Saturday, January 30, 2010

Teknik Malam Pertama

AMARAN!!! INI ENTRY BERBAUR LUCAH!!! HANYA UTK 18 TAHUN KE ATAS SAHAJA!!!


Melihat pada ayat tersebut, saya terus rasa nak pengsan. Nak gelak kuat-kuat pun ada. Sila refer gambar yang saya attach di bawah :



Perasan tak ada orang yang search pasal gambar teknik malam pertama. Oh Tidak. Harap maaf ya, ini adalah blog public. Malah mak saya pun baca blog ini. Adik-adik saya pun baca. Hubby saya pun baca. Mana mungkin ada entry-entry dengan genre sebegitu. Malah saya tak pernah terlintas untuk membuat entry dengan genre seperti di atas. Nak search di google pun tak tergamak. Walaupun saya dah kahwin. Langsung tak tergamak.

Geli geleman. Boleh buat saya muntah hijau kalau terlihat. Sekarang pun dah terasa mual perut ni.



SELAMAT HARI THAIPUSSAM UNTUK PENGANUT AGAMA HINDU!...




p/s : nak belek badan sendiri pun malu.....huhu

Friday, January 29, 2010

Cengkodot & Gym

Hari ni hari Jumaat yang indah. Kenapa? Sebab semalam saya dengan jayanya telah menyusahkan hubby.

Kesnya :
Saya tertidur kat ruang tamu. Penat sangat. Lepas balik dari rumah Kak Ayu, mandi, kemas dapur, prepare breakfast hari ni, lepas tu dah penat sangat. Tapi nak tidur, hubby belum nak tidur. Sibuk repair helikopter mainan dia yang dah berkarat dekat bahagian bateri. Jadinya konon semalam nak teman hubby la (padahal tak boleh nak tidur kalau takde hubby..ekekek..mengada-ngada). Sekali tidur lena tak ingat dunia. Sedar-sedar je pagi tadi dah dalam bilik siap selimut. Sian hubby...tak pasal-pasal kena dukung saya yang berat ni.


Jadi pagi-pagi tadi bangun dengan tangkas goreng cengkodot. Cengkodot campur bilis, kentang, bawang.
Buat lebih sikit untuk bekalkan hubby. Hari ni dia start join Gym dengan officemate dia si Azam. Jadinya kena bekalkan breakfast yang mencukupi supaya dia ada tenaga sampai petang nanti.



Tu sahaja update hari ni. Kerja banyak. Tapi Alhamdulillah. Ada kerja, ada lah rezeki untuk kami seharian.
Nak edit gambar lagi untuk photobook yang kami tempah.



p/s : semalam buat sandwich telur (mayonis + telur rebus + black pepper)...hubby kongsi makan dengan Bro J dan Azam....and hubby said ... "thanks sayang...seminggu nie direct sayang buatkan abg breakfast...thanks"....

Thursday, January 28, 2010

Case 39....sob..sob...nak baleeekkk

Semalam terkocoh-kocoh balik mengelakkan hujan. Maklumlah, semalam pergi kerja hubby hantar, naik motor. Hujan mengejar kami. Elak punya elak punya elak, kena juga hujan dekat atas bukit seksyen 19. Basah lenjun la...

Sampai rumah, Dzul request Benjo. Lapar sangat lah agaknya tu. Buat benjo 3 set, siap-siap, pergi tengok wayang. Ingat nak makan di luar je hari ni.

Kami pergi tengok cerita Case 39. Best..Horror... Tapi Dzul cakap cerita tu tak cukup seram. Sekarang definisi seram kami dah berbeza. Aku sampai menjerit. Tak pernah-pernah lah aku menjerit-jerit macam tu.




Cerita ini mengisahkan seorang pegawai Jabatan Kanak-kanak. Dia dapat case yang ke 39. Pasal seorang budak nama Emily. Budak ni menunjukkan tanda-tanda kemurungan melampau. jadi dia bertanggung jawab siasat.

Mula-mula ingatkan budak ni betul-betul kena dera. Tapi rupa-rupanya budak ini lah sebenarnya jelmaan syaitan. Jadi masa dia sedar budak ni jelmaan syaitan, dah terlambat. Sebab dia dah amik hak penjagaan budak tu. Jadi dia kena bertanggung jawab. Seorang demi seorang kawan rapat pegawai ni mati bunuh diri hanya dengan satu pangilan telefon dari Emily ni.

Emily menggunakan ketakutan yang ada dalam setiap manusia ni sebagai kekuatan dia. Jadi, kalau nak hapuskan dia, kene hapuskan ketakutan yang ada dalam diri dahulu.

