Thursday, January 28, 2010

Case 39....sob..sob...nak baleeekkk

Semalam terkocoh-kocoh balik mengelakkan hujan. Maklumlah, semalam pergi kerja hubby hantar, naik motor. Hujan mengejar kami. Elak punya elak punya elak, kena juga hujan dekat atas bukit seksyen 19. Basah lenjun la...

Sampai rumah, Dzul request Benjo. Lapar sangat lah agaknya tu. Buat benjo 3 set, siap-siap, pergi tengok wayang. Ingat nak makan di luar je hari ni.

Kami pergi tengok cerita Case 39. Best..Horror... Tapi Dzul cakap cerita tu tak cukup seram. Sekarang definisi seram kami dah berbeza. Aku sampai menjerit. Tak pernah-pernah lah aku menjerit-jerit macam tu.




Cerita ini mengisahkan seorang pegawai Jabatan Kanak-kanak. Dia dapat case yang ke 39. Pasal seorang budak nama Emily. Budak ni menunjukkan tanda-tanda kemurungan melampau. jadi dia bertanggung jawab siasat.

Mula-mula ingatkan budak ni betul-betul kena dera. Tapi rupa-rupanya budak ini lah sebenarnya jelmaan syaitan. Jadi masa dia sedar budak ni jelmaan syaitan, dah terlambat. Sebab dia dah amik hak penjagaan budak tu. Jadi dia kena bertanggung jawab. Seorang demi seorang kawan rapat pegawai ni mati bunuh diri hanya dengan satu pangilan telefon dari Emily ni.

Emily menggunakan ketakutan yang ada dalam setiap manusia ni sebagai kekuatan dia. Jadi, kalau nak hapuskan dia, kene hapuskan ketakutan yang ada dalam diri dahulu.

Tapi macam biasalah, kesudahan cerita macam ni adalah syaitan tu dapat dihapuskan. Tapi tak tahu apa kesudahan pada heroin nya. Huhuhu...
Tapi cerita ni memang best sampai saya terjerit2.

Kalau sesiapa yang belum menonton dan peminat cerita seram-seram macam ni, cerita ini adlaah campuran One Miss Called, Orphan dan Friday 13.. Sekian. Sila lah menonton..


Dan juga disebabkan seronok menonton cerita Case 39, kami lupa nak pergi makan. Bila dah sampai rumah baru teringat. Jadinya semalam makan meggi sahajalah (tapi meggi pun special sebab dzul kan tak makan meggi biasa). Lepas makan mengecat rumah. tak tau pukul berapa Dzul tido. Sian dia.

1 comment:

CatlinaFly said...

oh..mcm cite the omen pun ade :)

Related Posts with Thumbnails