Friday, February 12, 2010

Detektif Tak bertauliah

Ini adalah kesinambungan daripada entry lepas. [click sini]. Ha..saya telah menjadi detektif tak bertauliah. Saya selongkar balik tempat dia buang kad matriks ex-girlfriend dia.
Sebenarnya bukanlah betul-betul kad matriks, tapi klon. Masa student dulu, husband saya ni ala-ala gangster. Kalau macam misplace kad matriks, dia akan dah siap-siap ada klon kat matriks tu. Jadi, tak payah buat kad matriks baru yang berharga RM25. Bagi student seperti kami, mana mampu.

Klon inilah yang diperam dalam wallet dia.. See....sayang betul dia dengan ex-girlfriend dia. Maklumlah, itu yang pertama. Yang lain-lain tu skandal je. Samapi bergaduh-gaduh rebut perempuan pun ada. Tapi itu dulu la... Masa otak dia kat kepala lutut lagi. Sekarang ini dia dah tau mana yang patut mana yang tidak... Kalau tak, dah lama saya tinggalkan dia. Tak payah kahwin dengan dia betul tak? Ekekekekke..


Ingat lagi, masa mula-mula berkawan secara serius dengan husband saya ni, nampak lagi terkesan dengan apa yang menimpa antara dia dan ex-girlfriend dia. Saya tumpang simpati sebab ex-girlfriend dia tu kawan saya. Tak rapat, tapi berkawan la. Selalu lepak-lepak di bilik dia masa duduk di kampus dulu. Sebab tu bila apa-apa melibatkan ex-girlfirend dia, saya tak cemburu atau meroyan tiba-tiba. Walaupun tiba-tiba ada orang gelar husband saya

"Alah, boyfriend si D****a tu..."....

Saya tak meroyan. Saya gelak aje adelah. Malah saya pun sibuk nak bercerita apa yang jadi semasa belajar dulu. seronok nak kongsi-kongsi kan. Itukan kenangan. Cerita zaman Politeknik dulu. Lagipun memang semua orang terkejut saya kahwin dengan husband saya sebab dulu kami takdelah baik pun. Bermusuh lagi. Malahan, husband saya dengan D****a ini memang dulu loving couple la. Couple famous. Mana taknya, siapa yang tak kenal ketua Diploma Seni Bina dulu. Yang nampak segak bergaya tu kalau bukan husband saya. Siapa yang tak tergila-gilakan dia kan? termasuklah saya..mahu tapi benci..ekekeke. Even masa jumpa kad matriks nie, saya nak mengusik husband lagi. Dah kena marah. Di ambil buang nya kenangan tu. Haiz.. Appara!..Ingat isteri abang ni jenis kuat meroyan ke?... Bagi makan Char Kue Tiaw senyap la...ekekekek...

Dahla, tak payahla cerita hal lama...tak best...tapi best kalau dapat tengok klon kad matriks tu kan?

TADAAA!!

sengaja tak nak bagi nampak penuh muka dan nama, karang, tak pasal-pasal kena saman. Siapa nak tanggung kan....


Jadi kawan-kawan, apa yang saya patut buat dengan Klon Kad Matriks ni?

4 comments:

puan punyer said...

queen; perasan tak quen dah letak nama ex en husby kat atas. cek smula.. ku dah tau ekekeke cepat2 cancel kalau tidak disengajakan. kalau disengajakan biarkan aja hehe

Unknown said...

Simpan jer..kenangan hari tua nanti untuk buat stock gelak..hehehehhe

messo said...

framekan...gantung kat dinding..haha..

Dee said...

buang jelah..hahaha..

Related Posts with Thumbnails