Seminggu sebelum kahwin saya ada pergi berurut dengan seorang makcik ni. Nama dia Kak Bedah (bukan nama sebenar). Kak Bedah ni dah berumur lebih 50 tahun, tetapi nampak muda. Tak tahu apa petua dia. Masa sedang elok mengurut perut, Kak Bedah kata, saya susah dapat anak. Itu adalah kenyataan yang sangat sukar untuk saya terima.
Kerana dalam keturunan saya, semuanya alhamdulillah, subur-subur belaka. Mak saya mempunyai 11 orang adik beradik walaupun ayah saya cuma 4 orang beradik. Makcik saya sebelah ayah ada 11 orang anak. Pakcik saya ada 5 orang anak. Dan saya sendiri ada 8 orang adik beradik.
Bila dikatakan susah dapat anak, perkara tu menghantui fikiran saya. Sampailah ada satu malam, saya pergi berurut dengan Nenek Aji di belakang rumah MIL saya. Itupun sebab badan saya sengal-sengal selepas demam teruk.
Selepas urut saya bertanya pada Nenek Aji, adakah benar saya sukar mengandung? Tapi Nenek Aji kata :
"Tidaklah, elok saja, bagus lagi"
Saya jadi bingung. Yang seorang ni kata susah nak mengandung, yang seorang lagi kata bagus. Mana satu yang betul pun saya kurang pasti. Balik kerumah MIL, saya bercerita apa yang Nenek Aji kata sementelahan MIL bertanya. Dan saya melahirkan rasa susah hati saya. Tapi Mama (MIL) pantas sahaja mencelah :
"Tak pernah lagi aku dengar orang yang dah pergi berurut dengan Nenek Aji tu tak mengandung. Semua mesti mengandung. Yang susah mengandung pun boleh mengandung lepas pergi berurut dengan dia".
SILA JANGAN PERCAYA NENEK AJI MEMPUNYAI KUASA KHUSUS MENYEMBUHKAN ATAU MEMBERI REZEKI YA!..INI BOLEH MEMESONGKAN AKIDAH ANDA. KATA-KATA DI ATAS ADALAH AYAT SPONTAN DARI MIL SAYA SAHAJA!....CUMA MUNGKIN DIA DIKURNIAKAN BAKAT UNTUK MEMBANTU KITA MENJADI LEBIH SIHAT. SEGALANYA ATAS KETENTUAN ALLAH SWT. DIALAH YANG MEMBERI REZEKI. USAHA DAN TAWAKAL ADALAH KUNCINYA.
SILA JANGAN PERCAYA NENEK AJI MEMPUNYAI KUASA KHUSUS MENYEMBUHKAN ATAU MEMBERI REZEKI YA!..INI BOLEH MEMESONGKAN AKIDAH ANDA. KATA-KATA DI ATAS ADALAH AYAT SPONTAN DARI MIL SAYA SAHAJA!....CUMA MUNGKIN DIA DIKURNIAKAN BAKAT UNTUK MEMBANTU KITA MENJADI LEBIH SIHAT. SEGALANYA ATAS KETENTUAN ALLAH SWT. DIALAH YANG MEMBERI REZEKI. USAHA DAN TAWAKAL ADALAH KUNCINYA.
Waaah...saya lagi lah terpegun. Sekarang saya tak tahulah sejauh mana Nenek Aji ni pandai mengurut sebab saya kan buat "family planning". Tapi pada sesiapa yang nak mencuba berurut dengan Nenek Aji ni, bolehlah cuba. Kata orang-orang tua ni masin. Siapa tahu. Kita hanya mencuba. Tapi tetap rezeki itu Allah yang beri. Mungkin ini salah satu usaha untuk berubat. Kunfayakun, Allah yang tentukan semuanya...
Bayarannya juga ikut ikhlas hati. Tapi ya lah, saya dinasihatkan janganlah bagi kurang dari RM20, jadi saya bagilah RM20... Itupun dah kira murah sebab dia urut satu badan. Kat perut pun dia urut untuk betulkan peranakan kita. Cuma bagitahu apa hajatnya, insyaAllah, Nenek Aji akan cuba bantu.
Rumahnya cuma dibelakang rumah MIL saya, mereka ini orang Kepulauan Bouyan, Indonesia. Menetap di Malaysia lebih lama dari hayat saya. Mereka menyewa tapak tanah Cik Kiah (sebahagian dari tanah MIL). Anak-anak meraka kawan baik suami saya. Kadang-kadang dibawana keropok dan macam-macam lagi kerumah MIL. Mereka bukanlah Indonesia yang kerap membuat kacau. Seronok berjiran dengan mereka.
p/s : Sesiapa rasa nak mencuba, bolehla datang kerumah MIL saya. Manalah tahu, berkat doa dan usaha. Amiiin...
