Wednesday, February 3, 2010

Bom dalam rokok

Kepada sesiapa yang terdekat dengan aku (makan cili sila lompat-lompat angkat tangan kepedasan ya!), yang suka merokok depan aku, belakang aku, sisi kiri dan kanan aku, baik kamu berhenti merokok atau aku letak bom dalam rokok kamu!!!!


Sekian



MANGSA ROKOK MELETUP DALAM MULUT MENYESAL


GAMBAR yang dirakam dari sebuah laman web menunjukkan mulut Andi dibalut selepas sebatang rokok yang dihisapnya meletup dalam mulutnya.


JAKARTA - Sebuah syarikat pengeluar rokok, Pt Nojorono Tobacco Indonesia bersetuju untuk membiayai rawatan perubatan seorang lelaki yang kehilangan enam batang gigi apabila sebatang rokok yang dihisapnya meletup di dalam mulutnya.

Lelaki itu, Andi Susanto, 31, memberitahu stesen televisyen Metro TV dalam satu temu ramah dari sebuah hospital bahawa syarikat tersebut membuat tawaran untuk membiayai rawatan perubatannya.

"Pegawai-pegawai syarikat itu telah berbincang dengan keluarga saya dan kami bersetuju untuk menyelesaikan isu tersebut atas dasar persahabatan sebagai satu penyelesaian di luar mahkamah.

"Mereka akan membiayai rawatan perubatan," katanya.

Punca letupan itu masih belum diketahui.

Menurutnya, dia tidak mengunyah makanan lain semasa menyalakan rokok Clas Mild dan tidak menyedari sebarang keganjilan mengenai bau, warna dan rasanya.

Ekoran kejadian itu, dia menyatakan akan berhenti merokok. - AP



Sumber : Kosmo Online

4 comments:

mYpRecious said...

kalau tak serik and still degil nak hisap rokok lg tak taulah nak ckp ape.. =)

eynda said...

Tak pernah terpikir rokok nak meletup...tersilap bubuh serbuk bunga api ker? :-D

fazemy said...

seb baik hilang gigi je. klw hilang nyawa tros.

Anonymous said...

gila ah
saman lg untung

Related Posts with Thumbnails