Tapi macam biasalah, kesudahan cerita macam ni adalah syaitan tu dapat dihapuskan. Tapi tak tahu apa kesudahan pada heroin nya. Huhuhu...
Tapi cerita ni memang best sampai saya terjerit2.

Kalau sesiapa yang belum menonton dan peminat cerita seram-seram macam ni, cerita ini adlaah campuran One Miss Called, Orphan dan Friday 13.. Sekian. Sila lah menonton..


Dan juga disebabkan seronok menonton cerita Case 39, kami lupa nak pergi makan. Bila dah sampai rumah baru teringat. Jadinya semalam makan meggi sahajalah (tapi meggi pun special sebab dzul kan tak makan meggi biasa). Lepas makan mengecat rumah. tak tau pukul berapa Dzul tido. Sian dia.

Wednesday, January 27, 2010

Kami makan bangkai

Pernah dulu saya dengar ada seseorang kata, ikan itu adalah bangkai. Sebab? Sebab ikan tidak disembelih. Ianya mati terkapar-kapar di atas dek bot nelayan. Kekurangan oksigen. Hahahaha... Idea yang agak kreatif untuk mereka yang tidak gemarkan ikan barangkali. Tapi bagi saya yang suka makan ikan...'bangkai' itulah yang menyelerakan.

Permulaan hari yang baik adalah MAKAN IKAN. Bagi menyempurnakan azam tahun baru saya, hari ini saya menyediakan sarapan untuk hubby SANDWICH SARDIN... Makan di rumah dua set, empat set lagi saya bekalkan. Hubby makan pagi dalam kuantiti yang banyak. Saya tidak mahu sebelum jam 11 perutnya dah berbunyi minta di isi lagi.

Jadi, inilah sarapan kami pagi ini....




Alhamdulillah....hubby makin gemar saya bekalkan dia macam-macam untuk ke office. Nampaknya lepas ini kena beli tupperware yang lebih banyak untuk mengisi bekalan makanan. Sekarang, hubby pula yang excited bertanya menu sarapan esoknya apa. Syukur alhamdulillah. Mungkin kerana jika saya bekalkan makanan, makanya duit dalam kocek tak mengalir di office. Bukankah rezeki yang dikongsikan / dibelanjakan untuk keluarga jauh lebih berkat.... Alhamdulillah..


Agak-agaknya apa yang kamu semua makan untuk sarapan hari ini?






p/s : Mungkinkah saya rajin dua tiga hari ini kerana saya dah sampai masa mengangkat bendera jepun?.... Haih..minta2lah sindrom Rajin ini berterusan sampai bila-bila....Amiiiinnnnn

Tuesday, January 26, 2010

Virus terbalik

ǝǝɥɥǝɥǝɥǝ˙˙˙˙ʞıןɐqɹǝʇ ƃuɐʎ ʎɹʇuǝ uɐsıןnuǝd uɐƃuǝp ƃuıuǝd ʇıʞıpǝs ıuı ƃoןq ɐɔɐqɯǝd ıƃɐq ʞɐu ɐɾɐƃuǝs ɐʎɐs˙˙˙˙ǝɥǝɥǝɥǝɥǝ



pelik kan..ekekeke....jadi saya teringin nak berkongsi kaedahnya bersama semua.

tutorial pertama saya dalam blog ini setelah menulis sebanyak 316 entry. weee




Cara-caranya ialah :

1) Pergi ke link ini
2)Tulis ayat yang di inginkan ditulis secara terbalik di kotak hijau.
3)Salin perkataan yang sudah diterbalikkan dalam kotak pink
4)Tampalkan (paste) di new entry anda


Mudah bukan...

Selamat mencuba

Menyempurnakan Azam tahun baru!CHAIYOK!!!!

Kalau anda semua perasan, di bahagian bawah sebelah kiri blog aku ni ada azam tahun baru. Apa dia?
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
MENYEDIAKAN BREAKFAST!


Dimulakan dengan seminggu sekali, kemudian 3 kali seminggu dan seterus-seterusnya.

Sekarang aku tengah mencuba menyiapkan sarapan pagi dan bekal untuk 3 kali seminggu. Minggu lepas dah berjaya. Tapi mampukah aku mengekalkannya minggu ini?

Jadi, untuk permulaan (semalam tak sempat nak buat sarapan sementelahan kami berdua terlewat bangun..ekekeke) minggu ini, dipersembahkan.....


ROTI TELUR BUTTER


ROTI BAKAR (BUTTER AND STRAWBERY JAM FILLING)





Dan bekal tengahari pulak,


NASI PUTIH + SAMBAL BILIS TEMPE + TELUR DADAR + KELI GORENG


AKU PUNYA TANPA KELI GORENG..





