Thursday, February 25, 2010

Isteri bukan KULI!!!!!

Isteri bukan KULI...isteri untuk di sayangi..

Peringatan ini untuk suami saya, suami kawan saya, suami mak saya, suami kakak2 ipar saya, suami-suami semua wanita di luar sana. Ini serius ya!!..

Bukan menuding jari mengatakan kamu menganiaya isteri kamu. Tidak....
Tetapi hendaklah di ingat bahawa muhasabah diri ke arah kebaikan itu kan bagus..

Rata-rata kini suami dan isteri bekerja. Keluar rumah seawal pagi. Balik sama waktu sewaktu matahari sudah terbenam. Sampai di rumah isteri bersilat di dapur..tetapi suami? Rileks terbaring tengok televisyen. Siap order air kopi, air teh, kuih muih sedangkan si isteri, buka pakaian kerja pun tak sempat. Dah masak, mana nak tengokkan kerja sekolah anak-anak, nak lipat kain baju...Suami? Masih di depan televisyen. Pagi-pagi dah bangun siapkan sarapan pagi. Bekal lagi, jemur kain baju lagi. Suami? Sibuk bertanya mana stokin mana seluar. Haaaa.... jangan cuba menafikan ya.. Saya banyak kali pernah mendengar cerita-cerita sebegini dari mereka yang dah berkahwin.

Kesian tau! Apa salahnya suami sedikit sebanyak membantu isteri. BUKAN KEWAJIPAN ISTERI MEMASAK, MENGEMAS RUMAH, MEMBASUH BAJU... Isteri kena taat pada suami sahaja. Saya banyak kali menekankan pada kawan-kawan saya tentang isu ini. Tetapi ditolak mentah-mentah. Semacam satu budaya iaitu isteri tugasnya memasak, mengemas rumah, membasuh baju, melipat kain dan segala macam kerja. Budaya tak tau datang dari mana dan dijadikan hukum hakam agama pulak.... Kalau suri rumah sepenuh masa, ya memang patut. Suami pergi mencari nafkah, isteri membantu suami menguruskan rumah tangga. Tapi kalau sama-sama bekerja? Isteri membantu ekonomi keluarga tapi suami? Sedikit pertolongan pun tak ada. Kot-kotlah nak tolong sidai baju. Nak tolong buang sampah. Nak tolong sapu sampah. Nak tolong kopek bawang. nak tolong cuci periuk.

Tuan-tuan, encik-encik..Kami para Isteri ini bukan mesin yang bekerja 24 jam! Kami ini dicipta cuma SEBAHAGIAN dari tulang rusuk kamu. Kami tak kuat. Apa yang membuatkan kami kuat? Kasih sayang kepada suami, kepada anak-anak dan pengharapan kepada redha Allah. Nak masuk syurga tau!.

Tapi kalau dah sampai kami ini dilayan seperti kuli..seperti pembantu rumah cum pencuci rumah cum pengasuh anak-anak cum pelayan malam-malam...... Tak ada gunanya kami berkahwin. Malah seperti menyerahkan leher untuk di sembelih oleh para suami. Untuk di kerah tenaga 24 jam.

Eh3..entry kali ini dah semacam satu luahan hati. Ianya sebenarnya mewakili ribuan wanita di luar sana yang mengalami nasib yang serupa. Saya masih di awal perkahwinan, jadi saya lebih suka meletakkan diri saya dalam kedudukan 'atas pagar'. Maklumlah..baru-baru berkahwin..segalanya Indah. Ketiak masam suami saya pun saya bau wangi. Stokin hapak dia pun saya kutip cium... Tapi saya harap, kelak, saya tidak menerima nasib seperti wanita-wanita yang kurang bernasib baik...

tapi yelah, saya bukan ustazah. Malah hujah saya pun tidak beserta hadis. Jadi saya ingin kongsi satu artikel ini dari Blog Puan Suzana Ghazali, dia seorang Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie .



Pagi tadi, semasa sama-sama makan pagi dengan rakan sepejabat, seorang rakan yang baru sahaja sebulan lebih bernama isteri menceritakan kisah kerjasamanya ketika menguruskan rumahtangga. Rakan lain yang mendengar, meluahkan rasa gembira dan bertuahnya rakan tersebut kerana mempunyai suami yang sanggup membantu. Ada juga yang sempat menyelitkan peringatan: jangan awal-awal ni jer nak tolong dah ler. Peringatan tersebut segera saya balas: Kalau daripada awal kita sendiri tak terlalu manjakan suami, insyaAllah suami akan setia membantu kita.

