Friday, February 5, 2010

Saya dah berhenti ber blogging!

Saya dah berhenti berblogging. Ya..tengoklah..sepanjang minggu tiada apa-apa entry.
Kenapa? Ini disertakan sebabnya


Weekend
Ke Kuantan, Pantai Balok. Berjimba dan berhoyeah-hoyeah sakan, masa perjalanan balik demam panas yang teruk. Sendi-sendi semua sakit. Akibatnya, MC 2 hari. Isnin dan Selasa


Hari Rabu
Masuk berkerja kembali. Tapi masih kurang sihat. Masih rasa loya dan mual-mual. Bukan mengandung ya! Tapi sebab demam yang masih belum sembuh sepenuhnya. Makan pun tidak berselera. Di tambah lagi dengan kerja yang tertangguh selama dua hari. Aduuuhh...


Hari Khamis
Masih meloya dan tiada selera + kerja yang semakin banyak. Time line yang saya buat dah makin mengejar-ngejar dari belakang. Cuma makan roti dua keping dan sosej sahaja untuk lunch dan tidak bersarapan kerana meloya. Sungguh. Mual. Sampaikan hubby suspek pregnant. Tapi mana mungkin, kan saya baru je angkat bendera merah. Hari ni hubby hantar pergi kerja. Dah lambat. Tapi mengenangkan ada Pasar Tani di kawasan parking, batalkan sahaja niat hendak drive sendiri. Hubby pulak terlupa bawa handphone. Malang sekali. Ingat sampai di situ je malangnya.

Rupanya saya lagi malang. Sebab petang tu hubby ada rushing project. Kene stay back sampai siap. Saya kata tak apalah, saya tunggu.
Sejam menunggu, dah pukul 7 malam. Hubby langsung tak menalifon. Risau jugak. Telefon office hubby, rupanya belum balik.
Luar masih hujan. Kalau naik teksi, pasti mahal bayarannya. Jalan kaki lebih kurang 6 km selama 1jam 15 minit dalam hujan renyai-renyai. Sampai di rumah, lift pulak rosak. Naik tangga 30 meter ke atas (tingkat 10 ya kawan-kawan). Sampai di atas baru teringat tak bawa kunci rumah.
Telefon hubby, katanya lagi 10 minit dia balik. Tunggu sejam masih tak sampai-sampai. Berani-berani telefon office. Rupanya masih di office. Terus rasa sebak. Kenapa lah buat aku macam ni.

Turun balik ke parking. Cari-cari kunci emergency dalam kereta, nasib baik ada. Naik balik tingkat 10. Panjat tangga. Sampai atas kaki dah gigil. Dengan satu hari tak makan. Tanak nasi, buat bubur. 5 minit lepas tu hubby pun sampai.

"sayang, abang mintak maaf sebab lewat".

Ya Allah..lagi bercucuran la air mata nie keluar. Minta maaf sebab lewat? Bukan lewat. Langsung tak datang. Dah call bagitau pun tak balik. Padahal isteri dia ni dah kesejukan, kepenatan....maaf sebab lewat?

Sepanjang malam tadi tak bercakap dengan dia. Lepas mandi, tidur di bilik depan. Takde tilam. Tidur atas lantai je. Merajuk punya pasal.



Hari Jumaat
Tau-tau pagi tadi hubby dah ada kat sebelah. Bila dia ada kat situ pun tak tau lah.
Cepat-cepat bangun, siapkan bekal hubby, baju dia (dia ada gym hari ni). Siap-siap pergi kerja. Kejut hubby dengan 4 patah kata je

"Abang, dah pukul 8.30"

Salam, terus pergi kerja. Tau dia rasa bersalah. Tapi dia rasa bersalah atas sebab yang salah. Bukan sebab lewat. Lewat okay lagi. Ini dah mention kita perlukan bantuan dia. Pun masih dia tak balik. Buat kita tunggu another 1 hour. Call pun tidak.

Jadi hari ni sangat penat selepas kejadian semalam.
Rumusan semalam

waiting for 1 hour + jln kaki 6km + rainy day + 30m walk up + no key + waiting for another 1 hour (10 minutes huh!) + 30m wal down + 30m walk up again + cooking = no energy even for the rest of this weekend........



To kak emy : yang nie boleh masuk daam entry Isteri Owh isteri tak?..huhu


p/s : this weekend nak balik sepang without hubby. Dia tak perlukan wife dia pun. Mama dia ada.

13 comments:

eynda said...

Adoi la adik...tak terkata apa akak baca...dugaan berumahtangga cam ni la...sabar banyak2 k...semoga hubbymu belajar dari kesilapan...baru kawin je...mungkin dia pun tak reti lagi nak pikir mana lebih penting....tau tak...tahun pertama kita kawin memang macam2 berlaku...sebab masing2 baru nak paham each other walaupun sampai mati kita tak kenal betul pasangan kita....yg lebih baik...belajar utk memaafi...insyaallah rukun rumahtangga....banyak lagi yg perlu kita belajar dlm dunia rumahtangga ni....jangan cepat melatah k...nak lagi bagus berbincang dgn hubby..luahkan apa yg nik rasa...moga dia memahami....jangan la berhenti berblogging...akak takmo delete blog nik kat bloglist akak tu ;-)

Watierman said...