Rasa puas dapat sediakan sarapan dan bekal untuk lunch hubby. Walaupun biasa-biasa sahaja, namun rasa puas sangat. Semoga ianya berterusan. Oh ya, pagi tadi minum air teh 'O' faveret hubby, manis sedikit dari biasa. Ter kocoh-kocoh dah masa letak gula.

Monday, January 25, 2010

Adab sopan sebagai opismate

Aku nie bukanlah manusia tahu adab sangat..Selalu jer kurang hajor. Tapi aku rasa takat yang common2 tu aku retilah jugak.

Ade ke...adab sopan paling basic pun tak tau..Tau tak pe dia?..



ADAB SOPAN 1

Kalau makan dalam opis tuh, tolongla jangan makan berbunyik2. Orang yang duk sebelah pun tak selesa. Kalau ade partition antara sesama korang (cubical) ok lah jugak. Nie duk sebelah2..tolonglah respect. Jangan makan sampai berdecap2. Cup cap..cup cap... Org lain pun makan jugak..tadelah berdecap begitu sekali.. Sikit2 takpe... Kalau makan buah lagi Ya Allah Ya Rabbi. Berdecap macam hape. Nasib baik ko lelaki..kalau pompuan..mesti dah tak laku... Dah masuk bertahun..tetap makan berdecap2.





ADAB SOPAN 2

Kalau tekan keyboard tu..tak payahlah sampai terhentak2 meja. Nak mengamuk ke, nak tunjuk rajin ker...hape ke...Tak payah jadikan keyboard tu mangsa. kalau ko nak buat kat rumah okla... Nie kat opis. Pastu plak kau share meja dengan org lain. Dah bergegar2 meja member tu sekali kan.... Bukan ko sorang je nak hidup tenang.





ADAB SOPAN 3

Kalau orang dah susun recysle paper tuh, jangan la ko gi sepah2kan. org tu buat pun sebab ikhlas. Tak tahan tgk recycle paper bersepah2. Kalau dah 2 3 bulan kemas, baru giler bersepah ok la.. Nie member tu baru jer kemas 5 minit, ko org pertama guna recycle paper tu lepas kemas... Dah tu ko sepah2kan pulak. Kot ye pun itu benda public, sopanlah sikit. recyle paper tu dah masuk kawasan org tuh....




ADAB SOPAN 4


Masih bab recycle paper...kalau dah tahu ko dah guna recycle paper tu depan belakang..tolong lah jangan letak balik kat recycle paper tuh.... Nie tak..org lain plak jadi kuli ko tolong asing2kan paper dah guna dengan yang boleh guna lagik. Kan dah susah org tuh.. gaji tak naik jugak..





Marilah kita sama2 beradab sopan... mekasih!

Hadiah utk rakan blogger

Tgk statistic last week.. Alhamdulillah..ada pertambahan pada nuffnang...mekasih pada yang mengklik2 tu kan..
Lepas tu rasa teruja tgk statistic last week. Sebenarnya dah perasan banyak minggu dah. Blogger nie mengungguli carta utk jumlah hits. Berapa tu tak payah la reveal..cukup dengan perbezaan yang banyak itu.


Mari kita tgk carta nieyh sama2....



ya..dan pemenangnya ialah.....Kak eynda......so, nak mintak kak eynda emailkan alamat, supaya saya dapat bagi hadiah pada kak eynda.. hadiah tak seberapa, tapi ikhlas utk pemberi hits terbanyak blog saya...




p/s : sapa tahu camner sebenarnya add nanang berfungsi?..kenapa pada kebanyakan masa dia cuma tido... dan kenapa sesetangah blog, nanang tak tido pun..most of the time ade..sape boleh bantu?

Friday, January 22, 2010

Tentera Merempuh Masuk GIANT Kelana Jaya

Tentera Merempuh Masuk GIANT Kelana Jaya





PETALING JAYA: Seorang tentera negara Pasir Bedengung
telah merempuh masuk ke dalam pasaraya Giant, Kelana Jaya lewat malam dua minggu sudah. Tentera berkenaan yang kelihatan gumut telah memakan orang dan kanak-kanak yang bermain-main di sana.
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*



Ikikiki.....dah tak boleh tahan gelak...nie ada satu lagi...




Sekian melaporkan untuk berita Desire Queen.

Mekaseeyyyy

Ditulis oleh :
Budak hitam kepala Senget


p/s : aku memang dah tak boleh tahan gelak guling2 dah nieyh...kepada CIK - bukan mah sorang jer Gila..Dzul pun Gila...ekekekekkekeke..w.akakakkakakkaka

Kenapa mesti kita makan?



