Wednesday, February 3, 2010

Honeymoon to Bali Island - Day One

Walaupun dah lewat..ku tetap nak publish cerita yang dah nak basi ni..ekekekke

Our flight petang. Pukul 5.40pm.

Malam sebelum, tido rumah Mama. Lepas breakfast, dalam pukul 11am bertolak balik ke Sepang pulak. Lunch dekat Nasi Ayam Best di BBST, then balik rumah. Siapkan adik-adik ke sekolah. After we (my dad) hantar adik semua pergi sekolah, baru we hantar kami ke LCCT terminal. Tak rushing sangat. Sampai sahaja terus check-in.



Gambar Blur sebab kononnya nak sharp tulisan Ketibaan tu.



Flight delay, dekat setengah jam sebab cuaca buruk. Hujan lebat siap petir berdentum-dentum lagi.




Masa take off tu sangat teruja. Dan sampai je kat atas awan, Subhanallah...... Sangat cantik. seluas-luas pemandangan dengan kebiruan langit lazuardi. What a wonderfull view. Sebab amik hot seat, jadi kami dapat window seating. Memang macam orang jakun naik kapal terbang. Walaupun dah naik banyak kali masa kecik, tapi sejak dah besar ni, inilah kali pertama....ekekkekeke....




Air asia punya kapal terbang memang terkenal dengan tak berapa selesa. Apa yang you boleh expect kan... Murah gitu, redha jerla. Nak selesa naik la MAS...memang terbaik!
But Thank God....Alhamdulillah. Tiga seat tu kami kuasai... So, aku dapat tidur baring sepanjang perjalanan. Kalau tak, my back pain will kill me and ruin our honeymoon la kan...


Sampai di Lapangan Terbang Denpasar pukul 9pm macam tu. Lepas settle kastam, beg semua, we heading out and searching for Pak Isme. Alhamdulillah, keluar je pintu, terus nampak sign board my name.

Naik kereta, first thing we ask our driver is NAK MAKAN....ekekek..lapar macam ape dah.
Pak Isme bawak pergi makan di Ayam Bakar Wong Solo. Sedap, tapi pedas beb. Dan tehnya adalah Teh Jasmine...yucks! Tak sedap. Ekekekek....... kami memang tak suka teh jasmine. Tapi makanan semua memang sedap.
Ayam Bakar Wong Solo ni ada beberapa cawangan di Malaysia. Dzul pilih ayam penyet, aku pilih ayam bakar biasa. Pastu kami pilih kangkung goreng belacan. Total makan untuk hari tu adalah Rp 57,000... Kalau convert duit Malaysia sekitar RM21... ok la... nak makan, bayar jela...

Lepas tu, sampai hotel, check in. Dalam welcome drink yang sedap sebenarnnya tapi memang over dose manis. Siapa yang memang tak minum manis memang takkan dapat minum air nie. Even aku yang minum manis pun tak dapat habiskan welcome drink dia yang sedap tuh..huhu...






Lupe plak, we stay at Legian Village Hotel. Just 5 minutes walks to Kuta-Legian Beach. 20 minutes walk to Kuta Area. Sebab kitorang tempah awal, so harganya adalah USD22 pernight. Otherwise Rp350,000 pernight. Ok la.. Not bad. tapi sape yang nak jimat, sebenarnya banyak lagi bilik yang lebih murah. Tapi takde beach la..
Ada sikit problem pasal reservation room. Kami dapat twin bed. bukan double bed (queen bed)...Actually ramai yang ada pengalaman macam ni. Reserve lain, lain yang dapat. Agak sedih la...Tapi sebab penat, kitorang ignore je.. Tapi bath tub (part ni paling best..ekekekeke).


Our private balcony, dinding dia memang sengaja tak cat. Balinese style la katakan


tapi quite ok la.. Worth la dengan harga yang di bayar. Dan hotel tu siap ada private balcony lagi. Lepas mandi, kitorang terus ZzzzzZZzzzzzz.... Esoknya nak teruskan perjalanan ke Kintamani awal pagi!

bersambung ke entry seterusnya ya!

3 comments:

fazemy said...

huhu dah lama akak tggu entry nih. next entry plis. akak tgh plan nak g bali nih..tu psl teruja nih. huhu

eynda said...

Bestnye pi bali...akak dulu honeymoon kat langkawi je... :-p

Queen said...

kak emy : next entry lambat sikit sebab yang tu entry panjang sangat..huhuu...

kak eynda : langkawi pun best..actually gi bali ni more to travel. Kalau nak lepak2 manja2 dgn hubby, kat malaysia dah cukup best..ekekekke

Related Posts with Thumbnails