40 comments:
sgt menarik aku tidak plan malah menunggu saat itew....nok nanti aku nak aku tepon ko ekkk....blum cube blum tau....kite usha allah tentukan rezeki kite ekk....huhuh gud info babeh..thnaks so muchh muwakkks
bagus nok..aku rekomen kat org yang nak try...manalahtahu..kang calling2..aladekat jer dengan umah MIL ko nok...kat kayu ara jer
nanti kite rekemen kat kawan2 blog yang tgh usaha dapatkan anak.
tenkiu ye awak.
:)
sama..rekomen2 lah..kita sama2 membantu mereka yang memerlukan..
moga2 serasi tangan nek aji tu kan..amin..
Aku lempang jugak la budak Nik ni. Ada dinamakan aku sebagai seorang bidan. kekeke. Itulah org ckp kena g berurut klw nak cepat dpt anak ni. Tp akak tak pernah pegi pun. hehehe. Tggu rezeki turun dari langit. usaha taknak. haha.
Actually sblom akak buat planning dulu aku g jmpa doktor. tanya camne camne smuakan. Then siap scan2 perut tgk rahim normal ke tak. Then doktor luluskan sbb smuanya ok. Akak plan dulu satu sbbnya kitorg laki bini dok jauh..kedua sbb taknak jd mcm kakak akak...setahun sekali beb. Tak larat dek nooon nak jaga anak. Smpai kurus2 kakak akak tu sbb tak sempat nak mkn. hehe.
Skrg we all dah stabil smua. Akak pun dah "bebas"..tp susah lak nak melekat. Itulah bila diharap tak dpt plak. Ingat nak g berurut la nnti. Ada haritu org bg akak sirih...smpai berkulat sirih tu akak tak mkn. Husband akak suruh tggu smpai bln 8 tahun ni..lepas bln 8 baru nak berusaha. Sblom tu enjoyyyy lagi. Janji kita percaya yang rezeki tu smua ada. Cuma cepat dan lmbt je. Zaman skrg mana ada org mandul. Biodex kan ada. huhuhu
Kakak akak anak 5-setahun sekali. Ada berani?huhuhu
salam nik, nak ckp sikit ni. yang quote about ur MIL punya word tu.. kita tak boleh cakap mak aji tu kalau berurut dengan dia mesti mengandung.. kata2 kita tu boleh bawa kapada kufur..
yang menentukan rezeki dan mencipta kandungan tu cumalah Allah s.w.t. Kalau Dia kata NO.. mak aji tu urut la sampai meletup tangan.. NO jugak. Kalau dia kata YES.. mak aji tu takyah urut pun dapat anak... sebab tu la kita kena berusaha dan tawakal.. "antara sebaik2 manusia adalah mereka yang bertawakal"
apatah lagi kalau kata2 tu boleh membuatkan kita PERCAYA(walaupun sedikit) bahawa pergi ke mak aji untuk berurut boleh confirm/mesti dapat anak. sangat2 lah merosakkan akidah kita. nnt orang yang baca dan percaya pun kita kena tanggung dosa dia sama.
walaupun kita hanya mencuba, tetapi ayat seperti itu boleh membuatkan kita menaruh sedikit sebanyak kepada Mak Aji untuk mendapatkan anak. ini pun cukup untuk rosakkan akidah kita..
yang sesuai disebut contohnya adalah:
"Mak AJi tu pandai mengurut, boleh la pergi mengurut dgn dia.. manalah tahu ada bahagian yang tak betul boleh la dia tolong betul2kan. Dengan izin Allah (Inshallah) boleh la mengandung lepas tu, dengan izin Allah"
cuma nak beringat je, ayat yg diquote dalam posting blog tu macam kurang sesuai. haruslah dibuang dari blog anda dan beristigfar. terima kasih kerana membaca.. selamat beramal.. renung2kan.
kak emy : alamak kak emy, tetiba tersama..tak sengaja okeh..akan ditukar ke nama lain seperti bedah atau senah....
