Monday, January 11, 2010

Anak satu bebanan?


Setiap pasangan yang dah berkahwin rasanya menginginkan seorang anak...Untuk penyeri alam rumah tangga. Untuk menjadi pengikat hubungan kasih sayang yang sedia terjalin antara ibu dan ayah....

Ada pasangan yang merancang... 6 bulan... 12 bulan...2 tahun... 3 tahun..



Ada yang langsung tak nak anak.. Dapat anak digugurkan. Di buang2.. (nauzubillah..takmo la gini)





Ada yang tak merancang langsung... Ikut rezeki Tuhan bagi. Alhamdulillah... 2 3 bulan kahwin dah preggy. Comel2 anaknya..





Ada jugak yang tak merancang langsung... Malah berusaha bersungguh2 untuk dapatkan anak. 2 3 tahun kahwin belum dapat anak. Hampa...

Tapi semuanya itu sebenarnya rezeki tuhan yang bagi. Kita manusia merancang.. Tuhan yang menentukan...

Macam mana rancang pun..akan dapat jugak anak kalau dah tuhan tu kata "kun fa ya kun"....


Anak ini sepatutnya jadi sesuatu yang membahagiakan. Penyeri rumah tangga. Tak semestinya bila berkahwin jer terus nak ada anak. Terus nak kene ada baby. Bayangkan kalau pasangan tu tak bersedia lagi. Masih muda dalam mendidik anak-anak. Masih banyak keputusan yang kritikal tak boleh dibuat. Macam mana gayanya kalau kelak mempunyai anak?


Aku dan Febby ada pernah berbincang soal ini. Kami masing2 merancang kelahiran anak.
Bagi aku.. aku nak anak aku nanti dilahirkan dalam suasana harmoni. Kehidupan yang stabil dan terjamin. Dan yang paling penting sekali, aku tak nak kelak, bila anak itu dilahirkan, aku merasakan ianya satau BEBANAN!. Anak tak sepatutnya dirasakan sebagai satu bebanan. Sepatutnya anak menjadi hadiah yang paling berharga. Yang tidak dapat dinilaikan dgn apa jua.

Tapi bila ibu bapa tidak bersedia, maka anak itu akan dirasakan sebagai satu bebanan. Itu yang kadang terkeluar dari mulut ibu bapa,

"apalah engkau nie menyusahkan, tiap 1 jam nak berak, 1 jam nak kencing"
"bodohlah engkau nie.benda kecik macam tu pun tak tau"
"hey, jgn main kotor..budak bodoh"

kadang kita tak rasa apa-apa. Tapi anak itu memahami. Kelak hatinya dari kecik dijeruk2 rasa. Dan ada juga ibu bapa yang membuang anak-anak yang dilahirkan. Kerana merasakan ianya satu bebanan. Anak yang comel2, yang putih bersih jiwanya di dera. Di dera mental dan fizikal.





Aku tidak mahu walau sedikit pun anak2 aku di perlakukan begitu samada sedar atau tidak.

Tuhan sahaja yang tahu betapa aku dan suami mengharapkan ada anak. lagi2 hubby "kidslover". Dia kalau jumpa mana2 budak pun boleh terus baik. Bergurau senda. Anak2 buah tu, dalam seminggu, 3 4 kali jumpa semata2 nak bermain2. Ya, kami berdua memang menginginkan anak. Tapi ramai yang salah sangka.
Kata meraka,

kami tidak percaya kuasa tuhan.

Kami tidak percaya rezeki yang tuhan bagi.

Kami membina rumah tangga bukan atas landasan dan niat yang betul (untuk mengembangkan zuriat).


Dan banyak lagi


Tahukah kamu

Kami menyayangi anak2 kami sebelum mereka berada dalam alam rahim lagi


Kami ingin kan persekitaran yang sesuai, yang bersih, yang sihat untuk anak2 kami (bukan duduk dirumah low cost yang kotor)



Kami ingin menitipkan kasih sayang yang tak berbelah bagi untuk mereka walaupun mereka belum wujud lagi.




Kami sedih dan kasihan bila mana ada anak2 yang dibawa berembun keluar outing di tempat sesak seperti Uptown.

Kami marah pada ibu bapa yang membawa anak keluar ke tempat panas dan sesak semata2 nak berjimba dan berhoyeah2 seperti di Sogo, Jalan TAR.

Kami cuma menginginkan persekitaran yang selesa. Menghadiahkan anak2 kami ibu bapa yang matang dan serius dalam mendidik anak2. Melimpahi mereka dgn kasih sayang dan tumpuan speenuhnya.. Bukannya masih berjimba macam zaman bujang yang tak pernah sudah. Tangan kanan pegang baby, tangan kiri duk sibuk berebut nak rebutkan sale2 yang ade.

Aku sedar, dalam keadaan sekarang, balik kerja jam 6, paling awal sampai rumah jam 7 malam. mana nak masak, nak mengemas. Basuh kain baju. Takut kelak anak2 tak terlayan. Makan minumnya, Pelajarannya. KASIH SAYANG nya. Aku tak nak anak2 aku kelak membesar dgn didikan dari seorang bibik. Kasih sayang dari seorang bibik. Tidak. Jadi, untuk aku melepaskan kerja aku sekarang, aku rela bersusah payah. Stabilkan ekonomi keluarga. Kemudian berehat (kerja yang simple2) dan menumpukan speenuhnya untuk anak2.

Perancangan kami mungkin kami kata 2 3 tahun. tapi kita kan merancang, Tuhan yang menetukan. Mana tahu esok lusa tuhan mengubah hati kami. Mematangkan fikiran kami. Memantapkan iman kami dan membuat kami rasa bersedia untuk menimang harta yang paling berharga dalam dunia...