Ok, hari nieyh aku busy yang amat...blogwalking dah habis dah ke blog kengkawan..yang mana ada entry terbaru tu aku dah jalan dah..tapi mintak hampun mintak mahap hari nie aku busy gilos. Technical Report nieyh nak kene siap hari nieyh..

Dah pasal aku main facebook banyak sangat semalam..hari nie aku dah jadi gilo

Dan2 perot lapor...Kenala makan..kalau tak pikiran melayang ke arah KFC, Mcd dan sewaktu dengannya...


Nanti aku buat kunjungan balik dan meninggalkan komen ye kawan2..mekaseey!

Thursday, January 21, 2010

TERGEMPAR!! Budak Hitam kepala senget dijumpai di Damansara

Ha...tajuk entry kene gempar..nie pada sesape yang dah request nak tgk muke budak itam....TADAAA...inilah haku....budak itam.

Haritu gamaknya pakai baju pink...lagilah contrast itam tu kan....ekekekkee





Ni muka lepas dzul tegor "Ewah..canteknya muka..."...ekekekkeke...baru tau ke bini abang nieyh santek....santek la sangat...




OK..sekian entry merapu dari budak hitam kepala senget



p/s : abaikan latar belakang yang tak senonoh tu eh....dah tentu aku dalam bilik menggosok...ekekkeke






UPDATE!!!!



ala...lupe plak nak letak gambar sebelum..tengok2....ini gambar saya dalam bulan 12...ujung bulan 12...cerah tau!..walaupun tekstur kulit kurang memuaskan..tapi saya cerah...ekekekkeke....(cerah la sikit berbanding skang nieyh..huhu)


Wednesday, January 20, 2010

Jadual Kehamilan

Haip..haip..saya belum preggy....

Tapi semalam hubby baca blog nieyh...ekekekke....segan la pulak....

So, semalam adalah sesi men susun kembali jadual hutang piutang, jadual cuti sampai hujung tahun (opis hubby kene tanda awal tahun kat mana nak cuti..bongok kan?)

Pastu adalah dah sampai dalam bulan 9 kot.... dia kata..ok, kat sini, ahli keluarga tambah lagi sorang.....WHAT????
Oh no..aku belum ready..tapi dalam hati berbunga riang... sape tak nak kan...tapi yela...dah ready ke aku nieyh..ikikikikiki....



Dulu masa awal2 kawen, hubby de kata...nanti bila dia dah ready nak tambah ahli keluarga, dia akan berhenti dgn tabiat buruk dia tuh...(keep it secret la)
Dan semalam masa iron baju, saje je hubby highlight kan yang die dah kurang wat tabiat buruk tuh....pastu bila aku kenang2 balik...HA'AH la....dah kurang.....tapi tak pastilah samada betul2 nak kurang ataupun sebab ada faktor2 lain kan...



Jadinya sekarang kita tunggu dan lihat jerla....



Agak2nya anak aku nanti ada tak rambut curly macam nie macam bapak dia....

credit to picture owner


Ataupun rambut wavy macam nie, macam aku nyer?

sorry terpadam sudah web dia..



Yang pasti mengikut perkadaran scientific, anak kami insyaAllah..jika di izinkan Allah...akan bermata coklat macam ayah dan ibunya...
Sebab mata hubby memang completely HAZEL...
dan mata aku DARK BROWN.....

ekekekekkeke...berangan jer....yang pasti semuanya ketentuan TUHAN...insyaAllah..doakan sahaja yang terbaik...

Org berbudi kita tak paham bahasa




Saya pernah terbaca dekat banyak gak la blog.... Pasal follower.. Pasal viewer.. Ada yang merungut. Follower ramai..tapi tak ramai viewer. Balik2 muka sama. Balik2 orang sama.

Ada yang tak berkenan dengan Silent readers. Katanya "tinggalkanlah komen walau sedikit, kat shoutbox ker...baru la owner blog akan melawat.."

Ada yang dengan bangga kata dia tak follow banyak blog, buat apa nak follow kalau dia tak nak mengikuti. Tapi katanya juga.... Kalau org datang bertandang dekat rumah dia, pastinya ada kunjungan balik. Dan dia juga mengharap ramai yang view dengan usahanya untuk menarik ramai viewer.


Entahla...orang macam2. Pendapat masing2. Kata org, rambut sama hitam..hati lain2...
Aku sendiri sebenarnya kurang ambil pusing benda2 gini. tapi yelah...asyik jadi silent readers di blog org, jarang2 aku komen. Sejak keluar entry2 pasal perkara di atas nieyh..aku muhasabah la diri.
Lagipun..tak syok la tulis sensorang jerkan..nak jugak feedback dari pembaca. Jadi start la rajin meninggalkan komen. Termasuklah kat tuan punya entry perkara di atas nieyh kan... Mengikuti segala tips2 yang diberikan oleh otai2 blogger.

