Di Coffe Centre Bali ini ada keistimewaannya, Kopi Luwak atau Kopi Tahi Musang. Ya, memang kopi Luwak tu adalah hasil daripada bijian kopi yang terpilih dan terbaik yang dipilih oleh musang luwak tu, dan setelah dimakan, musang itu akan menyah tinja kopi tersebut ke pangkal pokok kopi tersebut. Hasil nyahtinja itulah yang dikutip, dibersihkan dan di proses. Tapi kita sebagai umat Islam dah keluar fatwa haram memakannya kerana ia adalah najis. Tapi masa melihat-tempat kopi ini, memang ternyata bijian kopi luwak lebih besar, ringan dan bersih berbanding kopi lain.
Kopi biasa pun terbahagi kepada dua. kopi Jantan dan Kopi Betina. Orang lelaki elok minum kopi jantan. Untuk meningkatkan kejantanan kononnya. Ekekekekekek...
Kopi betina adalah kopi Bali biasa. Lebih kasar berbanding kopi jantan. Kami di beri merasa 7 jenis minuman berbeza termasuk kopi ginseng, koko, air halia dan sebagainya (lupa dah nama-nama minuman tu).
A variety of drinks to try for FREE!!!... Tapi kalau kita tak order apa-apa, nanti orang kedai tu akan cuba jugak tanya beberapa kali. Jadinya buat sahajalah hati kering
Kalau nak merasa kopi jantan perlu membayar Rp10,000. Manakala Kopi Luwak Rp30,000. Yang lain-lain percuma. Kemudian boleh singgah di kedai menjual kopi disebelah Coffe Centre tu. Tapi kami tak beli apa-apa. Jimat.....ekekkekekek
Masa menikmati kopi ni, ada satu kejadian tak boleh lupa. Di atas setiap meja akan diletakkan gula dalam botol kecil untuk diletakkan dalam kopi sendiri ikut suka rasa. Orang lain tuang gula ok sahaja (gula tu susah sedikit nak keluarkan dari botol bermuncung kecil tu, mungkin sebab sudah lembab). Bila sampai bahagian saya, tuang sikit-sikit tak nak keluar gula tu. Saya tonggengkan la... sekali bercebur keluar. Sudahnya kopi saya jadi manis ya amat. Tak boleh nak dihabiskan. Kesian..huhu
terpegun melihat kebolehn mereka mengimbangkan badan. Dengan pakaian yang bagi aku seksi, lagi pulak umurnya lingkungan 40 an, imbang makanan setinggi tu. Mereka ini baru pulang dari tempat sembahan. Mereka menjunjung makan-makanan ini untuk di sembahyangkan. Dan kemudian dijunjung pulang dan dikongsi makanan yang disembahyangkan bersam-sama dengan keluarga.
Dari Kintamani, kami terus menuju ke Holy Spring Temple. Nak masuk kawasan ni dikenakan caj. Tapi tak mahal. Lebih kurang Rp20,000 sahaja untuk dua orang. Kalau tak salah la.
Holy Spring Temple ini sangat best. Kerana kita dapat menyaksikan keindahan ciptaan Tuhan Yang Maha Kuasa. Ada 3 air mata air yang membuak dari tanah yang mengeluarkan air yang sangat jernih dan kebiru-biruan. tempat air membuak keluar tu, pasr yang dibuakkan tu berwarna hitam (pasir volcano barangkali). tapi sekitarnya berwarna putih. Sangat cantik. Tempat air mata iar tu membuak ditampan dan dijadikan kolam. Kawasan kolam ni dinamakan Taman Suci. Tak boleh masuk. Kolam ni terletak di aras air paling tinggi.
Air ni kemudian disalurkan ke peringkat kedua. Diperingkat inilah penganut agama hindu mandi sebagai memohon hajat dan sebagainya. Walaupun ada aktiviti mandi manda di sini, tapi airnya tetap jernih dan boleh nampak ke dasar. Kalau kami bawak baju persalinan, mesti kami pun dah join mandi sekali.
Mereka sedang memohon hajat. Notice tak air dia biru?Bukan ada tiles kat dasar kolam ini. Cuma batuan hitam volcano. Air dia tetap biru.. Subhanallah....
Di tingkat ke tiga air ini disalurkan adalah kawasan suci juga tapi diletakkan ikan Koi.
Dan di aras ke empat barulah kelihatan agak terbiar sedikit. Tapi masih cantik dan mengekalkan Balinese style. Di temple ini sangat banyak anjing. Berkeliaran begitu sahaja. Hati-hati bila bergambar.
Mereka sedang sembahyang menyembah Tuhan Hujan...Cuma Tuhan Hujan yang tiada bumbung dan di atasnya d tanam dengan padi.
Bergambar sakan ... di bawah laluan yang kami berdiri sekarang adalah saliran air kolam dari Taman Suci menuju ke kolam peringkat kedua.
Istana Sukarno. Sukarno di dakwa menghina Tuhan mereka apabila membina kediaman singgah yang berada lebih tinggi daripada level Tuhan mereka. Di Bali, sebarang pembinaan tidak boleh melibihi ketinggian pokok kelapa. Apatah lagi membina kediaman bersebelahan tempat ibadat mereka dengan ketinggian yang lebih tinggi dari Tuhan mereka.
Ketika hendak keluar dari kawasan temple sekai lagi kami melalui kawasan penjaja, laju-laju je kami melangkah. Hush..takut pun ada. Di luar, Pak Isme dah menanti. Sepanjang perjalanan turun ke Kuta, kami melaui bebrapa tempat menarik. Tapi kerana ingin menjimatkan masa, kami tidak berhenti untuk melihat.
Terdapat upacara sembahyang di kawasan ini. Setiap unit rumah membina satu tempat sembahyang untuk Tuhan mereka di depan rumah.
Seterusnya, kami meneruskan perjalanan ke..................
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Lagi update selepas ini...tungguuuu
p/s : sian korang kena baca entry ang panjang berjela... Maklumlah..yang ini full day tour..ekekeke..terpaksa buat sampai 3 versi..too much picca to upload...semua rasa nak upload..ekekeke
9 comments:
best giler jalan2 kat bali
cantek ek bali ni. masa parents kite pi sana, tak banyak gambar sangat. tp ni awak bubuh gambar banyak2, puas hati ok! kite yang tengok ni pon melopong dah...hahahaha~
best best..we want more..we want more...hehehe
ah fatt : sebenarnya best berjalan-jalan..tak kiralah ke mana....
puteri kure2 : sebenarnya lagi banyak gambar..yang nie pun pilih2..
kak emy : nanti kene edit dulu..baru ngam nak tgk..ekeke
alah queen..dh alang2 smpi kan..mestilah posing abis-abisan n cerita betul2..ok gak ni..leh kak dee refer kalo nk gi terjah Bali esok lusa..hahaha..
bestnye bali.. tingin nak gi sane kalo ade rezeki lebey..
update lah lagi.. =)
Bestnyer...suka la especially gambar mandi hajat tu..kolam tu cantik airnyer :-)
tak lambat lagikan nak wish selamat pengantin baru.. :)
bestnye.. awk honeymoon kat bali ye? suke tgk :)
kak dee : waah..esok lusa tu yang tak menahan tu..ehehehe...pergi jgn lupe bgtau eh
myprecious : tak mahal sangat pergi bali. boleh try..insyaALlah..pasni update lagi
kak eynda : yes..sape2 nak gi sana..bawak la baju spare...serius rasa macam terbayang2 jer kolam tu.
fatenton : kitorang nie memang kaki jalan...ekekekke..cuma tak update je dalam nieyh
Post a Comment