Masak punya masak punya masak, jam dah berdenting pukul 8.40 malam. Tak siap masak lagi. Husband dah elok je terkumam-kumam biskut. Alahai, lapar sangat la tu agaknya.
Sekali bila dah siap, terdetik nak rasa dulu..Manalah tahu tak sedap..Srrruuuuppp......Hirup dengan satu nafas je.....Uhuk..uhuk...uhuk...
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
TOMYAM SAYA RASA KELADI!
Tak sedap langsung. Huhu..saya dah hilang skil dan kepakaran memasak Tomyam, padahal dulu Tomyam ni kepakaran saya tau. Saya dah macam nak menangis. Dah la dah lambat untuk dinner. Tomyam pulak tak sedap. Nasib baik hubby semalam agaknya dia kesian kat saya. Entah apa yang die godek Tomyam tu terus jadi sedap (takde lah sedap mana, tapi acceptable lah rasa nya). Haiz... Redha je la Abg dapat isteri tak pandai masak.
Owh, lupa nak cerita. Semalam, hubby meredah hujan menuju ke Uptown..untuk belikan saya TAUHU BAKAR.....Yeay..satu hasrat dah tercapai. Terima kasih Abang, susah payah belikan Tauhu Bakar dalam hujan..ekekekek......
Hari ini dia kurang sihat untuk pergi kerja.. Mungkinkah kerana Tomyam saya yang rasa keladi tu?
Tapi tadi sebelum keluar rumah, katanya hari ini nak pergi tengok wayang...Yeay!...
p/s : Breakfast pagi tadi paling sedap, biskut cream cracker dan juga Kopi 'O'...mmmmmm....sedap..
4 comments:
biskut tawar nga kopi o memang paling mantap! nyam2~
hahahahaha...
Tomyam rasa keladi ? iskk... iskk...
But ..
Tauhu bakar memang besh !
Teringat nak makan pengat keladi la..mana nak cari nih...ko ni citer2 psl keladi lak.
Akak klw masak tak jd mula sakit hati..last2 ambik periuk tuang dlm tong smpah smua. Padahal blh je makan oter2 skit lg. Tp tulah bila tak jd je nak marah..pastu smua org kena marah skali. haha.
nak pengat keladi ke?...beli keladi, biar saya bikin pengatnya...tak sedap jangan banyak komplen..ekekekke
Post a Comment