Monday, December 14, 2009

Kadar mas kahwin




2 negeri sedia naik mas kahwin

Oleh Khairul Anuar Abdul Samad, Hanneeyzah Bariah Baharin, Nor Akmah Youp, Irwan Shafrizan Ismail, Abdul Rahman Adam dan Khairunnisa Kamarudin
bhnews@bharian.com.my

Johor, Terengganu mahu ikut jejak Selangor tetapkan kadar baru RM300

KUALA LUMPUR: Johor dan Terengganu sedia mengikut jejak langkah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menaikkan mas kahwin daripada RM80 kepada RM300, manakala beberapa negeri lain mengekalkan kadar sedia ada.

Di JOHOR, Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadot, berkata sudah tiba masanya jabatan agama di seluruh negara mengubah semula mas kahwin seiring peredaran zaman.

"Di negeri ini, memang ada perancangan untuk membincangkan kadar mas kahwin yang sudah diguna pakai lebih 70 tahun.

"Mas kahwin ialah pemberian istimewa bakal suami serta hak pengantin perempuan, jadi ia perlu diletakkan dengan nilai istimewa," katanya, di sini.

Sumber dari berita harian online



"Mahar berasal dari perkataan Arab. Di dalam Al-Quran istilah mahar disebut dengan al-sadaq, al-saduqah, al-nihlah, al-ajr, al-faridah dan al-'aqd.

Menurut istilah syara', mahar ialah satu pemberian yang wajib diberikan oleh suami kepada isteri dengan sebab pernikahan.

permberian mahar suami sebagai lambang kesungguhan suami terhadap isteri. Selain itu mencerminkan kasih sayang dan kesediaan suami hidup bersama isteri serta sanggup berkorban demi kesejahteraan rumah tangga dan keluarga. Ia juga merupakan penghormatan seorangsuami terhadap isteri."

Sumber dari : http://www.islam.gov.my/portal/pdf/Mahar.pdf




Aku memang 100% setuju, tetapan untuk mas kahwin ini dinaikkan. Merujuk kepada beberapa contoh dari kawan2 aku lah kan.. hantarannya sahaja sampai beribu raban. Macam nak terbeliak tgk hantaran sahaja. Padahal ianya tidak diwajibkan. Tapi bila sampai mas kahwin, cuma RM80. Dari situ dah nampak ketidak seimbangan pemberian antara adat dan juga kewajipan(bukan dalam rukun nikah ya..)...

Jadi aku rasa tindakan menetapkan Mas kahwin kepada Rm300 itu wajar. Dalam Facebook, ade sorang kawan aku...Kencana (bukan nama sebenar) mengutarakan isu, bahawa kenaikan mas kahwin akan menaikkan juga kadar hantaran. Bagi aku, ianya terpulang pada individu. Kenapa mesti naikkan hantaran?..Siapa yang menetapkan hantaran?. Hantaran tu wajib ke?

Jadi, tepuk dada tanya selera. Pilih bakal isteri yang memahami status kewangan anda. Jangan pilih yang pandang pada glamour.
Bakal isteri yang bagus akan pandang masa depan. Yang depan tu nak pakai duit jauh lebih banyak.

Aku bukan sekadar berkata. Memang sukar nak tukar menataliti org tua kita. Untuk mengurangkan kadar hantaran. Kadang2 boleh buat bergaduh. Tapi aku yakin, kita yang mencorak masa depan kita. Pertahankan apa yang anda rasa benar. Dalam masa yang sama sentiasa menilai keputusan yang kita DAH buat.

Aku berani cakap gini, sebab hantaran aku rendah je...hehheheheh......Walaupun mas kahwin aku tinggi (utk dalam Selangor key!).... tapi mak aku bijak, dia mintak kurangkan hantaran dan ebihkan pada mas kahwin...
So, mudah je jadinya.

Jadi renung2kanlah.. mas kahwin tu, hak isteri. Kat Kelantan, mas kahwin memang tak ditetapkan. Jadi itu adalah satu isu yang lain. bila tak ditetapkan, dia ada plak cara camner nak timbal balik berapa nilai mas kahwin. Di sana rata2nya mas kahwin mereka adalah RM 5,000. Tapi TIADA wang hantaran. Kalau yang tak mampu tu, boleh je nak bagi mas kahwin kurang.

So, renung2kan ya... Ada baik dan buruknya..tapi semuanay sebenarnya terletak pada kita..

3 comments:

Dearie Pearls said...

Hi Nik..
Pagi tadi terdengar isu ni kat HotFM..

Bukan hal besar kot..
Hehe..

Anonymous said...

bagus tak payah hantaran tp mas kawen kan

nilai mcm hantaran ler mcm kat kelantan tu

hehe

Queen said...

betul..kat kelantan mas kahwin tinggi..tapi hantaran ilek...
macam tuelah kita nak..bukan dgn menunjuk2 harta dunia...dgn cincin diamond, dgn emas serelung..

Related Posts with Thumbnails