But still...NO feedback. Cuma dari kawan2 rapat. Bukanlah nak kisah kan..Itu pun sebenarnya dah syukur banyak2 sebab ada feedback dari kawan rapat untuk entry merapu2 macam tu kan..ekekekekeke.

Tapi jadi sedikit rasa dangkal (tak tau perkataan nie sesuai ke tak digunakan utk merujuk perasaan aku) kerana still owner blog yang bergebang sakan tu, yang selalu aku singgah dan selalu aku tinggalkan komen tu, tak ade pun bayang dan rupanya...hurmm...


Pelik bukan..orang bebas berkata apa2 pun. Tapi kebenaran akan terserlah..




p/s : aku tak kesah kalau ramai yang jadi silent readers.. Tapi kalau ada feedback itu rasa lebih bersemangat... Mekasih untuk pengunjung setia blog aku...dan juga pengomen setia..Aku rasa nak buat contest pasal tue lah..


Tuesday, January 19, 2010

Spread The Love Contest







Term & Condition:


1) Peserta haruslah mempunyai blog - http://desirequeen.blogspot.com...


2) copy banner di atas dan letakkan di side bar blog anda...dan link kan kepada... http://iqafilovebuggy.blogspot.com/2010/01/spread-love-contest.html - DONE!


3) jadi follower blog saya. - DONE!

4) jadi follower blogshop saya. http://spreaddlove.blogspot.com (bermakna..anda perlu menjadi follower..2 buah blog..hehe) - DONE!


5) buat entry bertajuk Spread The Love Contest - DONE!

6) dalam entry anda..haruslah ada banner di atas..linkkan pada.. http://iqafilovebuggy.blogspot.com/2010/01/spread-love-contest.html - DONE!


7) sila tunjukkan 1 gambar anda yg menunjukkan kasih sayang..tk kire la gmbar couple.,suami isteri,kawan2,anak n ibu..anak n ayah..adik beradik..asalkan menunjukkan kasih sayang.(ingat..1 gambar sahaja!)



8) tinggalkan link entry anda di comment box entry ini.


9) pemenang akan menerima 1 set couple tee dari blogshop saya dan 1 hadiah misteri. Anda boleh memilih design n size yg anda suke. (berapa org pemenang akan diumumkan kemudian) - DONE!

10) dan last skali..jemput la clik nuff sy skali..haha - also DONE! Xpax key dear!


11) tarikh tutup penyertaan adalah pada 12.00pm - 1 feb 2010




GAMBAR YANG DIPERTARUHKAN......




mustilah gambor wedding...ini gambar candid..kitorang pun tak tau bile photog amik...sebab dukung2 tu kejap je...aku kan berat..tak larat lki aku..ekekkeke...tapi aku sangat suka gambor nie sebab nampak sangat real...how we looks like in the real world....


ade satu lagi gambor nak dipertaruhkan, lagi sweet..itu gambor masa couple...tapi boleh taruk satu jer....huhu


harap dapatla menang..tak pernah lagik menang contest nieyh..huhu

Monday, January 18, 2010

Budak hitam dan entry pendek




Situasi 1
Mama : "Apsal hitam sangat ko nie?"

Aku : "Ehehehe..entahla mama"


Situasi 2
Hubby : "Hitamnya sayang..."

Aku : "Cess..macam la dia tak hitam"


Ya...saya dah jadi budak hitam. Hanya lepas berjalan di pantai tak sampai 2 jam dan ber'snokelling' tak sampai dua jam....Saya dah jadi budak hitam... Walaupun dah pakai sunscreen...huhuhuhu...


Pagi tadi masa bersiap......

"Yang...pukul berapa Pak Isme nak jemput kita?"

"Pukul 9.."
layan kan je...


"Hari nie kita nak melawat ke mana?"

"Opis..."...

Dey...kanda..kita dah sampai Malaysia lah..huhuhu..jangan dikenang lagi tempat honeymoon itu...

Banyak benda nak share...pelan2.... Hari nie masih dalam mood honeymoon.
Tapi ada entry yang sebelum pergi honeymoon itu untuk disentuh sikit. Ala...entry anak tu...

Sila lah baca dan fahami hingga habis.... Baru letak comment.. Banyak comment2 yang saya tak paham kaitannya dengan entry saya....

Hurm...org punya pendapat yang berbeza. Cuma nak ditekankan....saya SANGAT MENGINGINKAN ANAK. Dan saya tak nak anak dirasakan sebagai satu bebanan seperti beberapa pasangan yang lain.. Mekasih....





p/s : kembali berhoneymoon....ZZZzzzzzzZZZZzzzzZZZ


Friday, January 15, 2010

Turki will be our next honeymoon...yeay!