Mr Rahimi : itu adalah Quote..dan sudah dinyatakan penerangan di bawahnya termasuk di p/s sekali. Sama seperti orang yang memberitahu tentang Darul Syifa dsb. Testimonial pelanggan yang di quote. Kepercayaan adalah atas individu. Kerana quote tidak bermaksud kenyataan khusus dari saya. Malah saya tegaskan beberapa kali bahawa ianya adalah salah satu usaha. Jika tiada kepercayaan bahawa Mak aji adalah salah satu saluran yang betul untuk mencari cara yang betul ke arah apa yang Allah janjikan, maka tiada perbedaan antara di dan tukang urut di SPA. Ada banyak lagi hujah yang boleh di nyatakan. Tapi saya rasa ruang komen ini kurang sesuai.
Walau bagaimanapun, terima kasih di atas teguran tersebut. Saya amat menghargainya. Isu ini akan dikemukakan kepada beberapa pakar agama untuk tujuan rujukan. Buat masa ini, beberapa note tambahan untuk mengelakkan pemesongan akidah pembaca blog akan ditambah. Sekali lagi, termia kasih di atas nasihat dan teguran.
salam nik,
saya doakan u cepat2 dpt baby. tp u baru 95 hari kahwin..so enjoy ur honeymoon first. takut nanti x sempat nak jaga hubby sbb sibuk dgn baby. i dulu 1 thn kahwin baru lekat... bini i la...bukan i yg lekat perut... x perlu buru2. lambat-laun ada la hasil tu. hehehehhe
Dik Permaisuri! enjoy your life berdua selagi boleh bila dah beranak pinak ni... masa 24 jam tak penah cukup pastu semedang jadi tarzan kat umah hehehhehee...
daday zuki : i memang planning....nak atur elok2 life ni..mak sure no more skip my meal..then baru nak pikir ada anak..tapi skang dah terpikir nie ape kes..ekekekkeke
kak ogy :...wakakaka...tang tarzan tu memang ada gaya..ekekeke
Dimana ye rumah MIL awk dn ade no fon mak aji tu x..
Salam queen..boleh saya tau alamat mak aji tu dan no fon dia jika ada..
Salam... boleh dapat kan contact Mak AJI 2.
SALAM...boleh saya tau no fone atau alamat mak aji tu..tq
Salam boleh dapatkan nombor telefon mak aji n lokasi
Salam boleh dapatkan nombor telefon mak aji n lokasi
Salam boleh dapatkan nombor telefon mak aji n lokasi
Bleh sy dptkn no fon mak aji n lokasi
Salam..bole dapat kan no mak aji to??? Lokasi dimana ye..
Salam..bole dapat kan no mak aji to??? Lokasi dimana ye..
Salam..bole dapat kan no mak aji to??? Lokasi dimana ye..
Salam... bole dapat kan no mak aji x?? Lokasi nya dimana
Salam... bole dapat kan no mak aji x?? Lokasi nya dimana
Salam... bole dapat kan no mak aji x?? Lokasi nya dimana
Salam. Boleh dptkn contact mak aji n di mana dia tinggal?
Salam. Boleh dptkn contact mak aji n di mana dia tinggal?
Kayu ara di mne ya?blh bg info n contac no mk aji tu
salam sis,,blh bg nom dgn alamat mak aji tu tak..
Assalamualaikum, boleh bagi Contact Mak Aji tak? Kayu Ara dimana Ye? Saya emailkan Sis tapi tak reply lagi. Mohon bagikan Contact ye Sis
Assalamualaikum, boleh bagi Contact Mak Aji tak? Kayu Ara dimana Ye? Saya emailkan Sis tapi tak reply lagi. Mohon bagikan Contact ye Sis
Assalam.
Sis,boleh bg contact n mat rumah mak aji... Saya mmg berkehendak zuriat.... Secepat n... Umo dh lanjut nie... Please tolong saya... Nooli 018-2524355 nooli@jpnin.gov.my
Sila share man kontek mak aji. Email saya euphoria.cn@gmail.com. atau boleh SMS me 0169090813.TK
Sila share man kontek mak aji. Email saya euphoria.cn@gmail.com. atau boleh SMS me 0169090813.TK
Mcm x ade jawab ke.. lau betul nk share bagila no contact mak aji tu.. kesian akk di atas dok mintak.. awk langsung x reply
Assalammu'alaikum Kak Queen,
..boleh saya tau alamat mak aji tu dan no fon dia jika ada..
Messenger: Anne Affendy
Email : puanrohanirahim@gmail.com
Blog dia ne msi aktif ka
Sis mak aji tu msi ada disabah ka? Klu ble nk mnta alamat dn no tepon , msg di no 0178373806
Post a Comment