Ingat lagi 3 tahun lepas, masa tengah bercinta-cinta dengan mamat Pakistan ni. Masa tu Valentine's Day. Saya pulak masa tu masih menggunakan perkhidmatan awam (LRT). Mamat Pakistan ni pulak gunakan Monorail. Hari-hari kami dating di LRT Taman Paramount. Memang bahagia sangat.
Saya minat betul dengan dian ni. Rasa nak cium-cium je dia. Nak peluk-peluk je dia. Memang minat habis lah. Saya rasa saya dah jatuh cinta entah ke berapa kali nya dengan mamat Pakistan ni. Dia ni memang nampak macam Romeo yang handsome lagi bergaya. Kacak lagi.
Masa hari Valentine, kami tukar angin, nak berdating di KL Sentral pulak. Tengok kiri kanan masing-masing bawak bunga. Ada jambangan besar.. Ada jambangan kecil. Semua nampak bahagia je masa tu bersama pasangan masing-masing. Tersipu-sipu malu macam siput sedut. Saya pula agak cemburu la. Sebab saya tak ada bunga macam mereka. Masa sedang menunggu dia di ATM CIMB (macam takde tempat lain je)... Saya macam sedih sebab saya tak ada bunga. Mamat Romeo yang saya suka tu pulak takde datang lagi. Tak nampak pun batang hidung. Dah setengah jam dah menunggu. Rexona dah tak mampu berfungsi lagi. Perfume cap kapak yang saya sembur tadi dah makin menghilang baunya. Manalah Mamat Romeo kesayangan saya ni kan....
Tiba-tiba dia datang dari belakang mengejutkan saya. Dia bagi saya sekuntum je bunga ros. Warna merah. Takde letak dalam plastik macam orang lain tu. Memang Romeo betul kan... Dia yang mengaku. Dia kata...
"Saya macam Romeo kan...bagi bunga main gigit je. Tak main la plastik-plastik" "Eh..takpe you... I tak kesah,... I suka...." sambil tersipu-sipu
Masa tu rasa bahagia je sangat... Nak tengok tak rupa pakwe saya masa 3 tahun lepas tu?
Ekeeke..nie pun sebenarnya gambar yang agak baru. Tahun lepas kot. Tak sampai hati nak letak muka masa 3 tahun lepas... Pakistan bebenor
Sebenarnya saya tidaklah menyambut Valentine's Day tu. Berdosa. Kan meraikan pope Kristian tu kan. Tapi yelah..dulu-dulu..tak pernah orang belikan bunga hidup tu untuk saya. Kalau ada pun tak special macam yang 'bekas pakwe' saya tu dulu. Tapi yelah, tengok orang sana sini kelek bunga, rasa jelous tu tetap ada. Tapi mengenangkan harga bunga semasa Valentine's Day melampau-lampau (walaupun tak tau harga betul berapa), jadi saya tak pernah meminta dibelikan bunga pada hari-hari tersebut.
Dan sebenarnya sampai skearang saya tak tahu berapa harga sekuntum bunga yang 'bekas pakwe' saya tu belikan. Sampailah tadi terjengah di blog daela....baru tahu harga nya mencecah RM10 sekuntum. Masya Allah...kesian 'bekas pakwe' saya tu. Dahla kerja jual karpet je...ekekekekkekeke
Tapi alhamdulillah. Ada sekali tu, saya merajuk dengan dia, 3 hari tak bercakap (masa ni dah bertunang).. Dia belikan jambangan bunga untuk saya. Bukan masa Valentine's Day. Hari biasa-biasa je. Jadi saya dah pernah lah merasa dibelikan bunga.
Kemudian masa dah dekat nak kahwin..merajuk lagi..di belikan bunga lagi. Tapi dah kahwin ni, merajuk la macam mana pun. Dia buat tak tau je. Paling lebih pun di suakan ketiak masamnya. Ahahahaha...mentang-mentangla saya suka ketiak masamnya tu kan..dah masa nak memujuk pun disua ketiak masamnya... Tak mahulah... Owh..ada sekali tu, masa saya first time balik jalan kaki dari opis (bukan yang baru-baru ni tau...), tapi masa tu dia terlupa nak amik saya. Dia pujuk dengan belikan Ferrero Roche. itu jerla.. Itupun sebab mama tahu saya balik jalan kaki. Dan memang salah dia terlupa ambil saya dan dengan selambanya mengomel dengan mak dia kata kenapalah saya balik lewat...melencong la..apa lah...rupa-rupanya saya nie berpeluh sakan balik jalan kaki.
Nasib la Labu, dapat suami tak pandai memujuk. Layan kita macam Komando... Ahahahaha... Yang penting saya bahagia dengan dia. Alhamdulillah... Komando pun komando lah bang. Asalkan abang tak menzalimi saya... Yang lain tu pejam mata sajalah...
3 comments:
betul queen..asal sama2 memahami..ketiak masam pun masamlah..hahaha..
tp akak xleh ar..mesti akak kasi hadiah deodorant n perfume..hahaha..
Muauhahaha ketiak masam tu yg tak larat tu... Masam pon masam la Permaisuri perfume tokleh cari dimana-mana..heheheheh
kak dee : ketaik masam die bau best tau...eehehhehe
kak ogy : tau takpe...ekekkeke..mahal tuh..
Post a Comment