Next place yang aku and hubby akan pergi...Turki!...

Aku tak berapa excited, sebab aku suka berjimba2. Jadi tak kesah mana2. Tapi hubby suka culture and history. Dan aku cuma teringin nak tgk Hagia Sofea (ini belajar dulu nieyh..ekekeke)...

Turki penuh dgn Sejarah Islam. Pemandangan pun superb. Dan aku tak tau ape die dah racun mak aku, sampai semalam mak aku pun excited nak ke Turki.

Tapi aku yang memang kaki jalan nieyh sengih jela,.... Bestnya Turkey... Layan pic jela dulu.



















p/s : Turki jadi lebih best sebab bab makan2 tak le risau sangat.

Thursday, January 14, 2010

Duit masuk dgn deras ke akaun aku..Duit masyuukk dgn hanya berbogging,macam mana?



ha..di sini aku nak share la satu tips, macam mana nak buat duit masuk berkepuk2 ke dalam akaun kita.
Ha..ini bukan tips untuk join MLM ke...ape ke... bukan juga SPAM atau SCAM...ataupun SPM...ehhee

ini saje nak berkongsi tips untuk rakan2 blogger, macam mana nak buat duit masuk sambil kita berblogging...

Caranya mudah sahaja....

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*



Aku pun tak ade tips nieyh..kalau ada dah lama aku kaya..

Dah..dah .pergi buat kerja....




p/s : masih berbulan madu...weeeeee..dah tentulah ini auto publish kan....saja nak tgk naik tak hits bagi entry ini seperti ada sorang blogger tu katakan...ehehehhe

Wednesday, January 13, 2010

Secret admire husband saya????




Ini tidak boleh jadi..ade secret admire husband saya kah?

Search nama huband saya lagik...owh..siapakah yang search itu?
Harap2 dia search nama yang sama tapi org yang lain. Kalau setakat nak check apa kehidupan saya dan husband..dok usahlah..kami bahagia... Tak payah nak menyebok.. Bukan nak jeles tak tentu pasal... Tapi ada lah orang2 yang suka nak menyebok pasal saya dan husband. Mana kitorang pergi. Apa kitorang buat. Apa kitorang beli.. Hey..menyibuk sungguh.


Pastu ada plak yang search pasal Skandal. Apa itu skandal...
Waaaah...jangan.. nanti ade plak yang meroyan dengar perkataan skandal mendel nieyh. Kang payah plak.
Maklumlah. Sekarang nieyh banyak plak spesis skandal yang tak dapat ditangani.
Pastu skang maksud dia dah lain2 hokeh. Boleh definisikan ikut sendiri punya rasa. Siap boleh taruk penambah perisa lagik. Pastu meroyan sendiri2.


ehehehe.......jangan cari husband saya.,.. dia tak ada skandal terbaru. Lama2 ade la... Ala..zaman budak2 hingusan. Jangan di bawa bila dah konon nak jadi matang.....




p/s : ini entry auto published..saya kan tengah memanjakan diri dgn hubby ber bulan madu.... Bukan BERMADU!.....kikiki

Tuesday, January 12, 2010

Honeymoon!!!!



Hye semua..of coz la nie adalah scheduled post sebabnya, by this time kami dah on the way untuk Honeymoon....yeay!!!!

Flight will be on 2040hours. KLIA of coz.

So, doakan perjalanan kami selamat dan lancar dan kami dijauhkan dari segala penyakit dan mala petaka sepanjang honeymoon kami...amiiin....

Lokasi honeymoon?..dirahsiakan sebentar... Ala..dekat2 sajor...tapi lama... 5 days 4 nights...hoorey!....
Betul2 nak rest... Kalau boleh beronline di sana..maka adalah entry2 terus dari ladang....Kalau tidak..blog ini akan bersawang sikit. Tapi harap2 rakan blogger sudi singgah2 klik2 pada nanang dan menyapu serba sedikit sawang yang ada..ehehehhe

Nanti kan entry2 Dzul and NIk untuk honeymoon nieyh..yeay yeay....


eryn..untuk ko akan ada fridge magnet khas dari sana...
dan untuk blogger2 lain..akan ada contest untuk kamu... hadiah?rahsia....tapi budget dah ada untuk beli souvenier utk kamu...tak sabar nya rasa!


bye2....salam semua.......xoxo

Maxi dress FAST SALE!!

Ini Sticky Mode Entry...scroll untuk new entry..mekasih!



Datang lagi Fast Sale. Kali ini Maxi Strap Dress. Grab it while stock last!!

