.

Malam itu dan 3 malam berikutnya, Pak Katam menjalankan perubatan kepada Abg Syam.
Selepas diteliti, berhubung secara paranormal dengan alam ghaib, Pak Katam memberi kan punca. Penunggu di rumah Mama ini juga yang mengusik-ngusik. Lalu beberapa upacar ritual dilakukan dengan berlandaskan pada ayat-ayat suci Al-Quran. Beras kunyit di tabur dan dilemparkan. Aku kurang pasti apa lagi yang dilakukan kerana tidak bekesempatan menghadiri upacara itu.

Semalam ketika pulang dari Uptown Damansara, bertembung dengan Abg Ayie dan Abg Syam. Mereka bercerita tentang ritual-ritual dan apa pandangan Pak Katam. Salah satu yang menyebabkan aku tersentak..... ketika Pak Katam berhubung secara rohaniah dengan alam ghaib, mencari-cari punca Abg Syam diganggu, Abg Syam tidak dapat ditemui, sbealiknya, wajah suamiku yang muncul.


Aku terkedu..... Minta Allah SWT menjauhkan aku dari segala gangguan syaitan.
Tapi dari semlama otak aku masih ligat berputar...

Benarkah kawasan rumah Mama berpenunggu?

16 comments:

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

waahh..seram jugak yer...

mcam dalam movie pulak rasanya, tapi mmg pernah terjadi kat family kRina juga. Arwah nenek di kampung.. bila difikir-fikir mmg takut.. tapi nak buat mcm mana ...

Queen said...

ahaha..betol2...
yang arwah nenek nik plak, jiran sebelah yang buat...entahla..benda2 nie..tak percaya tak boleh..rukun iman tu...
tapi nak percaya lebih2 takut jadi khurafat dan syirik plak..

Fatt Chin Choy said...

mcm misteri nusantara pun ada
haha

Ms AiReEn MoHd said...

MAMPUS PANJANG GILER KO CERITA NI WEHH...HIT KAUNTER AKU TU..AKU PUN SEKALI TULUNG KOWANG KLIK...NAK BG CEPAT SIKIT..TU AKU RASE MAU DEKAT MARCH TAK PUN APRIL THN DEPOAN LEH DPT BRU TU...HUHUHU

Queen said...

ah fatt : yela..satu hari aku nak panggil org misteri nusantara tu dtg umah MIL aku la..

airen : ahahaha..aku malas buat dua tiga versi...kang postpone..terus tak buat..ahahaha....ha, ok..aku klik lebih sikit..tau takpe..ini mahu taun depan...hadiah pun dah berabuk weh..ahahaha

Bapak said...

kalau setakat penunggu biarlah dia menunggu... tapi kalau ada orang nak 'hantar' kena berhati-hati...

insyaallah, takde apa2 sebab kita ada Allah...

Queen said...

betul tu bapak...masa tu risau juga ada yang menghantar...Pak Katam tu kata...maybe ada org nak hantar pada hubby saya..tapi terkena abg syam..sian dia..

yela..time tu kan kenduri kami...jadinya mbe la ade yang dengki

Ms AiReEn MoHd said...

WEH byk tul blog ko weh naik konpius aku da ni

Queen said...

blog aku ade dua je cik airen...

Ms AiReEn MoHd said...

dlmlist ko ade 3 ni hah....weh ko nak scarlet ke...boleh boleh...biler besday ko...cup ape...cup milo ker nescafe...wakakaka tak pun ker teko chinese tea...meh sini aku tekup kan..

Ms AiReEn MoHd said...

ehh jap ko baru kawin ker nok.,...selamat menempuh alam perkahwinan..aku minggu depan anniversary 1 thn suda...kejap jer..mcm bru semlm first nite..wkakakaak leh lak gitu kan....

Queen said...

wakakakaka...siot ko airen...

aku cupcake jer....wink2..somel2 gitu....ala..besday aku lambat lagi...ahahahha

LotsOfLove-Pearls said...

Salam Queen,
Uih..
Mujur LOL baca siang hari..
Kalau malam, maunya tak habis dibaca..
Huhu..

Misteri sungguh ya..

Apapun semoga semuanya baik2 saja.

Tak arif nak cadangkan apa2..
Banyakkan berdoa..

Queen said...

mekasih LOL.....

m-i-o said...

iskkk. serammmmm!

ada jugak org zaman sekarang ni yg nak main 'hantar2' ye? apa punye busuk hati daaa....

anyway, take care ya!

puan punyer said...

SEEKERS sungguh nih. seramm

Related Posts with Thumbnails