Salam Dik.....I know how hurt you must have felt...I have gone through that many times in my life...since its been 21 years of marriage kan....

Nasihat Akak jangan dipanjangkan rajukmu itu...

Kita punya tanggung jawab besar sebagai isteri....

Jangan sesekali melangkah pergi tanpa restu darinya Dik...

Jangan diikutkan sangat hati yang terguris tu....jalan terbaik...luahkan... jangan dipendam..nanti kan menjadi dendam...

Dengarlah Dik....sebaik2 isteri ialah sentiasa mengutamakan kebajikan suami....tatkala Adik diijab kabulkan!

Always be there..by his side...jangan sesekali membelakangkan suami ditempat tidor...dosa besar Dik...

A marriage is a BIG commitment!

Redho...& sambutlah salam kemaafannya..kerana manusia sering khilaf Dik...& dia juga manusia biasa yg bergelar SUAMI!

Queen said...

kak eynda : maybe stop sekejap....hilang mood...huhu...thanks kak atas kata nasihat tu. yelah..masing2 baru nak memahami. Tapi terkilan tu tetap ada. sob sob

kak watie : sebab tu nak kuar tadi salam jugak. tahu tak baik kuar takde izin..alhamdulillah dia izinkan. Saya tak marah kat dia kak, tinggi suara pun tak. Tapi rasa sebak dan terkilan. Dalam masa yang sama memahami dia kene stay back. Tapi entahla..mungkin semalam sebab terkilan sangat...Doakan rumah tanga kami harmoni sentiasa ya kak!

Intan and The Boys said...

sabar eh awak. camnila bila ada suami. kite pon slalu merajuk ngan suami pasal benda2 camni. lain dia cakap, lain dia buat. hati siapa tak sedih.

jangan slalu tinggal2kan suami tau. tempat isteri di sisi suaminya. biar marah macam mana pon, amalkan tidor sekatil. insyaAllah, marah kat hati tu sekejap je. tak berlarutan. ok queen?

Dearie Pearls said...

...cerita hari khamis tu sungguh sedih. harap lebih tabah ya.
Lumrah berumahttangga.
ada pasang surut..

Queen said...

prince tortoise : kononnya nak merajuk..tahu2 dia yang menurut kita pi tido kat depan juga..siap selimut2...ekekke..yang kita yang merajuk nie tido mati..ekekekke

LOL : ya lah...macam2 nak bagi serasi...camner lah mak ayah kita dulu kan....

Dee said...

ujian tu queen..baru sikit..so, jgnlah dipendam lama2..nti luahkan dari hati ke hati dgn hubby ye..

nangislah sepuas-puasnya..lepas tu mesti lega sbb dh luahkan segalanya..

apa2 pun..jgn merajuk terlalu lama..nti makan diri sendiri..

kak dee doakan agar hubungan queen ngan hubby pulih seperti sediakala..n lebih mesra..hehehe..amin..

fazemy said...

Nik ko g Balok ke last weekend. Akak pun g sana. Seb baik tak jumpa.klw tak msti komen akak "keciknya dunia". hehehe

Nik..ko nak g Turki next year tu ajak akak tau nnti. Nak ikutttttttt..

Queen said...

ha'ah....laa....cane boleh tak jumpe eh...boleh kita meramaikan kenalan..ekekekke

fazemy said...

Boleh2 masuk entry nasib malang seorg isteri. Tp ko ni isteri yg baik la Nik. Akak klw jadi ko dah hangin satu badan. Mau masa tggu tu akak order segala mcm makanan. Tak dgn husband yg blk lmbt, delivery pizza ke mekdi je. Mmg tak kuasa nak masak. Apapun tahniah kerana menjadi isteri yg baik. Hoyeh hoyeh.

nurulezzah said...

sis!sedihnya dgr crita ni. takut pun ada. huhu nak nasihat tak reti since belum kawen. tapi kumpul pengalaman orang je la.. :)

hrap bertabah ye kak :)

Queen said...

nie namanya pengalaman....dah kwen takkan sama dgn masa couple..walaupun husband baik macam malaikat..pasti ada sikit2 kekurangan.

husband nik masa belum kawen pergi mana2, dia susah payah.5minit call dah terpacak kat sebelah. Tapi yelah..semua pun buat silap..maybe die kene tekan kuat2 kat opis..

jgn takut...experinece masing2 berbeza...cuma kene rujuk yang otai2 jerla...kikiki..kan kak eynda, kak watie...kikiki

nurulezzah said...

hihi..btul3! sebelum n selepas lain untuk sume orang. :)

Related Posts with Thumbnails