Sale price : RM45 only!!
Retail Price : RM65

Fit S-L, adjustable height.
Kain cotton sejuk...Tak jarang.
Suit with inner or cardigan.



**exclude postage. COD is available.
please PM me or email at nikhakimah@yahoo.com for detail!






Warna - Purple Pink
1) Available - book for sofea
2) Available SOLD!!




Warna - Sweet Blue
1) Available
2) Available - booked for suhana








Warna - Multi colours
1) Available - book for emy
2) Available SOLD!!



Cepat2, sape cepat dia dapat. Boleh COD. exclude postage

Hubungi saya melalui email, sms, call seperti di bawah

NIK - nikhakimah@yahoo.com
0123857747

Monday, January 11, 2010

Anak satu bebanan?


Setiap pasangan yang dah berkahwin rasanya menginginkan seorang anak...Untuk penyeri alam rumah tangga. Untuk menjadi pengikat hubungan kasih sayang yang sedia terjalin antara ibu dan ayah....

Ada pasangan yang merancang... 6 bulan... 12 bulan...2 tahun... 3 tahun..



Ada yang langsung tak nak anak.. Dapat anak digugurkan. Di buang2.. (nauzubillah..takmo la gini)





Ada yang tak merancang langsung... Ikut rezeki Tuhan bagi. Alhamdulillah... 2 3 bulan kahwin dah preggy. Comel2 anaknya..





Ada jugak yang tak merancang langsung... Malah berusaha bersungguh2 untuk dapatkan anak. 2 3 tahun kahwin belum dapat anak. Hampa...

Tapi semuanya itu sebenarnya rezeki tuhan yang bagi. Kita manusia merancang.. Tuhan yang menentukan...

Macam mana rancang pun..akan dapat jugak anak kalau dah tuhan tu kata "kun fa ya kun"....


Anak ini sepatutnya jadi sesuatu yang membahagiakan. Penyeri rumah tangga. Tak semestinya bila berkahwin jer terus nak ada anak. Terus nak kene ada baby. Bayangkan kalau pasangan tu tak bersedia lagi. Masih muda dalam mendidik anak-anak. Masih banyak keputusan yang kritikal tak boleh dibuat. Macam mana gayanya kalau kelak mempunyai anak?


Aku dan Febby ada pernah berbincang soal ini. Kami masing2 merancang kelahiran anak.
Bagi aku.. aku nak anak aku nanti dilahirkan dalam suasana harmoni. Kehidupan yang stabil dan terjamin. Dan yang paling penting sekali, aku tak nak kelak, bila anak itu dilahirkan, aku merasakan ianya satau BEBANAN!. Anak tak sepatutnya dirasakan sebagai satu bebanan. Sepatutnya anak menjadi hadiah yang paling berharga. Yang tidak dapat dinilaikan dgn apa jua.

Tapi bila ibu bapa tidak bersedia, maka anak itu akan dirasakan sebagai satu bebanan. Itu yang kadang terkeluar dari mulut ibu bapa,

"apalah engkau nie menyusahkan, tiap 1 jam nak berak, 1 jam nak kencing"
"bodohlah engkau nie.benda kecik macam tu pun tak tau"
"hey, jgn main kotor..budak bodoh"

kadang kita tak rasa apa-apa. Tapi anak itu memahami. Kelak hatinya dari kecik dijeruk2 rasa. Dan ada juga ibu bapa yang membuang anak-anak yang dilahirkan. Kerana merasakan ianya satu bebanan. Anak yang comel2, yang putih bersih jiwanya di dera. Di dera mental dan fizikal.





Aku tidak mahu walau sedikit pun anak2 aku di perlakukan begitu samada sedar atau tidak.

Tuhan sahaja yang tahu betapa aku dan suami mengharapkan ada anak. lagi2 hubby "kidslover". Dia kalau jumpa mana2 budak pun boleh terus baik. Bergurau senda. Anak2 buah tu, dalam seminggu, 3 4 kali jumpa semata2 nak bermain2. Ya, kami berdua memang menginginkan anak. Tapi ramai yang salah sangka.
Kata meraka,

kami tidak percaya kuasa tuhan.

Kami tidak percaya rezeki yang tuhan bagi.

Kami membina rumah tangga bukan atas landasan dan niat yang betul (untuk mengembangkan zuriat).


Dan banyak lagi


Tahukah kamu

Kami menyayangi anak2 kami sebelum mereka berada dalam alam rahim lagi


Kami ingin kan persekitaran yang sesuai, yang bersih, yang sihat untuk anak2 kami (bukan duduk dirumah low cost yang kotor)



Kami ingin menitipkan kasih sayang yang tak berbelah bagi untuk mereka walaupun mereka belum wujud lagi.