Kata-kata saya tika itu bukan sekadar nak sedapkan hati pengantin baru. Sebaliknya, memang terlalu banyak kes yang pernah saya kendalikan berkisar tentang kata-kata tersebut. Bukan tak boleh manjakan suami. Manjakanlah dan memang fitrah suami memang suka dimanjakan. Cuma nasihat saya, jangan terlalu manjakan suami hingga suami terlupa diri dan menganiayai diri anda sendiri di kemudian hari.

Rata-rata kes sebegini melibatkan isteri yang terlalu memanjakan suami di awal perkahwinan dan bila keadaan bukan lagi seperti masa-masa manis tersebut, memang sukar untuk terus memanjakan suami malah boleh mengundang tekanan perasaan.

Ada kes; sejak awal perkahwinan, isteri yang memakai dan menanggalkan sarung kaki suami ketika pergi dan balik dari bekerja. Isteri juga biasa menghulurkan cawan air kepada suami. Bila telah ada seorang cahayamata, rutin tersebut agak sukar untuk isteri lakukan memandangkan isteri perlu juga berikan perhatian kepada si anak. Malah, isteri bukanlah surirumah sepenuh masa sebaliknya turut sama bekerja, pergi dan balik sama masanya dengan suami.

Kes lain; seorang suami sering meminta wang daripada isteri. Alasan suami, pinjam nanti bayar balik. Mulanya sikit kemudian dalam jumlah yang banyak. Janji nak bayar, hanya tinggal janji. Bukan saja selalu mintak wang malah segala keperluan isteri tidak pernah ditunaikan. Macam-macam alasan diberikan: tidak mampu, banyak hutang, kena tolong keluarga dan macam-macam lagi.

Itu cuma dua kes berkaitan, memadai untuk saya jadikan contoh dalam perbincangan kali ini. Bukan cerita rekaan ye tetapi kes yang benar-benar berlaku dan saya dengar daripada pengadu sendiri. Sebulan dua atau setahun dua, mungkin isteri sanggup bersabar tapi kalau dah lama-lama? Bila dah cakap elok-elok dengan suami tapi suami masih dengan sikap yang sama. Malah boleh pula dengan nada angkuh menuduh isteri lalai tanggungjawab atau punya orang lain. Bila keadaan makin rumit, jalan dipilih ialah keluar daripada perkahwinan sedangkan hakikatnya, perceraian boleh dielakkan jika isteri bertegas terhadap suami.

Siapa kata isteri tidak boleh bertegas? Ya! Syurga isteri terletak pada keredhaan suami terhadap isteri. Itu kata hukum dan jelas. Tapi jangan lupa, hukum juga menyebut bahawa perkahwinan adalah berteraskan mawaddah iaitu kasih sayang dan rahmah. Rahmah hanya akan diperolehi apabila masing-masing pihak menjalankan tanggungjawab dan kewajipan yang ditetapkan oleh syarak bagi menunaikan hak pasangan.

Di dalam Islam, tanggungjawab isteri yang utama adalah patuh dan taat kepada suami namun kepatuhan pula mestilah tidak melanggar kehendak syarak. Kepatuhan juga bukan bererti hingga perlu menjadi hamba kepada suami sendiri. Wanita mendapat tempat yang mulia di sisi Islam. Kaum lelaki dipertanggungjawabkan untuk menjaga, memelihara, membelai, menyayangi dan mengasihi wanita. Jika suami yang telah memegang janji untuk menjaga, memelihara, membelai, menyayangi dan mengasihi anda gagal berbuat demikian maka anda berhak bertegas untuk mendapatkan hak-hak itu.

Bertegas juga bermaksud anda tidak membiarkan suami anda mengabaikan tanggungjawabnya. Mungkin ada tikanya suami betul-betul di dalam kesusahan tetapi membiasakan membantu suami akan menyebabkan suami jadi lebih ‘liat’, tidak berusaha menyelesaikan masalah sebaliknya mengharapkan bantuan isteri semata-mata.

Sama juga dalam urusan rumahtangga. Ingat!! Bukan tugas wajib isteri untuk mengemas rumah atau memasak untuk anda sebaliknya semua tugas itu adalah bonus atas nama mawaddah wa rahmah. Sewajarnya sebagai suami, anda membantu isteri menguruskan rumahtangga dan anak-anak. Kalau isteri yang bekerja, memang wajiblah anda membantu sebabnya isteri anda membantu anda mendapatkan perbelanjaan untuk kehidupan sempurna rumahtangga anda. Jika isteri anda suri rumah sepenuh masa pun, wajar juga anda bantu sebab melakukan kerja-kerja rumah tidak sama seperti melakukan kerja-kerja pejabat.