ANAK....






p/s : Aku ingin jadi seorang ibu yang terbaik seperti mana ibu ku mencuba jadi yang terbaik pada anak2 nya setiap hari.. LuV u Cik......




11 comments:

JMR said...

anak adalah anugerah illahi. juga sbg rezki utk pasangan..jagalah anak dgn ilmu dunia & akhirat..:-)

fazemy said...

Artikel terbaekkkkkkkkkkkk Nik! Akak suka.

Akak dulu pun merancang. Merancang 2 tahun. Then last year tak merancang dah sbb rasa dah bersedia nak dpt anak. Tp itulah balasan Allah..bila nak tak dpt pulak kan. Padanla dgn muka. Org kata tak elok kita tahan2 ni. Eloknya kawin tros dpt anak dulu. Then dh dpt sorg baru blh nak rancang.

Akak byk terbaca tentang diorg rancang anak 1st then tros tak dpt2. takut gak jadi kes mcm tu. Tp skrg ni akak tak fikir sgt. Sbb percaya blom rezeki akak lg. Tp itulah tak tahan soklan org ni. Bila naka da anak..bila nak ada anak. Lempang kang. Lbh sadis klw diorg bandingkan dgn org sekian2 baru je kawin dh ada anak..ko dh lama tak dpt2 anak.

Btw akak plan dulu sbb kitorg tak duduk skali. Husband akak balik weekend je. Akak yg nak fokus kerjaya tak nak ikut dia dulu. Masa tu kitorg tak stabil lg. Then skrg ni bisnes husband akak pun dah ok. Kitorg pun dah mampu insyaAllah. Tu akak plan tahun ni nak benti keje ikut dia. Then make it the baby. hehehe.

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

kita hanya merancang dan Allah menentukan. Itu ayat terbaik kRina rasa.


bg yg pernah lalui;

sebelum dan setelah mempunyai anak.

mempunyai maid dan kini tidak.

seorang anak dan kini tiga.

betapa 'branded' nya barang yang dibeli untuk sendiri dulu berbanding sekarang.



jadi; jangan berjanji sebelum masanya.

apa yang penting; keluarga bahagia tanpa perlu meminta-minta.

Queen said...

kak rina,

bukan berjanji. Saya mention INGIN.
Itu impian kami. Nak mencapai impian adalah dengan berusaha dan berkorban. Korbankan impian sendiri untuk mempunyai anak dalam masa terdekat nie dan berusaha untuk memberikan mereka terbaik.

Kalau makan sendiri pun bercatu, macam mana kelak ada anak2? Tak sampai hati.

Queen said...

kak rina,

bukan berjanji. Saya mention INGIN.
Itu impian kami. Nak mencapai impian adalah dengan berusaha dan berkorban. Korbankan impian sendiri untuk mempunyai anak dalam masa terdekat nie dan berusaha untuk memberikan mereka terbaik.

Kalau makan sendiri pun bercatu, macam mana kelak ada anak2? Tak sampai hati.

puan punyer said...

Anak itu hadiah dan amanah. Tiada manusia yang perfect, semua kita sentiasa berusaha menjadi yang terbaik. Tiada janji masa bila kita bersedia atau tidak. Ianya seperti naluri automatik apabila permata hati di depan mata... no sweat darling...

Queen said...
This comment has been removed by the author.
Watierman said...

Salam Dik Nik...TQ sudi follow blog Akak...and your article is sure an interesting one that made me feel leaving a thought to share...but it's definitely...my own thoughts okay...
Anak...based on my own experience...first born...anugerah yg diberi Allah selepas diijab qhabulkan...memang hidup agak kesempitan...tambahan di rantauan...tapi setiap anak ada rezekinya masing2....yg kedua menyusul 3 tahun kemudian...and I never took any pills tau!!...masih lagi bergaji kecil...tak berkereta...tapi punya rumah kampung yg sederhana...but we manage to build up...with lots of LOVE to share...& JANGAN jadikan wang ringgit punca pergaduhan....itu sebab Akak terbiasa bangun masak seawal jam 5 pagi dari dulu lagi...
janji makan minum dijaga...infact akak dah biasa masakkan moi untuk baby akak sebelum akak ke pejabat, at times akak balik for lunch just to breast feed of spoon feed them.Masa akak tak ada maid..I leave them with my MIL...bila ada maid...still Akak yg masak maid tolong jaga anak masa akak gi kerja saja!..My Princess join us 5 years later.
Trust me wang ringgit tidak menjamin kebahagian....!!!Tapi kita harus tabah diduga!!

Berusahalah untuk memiliki anugerah darinya!!!Insyaalah Bahagia kan jadi milik mu Dik!

Chenta said...

Setiap anak yang lahir akan membawa rezeki. Itu janji Allah .

Anonymous said...

moga kelak kamu dapat jadi ibu dan bapa terbaik :)

cikbedahlaser said...

hmmm
masa kami mula2 kawin kami merancang tp x gune sbrg alat/ubat....
kalau melekat... alhamdulillah...

ramai yg kecam.. kata sekat rezeki..
tp suami x bercadang nak lg..sbb ekonomi... mmg rezeki tu allah dh janji ada...tp kita tak taw bila n bagaimana DIA nk bagi... nti klu dh mengandung.. perlukan duit... nk bersalin perlukan duit.. (kira pandangan kita sama la kan bab ni.. ke tak??)

tp..skrg dh redi nk ada..tp x de rezeki lg... tak pe la kan...
tp tensen lak...asal jmp org..soalan yg sama...

tak de lgke??
merancang ke??

jmp org yg sama...dgn soalan yg sama.. haih bosan lak aihhh.....

Related Posts with Thumbnails