Kami sedih dan kasihan bila mana ada anak2 yang dibawa berembun keluar outing di tempat sesak seperti Uptown.

Kami marah pada ibu bapa yang membawa anak keluar ke tempat panas dan sesak semata2 nak berjimba dan berhoyeah2 seperti di Sogo, Jalan TAR.

Kami cuma menginginkan persekitaran yang selesa. Menghadiahkan anak2 kami ibu bapa yang matang dan serius dalam mendidik anak2. Melimpahi mereka dgn kasih sayang dan tumpuan speenuhnya.. Bukannya masih berjimba macam zaman bujang yang tak pernah sudah. Tangan kanan pegang baby, tangan kiri duk sibuk berebut nak rebutkan sale2 yang ade.

Aku sedar, dalam keadaan sekarang, balik kerja jam 6, paling awal sampai rumah jam 7 malam. mana nak masak, nak mengemas. Basuh kain baju. Takut kelak anak2 tak terlayan. Makan minumnya, Pelajarannya. KASIH SAYANG nya. Aku tak nak anak2 aku kelak membesar dgn didikan dari seorang bibik. Kasih sayang dari seorang bibik. Tidak. Jadi, untuk aku melepaskan kerja aku sekarang, aku rela bersusah payah. Stabilkan ekonomi keluarga. Kemudian berehat (kerja yang simple2) dan menumpukan speenuhnya untuk anak2.

Perancangan kami mungkin kami kata 2 3 tahun. tapi kita kan merancang, Tuhan yang menetukan. Mana tahu esok lusa tuhan mengubah hati kami. Mematangkan fikiran kami. Memantapkan iman kami dan membuat kami rasa bersedia untuk menimang harta yang paling berharga dalam dunia...

ANAK....






p/s : Aku ingin jadi seorang ibu yang terbaik seperti mana ibu ku mencuba jadi yang terbaik pada anak2 nya setiap hari.. LuV u Cik......




Thursday, January 7, 2010

Mengumumkan pemenang viewer ke 711!!



ye...dah ada pemenang...cepat kan....ahahahha..pasnie aku nak buat susah sikitla..based on unique visitor ke....ehehhehe....

tapi oklah..hadiah pun kecik jer..buat susah2 kang tak berbaloi plak...

pemenangnya ialah.... AIREEN






die dapat naikkan counter tu dalam masa 2 jam je aku rasa...ahahhaha..gila gigih..memang she deserve that prize la.......siap sanggup skip lunchie...tapi sorry la dear..hadiah kecik je..untuk permulaan ok lah...

malam nie try upload gambar hadiahnya...tapi aireen dah tau dah..mana taknya..sungguh2 dia siap call lagik.terkojut den.......

anyway aireennnn...CONGRATZ!!!!!!



p/s : pada blogger lain jangan sedey key!...peruntukan untuk hadiah selepas balik honeymoon dah ada....Ole2 dari honeymoon khas untuk anda!!....yeay!




UPDATE!!!!!





Inilah hadiahnya...isi dalam?..biarlah pemenangnya sahaja yang reveal...

Berjaya buat VIP Dinner..Yeay!

Owh..saya bukan buat VIP dinner yang betul2..tapi dalam Cafe World....
Inilah rupanya di dalam VIP servings tu..ehehehe



Wednesday, January 6, 2010

berkongsi nescaffe dengan lipas



Lipas opis aku nie memang memilih..pasang perangkap, taruk makanan ikan yang biji2 tu tak makan. Yang dimakan cuma roti..milo..dan nescaffe...dan makanan2 lain yang sedap termasuk sambal aku..nasi aku...

Dulu sekali sambal aku, panas2, takkan nak tutup tupperware tu..basi plak..tinggal jap je..balik2 tgk lipas dah menari2 dalam tu

Hari nie..pagi2 nak buat nescaffe, air dalam boiler dah habis..tgh boil...lamabt nak tunggu..
Tapi nescaffe dah tuang dalam cawan.

Tinggal jap je... Sekali tadi masa bubuh air panas terperasan ade warna lain sikit dalam mug. Tapi teruskan jugak bubuh air panas...

Pastu godek2 sikit, tetap tak kelihatan...Masa nak di acukan ke mulut..... Bling!..... elok jer terapung kat permukaan air tu...

YUCKS!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Alahai lipas..spoil bfast aku hari nie..nasib baik bawak nescaffe extra..hampes betul ko nie lipas....


picture credit to : http://alamhanan.blogspot.com/2009_05_01_archive.html




p/s : agaknya kalau aku tak perasan, pasti aku dah minum air nescaffe lipas....erk.....alahai lipas
Related Posts with Thumbnails