Malah, bekerjasama melakukan tanggungjawab anda adalah sebaik-baiknya. Kenapa nak berkira? Sekiranya benar anda menyayangi dan mengasihi pasangan anda, pasti anda inginkan dia hidup bahagia, betul? Bahagia takkan dapat dicapai jika hanya sebelah pihak yang sedia berkorban sebaliknya kebahagiaan akan diperolehi bila kedua-dua pihak bersedia berkorban bagai matahari, teguh mencurah haba dan cahaya dan masih mampu tegak berdiri.



Jadi kalau ada yang rasa saya salah, boleh berdiskusi secara terus dengan Puan Suzana ni. Yang rasa tak puas hati, yang rasa nak berhujah. Sebab saya sendiri dah malas nak bertekak. Nanti saya dikatakan isteri tak kenang budi pulak kan...


Bukanlah saya menidakkan tugas saya menyediakan keperluan suami. Tidak. Malah saya melakukannya dengan harapan suami saya kenyang, suami saya selesa, suami saya hensem. Dan bukanlah entry saya ini adalah untuk mengatakan saya tak mahu membuat kerja-kerja rumah lagi. Tidak. Tapi apa salahnya wanita di bantu seperti mana mereka membantu suami dalam segala macam hal?

Apa salahnya menjadi suami mithali. Yang pagi-pagi tolong isteri menjemur kain baju. Membantu isteri mengasuh anak-anak semasa isteri memasak. Membantu isteri menukar lampin anak. Membantu isteri menyapu sampah. Bukankah secara automatik semua isteri-isteri yang lain akan rasa...

"Wow, beruntung nya dia mempunyai seorang suami yang rajin dan ringan tulang"..

Saham siapa yang naik? Saham kamu juga...

Jadi renung-renungkanlah.. Dimanakah kedudukan anda berada.... Sebagai suami yangtidak bertanggung jawab membiarkan isterinya seorang diri menanggung segala urusan harian? Atau suami yang bertanggung jawab menguruskan rumah tangganya sambil dibantu oleh isteri?

Semoga berjaya menjadi suami mithali


p/s : ini bukan entry luahan hati saya dan suami ya..ini general entry....rahsia rumah tangga tak boleh cerita dekat orang..ekekekeke...

5 comments:

puan punyer said...

give n take tu penting.... dan sama2 buat kerja rumah n jaga anak, sebab sama2 kerja kan. Akak n suami buat bersama2. Most of it suami akak buat kecuali bf ler. hehehehe. InsyaAllah bila kita sama2 buat kita akan lebih saling menghargai

Dee said...

Alhamdulillah..suami kak dee slalu tlg basuh baju pakai mesin, sidai n kutip..part lipat je serah kt k dee..gosok baju sendiri, tukang bancuh air secara tetap di rumah..dan masak sekali-sekala jika keadaan memaksa..

boleh diharap jika minta tlg jaga anak2..sbb pd dia cuci najis anak tu alahai..kacang je..buang sampah tiap2 pagi..dh skali jalan gi keje kan..angkut jelah..

kita pun x perfect kan..so, jgnlah harap org lain pun perfect..terima seadanya..ringan sama dijinjing..berat sama dipikul..

mYpRecious said...

Suami saya ni mmg tak reti nak buat keje umah.. tapi saya tadelah hrpkan die buat kalo sya larat..

ade lelaki yg mmg jnis tau nk buat keje2 umah ni tau.. so, sgt bestlah isteri yg dpt suami mcm ni..

Suami sy ni kadang nak amek baju yg dah dilipat dlm gobok pon die suh saya.. sbb katenye takut bsepah habes yg sy dh lipat elok..

Tapi saya ingt lg masa sy keguguran dulu, dlm pntng so tkleh wat keje.. dielah yg masak, bsuh bju, jemur bju, sapu umah.. walau tk sesempurna mane.. sbb die mmg tk pndai.. sy tetap bersyukur dpt die sbg suami..

=)

eynda said...

Sebagai surirumah sepenuh masa apa yg akak buat utk keluarga atas rasa tanggungjawab walaupun kekadang memang penat...kekadang diri sendiri tak terurus....memang akak layan hubby akak seperti raja tapi adakala akak perlukan pertolongan dia gak...alhamdulillah dia bertolak ansur....akak tak kisah la kena buat itu ini ...contohnyer penat cemana pun malam mesti "ready" sentiasa haha...cuma yg akak mintak jauhkan semoga hubby akak tak tergolong dlm lelaki yg tak bertanggungjawab...yg mendera isteri...yg kasanova...yg lalai soal agama..tu je... :-)

cikbedahlaser said...

waaaa risau jugak bile baca nih... harus suruh suami baca nih... sbb suami sy sorg yg manja... die juga anak yg manja.. hehehhe
klu dr awal kawin dh ajar die sume bnd kite buat mmg ssh nak ajar die... supaya tlg kite pulak...

Related Posts with Thumbnails